Tukar template baru, Adsense pun 'approve'

December 29, 2017 Mohaz Sue 7 Comments


Assalamualaikum...

Kalau perasan la kan, blog Moha ni dah tukar template baru. Tapi bukan buat sendiri. Suami Huda yang buatkan. 

Biasalah benda baru. Moha pun tak mahir lagi nak handle. Pelan-pelan kita godek ea. Sebenarnya rambang mata pilih template. Semua cantik-cantik. Semua berkenan. Haha.. (tu baru template tu.. belum benda lain lagiπŸ˜„πŸ˜„). Last-last Moha pilih template yang ni.


Blog dah cantik, tapi kalau banyak brokenlink pun tak bagus juga. Jadi Moha semak dulu semuanya guna link ni. Mujur tak banyak nak kena betulkan balik. Sekarang blog dah takde masalah dah.


ADSENSE DAH LULUS!

Alhamdulillah... berkat tunjuk ajar dan sokongan kawan-kawan blogger, tak lama lepas tukar template baru ni, malam semalam Moha dapat email dari Adsense.


Macam nak lompat bintang je rasa. Haha.. jakun ea? Tak kisahla jakun ke apa. Dah lama tau mohon. Entah berapa kali mohon semula pun tak ingat dah.

Banyak yang Moha kena belajar pasal dunia blogging ni. Terutama part teknikal. Kalau semua tak reti, susah juga. Macam adsense ni la contohnya. Lepas dah lulus ni nak buat apa? Terkial-kial malam tadi tengok dan cuba setting tapi apa pun tak jadi. Haha..kesian betul! Akhirnya pasrah dan terus tidur! Biar jelah dulu. Cadangnya nanti tanya geng-geng blogger.

Bangun pagi tadi langsung tak ingat dah pasal ni sebab nak uruskan pendaftaran Haziq ke sekolah menengah pulak. Balik sekolah barulah teringat nak tengok blog.



Yeay! Dah adalah iklan kat blog kita! Haha... sukanya! Kalau nampak serabut tu tandanya tuan punya blog tengah  buat eksperimen lagi la tu. Dia ada OCD sikit part ni. Tapi tak reti sangat nak setting. Tengah cuba dapatkan view blog yang sedap mata memandang. Gitu πŸ˜‚πŸ˜‚

7 comments:

Buat dan Tukar Kad Pengenalan di JPN Putrajaya

December 28, 2017 Mohaz Sue 2 Comments



Assalamualaikum.

Ramai betul orang nak buat kad pengenalan (KP) rupanya ye. Itu termasuklah anak yang cukup umur 12 tahun dan nak buat Kad Pengenalan buat pertama kali, yang nak tukar alamat, yang kad pengenalan rosak dan sebagainyalah. Moha terpaksa pergi juga sebab nak buat KP Haziq dan nak tukar KP Moha sendiri - cip rosak.

Pagi sebelum keluar tu, suami dah tanya nak buat KP kat mana? Kalau diikutkan, JPN terdekat di Jalan Reko. Tapi orang kata kat Putrajaya boleh siap dalam 1 hari. Jadi, kami buat keputusan ke JPN Putrajaya teruslah. 

Sampai-sampai je terus naik aras 2. Tapi dimaklumkan kena perbaharui sijil kelahiran Haziq dulu di aras 3 sebab Haziq kan lahir tahun 2005. Sijil lahir dia jenis yang  lama. 

Siap isi borang ni, barulah diberi nombor giliran

Nak tukar sijil ni je dah ramai menunggu giliran. Kaunter yang buka cuma 3. Huhu.. ni baru 1 bahagian. 

Akhirnya tiba giliran Haziq. Rupanya Sijil kelahiran baru ni ada penambahan 3 perkara iaitu : 

1. Nama Penuh
2. Keturunan
3. Agama

Sijil kelahiran baru akan dicetak terus (kena tunggu nama dipanggil baru dapat sijil tu) dan bayaran sebanyak RM5 dikenakan untuk pertukaran ni ye. 

Siap yang ni, turun balik aras 2 dan ambil no giliran. Haaa.. yang ni memang "bercinta" nak tunggu. 

200 lebih tu.. huhu.. ramai betul! Masing-masing merengek perut dah lapar, Amsyar pun dah meragam. Nak keluar cari makan takut terlepas nombor giliran pulak. Jadi kami makan di cafe yang ada di aras bawah ni. Kitorang siap makan, naik balik masih lagi belum sampai nombor giliran. Aduhai.. mengamuk lagi si Amsyar ni. Ajak main di playground kat aras 2 ni pun dia taknak. Dah penatlah tu. 

Playground di Aras 2

Mujur ada bilik penyusuan disediakan. Lepak situ sekejap menyusukan Amsyar. Tak lama, dia terlena. Tapi sekejap je. Elok nak keluar, dia terjaga. Aduuuuu... drama lagi! Penat pujuk, akhirnya dia tertidur. Aman sekejap. πŸ˜…

Sampai giliran Moha, terus buat Haziq punya dulu.  Kena bayar RM10. Tapi tak sempat siap harini katanya sebab ini permohonan baru. Melainkan untuk pertukaran KP lama, boleh siap dalam 2 jam. Jadi kami ambil keputusan ambil esok je. Yang penting siap segala urusan harini. Moha punya KP pun kena caj RM10 juga. 

Tempat ambil gambar
Siap ambil gambar, terus dapat KP sementara. Kena simpan ni. Kang tak pasal-pasal jadi PATI pulak! Ngeee..tak nak!

2 comments:

Menyesal betul!

December 25, 2017 Mohaz Sue 4 Comments


Kebelakangan ni kalau nak balik kampung suami, lalu jalan besar tu ada je nampak orang jual cendawan busut kat tepi jalan tu. Pernah berapa tahun dulu entah (tak ingat), turun jugalah singgah tanya berapa harga sekilo. RM20 jawab penjual tu. Belilah juga sebab nak merasa. Benda jarang-jarang ada kan? Kat pasaraya pun tak pernah jumpa dorang jual cendawan ni. Nak cari sendiri? Haha.. tak reti!

Tapi tu jelah sekali beli. Zaman sekarang ni tak dayalah nak ikut selera sangat. Segalanya naik harga. Tak berani nak turun tanya. Kang dah tanya, segan pulak kalau tak beli.. tu satu, satu lagi kesian pulak kat penjual. Mesti dia mengharap orang yang datang singgah tu beli jualan dia kan?  Jadi tiap kali lalu, cuma teruskan perjalanan jelah. Sambil bukak cerita, "sedaplah cendawan tu.."πŸ˜…

Tapi nak dijadikan rezeki kata orang tu kan, tiba-tiba kat grup whatsaap ada yang iklankan dia jual cendawan ni dengan harga RM10 sekilo. Ada 5 kilo lagi berbaki katanya. Ya Allah, geram je tengok gambar yang dia tunjuk ni haaa. Harga pun murah dah..


Tak tunggu dah terus je mesej seller tu nak beli sekilo. Rasa macam dah cukuplah konon sekilo tu. 

Dalam pukul 6 petang baru dapat cendawan ni. COD depan rumah lagi. Senang betul sekarang ni nak membeli-belah. Semua hujung jari je. Wakakaka...patutlah duit cepat habis😭😭😭


Boleh tahan banyak juga sekilo. Siap asing 2 bahagian. Masak 1 bahagian dulu cadangnya. 1 bahagian lagi masak esok pulak. 

Elok dah siang-siang dan bersihkan, siap je masak, terus diorang makan. Sedap! Sedap! Kata diorang.

Dalam dok cakap sedap-sedap tu, rupanya tak cukup! Hmm.. menyesal pulak masak separuh. Lagi menyesal beli sekilo je. Kalau tau jadi macamni, huh baik borong habis je tadi! Yang tukang masak pulak dapat rasa sesudu je..huhuhu. Nasib badanlah!

Oh, ya! Tadi tu masak biasa-biasa je. Cuma buat  masak air. Takde tumis-tumis. Semua pakat rebus terus. Ni resepinya. Kotlah ada yang nak cuba kan? 


Cendawan Busut Masak Air

Bahan-bahan

Cendawan Busut - buang bahagian yang kotor dan cuci bersih
Sehelai daun kunyit - koyakkan
1/2 biji bawang besar - hiris
1 biji bawang putih - hiris
Garam, ajinomoto dan air secukupnya.

Cara-cara masak

Masukkan je semua bahan dalam periuk.  Rebus hingga mendidih dan cendawan dah masak. Kalau rasa dah cukup sedap, matikan api dan hidang. 

Kalau tak cukup sedap, tambah garam dan aji lagi. Tapi komfem sedap punyalah. Lagi-lagi kalau makan dengan nasi panas, ada ulam pastu ada sambal belacan. Takpun sambal Min tu. (Betullah.. tak boleh nak tinggal tau sambal Min ni! Selagi tak habis!πŸ˜…).

Oklah.. nak tidurkan Amsyar dulu pastu nak siang baki cendawan tadi. Esok senang nak masak. Wassalam.. (macam tulis surat pulak)πŸ˜„πŸ˜„







4 comments:

Resepi gulai ayam cili api sama kentang

December 24, 2017 Mohaz Sue 3 Comments



Assalamualaikum..

Harini masak satu lauk je. Lauk yang senang dan diminati kat rumah ni. Gulai Ayam Cili Api. Tapi kali ni Moha tambah kentang pulak. Cukup ke satu lauk? Takpe, nanti petik kacang botol yang menjalar kat pagar belakang rumah ni dan potong timun jepun nak kawankan dengan sambal ikan talang nanti.


Biasanya kalau beli seekor ayam, bahagian kaki, tulang dan rangka tu memang Moha akan masak lauk jenis berkuah. Samada kari, gulai ataupun sup. Sedap nak gonyeh-gonyeh tulang tu nanti. Isi pun senang tanggal. Lagi puas makan macam tu rasanya. Orang lain tak taulah camne. Ikutlah selera masing-masing kan?


Lauk gulai ni macam-macam versi cara orang masak. Cara Moha, cara yang biasa-biasa jelah. Janji cepat siap tapi sedap menepati citarasa seisi keluarga, sudahla. Jadi ni Moha kongsikan resepinya yang Moha selalu guna ye. 

Resepi Gulai Ayam Cili Api Dengan Kentang

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam - potong dan bersihkan
5 biji kentang - kupas kulit, potong 4 Segenggam cili api*
Sebiji bawang besar*
1 inci halia*
2 ulas bawang putih*
1 sdk serbuk kunyit
1 sdk garam
1 sdk Tumix
2 batang serai - diketuk
Santan dari sebiji kelapa
(Kisar halus bahan bertanda*)

Cara-caranya:

1. Dah sediakan semua bahan, terus jelah masukkan semuanya dalam periuk atau kuali. Besarkan api dan kacau selalu.

2. Rasa-rasalah ok ke tak. Tak cukup padu, tambahlah garam sikit, tumix sikit.

3. Bila ayam dah masak, kentang dah empuk, bolehlah tutup api.

Senang je kan? Sebab senanglah, lauk ni je selalu di ulang-ulang. Hihihi...





3 comments:

Sambal Talang Min, Restoran Leaf on Sizzling dan kad VIP Watsons

December 24, 2017 Mohaz Sue 9 Comments


Assalamualaikum...

Dah masuk hari baru. Semalam dilanda kesibukan yang tak dirancang. Waktu siang, buat urusan kerjarumah macam biasa. Menu tengahari nasi putih berlaukkan udang celup tepung, paprik ayam dan sayur petola masak air. 

Eh, tak lupa makan sama Sambal Talang yang super sedap dari air tangan Min (baru je dapat pagi tu). Punyalah sedap sampai terlupa yang diri tu tengah diet. Walaupun pedas, bertambah-tambah jugalah makan nasi. Adeh.. nampaknya sebotol sambal tu tak sampai seminggula jawabnya. Bebudak ni pun sama naik suka makan sambal tu. Ooooo Min! Kenapa sedap sangat ni? Hahaha. Tak rugi kita tunggu lama nak merasa sambal power ni. Berbaloi-baloi. Korang kalau nak rasa Sambal Talang ni boleh roger Min terus ye.
Min.. kita pinjam gambar πŸ˜„πŸ˜„

Lepas makan, sambung urusan rumahtangga yang tak pernah siap. Macamanalah nak siap? Banyak tergendala tau dek melayan si kecil ni. Sekejap dia nak itu, sekejap dia nak ini. Tak layan nanti mulalah buat drama. Pandai dah berlakon sekarang. Tak lama lagi bolehlah dapat award ni. Hihihi... aduhaila anak.. camnepun perangai, tetap mama sayang!


Tiba-tiba papa diorang ajak jalan-jalan dan makan malam di Leaf on Sizzling yang terletak di dalam Metro Point Kajang. Dia pernah makan di situ sebelum ni. Makanan kat situ boleh tahan sedap katanya. Jadi kali ni nak bagi kami rasa pulak. Uish.. orang ajak makan, gila nak tolak? Tak mungkin tu. Hahaha



Kat Restoran tu pun Si Amsyar buat perangai. Riuh satu kedai dengan suara dia. Semua benda dia nak pegang. Aduhai.. Hilang fokus nak makan. Sampaikan mama pun terlupa apa nama menu yang mama order tu. Hmm.. makan jelah! Tapi memang boleh tahan sedap jugalah. Berpadananlah dengan harganya pun. 

Sambil berjalan tu, Amar ada tunjuk poster Jumanji. "Ma, harinilah ada Jumanji" dengan harapan nak masuk tengok wayang la tu. Sorry, keadaan tak sesuai dah sekarang ni nak masuk wayang. Nanti Amsyar meraung dalam tu, tak pasal-pasal je. 

Sebelum balik, sempat juga singgah ke Watsons capai satu dua barang. Sekali adik manis tu promot kat papa jadi ahli vip Watsons. Mama tak dapat nak join borak sebab si kecik dah mula nak itu ini. Esh.. nasib baiklah awak kecik Amsyar. Grrr..

Akhirnya papa jadi ahli juga. Hanya RM20 untuk seumur hidup. Siap dapat banyak barang percuma lagi. Wah! Suka! Suka! Berbaloilah jadi ahli vip ni. Banyak juga faedahnya. Nantilah Moha cerita apa yang best jadi ahli vip Watsons ni ye. Nak godek-godek freegift ni dulu ok. DaaaπŸ˜„













9 comments:

Siapa nenek yang kacau Haziq tu?

December 22, 2017 Mohaz Sue 5 Comments



Kisah ni berlaku masa Haziq umur 2 tahun 16 hari. 2 hari sebelum Amar dilahirkan.

Malam tu kami balik agak lewat dari kampung. Dalam kereta lagi Haziq dah tidur. Bila sampai je kat rumah, Moha pun tukarkan dyper dan baju dia supaya dia lebih selesa. Lepas tu kami terus tidur. 

Tiba-tiba Haziq merengek. Moha tengok jam dah pukul 2.30 pagi. Kenapa pulak ni? Bagi susu dia tak nak. Hmm.. kembong perut ke? Ambik minyak kembong, sapu kat perut dan kaki dia. Eh, makin kuat pulak menangis. Kenapa ni?

Makin lama makin kuat dia nangis. Kuat dia berpaut kat Moha. Langsung tak nak letak. Kita ni dahla dengan perut sarat, nak dukung dia lagi. Nak memujuk lagi.

Muka Haziq dah naik biru menangis tak berhenti. Papanya dah serender tak tau nak buat apa. Dalam hati tak berhenti berdoa mintak Allah bantu. Zikir tak putus baca. Tapi dia menangis juga lagi.

Tiba-tiba dengar suara makcik jiran sebelah menegur kat depan pintu. "Kenapa tu?"

Moha tak fikir apa-apa, tanpa buka pintu, terus je jawab. "Tak taulah cik. Menangis je dari tadi".

Tengok jam dah pukul 3 pagi. Masa tulah baru terfikir. Eh, makcik tu balik rumah anak dialah! Yang tadi tu siapa? Ngeee

Terus laju mulut kumat-kamit tak henti baca surah Al-Fatihah, 3 Qul dan ayat Qursi,  hembus di ubun-ubun Haziq. Perlahan-lahan tangisan Haziq mula reda. Spontan mulut ni bertanya.

"Haziq kenapa? Siapa kacau Haziq ni?"

"Nenek" jawab dia. Nenek mana pulak ni?

Tak semena-mena menyirap terus rasa. Meluap-luap rasa nak marah tu.

"Sudahla nenek. Pergilah! Kesian Haziq nak tido. Dia penat ni! Pergi!"

Selesai cakap macam tu, Haziq pun diam. Tak menangis lagi dah. Elok terlentok kat bahu. Tertidur dah dia. Alhamdulillah, leganya rasa. Perlahan-lahan baringkan dia atas katil.

Tak habis fikir pasal "nenek" tu. Siapa ea? Isk... jangan macam-macamlah! Langsung tak dapat tidur sudahnya.

Pukul 6 pagi, perut dah mula rasa sakit. Tengok-tengok dah keluar darah tanda nak bersalin. Cepat-cepat bersiap nak ke hospital. Siapkan Haziq nak hantar ke rumah pengasuh. Harap-harap "nenek" tu tak kacau dia lagi.

Semalaman di Hospital tak dapat juga tidur menahan sakit, akhirnya lahirlah Amar pada pukul 7.45pagi. Alhamdulillah.

Nenek dengan makcik tu? Sampai sekarang tak tau siapa. Biarlah. Dorang pun tak kacau lagi dah.


5 comments:

Lelaki ke perempuan ni?

December 21, 2017 Mohaz Sue 7 Comments

Soalan yang biasa orang tanya bila nampak Amsyar. Haha.. dulu masa Haziq kecik pun soalan sama juga orang tanya. Mungkin sebab bulu mata lentik kot, rambut pun panjang pulak tu. Manja pun satu hal. Mana orang tak cop dia perempuan?




Bukan tak nak potong rambut Amsyar ni. Dah pernah cuba suruh tukang gunting rambut tu potong. Baru je orang tu letak kain nak balut badan dia, dia dah meraung! Bergegar satu kedai tu dengan suara dia. Tak jadilah nak potong rambut. Sabar jelah!

Masa dia baby dulu bolehla Moha potong sendiri. Sekarang ni, jangan haraplah. Nampak je kita pegang gunting, dia pun nak pegang juga gunting tu. Mana boleh! Bahaya kan?

Akhirnya papa dia cakap biarkan jelah rambut dia panjang. Masalahnya mama dia sakit mata memandang. Dah la cuaca panas sekarang ni. Dia pulak aktif. Berpeluh-peluh jadinya. Kadang-kadang ikat juga rambut dia. Tak pun pakaikan cekak. Dia pun rela je mama buat camtu kat dia. Hihi.. Alahai.. comel la pulak!




Nanti bila Amsyar dah ok sikit, dah tak takut dengan orang sangat, kita pergi gunting rambut ea? Barulah handsome bujang mama.


7 comments:

Tips dan resepi bahulu tradisional

December 20, 2017 Mohaz Sue 7 Comments

Assalamualaikum...


Tiba-tiba harini teringat bahulu. Kalau ada bahulu ni, sedap cicah dengan tea o panas. Komfem tak cukup sebiji dua. Tak percaya? Nanti korang cuba. Kalau tak cukup jangan marah ye. Dah bagitau tadi kan? Hehehe

Dulu-dulu orang buat bahulu, nak pukul telur dalam pasu besar tu guna pengadun tangan yang macam spring tu. Sukatan yang biasa guna selalunya semangkuk telur ayam/itik dengan semangkuk gula pasir. Hentaklah dua bahan tu sampai betul-betul gebu. Itu kalau sukatannya semangkuklah.. kalau bermangkuk-mangkuk? Pergh, lenguh bahu oooo...


Kalau nak bakar bahulu pulak, bakar guna sabut kelapa atas bawah acuan tu. Kalau pandai jaga, lawalah kejadiannya. Kalau berangan, hmm... jadi dayang senandunglah bahulu tu jawabnya. Lepas tu korang kena marah sebab kecuaian tadi. Haha.. tulah, berangan lagi!

Sekarang dah mudah dah nak buat bahulu. Sesiapapun boleh buat. Ada mixer dan oven, lagi senanglah kerja dan cepat siap.

Beza rasa? Mestilah ada. Paling ketara pada bau.. bahulu yang guna cara tradisi lebih wangi dan sedap. Punya daya tahan yang lama.  Cara moden ni pulak takdela bau sama camtu. Yang ada, bau esen jela dan rupa paras lebih cantik sebab sekata je haba kena kat dia. Takdelah sebelah hitam sebelah kuning. 

Panjang pulak intro. Ni la resepi bahulu yang Moha biasa guna. Kalau nak tambah perisa tu, korang boleh tambah masa nak bakar nanti. Cuma tambah perisa pada adunan, gaulkan dan ceduk kat acuan. Bakar macam biasa.

Resepi Bahulu Tradisi

Semangkuk telur (lebih kurang 6 biji telur gred A)
Semangkuk gula pasir (3 cawan gula)
1/2 sudu esen rose (hilangkan bau telur)
2 senduk rata tepung gandum 

Cara-caranya:

1. Panaskan oven dengan suhu 200°C dalam 10 minit. Masukkan acuan bahulu yang dah disapu minyak .

2. Putar gula, telur dan esen rose hingga kembang.

3. Tuang tepung sikit-sikit dan kaup balik hingga sekata. Ok part ni tak semestinya habiskan semua tepung tu. Terpulang pada citarasa. Nak bahulu ringan macam kek span, kurangkan tepung. Nak padat sikit, lebihkan la sikit. Tapi jangan over kacau. Nanti bahulu bantat. Siap kacau tu, boleh tuang adunan kat acuan 3/4 penuh.

4. Turunkan suhu oven kepada 180°C dan bakar bahulu hingga perang. Biasanya Moha bakar 10 minit dah siap guna oven industri. Kalau oven biasa, dalam 15 minit. Siap. 

Tips buat bahulu

1. Jemurlah tepung gandum dan gula pasir tu dulu. Kita bagi dia ringan sikit supaya bahulu yang kita buat tu nanti lebih tahan lama (tak berkulat) dalam simpanan. Tu pun kalau bahulu tu tak kena makanlah. 

2. Telur tu pastikan dibasuh dulu kulitnya. Kita taknak sisa kotoran pada kulit ayam ikut masuk dalam adunan nanti. Kuman tu kan? Cepat rosak bahulu tu nanti. Lepas tu lap telur bagi kering. Jangan basah-basah tu pecahkan pulak. Dah bercampur air pulak nanti. Buat penat je jemur tepung dan gula bagai. Sekali masa pecah telur tu pulaklah termasuk air..

3. Lepastu putarlah telur dan gula hingga betul-betul gebu, ringan, kembang. Warnanya putih berkrim. Dapat yang macamni, pasti jadi punya bahulu tu nanti. 

4. Panaskan acuan yang disapu minyak terlebih dahulu. Mesti betul-betul panas tau. Guna api atas bawah suhu 200°C. Bila keluarkan acuan dari oven tu, keluarkan baki minyak dah boleh terus letak adunan bahulu.

5. Sapu acuan dengan minyak dan panaskan sekejap acuan tu. Tujuannya supaya bahulu tu tak melekat. Sesetengah acuan afa yang jenis melekat. Nampak bahulu cantik dah naik dia, tapi bila nak keluarkan, melekatlah pulak. Tak cantik dah bahulu. Melainkan korang kerja sepantas kilat. Ataupun cuma fokus kat satu acuan je. Keluar je bahulu yang dah masak tu, sapu minyak terus tuang adunan dan bakar. Tapi Moha tak dan nak buat gitu kalau satu masa bakar 12 acuan serentak. 



Dulu Moha memang buat niaga bahulu ni. Tiap kali nak raya memang tak menang tangan buat bahulu. Sekali bancuh tu,

30 biji telur
1 kg gula pasir
1 sudu kecil esen rose
2 1/2 cawan tepung gandum

Seharian (dari pagi) tu cuma terdaya bancuh 10 papan telur je. Buat sorang-sorang dik! Pengsan! Mana nak bancuh, nak bakar nak packing. Nak buat kerja rumah lagi..hmm..

Sekarang ni cuti dulu. Selagi Si Amsyar ni belum pandai cakap, selagi tula rasanya. Huhu...


7 comments:

Pertama kali cipta sejarah

December 19, 2017 Mohaz Sue 4 Comments


Assalamualaikum....

Korang masa sekolah dulu ada tak subjek yang paling susah nak skor? Moha paling tak ngam dengan subjek Sejarah. Entah kenapa memang susah betul nak hadam subjek ni. Beriya menghafal pun tetap tak ingat.

Cikgu Sejarah Moha ni lelaki. Kitorang memang takut la dengan dia tu. Nampak je kelibat dia, masing-masing senyap tak berani berdetik sikit pun. Tapi walaupun garang, dia sporting. Luar kelas, rancak jugalah bersembang dengan kami ni.

Memandangkan Moha ni paling comel (tak cukup tinggi), jadi tempat Moha memang barisan depan sekalilah. Betul-betul depan papan hitam. Rasa-rasa boleh ke nak berangan seminit dua? Huhuhu...

Cikgu Sejarah ni lain sikit cara dia. Sebelum keputusan kuiz, ujian atau peperiksaan diketahui, kami dikehendaki tanya diri sendiri. Jika kami rasa kami boleh dapat A, tak perlu buat apa-apa. Tapi kalau awal-awal dah rasa tak lulus tu, silalah buat denda sebelum disuruh.

Dendanya, salin semula semua yang ada di buku teks ikut mukasurat tertentu yang dia tetapkan. Siapa yang dah buat awal-awal, tak kena berdiri di tapak perhimpunan yang kat depan kelas ni. Siapa yang tak buat dan keputusan memang teruk, siaplah... tanggunglah malu nanti.

Moha ni memang dah komfiden sangat yang diri tu tak mampu nak skor A. Jadi untuk soalan kuiz pada hari tu, balik rumah je terus Moha buat denda: menyalin semula semua yang cikgu suruh tu sampai siap. Fuhh.. lenguh jari menulis. 10 mukasurat tu! Bagusnya, sambil-sambil salin tu, ada jugalah isi-isi tu masuk kat kepala. Ooo, macamni caranya nak study Sejarah ni. Baru tau..patutlah cikgu suruh buat macamni.

Keesokkannya, berdebar-debar oi hati ni tunggu kertas jawapan. Lebih-lebih lagi bila cikgu cakap cuma dua orang je yang dapat A.

Sebelum kertas jawapan diedarkan, cikgu suruh berdiri depan kelas siapa yang belum buat denda. Adalah dalam 10 orang yang berdiri. Fuh, nasib baik Moha dah siap buat semalam. Kalau tak, Moha pun kena join sekali. Huwaaa.. makin laju jantung berdegup.

"Yang meniru ada tak? Kalau ada, sila berdiri. Jujur ye. Cikgu tau siapa yang meniru" Hampir separuh kelas berdiri..pergh, nasib baik Moha tak meniru. Lega sekejap.

"Yang berdiri ni tengok kawan yang duduk. Kalau korang tau yang duduk ni ada meniru, bagitau cikgu. Kalau takde, semua sekali terus turun pergi tapak perhimpunan!" 

Tinggal 10 orang dalam kelas. Cikgu pandang je muka kami yang tinggal ni. Langsung takde senyuman kat muka dia. Garang betul. Tak berani nak pandang.

"2 orang yang dapat A ni, tahniah. Cikgu takkan  bagitau siapa orangnya. Jangan kali ni je dapat A. Yang lain teruskan usaha. Faham?"

"Faham cikgu!" Cikgu pun serahkan kertas kami masing-masing.

Hampir gugur jantung Moha tengok keputusan. 100%? Biar betul? Ni betul-betul sejarah ni. Memang tak percaya tengok keputusan tu. Hahaha...aduh, penat je buat denda semalam. (Nampak tak perangai tak molek kat situ? Sila jangan tiru).

Itulah pertama kali seumur hidup dapat 100% dalam subjek yang tak berapa nak minat. Memang harini dalam sejarah betullah. Senyum simpul sampai waktu balik kot..hahaha.. bangga weh. Kembang hidung!

4 comments:

Alif Lam Lam Ha, Siapa Curi Berdosa Besar

December 18, 2017 Mohaz Sue 7 Comments

Siapa masa kecil dulu ada buat macamni? Hahaha.. kemain tau. Punyalah takut barang kena curi. Siap pangkah barang tu dengan jari sambil jerit "Alif Lam Lam Ha, siapa curi dosa besar!" Dengan harapan barang tu tak dicuri atau disorokkan.

Dulu-dulu bukan takde kes buli. Ada. Cuma cara buli tu lebih "sopan" dan "comel". Buli yang indah bila dikenang. Salah satu yang paling popular, sorok barang kawanlah. Kesian member tercari-cari barang dia. Eh, Moha tak buat tau. Kita budak baik masa sekolah dulu.. paling teruk pun kita main cop tiang je..huhu

Kadang-kadang ada yang menangis tau. Penat cari barang tak jumpa-jumpa. Rupa-rupanya kena sumbat dalam tong sampah lepas tu tutup dengan gumpalan kertas. Camne nak jumpa? Nakal betul. Nak elak jadi macam tulah "tanda" tu dibuat. 

Yang bagusnya, bila dah letak tanda, takde pulak yang gatal tangan nak ambik barang tu. Haa.. Nampak tak kesan psikologi dia? Semua takut dosa. Huhuhu..bagus.. bagus..

Lagi satu kebiasaan atau kepercayaan masa kecil dulu, kalau lukis gambar orang, tak kiralah cantik ke tak, tapi kat leher tu mesti buat tanda pangkah. 

Entah siapa punya kerja bagi ajaran sesat ni pun tak taulah. Kononnya tanda tu menghalang lukisan tu dari hidup. 

Hahaha... senangnya kitorang kena tipu kan? Nak marah pun ada sebenarnya. Dah lukis lawa-lawa, tak pasal jadi hodoh dek pangkah tu. Bila hantar lukisan kat cikgu dan jelaskan kenapa buat pangkah tu, cikgu bantai gelak. 

"Cikgu tak ajar wei pangkah-pangkah ni. Hihihi.. tak lakulah lukisan potret kalau kena letak pangkah kat leher". Ye tak ye jugak.. hahaha.. tak terfikir pulak!

Moha syak orang yang ajar pangkah kat leher tu mesti dengki sebab dia tak reti lukis. Kahkahkah.. kreatif cara dengki pun... 

Bila ingat-ingat balik kenangan masa sekolah, memang boleh buat senyum sorang-sorang. Zaman yang tak banyak masalah tapi penuh dengan keseronokkan. 




7 comments:

Boleh tak belikan ubat untuk putih?- Amar

December 17, 2017 Mohaz Sue 6 Comments



"Kenapa?"

"Amar selalu kena ejek dekat sekolah. Diorang cakap Amar anak orang India. Jadi bila Amar dah putih, diorang dah tak boleh ejek Amar"

"Hmmmm..mana ada ubat putih untuk budak. Untuk orang dewasa adalah"

Bukan pertama kali. Tapi dah banyak kali. Kesian anak mama. Tau sangat mama rasa malu dan sedih sebab kena ejek tu. Tapi apa boleh buat? Kita tak boleh nak tutup mulut orang.

Memang antara 3 beradik, dia seorang yang agak gelap kulitnya. Haziq dan Amsyar dari lahir dah berkulit cerah sikit. 

"Ala, kalau macam tu belikan Amar mekap (foundation) untuk sapu kat muka tu. Biar muka nampak putih"

"Tak payahlah. Sabar jela. Biarkan je orang yang ejek-ejek tu. Layan diorang bukan dapat apa pun. Sakit hati lagi adalah. Amar belajar je rajin-rajin. Jadi orang pandai. Jadi orang yang berjaya."

"Mama tak faham. Bukan mama yang kena ejek"

Tak faham? Silap tu anak. Maka mama pun selongkarlah album lama. Gambar masa sekolah dulu dikeluarkan dan serah padanya.


"Cuba cari mana satu mama dalam gambar ni" 

Dia pun tekun mencari. Geleng kepala sebab tak jumpa. 

"Hahaha.. carilah betul-betul. Adalah mama dalam tu"

"Takde pun" 

"Nilah mama. Putih ke? Cantik ke? Tak kan?"

"Hahaha. Kelakarnya muka mama"

Tulah. Masa mama sekolah dulu, mama pun gelap juga. Dahlah pendek, comot pulak tu. Selalu kena ejek. Ketotlah, kelinglah, anak benggalilah. Macam-macam kawan ejek. Belum masuk bab ejek nama lagi. Tapi awal-awal mama tak lawan. Kalau lawan, benda tu tak habis. Sedih, marah tu memanglah ada. Balik rumah, mengadu juga dengan mak. Hihihi.. tapi mak ajar mudah je. 

"Kalau mak dah buat kuih cantik-cantik, rasa pun sedap, tapi orang tetap cakap kuih tu tak cantik dan tak sedap. Orang tu salah kan kuih ke salahkan mak?"

"Mak. Sebab mak yang buat"

"Kita siapa buat?"

"Allah"

"Jadi orang yang ejek tu, dia ejek siapa? Ejek Allah ke? Berdosa tau"

Selepas dari tu, bila kena ejek je, mama guna balik ayat mak. Olah sikit bagi sesuai..

"Ko ejek aku, maknanya ko ejek Tuhan. Sebab Tuhan yang cipta kita. Habislah kau masuk neraka"

Hahaha.. ayat budak-budak. Neraka aje. Tapi ayat tulah yang berkesan. Takde dah ejek-ejek. Aman hidup lepas tu. Terus jadi kawan.

Jadi Amar tak yah susah hati. Biarlah orang nak ejek pun. Pasal kulit tu jangan risau. Dah besar nanti siapa tau kulit jadi cerah? Kuasa Allah..kalau DIA kata jadi, maka jadilah. Jangan sesekali persoalkan ye.


6 comments:

Air tangan mak

December 17, 2017 Mohaz Sue 8 Comments



Assalamualaikum

Celik je mata dah mula fikir nak masak apa harini? Gitulah bila dah jadi mak-mak ni. Huhuhu

Tu baru mak, belum part anak. Anak nampak je muka mak, "Mama nak masak apa harini?" Haaa.. sebab tu kena fikir cepat nak masak apa. Kalau boleh sebelum tidur malam tu kat kepala dah kena ada menu. Senang. 

Masak tu bukannya susah. Tapi bila dah setiap hari memasak, buntu juga nak pusing-pusing menu. Kalau masak yang sama je nanti takut ada yang bosan pulak. Asyik masak niiii je...

Tapi Moha memang kagum sangat dengan arwah mak. Bakat semulajadi yang ada pada dia tu Moha sendiri pun tak mampu nak tanding. Dia pandai memasak, pandai buat kuih, pandai menggubah, pandai menjahit, pandai mengait, bertukang pun dia terer tau. 

Kalau buat kuih tu, dia tak payah nak tengok resepi pun. Semua dalam kepala dah. Tinggal campak2 je. Takde nak sukat-sukat pun. Tapi hasil selepas tu, walla! Super sedap! Buktinya setiap kali bulan Ramadhan, warong mak jadi tumpuan orang beli kuih-muih dan pelbagai menu lain yang mak jual. 

Cerita bab meniaga bulan Ramadhan ni kan, kami anak-anak mak memang dikerah tenaga tolong dia siapkan semua tu. Memang big boss tau mak tu. Dia cuma sediakan bahan je. Lepas tu kitorangla kena siapkan semuanya. Contoh kalau kuah laksam tu, tugas Moha kena kopek isi ikan rebus asingkan tulangnya. Nanti bila mak dah bancuh tepung untuk laksam, Moha kena kukus dan gulung sampai siap. 

Kalau buat karipap pulak, mak sediakan inti dan adun tepung untuk kulit karipap. Tugas menggelek kulit karipap tu biasanya abang Moha yang buat. Moha tinggal masukkan inti dan kelim. 

Abang-abang dan kakak-kakak yang lebih besar, tugasnya lainlah pulak. Tapi setiap orang ada tugas. Yelah nak siapkan banyak menu. Bukan satu dua jenis kuih. Ada lompat tikam, tepung bungkus, lepat, lengkong, serimuka, karipap, cucur badak, buah melaka, cek mek molek, apam, popia, cucur udang, laksam, rojak petis, putu mayam, ABC, banyak lagilah..lupa dah.

Bayangkan menu banyak-banyak tu sempat ke mak nak siapkan sorang-sorang? Pukul 5 orang dah tunggu depan warong dah nak beli kuih. Penat oii nak tunggu waktu berbuka. Lenguh kaki berdiri jalan sana-sini bungkuskan kuih yang orang beli. Dugaan sungguh tengok kuih-kuih yang sedap tu. Belum masuk mee goreng basah berasap tu lagi! Ya ampun...tabahlah hati..

Walaupun sejak kecil dah tolong mak masak dan buat kuih, jangan ingat Moha pun sehebat mak. Moha terer makan je. Kihkihkih.. buat donat pun selalu liat. Serimuka? Muka Moha jelah yang berseri. Kuihnya tak gak menjadi. Hahaha. Moral story, jangan suruh buat kuih. Menyesal nanti. 



8 comments:

Minyak Kelapa Dara Ibu

December 16, 2017 Mohaz Sue 4 Comments

Assalamualaikum...

Tadi dah cerita pasal lupa diri yang dah semakin meningkat usia dan segala kesan yang mula terasa kan.. ni nak cerita apa yang Moha ambil sebagai ikhtiar nak baik.

Cuba Amal Minyak Kelapa Dara Ibu




Memandangkan dah banyak sangat masalah tu, takkan nak biar je kan? Kenalah ikhtiar juga. Jadi kali ni Moha cuba minum Minyak Kelapa Dara Ibu (MKDI) ni pula. Minum? Yelah.. minum. 1 sudu je pun kena minum.



Ala.. dah nama pun minyak kelapa. Rasa kelapa la. Ok je rasa dia. Takdela kuat sangat rasa kelapa tu.  Dah telan tu, sekejap dah hilang rasa tu.


Tapi yang best tu kesan dia. Haa meh nak cerita. Baru semalaman minum minyak ni, esok paginya tu lawas sungguh membuang air besar. Mudah dan paling cepat rasanya. Wah! Makcik suka! Tak perlu nak termenung lama-lama dalam tandas lagi dah. Mesti Amsyar pun suka sebab tak payah nak nangis-nangis jadi jaga depan pintu lagi kan? Hihihi

Itu baru pengalaman pertama. Yang kedua Moha rasa perubahan lepas ambil MKDI ni, kulit terasa makin lembut dan sihat. Sebenarnya kulit Moha agak sensitif juga. Kalau terkena gigitan semut atau nyamuk pun, boleh jadi kudis tau. Pastu kulit agak kering dan kelihatan macam bersisik. (Memang keringlah sebab malas minum air..huhu.. tak pernah cukup minum 8 gelas air sehari! Haish..bila nak ubah ni Moha!)

Tapi sekarang alhamdulillah. Kudis tu pun dah pudar. Tak merah dan gatal macam haritu. Yang bahagian kering bersisik tu pun dah nampak lembab. Sisik pun ghaib. Ceh, ingat "naagin" ke ada sisik bagai? Huhu.. yang pastinya Moha rasa lega masalah ni setel.

Ada satu lagi yang Moha masih tunggu kesan dia. Ada nampak sikit perubahan tapi belum sepenuhnya. Inilah salah satu sebab kenapa Moha pilih MKDI ni. Masalah rambut gugur.

Kulit Kepala Bebas Kelemumur

Rambut gugur ni salah satu puncanya adalah disebabkan kulit kepala yang tak sihat. Banyak kelemumur dan kuping yang menyumbat leliang rambut. Macamana akar rambut nak sihat?

Kulit kepala Moha memang tak begitu memuaskan. Kelemumur sentiasa ada walaupun kerap cuci rambut. Syampu rambut jangan ceritalah. Dah macam-macam jenis dah cuba. Tak berhasil.

Sekarang Moha ikhtiar dengan MKDI ni pulak. Selain minum 1 sudu pagi 1 sudu malam, Moha titikkan juga di kulit kepala dan urut. Lebihan minyak yang melekat di tapak tangan tu Moha lumurkan pulak di kedua-dua belah tangan. Bagusnya, minyak ni cepat meresap dalam kulit tau. Langsung tak rasa tangan berminyak. Terus jadi losyen pulak dah. Jimat! Kelemumur pun dah kurang.

Rambut macamana? Masih lagi gugur. Tapi tak banyak macam dulu dah. Normal kalau rambut gugur sikit-sikit. Sedangkan daun pun boleh gugur, inikan pulak rambut. Rambut pun nak ganti yang baru juga. Ibarat kata "Patah tumbuh hilang berganti" lebih kuranglah... lagipun baru seminggu tau amalkan ni.

Resdung pun boleh ke?

Ok, kawan Moha Si Min dah pun cuba untuk masalah resdung dia. Katanya ada perubahan positif. Alhamdulillah, semoga cepat sembuh Min.


Baby Sweet tu apa?

Itu adalah sampel tester Krim Bayi Ibu. Moha guna ni untuk sapu pada anak-anak bila diorang kena gigit nyamuk, perut tak selesa atau ada rasa lenguh-lenguh. Sedap bau krim ni. Kadang-kadang Moha pakai juga bila terasa sengal di tengkuk. Cepat lega bila sapu ni. Rasa sejuk berangin gitu.



Korang boleh tengok Facebook Minyak Kelapa Dara Ibu atau hubungi nombor ni +601135000002 untuk belian atau sebarang pertanyaan yang berkaitan.

4 comments:

Bila kadang-kadang lupa diri

December 16, 2017 Mohaz Sue 1 Comments

Bila orang tanya umur sekarang ni berapa? Selalu sangat tersasul sebut 32. Padahal dah 37 ler umur.. hahaha.. Tak agak-agak nak muda ea? Sokmo gitu!

Semua tu tak dirancang ye. Memang spontan keluar angka tu dari mulut ni. Nasib baik juga tersebut 32. Kalau sebut 21? Haaa... dah kenapa? Buang tebiat? Huhuhu..

Tak lama lagi dah nak masuk 4 siri. Pergh..makin tua rupanya. Macam baru semalam je rasanya ambil keputusan SPM. Tak percayakan? Samalah kita..tak percaya juga nih..hahaha.

Sejak dah meningkat dewasa ni, biasalah.. banyak perubahan berlaku pada tubuh badan sendiri. Dari hujung kepala ke hujung kaki. Silap sikit je, mulalah sakit sana sakit sini. Lagi-lagi kalau dah beranak-pinak ni. 

Alahai..  beza sungguh! Dulu masa  remaja, rambut lebat gila. Kalau nak ikat rambut kena guna getah yang besar tu. Yang kecik, kirim salam ea. Tak muat nak ikat semua. Sekarang? Getah rambut yang besar tu boleh buat pameran dah. Simpan jelah buat kenangan. Banyak gila rambut gugur. Nipis dah rambut. Hilang dah zaman kegemilangan masa remaja dulu. Eceh.. kesiankan?

Itu belum cerita part sendi-sendi lagi tu. Kang cerita, lagi sedih.. huhu.. sakit! Jadi lebih baik lupakan dan teruskan kehidupan.. gitu..haha

Rasanya bukan Moha je yang alami benda-benda macamni. Ada juga yang lalui rasa yang sama. Tinggal lagi macamana cara kita nak atasi semua tu. Mana yang perlu rawat, kita rawatlah. Macam Moha, Moha amalkan ambil suplimen jelah. Sekurang-kurangnya boleh topup mana-mana bahagian yang kurang tu. Pasal masalah rambut dan sendi tu, sebenarnya jumpa dah penawar dia. Nanti Moha kongsi.

Apapun, kesihatan kena jaga. Sebab nak jaga 4 orang kesayangan yang ada dalam rumah ni. Kalau sakit nanti, siapa pulak nak jaga diorang?

1 comments:

Bujang Mama dah besar

December 15, 2017 Mohaz Sue 3 Comments

Assalamualaikum...

Semalamkan hari lahir Amsyar yang ke-2 tahun. Besar dah bujang mama. Pagi-pagi dah bawa dia pergi klinik (memang dah set siap-siap temujanji pada tarikh tu. Senang nak ingat). 


Amsyar memang suka sangatlah dapat berjalan. Riuh mulut dalam kereta. Sebutir abuk mama tak faham dia cakap apa. Haha.. abang-abang dia tinggal kat rumah je. Klinik tu dah cukup sesak dengan orang ramai. Tak yah nak tambah lagi dah kot. Duduk rumah lagi syok diorang cakap.

Mujur jugalah tak merajuk sebab tak dapat ikut tu. Hai kalau merajuk, tambah pening kepala mama nak pujuk. 3 orang anak lelaki, semua lain karektor. Si Haziq kalau merajuk, dia tak cakap banyak. Masam je muka. Kalau kita cakap apa-apapun dia buat tak tau je. Cara dia nak lepaskan geram dia tu, dia akan mengemas. Siaplah kau siapa letak barang sepah-sepah. Memang tak jumpa dah lepastu. Lepas tu dia akan reda sendiri. Tapi kalau kita nak pujuk masa tu juga, dia akan cair bila kita cakap lembut-lembut (lembut gigi dari lidah kekdahnya). Tapi kena ingat! Jangan janji apa-apa. Dia punya tuntut, bingit oih telinga!

Si Amar pulak, kalau merajuk, dia punya beleter tu boleh tahanla juga. Tapi senang je nak pujuk dia. Cakap jelah elok-elok lepastu ajak pergi makan. Setel. Nasi putih sama tomyam jangan lupa. Febret dia tu..hihi

Sedar tak sedar dah pertengahan bulan 12. Tak lama lagi dah nak mula sekolah. Apa persiapan pun tak buat lagi. Orang lain dah siap semua dah. Memikirkan hal ni, berpeluh jugalah.. bukan sikit jumlahnya tu.. mana taknya, yang mencari rezeki sorang je. Terpaksalah tunggu dapat gaji dulu.. sabar jelah.. huhu..

3 comments:

Zaman belajar dulu

December 14, 2017 Mohaz Sue 0 Comments

KOSASS Engkaulah Permata
Menyinar Disetiap Warga
Engkau Kolejku
Dan Juga Rumahku
Oh KOSASS Kau Kebanggaanku
Ku Curah Kasih Padamu
Berbakti Disepanjang Waktu
Biar Putih Tulang Jangan Putih Mata
Akan Ku Realiti Segala Cita
*
Pintar, Harmoni, Cemerlang
Warga KOSASS Warga Gemilang
Tiada Satu Yang Khianat Dan Curang
Tiada Satu Yang Kecundang
Setiap Satu Pemimpin Terbilang
Satria PALAPES Dijulang
Bertekad Memimpin Kemercu Dunia
Itulah Cita yang Mulia

Ni lirik lagu PERMATAKU KOSASS
(Komposer: Dr.Norazah Bt Omar)

Tiba-tiba terngiang-ngiang di telinga lagu ni. Setiap bait lirik setiap melodinya menyentuh hati. Rindu. Susah nak digambarkan rasa yang satu tu. Cepat betul masa berlalu. 16 tahun..

Lepas tamat SPM, sambung belajar di UPM. Yang dipohon bidang akaun. Tapi entah macamana dimasukkan ke bidang perhutanan. 

Hahaaa..mentang-mentang ayah kita bekas forester, anak pun kena belajar bidang sama ea? Takdelah.. Kebetulan je tu.. dah rezeki dapat bidang tu. Teruskan jela.. masa tu memang ramai yang senasib macam Moha. Mintak lain dapat lain. Huhu..

Di UPM, menginap di Kolej Sultan Alaeiddin Suleiman Shah (KOSASS) : Kolej ke-7. Inilah buat kali pertama menetap di asrama. Tapi tak kisah pun sebab memang dah biasa hidup sendiri sejak tingkatan 4 lagi. Mak dengan bak kan meniaga kat Penyabong. Seminggu sekali baru balik. 

Kat UPM ni nak kata berjauhan dari keluarga tak juga. Sebab abang Moha pun ada di sini sebagai jurulatih PALAPES. Selalu juga lepak sama-sama takpun tidur kat rumah dia. Kak ipar Moha pun sporting melayan adik ipar dia yang comel ni..auchhh.. hihi

Rupa-rupanya memang best zaman belajar ni. Kat sinilah dapat rakan-rakan baru yang baik dan lebih prihatin. Kat sini jugalah hari lahir Moha disambut buat pertama kali dengan meriah oleh sahabat-sahabat baik di Bukit Ekspo.

Minat belajar dalam bidang perhutanan mula dirasai. Kawan-kawan Moha pun rasa yang sama. Projek amali di luar kawasan fakulti memang sentiasa kitorang nantikan. Lagi best bila dapat camping dalam hutan. Excited masing-masing naik bas. Rombongan cik Kiah sangat. Haha. 

Pengalaman berkhemah dan beraktiviti dalam hutan simpan sebenarnya sangat mencabar dan memenatkan tapi itu jugalah yang paling menyeronokkan. 

Walaupun ada ketikanya ular, lipan dan macam-macam spesis serangga hutan masuk dalam khemah, tidur dalam kebasahan dek air hujan berlumpur, digigit nyamuk dan pacat, kaki masuk selut dan macam-macam lagi cabaran, masih juga tak serik kitorang ni.

Ada juga yang tanya, kitorang ni belajar pasal hutan je ke dalam bidang ni? Uish taklah. Selain perkara yang berkaitan dengan hutan misalnya Sains Tanah, Ekologi Hutan dan sebagainya, kitorang tetap kena belajar add maths, perakaunan, ekonomi, eh macam-macam lagilah.


0 comments:

Lawatan KBBA9 ke Jabatan Hab Halal JAKIM

December 04, 2017 Mohaz Sue 14 Comments

Assalamualaikum...

Alhamdulillah. Harini kami dijemput ke Jabatan Hab Halal JAKIM bagi mendengar taklimat dan penerangan mengenai isu viral Halal dan perkara-perkara yang berkaitan dengan isu ini.






Seringkali berlaku penyebaran yang tidak tepat mengenai status HALAL sesuatu produk (terutama makanan) tanpa mendapatkan penjelasan yang lebih tepat dari pihak JAKIM sendiri.

Syukur sekarang ramai yang lebih prihatin dan menitikberatkan status HALAL produk-produk yang ada dipasaran sekarang. Namun yang tidak moleknya, pantang ada isu TIDAK HALAL sesuatu produk yang diketahui secara lisan atau secara kebetulan, ianya menjadi viral dengan begitu pantas sekali tanpa usul periksa terlebih dahulu. Perlu diingatkan, sesuatu itu tidak boleh dijatuhkan hukum HARAM melainkan jelas ciri-ciri keharamannya.

Akibatnya penularan sesuatu isu yang tidak benar, produk tersebut dipulaukan. Yang menanggung rugi siapa? Tentulah pengusaha atau pengeluar. Yang dapat untung siapa? Fikir-fikirkan..

Mencari yang HALAL itu fardu bagi kita umat Islam. Maka itulah sebaiknya elakkan syubhah kerana dikhuatiri menjadi fitnah. Makna kata, kalau was-was, carilah kepastian. JANGAN terus sebar.


Sekarangkan semua maklumat ada di hujung jari. Malah pihak  JAKIM sendiri ada menyediakan Laman Interaksi HALAL Bersama JAKIM di Facebook : HALAL HAB JAKIM


Korang boleh terus berinteraksi dengan pegawai yang bertugas atau mendapatkan apa-apa sahaja maklumat yang ada dimasukkan dalam album gambar  mereka.


Korang juga boleh  menyemak sendiri status halal sesuatu produk di facebook pages ni atau di aplikasi SMART HALAL yang boleh didownload dari playstore. 


Senangkan? Nak travel kemana-mana negara pun tak ragu-ragu dah dengan logo HALAL yang ada tu. Tinggal rujuk je kat situ. Lepas ni kalau dapat info viral, semak dulu ye.



PERMOHONAN SIJIL HALAL


Buat pengusaha produk terutama pengusaha produk IKS yang tercari-cari maklumat atau cara hendak mendapatkan sijil HALAL bagi produk mereka, boleh terus datang ke sini. Dapatkan penerangan yang lebih jelas. Pegawai yang bertugas akan membantu sebaik mungkin.

Proses kelulusan status HALAL memakan masa 15 ke 30 hari sahaja selepas bayaran dibuat sekiranya menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan. Jumlah bayaran pula hanya RM200 untuk 2 tahun. Murah je kan? Datang ke JAKIM berdekatan untuk maklumat lanjut ye.

Ingat ye, semak sebelum viral.




14 comments:

Sehari Bersama KBBA9 di Showcase Gempak Giler Bangi Wonderland

December 03, 2017 Mohaz Sue 11 Comments

Assalamualaikum...

Harini kitorang dijemput bersama-sama dengan 17 lagi keluarga dari team KBBA9 dan juga rakan media yang lain bagi memeriahkan Program Showcase Gempak Giler yang diadakan sempena cuti sekolah yang bermula pada 1 Disember 2017 hingga 10 Desember 2017 di Bangi Wonderland


Haa.. dah cuti tu apa kata hiburkan hati anak-anak dan keluarga termasuk diri sendiri dengan setiap permainan serta persembahan yang diadakan di sini. Syok ooo..

Sebelum acara dimulakan, sempat juga kami buat kejutan birthday buat incik bos kami iaitu Ben Ashaari. Happy birthday Aben..  Semoga terus diberi kesihatan yang baik, murah rezeki, bahagia bersama keluarga tercinta, dan dilimpahkan segala kebaikan di dunia mahupun di akhirat.


Acara dimulakan dengan ucapan GM yang seterusnya merasmikan program ni. Selain mandi-manda dan main air, ada juga persembahan artis-artis terkenal tau. Macam harini ada Ameng Spring dan juga Ezad Lazim yang akan menghiburkan semua yang hadir. Keesokkannya (3hb), Dato' Awie dan Siti Nurdiana. 9hb pula Amy Search dan Nico G. Manakala 10hb, Khalifah dan Projector Band.



Habis je sessi bergambar, anak-anak dah ajak main air. Jadi papanya lah yang melayan. Mama ada kerja jadi lepas habis kerja mama join korang ye.

Kami dan juga rakan media diajak bermain sukaneka. Setiap kumpulan ada 10 orang peserta. Game pertama memang lucu. Apa taknya.. anak-anak gorilla kena dengar arahan papa gorilla jalan tutup mata sambil kepit bola di celah kaki dan celah ketiak. Bola tu pula hanya papa gorilla je yang boleh pegang letakkan pada anak-anak gorilla. Dapat bayangkan tak?

Game kedua pula, rantai gelang hula. Kami beratur panjang memegang tangan satu sama lain dan diminta menghantar gelang hula dari peserta pertama ke peserta akhir tanpa jatuhkan gelang hula dan tidak dibenarkan melepaskan tangan rakan. Susah juga. Tapi ada juga tu yang mengelat. Hahaha.. alaa game suka-suka je. Janji seronok sudahla. Pasukan kami dapatlah no 2 dan no 3. Oklah tu...team mak-mak tau..hihi (ayat coverline).

Antara acara harini : Telematch (Gorilla)



Budak berdua yg baru seminggu kena khatan tu, tak padan dengan dalam pantang. Huhuhu... kemain happy bila dapat tau nak kemari. Excited sungguh! Terus hilang rasa sakit berkhatan. Mama tak sempat nak ambil gambar diorang. Tapi hasil soal selidik, diorang tak puas lagi main slide dan permainan lain yang ada kat situ. Oklah nanti kita pergi lagi. Tunggu sihat betul-betul dulu.

Amsyar? Dia lagilah.. tak sabar-sabar ajak main air. Asyik-asyik tunjuk ke Kids Adventure tu je. Nak ajak main air.


Persembahan Ezad Lazim dan Ameng Spring 

Sedaplah suara diorang. Sebijik sama macam yang rekod punya. Haa bukan miming ea. Memang best. Siaran langsung tu. Masing-masing menyanyikan 4 buah lagu. Moha duduk depan sekali bersama geng KBBA9. Memang puas hati dapat tengok depan-depan ni. Siap dapat selfi lagi tu.. jangan jeles ye.


Masa persembahan Ameng Spring memang havoc. Dia pandai melayan peminat dan buat penonton gelak. Memang seronok tengok persembahan live diorang ni. Tak rugilah datang sini. Artis-artis jemutan ni sangat peramah. Masa nilah korang berpeluang bersalaman atau bergambar bersama..



Apa yang pasti kami semua seronok sakan. Terima kasih Bangi Wonderland. Memang nak datang lagi lepas ni. Tak puas  main air. Huhu..




Apa yang ada di Bangi Wonderland?

1. Anaconda Trail
2. Body Slide
3. Boomeriang
4. Green Pearl
5. Insane Racer
6. Kids Adventure
7. Magic Funnel
8. Meander River
9. Pirates Bay
10. Pirates Spa
11. Spiralax
12. Surf Rider
13. The Fall
14. Typhoon River
15. Water Cannon
16. Wonder Loop






Isu Keselamatan Macamana?

Jangan risau ye. Semua peralatan permainan dan segala kemudahan dah pun diperiksa sebelum dibuka kepada pengunjung. Malah penambahbaikan ciri-ciri keselamatan juga dipertingkatkan.

Lantai dan juga tangga dipasang alas anti licin. Jadi tak perlu risau tergelincir dan sebagainya. Terutama anak-anak kita yang ligat berlari ke sana-sini tu. Malah setiap gelongsor turut diletakkan pengawal keselamatan bagi menjaga dan memantau setiap orang yang hendak menggunakan permainan tersebut. Manalah tau kalau-kalau ada yang berebut-rebut nak guna. Kan bahaya? Nanti jatuh macamana? Haaa..

Pelampong juga ada disediakan dengan kadar RM25 (sewa RM15, deposit RM10 yang akan dipulangkan semula apabila pelampong diserahkan semula).


Harga promosi tiket Bangi Wonderland sempena cuti sekolah Disember 2017 :

Dengan Mykad

Isnin - Jumaat  (11 pagi - 6.00 petang) : RM150 untuk 4 orang
Sabtu - Ahad (10 pagi - 6.00 petang) : RM180 untuk 4 orang

Tanpa Mykad

Isnin - Jumaat (11 pagi - 6.00 petang) : RM150 untuk 4 orang
Sabtu - Ahad (10 pagi - 6.00 petang) : RM180 untuk 4 orang

Ditutup pada setiap hari Selasa kecuali sepanjang cuti sekolah dan cuti umum.

Hari-hari biasa pula, harga tiket macamni:

Dengan Mykad

Dewasa : RM58/orang
Kanak-kanak (90cm - 130cm) : RM48/orang
Kanak-kanak (bawah 90cm) : Percuma
Warga emas / OKU : Diskaun 50%

Tanpa Mykad

Dewasa : RM70/orang
Kanak-kanak (90cm - 130cm) : RM60/orang
Kanak-kanak (bawah 90cm) : Percuma
Warga emas / OKU : Diskaun 50%

Pondok gazebo antara yang ditambah selain khemah besar untuk keselesaan pengunjung berehat

Untuk maklumat lanjut, korang boleh lawati website ni :
www.bangiwonderworld.com
atau
Ke Facebook : @bangiwonderlandwaterpark
Instagram : @officialbangiwonderland
  Atau boleh juga hubungi :
03-89128333

11 comments: