Lelaki ke perempuan ni?

December 21, 2017 Mohaz Sue 7 Comments

Soalan yang biasa orang tanya bila nampak Amsyar. Haha.. dulu masa Haziq kecik pun soalan sama juga orang tanya. Mungkin sebab bulu mata lentik kot, rambut pun panjang pulak tu. Manja pun satu hal. Mana orang tak cop dia perempuan?




Bukan tak nak potong rambut Amsyar ni. Dah pernah cuba suruh tukang gunting rambut tu potong. Baru je orang tu letak kain nak balut badan dia, dia dah meraung! Bergegar satu kedai tu dengan suara dia. Tak jadilah nak potong rambut. Sabar jelah!

Masa dia baby dulu bolehla Moha potong sendiri. Sekarang ni, jangan haraplah. Nampak je kita pegang gunting, dia pun nak pegang juga gunting tu. Mana boleh! Bahaya kan?

Akhirnya papa dia cakap biarkan jelah rambut dia panjang. Masalahnya mama dia sakit mata memandang. Dah la cuaca panas sekarang ni. Dia pulak aktif. Berpeluh-peluh jadinya. Kadang-kadang ikat juga rambut dia. Tak pun pakaikan cekak. Dia pun rela je mama buat camtu kat dia. Hihi.. Alahai.. comel la pulak!




Nanti bila Amsyar dah ok sikit, dah tak takut dengan orang sangat, kita pergi gunting rambut ea? Barulah handsome bujang mama.


You Might Also Like

7 comments:

  1. Sama macam anak kak Ti yg no 4 tu. Masa rambut dia agak panjang, kebanyakan yang jumpa dia ingatkan dia perempuan.. hahahaha..

    ReplyDelete
  2. Sama macam anak buah saya yang lelaki tu... takut dengan kedai gunting. Kalau nak gunting rambut, jangan bgtau.. haha...nanti dia takmo jalan. Awal2 dah nangis.

    ReplyDelete
  3. sejenis anak ina yang berumur 12bulan tu..tapi anak ina jenis payah, tak duk diam bila mama nak potong pun.

    ReplyDelete
  4. Hihi...xpe...ambik masa kak moha. Amsyar kecik lg. Dia takut dengan orang yg gunting rambut dia tu

    ReplyDelete
  5. Anak buah ai pun rambut panjang. tapi curl. nampak mahal. bukan dia taknak potong tapi ummi dia yang sayang nak potong.

    ReplyDelete
  6. Hehee comel je muka. Nanti besar sikit tak takut laa diaa.

    ReplyDelete
  7. Amsyar nak potong rambut ye...nanti jadi gagah perkasa tau hehehe...fhm sgt perangai anak2 kecik ni mohaz

    ReplyDelete