Alif Lam Lam Ha, Siapa Curi Berdosa Besar

December 18, 2017 Mohaz Sue 7 Comments

Siapa masa kecil dulu ada buat macamni? Hahaha.. kemain tau. Punyalah takut barang kena curi. Siap pangkah barang tu dengan jari sambil jerit "Alif Lam Lam Ha, siapa curi dosa besar!" Dengan harapan barang tu tak dicuri atau disorokkan.

Dulu-dulu bukan takde kes buli. Ada. Cuma cara buli tu lebih "sopan" dan "comel". Buli yang indah bila dikenang. Salah satu yang paling popular, sorok barang kawanlah. Kesian member tercari-cari barang dia. Eh, Moha tak buat tau. Kita budak baik masa sekolah dulu.. paling teruk pun kita main cop tiang je..huhu

Kadang-kadang ada yang menangis tau. Penat cari barang tak jumpa-jumpa. Rupa-rupanya kena sumbat dalam tong sampah lepas tu tutup dengan gumpalan kertas. Camne nak jumpa? Nakal betul. Nak elak jadi macam tulah "tanda" tu dibuat. 

Yang bagusnya, bila dah letak tanda, takde pulak yang gatal tangan nak ambik barang tu. Haa.. Nampak tak kesan psikologi dia? Semua takut dosa. Huhuhu..bagus.. bagus..

Lagi satu kebiasaan atau kepercayaan masa kecil dulu, kalau lukis gambar orang, tak kiralah cantik ke tak, tapi kat leher tu mesti buat tanda pangkah. 

Entah siapa punya kerja bagi ajaran sesat ni pun tak taulah. Kononnya tanda tu menghalang lukisan tu dari hidup. 

Hahaha... senangnya kitorang kena tipu kan? Nak marah pun ada sebenarnya. Dah lukis lawa-lawa, tak pasal jadi hodoh dek pangkah tu. Bila hantar lukisan kat cikgu dan jelaskan kenapa buat pangkah tu, cikgu bantai gelak. 

"Cikgu tak ajar wei pangkah-pangkah ni. Hihihi.. tak lakulah lukisan potret kalau kena letak pangkah kat leher". Ye tak ye jugak.. hahaha.. tak terfikir pulak!

Moha syak orang yang ajar pangkah kat leher tu mesti dengki sebab dia tak reti lukis. Kahkahkah.. kreatif cara dengki pun... 

Bila ingat-ingat balik kenangan masa sekolah, memang boleh buat senyum sorang-sorang. Zaman yang tak banyak masalah tapi penuh dengan keseronokkan. 




You Might Also Like

7 comments:

  1. ehhh, tetiba ter flashback pulak ina.. masa kecik pun.Kalo dengki dengan kakak..buat alim lam lam ha jugak... kahkahlkah.. thanks moha, pagi2 ni dah bikin ina senyum

    ReplyDelete
  2. Memang selalu buat-buat tulis alif lam lam ha tu. Memang takkan ada yang berani usik barang tu. hihihi

    ReplyDelete
  3. Hahaha..lawak Moha..lawak gak bila ingat kecik2 tulis alif lam lam ha tu..haha

    ReplyDelete
  4. hahaha juju dulu2 masa sekolah rendah selalu buat...mmg xd kawan2 curik haha

    ReplyDelete
  5. hehe, baru tahu yg pangkah kat leher. zaman huda sekolah takde plak camtu.

    ReplyDelete
  6. tapi anak zaman ni tak mcm tu..hehehe

    ReplyDelete