Menyesal betul!

December 25, 2017 Mohaz Sue 4 Comments


Kebelakangan ni kalau nak balik kampung suami, lalu jalan besar tu ada je nampak orang jual cendawan busut kat tepi jalan tu. Pernah berapa tahun dulu entah (tak ingat), turun jugalah singgah tanya berapa harga sekilo. RM20 jawab penjual tu. Belilah juga sebab nak merasa. Benda jarang-jarang ada kan? Kat pasaraya pun tak pernah jumpa dorang jual cendawan ni. Nak cari sendiri? Haha.. tak reti!

Tapi tu jelah sekali beli. Zaman sekarang ni tak dayalah nak ikut selera sangat. Segalanya naik harga. Tak berani nak turun tanya. Kang dah tanya, segan pulak kalau tak beli.. tu satu, satu lagi kesian pulak kat penjual. Mesti dia mengharap orang yang datang singgah tu beli jualan dia kan?  Jadi tiap kali lalu, cuma teruskan perjalanan jelah. Sambil bukak cerita, "sedaplah cendawan tu.."πŸ˜…

Tapi nak dijadikan rezeki kata orang tu kan, tiba-tiba kat grup whatsaap ada yang iklankan dia jual cendawan ni dengan harga RM10 sekilo. Ada 5 kilo lagi berbaki katanya. Ya Allah, geram je tengok gambar yang dia tunjuk ni haaa. Harga pun murah dah..


Tak tunggu dah terus je mesej seller tu nak beli sekilo. Rasa macam dah cukuplah konon sekilo tu. 

Dalam pukul 6 petang baru dapat cendawan ni. COD depan rumah lagi. Senang betul sekarang ni nak membeli-belah. Semua hujung jari je. Wakakaka...patutlah duit cepat habis😭😭😭


Boleh tahan banyak juga sekilo. Siap asing 2 bahagian. Masak 1 bahagian dulu cadangnya. 1 bahagian lagi masak esok pulak. 

Elok dah siang-siang dan bersihkan, siap je masak, terus diorang makan. Sedap! Sedap! Kata diorang.

Dalam dok cakap sedap-sedap tu, rupanya tak cukup! Hmm.. menyesal pulak masak separuh. Lagi menyesal beli sekilo je. Kalau tau jadi macamni, huh baik borong habis je tadi! Yang tukang masak pulak dapat rasa sesudu je..huhuhu. Nasib badanlah!

Oh, ya! Tadi tu masak biasa-biasa je. Cuma buat  masak air. Takde tumis-tumis. Semua pakat rebus terus. Ni resepinya. Kotlah ada yang nak cuba kan? 


Cendawan Busut Masak Air

Bahan-bahan

Cendawan Busut - buang bahagian yang kotor dan cuci bersih
Sehelai daun kunyit - koyakkan
1/2 biji bawang besar - hiris
1 biji bawang putih - hiris
Garam, ajinomoto dan air secukupnya.

Cara-cara masak

Masukkan je semua bahan dalam periuk.  Rebus hingga mendidih dan cendawan dah masak. Kalau rasa dah cukup sedap, matikan api dan hidang. 

Kalau tak cukup sedap, tambah garam dan aji lagi. Tapi komfem sedap punyalah. Lagi-lagi kalau makan dengan nasi panas, ada ulam pastu ada sambal belacan. Takpun sambal Min tu. (Betullah.. tak boleh nak tinggal tau sambal Min ni! Selagi tak habis!πŸ˜…).

Oklah.. nak tidurkan Amsyar dulu pastu nak siang baki cendawan tadi. Esok senang nak masak. Wassalam.. (macam tulis surat pulak)πŸ˜„πŸ˜„







You Might Also Like

4 comments:

  1. fuhhh, nampak sedap, teringin nak buat, tapi nak rasa dulu yg kak moha buat. kena dengan tekak ke x..heeee

    ReplyDelete
  2. Baru tau cendawan ni lepas bersihkan terus putih berseri. sedap-sedap. keep in touch lah dengan penjual cendawan tu.

    ReplyDelete
  3. oh ini rupanya cendawan tu. Memang tak pernah membeli pun

    ReplyDelete