Tukar template baru, Adsense pun 'approve'

December 29, 2017 Mohaz Sue 7 Comments


Assalamualaikum...

Kalau perasan la kan, blog Moha ni dah tukar template baru. Tapi bukan buat sendiri. Suami Huda yang buatkan. 

Biasalah benda baru. Moha pun tak mahir lagi nak handle. Pelan-pelan kita godek ea. Sebenarnya rambang mata pilih template. Semua cantik-cantik. Semua berkenan. Haha.. (tu baru template tu.. belum benda lain lagi๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„). Last-last Moha pilih template yang ni.


Blog dah cantik, tapi kalau banyak brokenlink pun tak bagus juga. Jadi Moha semak dulu semuanya guna link ni. Mujur tak banyak nak kena betulkan balik. Sekarang blog dah takde masalah dah.


ADSENSE DAH LULUS!

Alhamdulillah... berkat tunjuk ajar dan sokongan kawan-kawan blogger, tak lama lepas tukar template baru ni, malam semalam Moha dapat email dari Adsense.


Macam nak lompat bintang je rasa. Haha.. jakun ea? Tak kisahla jakun ke apa. Dah lama tau mohon. Entah berapa kali mohon semula pun tak ingat dah.

Banyak yang Moha kena belajar pasal dunia blogging ni. Terutama part teknikal. Kalau semua tak reti, susah juga. Macam adsense ni la contohnya. Lepas dah lulus ni nak buat apa? Terkial-kial malam tadi tengok dan cuba setting tapi apa pun tak jadi. Haha..kesian betul! Akhirnya pasrah dan terus tidur! Biar jelah dulu. Cadangnya nanti tanya geng-geng blogger.

Bangun pagi tadi langsung tak ingat dah pasal ni sebab nak uruskan pendaftaran Haziq ke sekolah menengah pulak. Balik sekolah barulah teringat nak tengok blog.



Yeay! Dah adalah iklan kat blog kita! Haha... sukanya! Kalau nampak serabut tu tandanya tuan punya blog tengah  buat eksperimen lagi la tu. Dia ada OCD sikit part ni. Tapi tak reti sangat nak setting. Tengah cuba dapatkan view blog yang sedap mata memandang. Gitu ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

You Might Also Like

7 comments:

  1. template baru IQ macam ada prob sikit, hari tu adsense tetiba disapprove. sedih IQ...huaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala sayangnya.. harap2 cepat ok blog IQ tu

      Delete
  2. tahniah dan cantik template macam ni.warna putih.

    ReplyDelete
  3. tahniah kak moha. jeles yer...nak adsense gak.

    ReplyDelete
  4. pernah guna tmplate ni, mmg ok tmplate tu

    ReplyDelete