Siapa nenek yang kacau Haziq tu?

December 22, 2017 Mohaz Sue 5 Comments



Kisah ni berlaku masa Haziq umur 2 tahun 16 hari. 2 hari sebelum Amar dilahirkan.

Malam tu kami balik agak lewat dari kampung. Dalam kereta lagi Haziq dah tidur. Bila sampai je kat rumah, Moha pun tukarkan dyper dan baju dia supaya dia lebih selesa. Lepas tu kami terus tidur. 

Tiba-tiba Haziq merengek. Moha tengok jam dah pukul 2.30 pagi. Kenapa pulak ni? Bagi susu dia tak nak. Hmm.. kembong perut ke? Ambik minyak kembong, sapu kat perut dan kaki dia. Eh, makin kuat pulak menangis. Kenapa ni?

Makin lama makin kuat dia nangis. Kuat dia berpaut kat Moha. Langsung tak nak letak. Kita ni dahla dengan perut sarat, nak dukung dia lagi. Nak memujuk lagi.

Muka Haziq dah naik biru menangis tak berhenti. Papanya dah serender tak tau nak buat apa. Dalam hati tak berhenti berdoa mintak Allah bantu. Zikir tak putus baca. Tapi dia menangis juga lagi.

Tiba-tiba dengar suara makcik jiran sebelah menegur kat depan pintu. "Kenapa tu?"

Moha tak fikir apa-apa, tanpa buka pintu, terus je jawab. "Tak taulah cik. Menangis je dari tadi".

Tengok jam dah pukul 3 pagi. Masa tulah baru terfikir. Eh, makcik tu balik rumah anak dialah! Yang tadi tu siapa? Ngeee

Terus laju mulut kumat-kamit tak henti baca surah Al-Fatihah, 3 Qul dan ayat Qursi,  hembus di ubun-ubun Haziq. Perlahan-lahan tangisan Haziq mula reda. Spontan mulut ni bertanya.

"Haziq kenapa? Siapa kacau Haziq ni?"

"Nenek" jawab dia. Nenek mana pulak ni?

Tak semena-mena menyirap terus rasa. Meluap-luap rasa nak marah tu.

"Sudahla nenek. Pergilah! Kesian Haziq nak tido. Dia penat ni! Pergi!"

Selesai cakap macam tu, Haziq pun diam. Tak menangis lagi dah. Elok terlentok kat bahu. Tertidur dah dia. Alhamdulillah, leganya rasa. Perlahan-lahan baringkan dia atas katil.

Tak habis fikir pasal "nenek" tu. Siapa ea? Isk... jangan macam-macamlah! Langsung tak dapat tidur sudahnya.

Pukul 6 pagi, perut dah mula rasa sakit. Tengok-tengok dah keluar darah tanda nak bersalin. Cepat-cepat bersiap nak ke hospital. Siapkan Haziq nak hantar ke rumah pengasuh. Harap-harap "nenek" tu tak kacau dia lagi.

Semalaman di Hospital tak dapat juga tidur menahan sakit, akhirnya lahirlah Amar pada pukul 7.45pagi. Alhamdulillah.

Nenek dengan makcik tu? Sampai sekarang tak tau siapa. Biarlah. Dorang pun tak kacau lagi dah.


You Might Also Like

5 comments:

  1. seram betul..kalo ina tercabut dah skru skru lutut ni.. berani betul ya dia munculkan diri kul 3pagi. Nasiblah moha kuat semangat..

    ReplyDelete
  2. Anak-anak usia tu mmg boleh nampak kan kak..

    ReplyDelete
  3. yela...anak shapun selalu kena kacau...huhuhu

    ReplyDelete
  4. huhu, Qa'id pun kadang2 nampak, minggu lepas adik dan anak saudara tidur dekat rumah, tak ley tidur budak tu dibuatnya..huhu..kena pagar rumah macam ni..

    bila dia sebut benda bukan, naik bula roma dekat tengkuk. huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. Uiiittss.. seram la pula baca ni malam2..

    ReplyDelete