Surya S Great Grain Minuman MultiBijirin Berkhasiat Ramadhan ini

May 13, 2019 Mohaz Sue 10 Comments



Assalamualaikum...

Dalam kesibukan seharian, sedar tak sedar dah masuk hari ke-8 kita berpuasa. Alhamdulillah.. tak sehari pun kami terlepas waktu bersahur. Biasanya waktu sahur, Moha tak hidangkan nasi berlauk sebab masing-masing kurang berselera seawal waktu macam tu.


Jadi Moha cuma sediakan hidangan mudah samada sandwich, bihun goreng atau nasi goreng disamping air minuman yang boleh memberikan tenaga seperti S Great Grain keluaran Surya ni.

Istimewanya S Great Grain


S Great Grain merupakan produk pilihan terbaik yang dijamin HALAL untuk diamalkan setiap hari lebih-lebih lagi sepanjang bulan Ramadhan ni. Ia mengandungi 18 bijirin terdiri daripada beras merah, kacang merah, kacang hijau, benih coix, biji bunga teratai, biji rami, beras perang, jagung, kacang soya, gandum, sekoi, bijan hitam, kacang walnut, kernel aprikot, kacang hitam, benih chia dan beras pulut. 


Turut mengandungi 5 makanan Sunnah yang terdiri daripada Habbatus Sauda, Zaitun, Delima, Buah Tin dan juga madu. 

Multi-bijirin di dalam S Great Grain mempunyai set nutrien yang komprehensif termasuk karbohidrat yang baik, protein yang tinggi, serat makanan, vitamin dan antioksida yang menjadikannya pilihan terbaik untuk sekeluarga. 


Produk ini boleh dikategorikan sebagai sumber serabut diet terbaik amat sesuai untuk mereka yang peka dengan kesihatan dan ingin mencapai gaya hidup yang lebih sihat, dengan kandungan kebaikan yang diperoleh daripada 5 makanan sunnah bersama 18 jenis multi-bijirin. Tentunya formulasi ini unik dalam landskap multi-bijirin Malaysia.

Sebagai ibu tentunya Moha ingin memberikan nutrisi yang terbaik kepada anak-anak terutama sepanjang tempoh mereka berpuasa ni. Dengan memberikan mereka minum S Great Grain sewaktu bersahur, Moha yakin ianya dapat memberikan nutrisi yang terbaik kerana ia datang lengkap dengan nutrien yang diperlukan agar bertenaga dan lebih fokus untuk menjalankan aktiviti seharian walaupun ketika mereka sedang berpuasa.

Rasanya yang sedap, lemak berkrim dan kurang manis dengan aroma yang harum sangat mudah disediakan dan diminum. Hanya tambahkan secawan air panas dan kacau sebati. Selain dijadikan minuman, juga boleh dijadikan bahan tambahan dalam menu hidangan lain seperti kek, roti, biskut dan sebagainya. 


Surya S Great Grain boleh didapati di semua cawangan Watsons, butik Himalaya, farmasi tempatan terpilih atau boleh juga dibeli di laman e-commerce Shopee




10 comments:

Kedai Emas Hajjah Halijah Sdn. Bhd. Buat Jualan Kilat Sempena Ramadhan

May 09, 2019 Mohaz Sue 5 Comments



Assalamualaikum..

Alhamdulillah, harini dah hari ke-4 berpuasa. Harap pembaca blog Moha semua kekal sihat bertenaga berpuasa sepanjang hari.

Rasanya ramai yang dah sediakan semua kelengkapan nak raya macam baju raya, kasut raya, kuih raya.. kalau surirumah pulak mesti dah mula nak menghias rumah kan? Macamana pula dengan barang kemas? 

Arwah mak Moha suka sangat dengan barang kemas ni. Setiap tahun dia pasti tak lepaskan peluang meniaga sepanjang bulan puasa dan bila nak raya je, sebahagian duit dari hasil dari meniaga itulah dia akan beli atau tukar barang kemas yang lama kepada yang baru. 

Tak kiralah cincin ke, gelang tangan ke, rantai leher ke... Adakalanya untuk diri sendiri dan adakala untuk anak-anak perempuan dia. Katanya beli emas ni bukan nak tayang kat orang pun. Tapi nak puaskan hati sendiri sekaligus sebagai pelaburan. 

Maklumlah, kami ni bukan orang kaya. Dengan adanya barang kemas ni, dapatlah juga digunakan bila tiba masa kami kesusahan atau kesempitan duit. 

Masa bujang dulu, Moha tak pernah beli barang kemas sendiri. Semua arwah mak uruskan. Sampailah masa nak kawin, barulah terkial-kial nak belajar beli sendiri. 

Sekarang, alhamdulillah dah retilah sikit. Tu yang tak berani nak singgah masuk kedai emas. Mulalah rambang mata. Kalau tengah ada duit, bolehlah beli. Ada duit pun kalau konon-konon nak simpan tapi nanti sikit-sikit keluarkan semula, lama-lama habis juga. Beli emas, boleh juga jual balik satu masa nanti. So, InsyaAllah.. tak rugi...

Disebabkan minat, rajin jugalah Moha tengok barang kemas kat media sosial. Terbaru ni Moha tengok kat Facebook Kedai Emas Hajjah Halijah (KEHH). Yang menariknya kedai ni takde caj upah tau..haa..korang suka kan?




Skrol punya skrol fb tu, ralit juga dibuatnya. Wah, patutlah KEHH ni jadi kedai pilihan no. 1 di Kedah!! Harga barang kemasnya pun lebih murah kalau nak dibandingkan dengan kedai lain. Design produk pun lawa-lawa! Haish.. rasa nak pi Kedah la ni jugak aih!! 
Nak belek depan-depan. Tentu lagi puas hati! Huhuhu.. korang yang kat Kedah mesti familiar dengan kedai KEHH ni kan? Untunglah korang..! Mujur juga kitorang yang jauh ni masih boleh cuci mata dan beli secara online. Kalau tak, lagilah rasa terkilan.


KEHH ni macam-macam promosi diorang buat. Cuci barang kemas percumalah, beli emas percuma emas lah, ada menang emas la, eh.... Macam-macam lagilah! Tapi yang paling best, mereka tawarkan harga yang tinggi bagi pertukaran barang kemas lama. Best kan? Memang berbaloi sangat tu!

Nak lagi best? Daftarlah jadi ahli KEHH! Nanti dapat lagi banyak keistimewaan sebagai ahli. Terutama sekali potongan sebanyak RM10/gram. Uish.. banyak tu!!! So, apa tunggu lagi?! Cepat-cepat daftar tau. Sekarang tengah ada jualan Kilat Sempena Ramadhan bermula 9/5 - 12/5/2019 ni. Jangan lepaskan peluang kay. Daaa.. Moha nak sambung tengok FB KEHH. Manalah tau ada rezeki menang hadiah masa Kak Jue buat live. Aamiin...




5 comments:

Mini Tower Burger Fuel Shack Shell Bangi

March 11, 2019 Mohaz Sue 1 Comments



Assalamualaikum..


Dalam perjalanan nak ke pejabat Nilai Harta di Bangi, kami singgah ke Shell sekejap nak isi minyak. Selesai isi minyak, boleh pulak terperasan iklan yang terpampang di trak Fuel Shack yang hantar bahan mentah ke situ. 

Punyalah mengancam gambar burger 2 tingkat tu sampaikan suami Moha yang baru baik dari denggi pun dah tergoda. Maklumlah dah lebih seminggu hilang selera makan. Huhuhu...

Disebabkan orang dah teringin, Moha pun masuklah ke dalam Shell tu dengan tujuan nak membeli. Sekali tengok harga... hmm.. boleh tahan jugalah kalau dibandingkan dengan restoran fast food yang lainnya. Tapi takpelah, nak merasa punya pasal.


Moha order 2 Original Shack dan 1 Mini Tower beserta 2 kentang goreng dan air pepsi. Kat sini takdelah order terus dapat macam kepsi atau mekdi tu. Kenalah tunggu sekejap pekerjanya masak patty dan siapkan semua order kita tadi tu. Dalam 10 minit jugalah menunggu. 


Bila dah siap tu, tengok packaging pun dah puas hati. Belum lagi tang bau burger tu. Ya Allah... Sedapnya bau dia! Rasa nak makan masa tu jugak! Sabar jelah menahan hidung dengan bau yang sedap tu.


Sampai je kat pejabat, apalagi.. Fuhhh.. semerbak bau burger memenuhi ruang pejabat sebaik dikeluarkan dari beg kertas tu. 

Dari segi rasa, memang puas hatilah!! Walaupun mini tower, tak habis pun kami makan bertiga walaupun masa tu memang tengah lapar. Mini tower ni ada sebiji bun burger yang dibelah dua, diapit dengan 2 keping patty yang tebal dan berjus, diselangi dengan sekeping keju bagi setiap satu patty, di atasnya pula ditambah sekeping telur mata, salad, tomato dan juga mayonis. Next time bolehlah beli lagi. 







1 comments:

Makan malam di Tok Ayah Cafe Bangi

February 09, 2019 Mohaz Sue 5 Comments


Assalamualaikum...



Semalam kitorang buntu nak berjalan ke mana. Jadinya buatlah carian kat facebook cari tempat makan best di Kajang dan Bangi. Terjumpalah review pasal Tok Ayah Garden Cafe (TAGC) di Bangi tu. Wah.. ikan siakap siap masak (ikut suka nak masak camne) RM25 je seekor? Eh, murahlah kalau nak dibandingkan kat sini. Tengok gambar Lamb Chop pun menarik juga. Erm.. pergi makan kat sini jelah!



Berpandukan google map, kitorang terus terjah TAGC.



Kat sini ada banyak tempat duduk yang kemas tersusun. Cantik! Memang bertepatan dengan tema 'taman'. Kalau nak buat even ke, majlis kahwin ke atau jamuan makan besar, sesuai sangatlah! Sambutan mesra pelayan cafe sebaik saja kitorang sampai di pintu masuk, memang sangat membantu lebih-lebih lagi buat pelanggan yang pertama kali datang ke sini macam kami ni. Terus ditanya perkara berkaitan, makan berkeluarga, bersendirian dan tempat duduk pilihan. 



Ok, rasanya pilihan tempat duduk ni kalau datang awal dan tempat masih kosong, bolehlah request. Kalau penuh, kenalah tunggu dulu atau duduk jelah kat mana-mana tempat yang kosong. Masa kami datang tu masih awal lagi. Parking pun belum penuh. Jadi kami pilihlah tempat makan ala jepun-bersila. Uish.. lawa dekorasinya.. siap ada langsir sebagai tabir pemisah bagi setiap meja untuk keselesaan pelanggan. Amsyar yang paling seronok! Sebab tak payah nak duduk atas baby chair. Bebas dia nak bergerak.



Banyak juga pilihan menu kat sini. Untuk pertama kali ni, kami pilih 1 ABC dan set B untuk 4 orang makan. Dalam set ni ada 1 ekor ikan siakap (masakan pilihan sendiri), 2 set kailan ikan masin, 2 set paprik ayam, 2 set telur dadar, 1 tomyam kelapa, 2 set udang celup tepung dan 4 pinggan nasi putih. Kami tambah lagi satu menu iaitu sotong masak sambal petai. Malam ni kami terjah makan malam di sini pula. 




Order kami tak perlu tunggu lama. Sekejap je dah sampai baik minuman mahupun makanan. 


ABC tu memang mengancam betul rupa dia. Banyak sangat bahan di dalamnya. Barulah kena dengan nama.... Air Batu Campur!!


Yang kami order ni Siakap 3 rasa. Ikan digoreng garing, dicurahkan  pula sos 3 rasa di atasnya. Memang sedap!

Tomyam kelapa penuh dengan isi dan kurang pedas. Sesuailah makan seisi keluarga. Isi kelapanya pun lembut je.. hirup sekali dengan kuah tomyam, aduh... susah pula nak berhenti.



Udang segar celup tepung digoreng rangup tu bukan udang saiz kecik ye.. puaslah makan cicah dengan sos yang disediakan tu. Sotong sambal petai pulak, petai sebiji² tau. Bukan belah dua! Haa.. peminat petai mesti suka.


Lamb Chop pun sedap juga. Ah, senang cerita semua sedaplah! Lokasi pun aman damai, cantik dan kemas tersusun. Sangat selesa walaupun ada anak kecil. Nak datang sini, waze je Tok Ayah Garden. Sure tak sesat punyalah..



5 comments:

Puas hati pergi Expo Halal Malaysia 2019

January 25, 2019 Mohaz Sue 26 Comments



Assalamualaikum…

Malaysia Halal Expo 2019 telah dirasmikan semalam oleh Menteri Pembangunan Keusahawanan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof. Turut hadir bersama ialah Kedutaan Jepun ke Malaysia dan  Pengarah Bahagian Pasific dan Asia Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Pelaburan Jepun. 

Tak nak ketinggalan, seawal 9 pagi Moha dah gerak ke Kuala Lumpur Convention Centre. Alhamdulillah, sepanjang jalan tak jem jadi cepatlah kitorang sampai. 

Sampai je di sana, tengok ramai yang dah berkerumun depan pintu hall. Rupa-rupanya diorang tengah mendaftar untuk dapatkan pass masuk guna handphone.  


Pendaftaran sekarang dah makin canggih tau. Tak payah nak tulis-tulis nama atas buku lagi dah. Cukup ada handphone dan line internet. Kalau ada aplikasi barcode scanner lagi bagus. Imbas je QR code yang ada kat board tu nanti automatik skrin telefon masuk ke bahagian pendaftaran. Kalau takde aplikasi tu, login masuk kat mhe.1reg.my je dan ikuti arahan seterusnya.

Isilah kategori korang datang sebagai pengunjung biasa ke, usahawan ke atau wakil media. Isi semua maklumat yang diperlukan dan hantar. Sekejap je nanti korang akan terima email pengesahan dan kod QR untuk cetak pass masuk di kiosk yang disediakan. Untuk pass anak-anak, tak perlu daftar ye.. ada kaunter khas disediakan untuk dapatkan pass yang sama. Kalau tak faham, jangan risau. Ada ramai staff yang akan bantu. 

Eh, tak payah bayarlah! Masuk adalah PERCUMA! Daftar tu cuma untuk rekod expo sahaja ye. Haaa.. tampallah pass tu kat baju, tudung atau mana-mana bahagian yang mudah dilihat. Dah boleh masuk dan merondalah sampai pukul 6.00 petang.

Fuh, rambang mata bila dah masuk ke dalam. Ada banyak booth yang diatur kemas, bersih dan tersusun dengan lorong laluan yang lebar, mudah kita nak cari dengan pelbagai jenis produk makanan dan minuman termasuk booth selebriti. 

Semuanya sedap-sedap dan ada diantaranya produk yang unik dan baru di pasaran. Pastikan sebelum masuk tu korang dah sediakan duit secukupnya ye. Kang menyesal tak cukup duit nak beli barang..huhu..

Booth-booth untuk membantu usahawan seperti institusi kewangan dan SME Corp Malaysia pun ada. Masa inilah kalau korang nak ambil peluang untuk mulakan perniagaan atau kembangkan lagi perniagaan korang. Rajin-rajinlah bertanya sebab ada peluang usahasama untuk jadi agen atau stokis produk mereka, atau hasilkan produk korang sendiri dengan tunjuk ajar dari mereka berdasarkan pengalaman mereka sehingga berjaya ke tahap sekarang ni. 

Pengunjung yang datang ke sini bukan hanya dari warga Malaysia, malah ada juga wakil dari luar negara. Jadi tema expo kali ni iaitu  'Malaysia ke Jepun untuk Olimpik 2020', sangat bagus dan boleh diibaratkan sebagai memberi peluang kepada pengusaha  tempatan samada kecil mahupun sederhana bagi mengetengahkan produk mereka ke peringkat pasaran antarabangsa. 

Esok expo akan berakhir ye. Jadi pastikan korang tak lepaskan peluang keemasan ni ea. 

26 comments:

Home ownership is more expensive than you think

January 21, 2019 Mohaz Sue 1 Comments



Purchasing your first ever property in Singapore is a significant milestone especially for young Singaporean adults. Planning to buy a BTO and step into another milestone in life? There are many properties available in Serangoon that you can check them out. You often hear about people complaining about the huge expenses they spent after buying a home. With so many factors to consider before buying your first property in Singapore, this article will tell you how home ownership is more expensive than you think.

First of all, the cost of owning a home is more than its selling price. Think about the costs that you have to bear after paying the huge amount for down payment:

1. Renovation cost

After getting the keys to your home, the first thing that comes to your mind will be home renovation. And home renovation might cost more than what you expect, even if it is only a basic simple renovation. There are lots of renovation items that will cost you a lot after you itemize them, such as the lighting fixtures, curtains, air conditioners units, bathroom accessories, electrical works, window grills, cement screeding, painting, haulage fee and more micellaneous fee that will add up to a huge amount after you are done with the renovation. Sure you are allowed to take those articles with title “renovating your home with less than $30,000” for reference, but do read article like this with a pinch of salt as most of them do not include furnishing costs such as the beautiful furniturethat you see from the article. In addition, simple fixutre such as the lighting is not included in their renovation costs as well.

Therefore, do set aside of $50,000 at least for the renovation of your entire home, or at least $70,000 if you plan to follow the renovation from the articles that you have read online.

2. Interest cost

Let us assume a case scenario. Let us say if someone buys a HDB flat at $400,000 and has paid a 10% down payment, which is equivalent to $40,000. After paying the down payment, the buyer will still need a loan of $360,000. Assuming the buyer is taking a 20 years loan with soa loan interest rate at 2.6% per annum, the total cost of the home is more than just $400,000. The table below will show you how it works out to more than $400,000.
Based on the table above, a HDB flat with $400,000 selling price would cost you approximately $500,000 after you include the bank interest cost, but not including the renovation cost.

3. Opportunity cost

Bear in mind that the moment you buy a house or a condominium in Bukit Batok, you are actually letting go some good opportunity that might be even better than owning a home. This is one of the few options that people will ever consider when they purchase a property in Singapore. Most Singaporeans have failed to realize that the huge amount of money they spent in buying a property could have been used to generate returns if they were to invest in other investing channels.

Based on the scenario mentioned above, let us say if the home buyer uses the renovation cost of $50,000 and down payment of $40,000 in the Singapore Savings Bond, a risk free asset, with a 2.5% return per annum. Assuming the home buyer uses the $90.000 for the investment with 2.5% annual return, the home buyer would have a total of $147,475 after 20 years including the compounding interest. In addition, if the home buyer uses the additional $1,925 that is meant for monthly loan repayment on the the same investment with 2.5 annual return, the home buyer will then have a whooping $598,626 after 20 years. That being said, if the home buyer spends the money on investment instead of purchasing a property, he will then have a total of $598,626 after 20 years.

Do bear in mind that you the cost of buying a house is not only $400,000 as there is also renovation cost to take into account. Therefore, it would be a total of $552,000 and that would be the actual cost of buying a house, not including maintenance fee. That being said, the home buyer should not be too happy when he is able to sell the house for $600,000. Think of the opportunity cost that he has missed out on when buying a house. A total of $746,101 could have been his if it was not because of buying a house. Of course, if the home buyer bought the house for investment purpose, meaning to say, renting it out, that will then be a valid reason in arguing that it will have a higher return as compared to investing in risk free assets.

In conclusion, owning a property is still considered a great financial decision, especially to young working adults in Singapore. However, do bear in mind that owning a house is actually more expensive than what most people expect.

1 comments:

Omar dan Hana pikat hati anak minum susu Lazz

January 20, 2019 Mohaz Sue 2 Comments



Assalamualaikum...



Memandangkan susu Lazz haritu dah nak habis, Moha buatlah pesanan dengan www.lazzdelivery.com



Senang sangat tau nak beli susu Lazz ni.. order je nak perisa yang mana. Ada 3 jenis perisa susu Lazz yang kita boleh pilih untuk anak-anak iaitu perisa asli, perisa kurma dan perisa coklat kurma. Nanti konsultant Lazz yang berhampiran dengan tempat tinggal kita akan hantar susu tu ke rumah. Sukanya lahai... Tak payah nak tercari-cari dah kat mana ada jual. Tau tak siapa yang paling happy bila Encik Lutfi (konsultant Lazz), hantar susu kat rumah ni? 



Ni haaa orangnya! Siap bawak baring! Isk isk isk.. jangan bawak tidur sudahlah dik. Huhuhu..

Lazz susu kambing memang jadi pilihan utama Moha sekarang untuk anak-anak. Hanya yang pernah consume susu ni je yang tau feel tu macamana tau. 


Antara sebab Moha pilih susu Lazz untuk anak-anak ni selain rasanya yang sedap, tidak hamis.. juga sebab sejak minum susu Lazz ni, tak pernah sekalipun diorang ni kena apa-apa alahan. Sistem penghadaman diorang pun baik sepanjang minum susu Lazz sebab susu ni mudah dihadam. Yang penting, tak perlu nak pening kepala beli susu ikut peringkat umur lagi dah sebab susu Lazz ni satu keluarga boleh minum. Senang kerja Moha! Tak banyak dah bekas nak guna buat simpan susu.. heee
Sebelum Moha pilih susu Lazz ni, ada juga cuba bagi Amsyar susu formula lain. Tapi Amsyar tak berapa nak minumlah. Susah betul nak habiskan segelas susu. Terpaksalah Moha yang habiskan. Esh.. pelik laa rasa susu formula anak umur 3 tahun ke bawah ni.. huhu.. tak lalu nak telan. Suruh Haziq dan Amar minum pun diorang tak mahu. Terpaksalah Moha olah susu tu masuk dalam adunan kek ataupun roti.. takkan nak buang pulak kan? Sayang... Sejak dah minum Lazz, memang tak beli dah susu lain.

Susu kambing Lazz ni berasaskan orgamilk (organic + milk). Senang cerita susu kambing Lazz ni, susu kambing segar dari ladang yang diperkaya  dengan mineral alkali dan diserbukkan, kemudiannya digabungkan dengan pati kurma yang berkualiti tinggi membekalkan tenaga kepada anak dan menjadikan mereka lebih fokus bila belajar. 

Kandungan laktose dan gula juga sangat rendah berbeza dari susu lain yang mana tersangatlah bagus untuk kesihatan anak-anak. Tau kan bahaya kalau anak-anak terlebih gula ni.. 



Bayangkanlah dulu Moha terpaksa buat macam-macam cara nak pastikan Amsyar dapat khasiat tambahan daripada susu selain susu ibu. Yelah, dia kan dah 3 tahun. Manalah cukup nutrisi kalau nak harapkan susu badan je. 

Susu kambing Lazz ini dapat meningkatkan imunisasi badan anak dan kandungan kalsiumnya mudah diserap, sangat baik untuk tulang dan gigi. Susu ini juga sesuai untuk anak-anak yang menghidap ekzema tau. 


Sejak Lazz dah berkolaborasi dengan Omar dan Hana dan letak gambar watak-watak terkenal ni di kotak susu Lazz, lagi seronoklah Amsyar nak minum susu. Bangun pagi je dah mintak susu Lazz Omar Hana tau! Haaa.. seronok betul rasa.. dia pun semakin ceria sekarang dan banyak mencontohi sifat baik yang Omar Hana tunjukkan. Alhamdulillah... Kurang dah tantrum dia. 



Korang nak order juga? Jom order sekarang dengan whatsapp ke 018-2777290 atau layari 



Website : 

Facebook : 


Sebelum tidur, minum susu Lazz Kurma dulu..


2 comments: