Sambal Talang Min, Restoran Leaf on Sizzling dan kad VIP Watsons

December 24, 2017 Mohaz Sue 9 Comments


Assalamualaikum...

Dah masuk hari baru. Semalam dilanda kesibukan yang tak dirancang. Waktu siang, buat urusan kerjarumah macam biasa. Menu tengahari nasi putih berlaukkan udang celup tepung, paprik ayam dan sayur petola masak air. 

Eh, tak lupa makan sama Sambal Talang yang super sedap dari air tangan Min (baru je dapat pagi tu). Punyalah sedap sampai terlupa yang diri tu tengah diet. Walaupun pedas, bertambah-tambah jugalah makan nasi. Adeh.. nampaknya sebotol sambal tu tak sampai seminggula jawabnya. Bebudak ni pun sama naik suka makan sambal tu. Ooooo Min! Kenapa sedap sangat ni? Hahaha. Tak rugi kita tunggu lama nak merasa sambal power ni. Berbaloi-baloi. Korang kalau nak rasa Sambal Talang ni boleh roger Min terus ye.
Min.. kita pinjam gambar ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„

Lepas makan, sambung urusan rumahtangga yang tak pernah siap. Macamanalah nak siap? Banyak tergendala tau dek melayan si kecil ni. Sekejap dia nak itu, sekejap dia nak ini. Tak layan nanti mulalah buat drama. Pandai dah berlakon sekarang. Tak lama lagi bolehlah dapat award ni. Hihihi... aduhaila anak.. camnepun perangai, tetap mama sayang!


Tiba-tiba papa diorang ajak jalan-jalan dan makan malam di Leaf on Sizzling yang terletak di dalam Metro Point Kajang. Dia pernah makan di situ sebelum ni. Makanan kat situ boleh tahan sedap katanya. Jadi kali ni nak bagi kami rasa pulak. Uish.. orang ajak makan, gila nak tolak? Tak mungkin tu. Hahaha



Kat Restoran tu pun Si Amsyar buat perangai. Riuh satu kedai dengan suara dia. Semua benda dia nak pegang. Aduhai.. Hilang fokus nak makan. Sampaikan mama pun terlupa apa nama menu yang mama order tu. Hmm.. makan jelah! Tapi memang boleh tahan sedap jugalah. Berpadananlah dengan harganya pun. 

Sambil berjalan tu, Amar ada tunjuk poster Jumanji. "Ma, harinilah ada Jumanji" dengan harapan nak masuk tengok wayang la tu. Sorry, keadaan tak sesuai dah sekarang ni nak masuk wayang. Nanti Amsyar meraung dalam tu, tak pasal-pasal je. 

Sebelum balik, sempat juga singgah ke Watsons capai satu dua barang. Sekali adik manis tu promot kat papa jadi ahli vip Watsons. Mama tak dapat nak join borak sebab si kecik dah mula nak itu ini. Esh.. nasib baiklah awak kecik Amsyar. Grrr..

Akhirnya papa jadi ahli juga. Hanya RM20 untuk seumur hidup. Siap dapat banyak barang percuma lagi. Wah! Suka! Suka! Berbaloilah jadi ahli vip ni. Banyak juga faedahnya. Nantilah Moha cerita apa yang best jadi ahli vip Watsons ni ye. Nak godek-godek freegift ni dulu ok. Daaa๐Ÿ˜„













You Might Also Like

9 comments:

  1. Macam best je sambal k min tu, nanti macam nak order jugak la dengan kak minionlicious :p

    ReplyDelete
  2. jeles yer tak cuba lagi sambal kak min

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak faham perasaan tu..hihi.. cepat-cepat roger Kak Min sementara stok ada..

      Delete
  3. sedap tu nampaknya western kat sini ya.. sambal talang tu mnarik jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap. Lagi sedap kalau dapat makan dalam suasana aman damai..huhuhu

      Delete
  4. Replies
    1. Best kan? Lagi-lagi kalau jarang dapat hadiah ni..hukhukhuk

      Delete
  5. wahhhh bestnya dapat free gift tu..

    ReplyDelete