Zaman belajar dulu

December 14, 2017 Mohaz Sue 0 Comments

KOSASS Engkaulah Permata
Menyinar Disetiap Warga
Engkau Kolejku
Dan Juga Rumahku
Oh KOSASS Kau Kebanggaanku
Ku Curah Kasih Padamu
Berbakti Disepanjang Waktu
Biar Putih Tulang Jangan Putih Mata
Akan Ku Realiti Segala Cita
*
Pintar, Harmoni, Cemerlang
Warga KOSASS Warga Gemilang
Tiada Satu Yang Khianat Dan Curang
Tiada Satu Yang Kecundang
Setiap Satu Pemimpin Terbilang
Satria PALAPES Dijulang
Bertekad Memimpin Kemercu Dunia
Itulah Cita yang Mulia

Ni lirik lagu PERMATAKU KOSASS
(Komposer: Dr.Norazah Bt Omar)

Tiba-tiba terngiang-ngiang di telinga lagu ni. Setiap bait lirik setiap melodinya menyentuh hati. Rindu. Susah nak digambarkan rasa yang satu tu. Cepat betul masa berlalu. 16 tahun..

Lepas tamat SPM, sambung belajar di UPM. Yang dipohon bidang akaun. Tapi entah macamana dimasukkan ke bidang perhutanan. 

Hahaaa..mentang-mentang ayah kita bekas forester, anak pun kena belajar bidang sama ea? Takdelah.. Kebetulan je tu.. dah rezeki dapat bidang tu. Teruskan jela.. masa tu memang ramai yang senasib macam Moha. Mintak lain dapat lain. Huhu..

Di UPM, menginap di Kolej Sultan Alaeiddin Suleiman Shah (KOSASS) : Kolej ke-7. Inilah buat kali pertama menetap di asrama. Tapi tak kisah pun sebab memang dah biasa hidup sendiri sejak tingkatan 4 lagi. Mak dengan bak kan meniaga kat Penyabong. Seminggu sekali baru balik. 

Kat UPM ni nak kata berjauhan dari keluarga tak juga. Sebab abang Moha pun ada di sini sebagai jurulatih PALAPES. Selalu juga lepak sama-sama takpun tidur kat rumah dia. Kak ipar Moha pun sporting melayan adik ipar dia yang comel ni..auchhh.. hihi

Rupa-rupanya memang best zaman belajar ni. Kat sinilah dapat rakan-rakan baru yang baik dan lebih prihatin. Kat sini jugalah hari lahir Moha disambut buat pertama kali dengan meriah oleh sahabat-sahabat baik di Bukit Ekspo.

Minat belajar dalam bidang perhutanan mula dirasai. Kawan-kawan Moha pun rasa yang sama. Projek amali di luar kawasan fakulti memang sentiasa kitorang nantikan. Lagi best bila dapat camping dalam hutan. Excited masing-masing naik bas. Rombongan cik Kiah sangat. Haha. 

Pengalaman berkhemah dan beraktiviti dalam hutan simpan sebenarnya sangat mencabar dan memenatkan tapi itu jugalah yang paling menyeronokkan. 

Walaupun ada ketikanya ular, lipan dan macam-macam spesis serangga hutan masuk dalam khemah, tidur dalam kebasahan dek air hujan berlumpur, digigit nyamuk dan pacat, kaki masuk selut dan macam-macam lagi cabaran, masih juga tak serik kitorang ni.

Ada juga yang tanya, kitorang ni belajar pasal hutan je ke dalam bidang ni? Uish taklah. Selain perkara yang berkaitan dengan hutan misalnya Sains Tanah, Ekologi Hutan dan sebagainya, kitorang tetap kena belajar add maths, perakaunan, ekonomi, eh macam-macam lagilah.


You Might Also Like

0 comments: