Advertisement

Tips dan resepi bahulu tradisional


Assalamualaikum...


Tiba-tiba harini teringat bahulu. Kalau ada bahulu ni, sedap cicah dengan tea o panas. Komfem tak cukup sebiji dua. Tak percaya? Nanti korang cuba. Kalau tak cukup jangan marah ye. Dah bagitau tadi kan? Hehehe



Dulu-dulu orang buat bahulu, nak pukul telur dalam pasu besar tu guna pengadun tangan yang macam spring tu. Sukatan yang biasa guna selalunya semangkuk telur ayam/itik dengan semangkuk gula pasir. Hentaklah dua bahan tu sampai betul-betul gebu. Itu kalau sukatannya semangkuklah.. kalau bermangkuk-mangkuk? Pergh, lenguh bahu oooo...



Kalau nak bakar bahulu pulak, bakar guna sabut kelapa atas bawah acuan tu. Kalau pandai jaga, lawalah kejadiannya. Kalau berangan, hmm... jadi dayang senandunglah bahulu tu jawabnya. Lepas tu korang kena marah sebab kecuaian tadi. Haha.. tulah, berangan lagi!

Sekarang dah mudah dah nak buat bahulu. Sesiapapun boleh buat. Ada mixer dan oven, lagi senanglah kerja dan cepat siap.

Beza rasa? Mestilah ada. Paling ketara pada bau.. bahulu yang guna cara tradisi lebih wangi dan sedap. Punya daya tahan yang lama.  Cara moden ni pulak takdela bau sama camtu. Yang ada, bau esen jela dan rupa paras lebih cantik sebab sekata je haba kena kat dia. Takdelah sebelah hitam sebelah kuning. 

Panjang pulak intro. Ni la resepi bahulu yang Moha biasa guna. Kalau nak tambah perisa tu, korang boleh tambah masa nak bakar nanti. Cuma tambah perisa pada adunan, gaulkan dan ceduk kat acuan. Bakar macam biasa.

Resepi Bahulu Tradisi

Semangkuk telur (lebih kurang 6 biji telur gred A)
Semangkuk gula pasir (3 cawan gula)
1/2 sudu esen rose (hilangkan bau telur)
2 senduk rata tepung gandum 

Cara-caranya:

1. Panaskan oven dengan suhu 200°C dalam 10 minit. Masukkan acuan bahulu yang dah disapu minyak .

2. Putar gula, telur dan esen rose hingga kembang. Tekstur berkrim macam dalam gambar ni.


3. Tuang tepung sikit-sikit dan kaup balik hingga sekata. Ok part ni tak semestinya habiskan semua tepung tu. Terpulang pada citarasa. Nak bahulu ringan macam kek span, kurangkan tepung. Nak padat sikit, lebihkan la sikit. Tapi ingat.. kacau tu lemah-lembut sikit.. jangan over kacau macam nak kacau dodol pulak. Nanti bahulu bantat. Siap kacau tu, boleh tuang adunan kat acuan 3/4 penuh.

4. Turunkan suhu oven kepada 180°C dan bakar bahulu hingga perang. Biasanya Moha bakar 10 minit dah siap guna oven industri. Kalau oven biasa, dalam 15 minit. Siap. 

Tips buat bahulu

1. Jemurlah tepung gandum dan gula pasir tu dulu. Kita bagi dia ringan sikit supaya bahulu yang kita buat tu nanti lebih tahan lama (tak berkulat) dalam simpanan. Tu pun kalau bahulu tu tak kena makanlah. 

2. Telur tu pastikan dibasuh dulu kulitnya. Kita taknak sisa kotoran pada kulit ayam ikut masuk dalam adunan nanti. Kuman tu kan? Cepat rosak bahulu tu nanti. Lepas tu lap telur bagi kering. Jangan basah-basah tu pecahkan pulak. Dah bercampur air pulak nanti. Buat penat je jemur tepung dan gula bagai. Sekali masa pecah telur tu pulaklah termasuk air..

3. Lepastu putarlah telur dan gula hingga betul-betul gebu, ringan, kembang. Warnanya putih berkrim. Dapat yang macamni, pasti jadi punya bahulu tu nanti. 

4. Panaskan acuan yang disapu minyak terlebih dahulu. Mesti betul-betul panas tau. Guna api atas bawah suhu 200°C. Bila keluarkan acuan dari oven tu, keluarkan baki minyak yang bertakung dalam acuan dan selepas tu dah boleh terus letak adunan bahulu.

5. Sapu acuan dengan minyak dan panaskan sekejap acuan tu. Tujuannya supaya bahulu tu tak melekat. Sesetengah acuan ada yang jenis melekat. Masa bakar, nampak bahulu cantik dah naik dia, tapi bila nak keluarkan, melekatlah pulak. Tak cantik dah bahulu. Melainkan korang kerja sepantas kilat. Ataupun cuma fokus kat satu acuan je. Keluar je bahulu yang dah masak tu, sapu minyak terus tuang adunan dan bakar. Tapi Moha tak dan nak buat gitu kalau satu masa bakar 12 acuan serentak. 




Dulu Moha memang buat niaga bahulu ni. Tiap kali nak raya memang tak menang tangan buat bahulu. Sekali bancuh tu,

30 biji telur
1 kg gula pasir
1 sudu kecil esen rose
2 1/2 cawan tepung gandum

Seharian (dari pagi) tu cuma terdaya bancuh 10 papan telur je. Buat sorang-sorang dik! Pengsan! Mana nak bancuh, nak bakar nak packing. Nak buat kerja rumah lagi..hmm..

Sekarang ni cuti dulu. Selagi Si Amsyar ni belum pandai cakap, selagi tula rasanya. Huhu...



Post a Comment

10 Comments

  1. orang kata guna sabut kelapa tu jadi lagi wangi dan sedap kan. tak pernah buat, arwah tok dulu jea buat, bau semerbak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul. Siap masak je terus nak ngap..hihi

      Delete
  2. sedap baulu bila masak atas api sabut kelapa

    ReplyDelete
  3. nak bauluuuuuuu sedapnyaaaa huhuuu feveret ni cicah sirap hahahhaa

    ReplyDelete
  4. yeayyyy tahun depan dah tau nak order baulu dengan sape..hehe

    ReplyDelete
  5. 2 1/2 cawan tepung gandum berapa berat ye?

    ReplyDelete
  6. Kenangan betul buat bahulu dengan mak..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum..hai Mohazsue.salam prkenalan.. nak tnya resepi bahulu yang Mohazsue share tu..kalau telur dan gula semangkuk,tepung agak2nya brapa gram ya?

    ReplyDelete
  8. 💕💕💕 suka dengar sis bebel, teringat dulu2...
    Masa sy sekolah rendah merasa lah tolong emak bakar guna sabut, lama2 emak dah malas😁
    Pastu lama2 dah x buat dah...

    ReplyDelete