Kek Bunga2 lagi

December 13, 2014 Mohaz Sue 0 Comments

Kali ni buat kek span tema ros plk....tu jela yg mampu hasilkan...amatur la katakan...

Kek ni ada seprais tau...dlm dia kek span ala2 ombre n roulate torte style....eh, betul ke eja tu....ngeee...malas nak gugel pg2 bute ni....he3..

K la nak tdo dlu..sok pagi2 tuan kek nak ambik dah....

0 comments:

Kek Butter Strawberi Vanilla

December 10, 2014 Mohaz Sue 0 Comments

Alhamdulillah...baru je nak belek2 cik tab nak up status kat fb pasal cup cake td, tetiba dapat satu panggilan...rupa2nya pelanggan yang sama (best friend-kak rahimah) nak order kek plak....tp nak harini jgk...

Rezeki kan? Mmg xsanggup nak tolak...

Memandangkan bahan2 ada untuk kek butter je, so bagitau awal2 kat kak rahimah bahan xcukup klu nak kek lain...fuuuuuh...nasib baik dia setuju...selamat xyah g kedai..

Lepas siapkan keje umah seme, maka mulalah operasi....kak rahimah dah pilih cth design, cuma olah je la sikit2....

Nasib baik sempat siap....masa untuk berehat....

0 comments:

Jawatan kosong

December 07, 2014 Mohaz Sue 0 Comments

Pada yang mencari kerja....ni kawan ada share kat wasap td...cubalah ye...mana tau kan?

PENGAMBILAN INSTITUT MARITIM!!
Kepada pelajar lepasan SPM atau STPM yang tidak mendapat panggilan UPU, tetapi ingin melanjutkan pengajian dalam sektor:
●OIL & GAS
●PELABUHAN
●PERKAPALAN

Berita baik untuk anda!!!
INSTITUT MARITIM mengadakan peluang melanjutkan pengajian dalam:
.Diploma in Maritime Transportation Management
.Diploma in Shipping Management
.Diploma in Port Management
#DIPLOMA - 2 Tahun 6 bulan
#IJAZAH - 1 Tahun 6 bulan

KELEBIHAN INSTITUT MARITIM (NMIT) :
.Kerjasama antara Kerajaan Malaysia & Belanda
.Tajaan MARA sepenuhnya (BUMIPUTRA sahaja)
.Dibawah Projek Pembangunan Wilayah Iskandar Malaysia
.Dapat elaun sara diri RM630 setiap bulan, elaun komputer RM2000 & lain2 elaun MARA
.90% graduan mendapat pekerjaan
Bersama membantu anak muda kearah peluang kerjaya yang luas
Sila hubungi En Ahmad (Pegawai Pengambilan)
Call, sms, whatsapp 0127844000

MOHON SHARE!!!
Tlg sebarkan berita baik.  Kalau bukan anak kita, mungkin ada rakan2 sekolah anak2 kita. Jgn tutup pintu peluang mereka. Satu pintu kita buka utk org lain, 7 pintu Allah buka utk kita. Ameen
Saya copy paste ja. Mana tau ada yg memerlukan

0 comments:

Keropok Lekor Sedap

December 06, 2014 Mohaz Sue 0 Comments


Assalamualaikum..

Lama tak makan keropok lekor Mersing...dulu kalau balik sana memang tak sah kalau tak beli. Sekarang ni kalau nak makan kena beli kat pasar malam...kadang2 ok, kadang-kadang masam...emmmm....tak segar lah

Semalam cik bos kita beli ikan kat zee mart....murah jugak...ikan segar-segar pulak tu...itu yang harini gigih menyiang ikan buang tulang, buang kulit...memang nak juga buat keropok sendiri...
Bukanlah pandai sangat...cuma pernah la mak ajar dulu camne nak buat...tapi macam biasalah, kita cuba ubah ikut selera kita pulak...
KEROPOK LEKOR

Bahan A -kisar halus
300 gm isi ikan (saya guna ikan selar dgn ikan selayang/sardin) kisar halus.
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
Bahan B
300 gm tepung sagu (klu xsuka liat sgt, kurangkan tepung...)
1 sk baking powder
1 sk garam
1 sb gula
1/2 sk ajinomoto
1/2 sk serbuk lada hitam
Cara membuatnya:
  • Gaul semua bahan dan uli sebati.
  • Taburkan tepung sagu atas tempat rata.
  • Golek-golekkan doh bentukkan memanjang. Buat sampai siap semuanya.
  • Rebus air yang dicampur 1 sudu kecil gram dan 1 sudu besar minyak.
  • Rebuskan keropok mentah tadi hingga keropok timbul.
  • Toskan keropok. Kalau nak tahan lama, lumurkan dgn minyak.
  • Boleh digoreng atau makan camtu je...
  • Hasilnya memang memuaskan hati. 1 adunan ni dpt 9 btg keropok yg comel-comel...dalam 15cm gitula panjangnya...cukup untuk sekali goreng je..bau diaaaa...wanginyaaaa...macam bau kuah laksam pun ye juga......huhu...next time boleh buat lagi ni....sedap!
#sendiribuatsendiripuji
#hahahaha



 

0 comments:

Kes ragut dalam rumah?

December 05, 2014 Mohaz Sue 0 Comments

Allahuakhbar.....siang2 hari pun boleh jadi dorg ni!

Kisahnya jiran saya baru je balik dr pasar. Dia seorg je masa tu..masa sampai di rumah..macam biasalah...buka pagar, ambil barang2 dlm kereta, nak bawa masuk dalam rumah. Belum sempat masuk rumah, tiba2 dia dikejar 2 org lelaki pakai helmet full face sambil pegang parang. Entah bila masa dorg ni follow pun xtaula...

Sape xtakut kan? So, jiran saya sambil terpekik mintak tolong bergegas lari ke dalam. Yg 2 org penyamun ni kejar. Dalam keadaan gopoh, kakak tu terjatuh dan kesempatan tu la si penyamun gunakan. Penyamun tu menhunus parang ke lehernya sambil ugut serahkan apa yang dia nak.

Suami mangsa yg kebetulan ada di rumah dgn 2 anaknya keluar tapi xboleh nak buat apa2 sebab parang dah kat leher mangsa. Si suami cuma mampu cakap kat penyamun supaya ambil apa yg dia nak tapi jgn apa2kan mangsa. Si penyamun rentap dan ragut rantai dan gelang tangan yang kakak tu pakai..Syukur...akak tu xapa2..tp trauma tu saya pasti xmungkin hilang dlm tempoh terdekat.

Hati2 semua...kdang2 kita ingat kawasan rumah kita selamat. Tapi malang memang xberbau kan? Lebih2 lagi dalam keadaan sekarang ni.

0 comments:

Garlic Cheese Bun

December 05, 2014 Mohaz Sue 0 Comments

Salam sayang semua..

Semalam buat roti....kebetulan yis xbyk yg ada dlm simpanan. Anak2 time cuti sekolah ni lapar je...mungkin sebab xde aktiviti kot...saya pulak mmg xizinkan mereka main kat luar..bukan apa, risau keselamatan diorg...biarlah dorg dpn mata....tenteram rasa jiwa raga..

Okla balik pada resepi...sgt mudah resepi ni. Bahan pun mudah dapat. Filling terpulang ikut citarasa la ye...

Bahan doh roti:
3 cwn tpg gandum
1 sb yis
1 sk garam
2 sb gula
1 cwn air suam
2 sb minyak masak

-Campur semua bahan kecuali minyak dlm bekas. Gaul dan uli hingga tak melekat di tgn.
-Letak minyak dan uli lagi hingga tiada kesan minyak di tangan. ---
-Rehatkan doh dan tutup bekas dgn kain selama 20 minit atau hingga doh kembang.
-Tumbuk2 adunan bagi mengeluarkan angin dan uli lagi.
-Bahagikan adunan kpd 4 bahagian.
-Canaikan 1 bahagian dan sapukan rata campuran krim keju, daun oregano dgn bawang putih cincang (kalau nak letak jem ke, inti kacang ke, coklat ke, boleh aje...)
-Gulung dan potong 2.
-Buat kaedah yang sama utk 3 bahagian lagi.
-Susun kelapan2 doh yg dah dibentukkan ke dlm acuan.
-Tunggu hingga naik sekali ganda dan bakar pada suhu 180○C selama 20 minit.
-sapu butter atas roti sebaik sahaja dikeluarkan dr oven.

Roti yang xhabis, simpan dlm plastik atau bekas kedap udara bg mengelakkan roti kering.

0 comments:

Pau Gebu Lembut Sentiasa

November 23, 2014 Mohaz Sue 0 Comments



Harini nak share resepi pau ni... haritu pos kat grup fb.... tak sangka ramai yang like...jadi hari ni kongsi kat sini la...

Langkah pertama, memula buat inti sempoi tp sodap ni dulu....

Resepi inti
1 tin sardin
3 bj kentang-racik halus dan rebus hgga empuk. Tapis.
1 bj bawang besar-cincang
2 ulas bawang putih-cincang
1 bj limau nipis-ambil jus
1 sb gula
1 sk garam
2 sb rempah kari
1 sb serbuk cili babas

Panaskan minyak. Tumis bahan cincang hingga naik bau. Tuang air sikit. Masukkan serbuk kari n serbuk cili. Kacau rata. Tumis hgga pecah minyak, masukkan sardin yg dah dilumatkan dan kentang. Masukkan perisa....kacau hingga pekat. Last masukkan jus limau..kalau xsuka masam, kurangkan..

Haaa...dah siap, masukkan dlm bekas..bia situ jap...kita uli doh plk..


PAU
Bahan A (campurkan sekali)
500g tpg gndum
1/2 sk garam
1 sb yis
80 g gula halus
1 st baking powder
1/2 st pelembut roti
1/2 st pemutih pau
30 g susu tepung

Bahan B
260ml air yg disejukkan dlm peti ais

Bahan C
25 g shortening pau (cari kat kedai bakeri, mntk yg khusus utk pau shj)
Masuk bahan A dalam mixer dan gaul sebati

Masuk bahan B dalam bahan A dan gaul sebati. Guna speed perlahan.

Kemudian masukkan bahan C dan gaul lg hingga doh licin dan elastik.

Bahagikan 30 gm setiap satu dan masukkan inti pilihan anda... biarkan naik sekali ganda baru kukus selama 20min.


Dah kukus tu memang tak sabar nak makan...memang tak malu puji diri sendiri pastu...hahaha....oklah...selamat mencuba ye...kalau rasa tak suka inti yang macam Moha buat tu boleh je ganti inti kacang merah dan sebagainya. Ikut citarasa masing-masing la ye.


0 comments:

Kek

November 22, 2014 Mohaz Sue 1 Comments


Chocolate Moist Snow Cake

Nama kek tu main tibai je...hehehe...basic cake sue guna kek coklat moist...sbb suka sgt dgn rasa yg pahit manis ala2 buah tu...dgn gebu dia, dgn lembab2 dia...tambah lak cream yg ala2 snow gitu...aduhai...sedaaaapppp cik yah...hahaha...keknya lama dah buat. tapi n3nya baru pos harini...blog ni pun bru je buat kan...kira okla tu....bukan sebab apa tau, sebab internet i ni teramatla baik dan bersopan-santun di jalanraya gitu....ya Allah...slow seslownya. kadang2 langsung xleh nak upload pic. Tu yang wat pending sokmo tu...

Sebenarnya sue buat kek ni sempena birthday 2 hero kesayangan sue. Haziq yg lahir pada 2/11/2005 dan Ammar yang lahir 20/11/2007...eea eh...cantik tarikh kan? cam plan2 je...sorg 2 & 20 hb.. Bulan yg sama pulak tu....alhamdulillah...rezeki Allah nak bagi...semoga keduanya menjadi anak yg soleh. Aminnnn....

Dipendekkan cerita..(sbb tgk ada yg dah mcm nak klik X tu..hehehe) bofren sue ni kecoh nak buat besday party...sibuk suh wat kek dua tingkat...amboiii mama ni baru je blaja2 wat kek..dahlah tongkat kek xde..nanti nak tenggek kek camne? Xterpikir pulak masa tu tenggek je apa salahnya kan? Itulah xyakin dgn kemampuan diri dan takut kena kritik..hehe..tulah dia. So pujuk jugakla si kecik tu supaya setuju dgn mama dia ni. Kita buat satu sudahla ye...mama buat yang besar...(muka si adik macam xbrapa nak puas hati...) oklah nt mama letak angry bird dgn boboboy nak? "Nak..nak...mama letak banyak2 tau...sayang mama..." fuhhhh nasib baik setuju...kalau x, penat ooo mau pujuk...adik ni kalau ngamuk, boleh meroyan mama nak mujuk....

Satu gambar je sue boleh upload untuk kek seputih salji ni....seb baik ada beli angry bird n boboboy tu...hat tu jelah dok harap jd penyeri kek....wording plak fail...gelojoh sangat mama ni pun....xdan dan nak tggu ganache tu keras sikit...gopoh sangat nak cepat siap...tula jdnya...kembang tulisan cantik i tau...huhu...kenapa nak kelam-kabut? Mana xnya, sorang2 je nak siapka menu...nak sedia bahan lagi, nak masak lagi...nak kemas lagi...uishhhh....banyak keje tau...wlau majlis kecik2 je...tp bnyak nak kena uruskan...kebetulan pulak jiran sue mntak buatkan kek utk dia sekali utk bagi pada jiran sebelah rumah dia...alahai...sue ni xsampai hati nak tolak permintaan org...besar hati rasanya dapat penuhi permintaan mereka...lagipun sue sentiasa ingat pesan org dulu2, "rezeki jgn ditolak, musuh jangan dicari"..

Gambar pun dapat snap sekadar2nya je...pasal apa tau? Sue guna fon...hasil xberapa cantik...haa tgkla tu...puas ejas kat lappy ni...bila upload kat sini, lentok jugak yang dia mau...degillll..lentok pun letokla...janji muka masuk tv...hihi..kesitu plak melalut sue ni...pic kek cekelat ni base dia adk-beradikla dgn kek bday Haziq & Ammar tu...adunan yang sama....deco je lain...sbb jiran sue xcakap nak design camne kan...dah siap tu try timbang....uihhh...lebih sekilo ni...2.3kg. Xpelah Sue dah charge dah harga sekilo...amatur la katakan...gitula kaedahnya....berniaga sambil bersedekah...





Kek Nenas Pengubat Rindu


Lately asyik teringat kat arwah Kak long Sue..Masa Sue balik kg 12 hari sebelum dia meninggal (masa tu ayah Sue meninggal), Sue ada bawak ole2 bahulu gulung inti nenas yg Sue dapat masa majlis penyerahan surat dari jabatan pertanian...arwah cakap dia suka sangat makan bahulu tu. Sue cuma dpt 2 biji je. Jadi Sue bg dua2 tu pd dia...yang wat Sue sedih tu, masa dia meninggal, Sue selongkar peti ais dia nak prepare makan tengahari, boleh pulak terjumpa bahulu tu dalam fridge. Sebak sungguh rasa....Nak pujuk hati supaya jgn sedih2, Sue buatla kek ni...kebetulan dalam fridge Sue ada lebihan jem nenas..Olah sikit resepi yang ada...jadilah kek ni...kek ni teksturnya berserat...tapi lembab...Sedap juga bila mengunyah tu...dia xmelekat kat tekak or buat Sue tercekik..lapisan tengah kek Sue guna Cheese cream kawin jus limau kasturi...Rosenya sue guna buttercream...bila gabung semua sekali, coklat, buttercream, cheese cream n kek...terpaku sekejap...sedap...betul sedap..nak lagi dan lagi dan lagi...later Sue share resepinya...ngantuk dah mata...
Tidur dulula ye...Selamat malam semua.....




1 comments:

Kek 3D?

November 08, 2014 Mohaz Sue 2 Comments



Alhamdulillah... Dapat tempahan kek ala2 3D. Pertama kali ni. Persoalannya reti ke nak buat?

Temanya Upin Ipin...siri kartun kegemaran katanya. Samalah dengan hero-hero kecik kat rumah ni. Walaupun dah banyak kali ulang siaran cerita tu, diorang tetap nak tengok juga. Mungkin sebab jalan cerita dan watak yang bersahaja tu yang menarik minat orang menonton agaknya.

Puas jugalah fikir nak deko macamana kek tu. Bila dah draft serba sikit nak buat camne, mulalah sedia semua bahan...deko kek cuba sedaya supaya tak sarat..
Kek asasnya Moha buat kek coklat lembab seberat 3kg. Lepas dah bentukkan barulah Moha dekokan. Bahagian yang paling sukar tu adalah bahagian nak dekolah..huhu..gigil tangan..haha

Ini jelah yang mampu disiapkan dengan kemahiran yang tak sesempurna mana.

2 comments:

Kek Span Vanilla dengan Fresh Cream dan Sos Butterscoth

November 03, 2014 Mohaz Sue 0 Comments

Semalam buat kek ni...sebab haritu buat kek Pecan Heaven untuk anak sedara, habis licin diorang makan..sampai encik suami pun cakap sedap...uiii bukan senang dia nak makan kek berkrim ni...selalunya ada je komplen..haritu boleh puji lak...makan 2 potong kek plak tu....uish bangga oooo....kembang jidung jap...hahaha

Tapi semalam stok kacang pecan takde...jenuh jugak cari kat Tesco...nak pergi kedai bakeri, jauh pulak...so ganti jela dengan coklat tabur...rasa kek kali ni..sedap juga..tapi xla sesedap mabeles kek pecan heaven tu...

Next time la buat pecan heaven....tu pun klu ada xtra rajin le..he3

0 comments:

1st Day with GB

October 19, 2014 Mohaz Sue 0 Comments

Pagi2 dah telan sebiji Gb...perasaan? Xde bau, xde rasa...okla tu..xmcm sesetengah kapsul, bila telan je, ada yg berbau cam belerang, rasa pahit...kdg tu klu sendawa blh terasa lg bau2 tu..erghhh...tp gb x.
Kesan? Erm...lepas telan gb, mcm xbrp lapar pulak nk mkn sarapan....selalu tu berkeroncong dah perut mintak diisi...mkn tghari pun xbanyak...sesenduk je..tu pun susah nak habis...eh, kesan gb ke? Bagus tu..padahal masak td kira feveret jugala....apa menu tghari? Nasi putih, sup tulang, sambal belacan, ulam timun dan tomato, ikan masin, telur goreng msk 3 rasa...biasanya nasi putih ngn ikan masin n sambal plus ulam tu je, xlari 2 kali tambah..kali ni cam xberselera plk lauk2 camtu...aish....ada harapan ni...
Lagi satu yg perasan sgt2, klu sebelum ni payahnye nak minum air masak...kali ni, xyah nak paksa2 diri...otometik haus je kejenya...mesti nak minum..kejap2 minum..waaa, 2 kesan yg bagus ni...
Bukan tu je...badan xterasa letih pun...keje banyak gak buat td..tp xcepat penat...xmcm sblm ni, lps masak je trus macam nak tdo...penat gile...padahal masak bukan byk cam kenduri tu pun...hurm..kalau ini penangan gb, mmg xsesialah cuba produk ni..
Oh ye, terlupa nk gtau, xde side efek tau gb ni...xdela plak sakit perut memulas2 tu....sblm ni penah minum diet gold..dia punya memulas...aduhai...xsanggup....yg  ni ok plk...alhamdulillah....
K la dah pukul 2pg ni...tdo dlula...esk telan gb lg sbiji...nite all....
Assalamualaikum...

0 comments:

Kek Chocolate Moist

October 09, 2014 Mohaz Sue 0 Comments

Alhamdulillah....dapat tempahan kek lagi...kalini Kek Coklat Lembab bentuk love dengan filling fresh cream 1kg.

Sebenarnya saya xde acuan bentuk hati...tapi sebab pelanggan dah mintak bentuk tu, takkan nak hampakan pulak...tapi nak gi kedai beli acuan semata, tak sempat la pulak...tempoh nak siapkan order ni 1 hari je...

Jadi, gunalah acuan yang sedia ada...guna loyang 11".  3 loyang digunakan.... Bentuk love tu pulak, saya gunting je baking paper buat bentuk love...saiz ukur ikut loyang...nanti nak hias kek baru potong ikut bentuk love yg dah buat tadi

Selesai membentuk kek, proses melapis kek dgn fresh cream pula...kemudian proses menghias kek..masa nilah yang mencabar kesabaran dan minda....mungkin sebab cuaca panas, krim cepat sangat cair....aduh...susahnya nak buat bentuk bunga...masa dah suntuk ni...macamana cara sekalipun, kena siapkan jugalah deko kek...sambil2 tolong suami berniaga depan rumah ni...keluar masuk peti ais kek tu semata2 nak siapkan deko..deko yang dah draft kat kertas xboleh nak guna dah...akhirnya free style deco jela....semoga pelanggan puas hati dengan hasil yang tak seberapa ni...


Bila dah siap, timbang...1.7kg.

0 comments:

Kisah Anak Hantu

October 09, 2014 Mohaz Sue 0 Comments

Assalamualaikum....

Harap semua ceria pagi ni....cuaca mendung plak...klu nk hujan, bagus juga...air tasik kat sini dah kering kontang ni....tak sesuai dah nama tempat Bandar Tasik Kesuma sebab tasik dah kering...betul2 kering sampai nampak dasarnya....

Berbalik pada tajuk....

"KISAH ANAK HANTU"

Seram tak? Takut ke? Ala...tak yah takut...bukan cite hantu, tak seram pun....tapi kalau berkenalan dan hidup dengan anak hantu ni, tu baru kategori seram yang amat....betul2 mengerikan dan menghantui hidup anda...ataupun tekanan darah sentiasa tinggi dan susah sangat2 nak turun...atau bahasa mudahnya....NAIK DARAH!!

Kisahnya macam ni...

Timah (bukan nama sebenar) seorang isteri merangkap suri rumahtangga sepenuh masa. Berdasarkan cerita, dia ni tak la lawa mana...tapi sebab kulit putih tapi takla melepak sangat, kira ok la...takla sakit sangat mata memandang....(hahaha....intro je dah keluar ayat2 menyampah)....

Dipendekkan cerita (sebab takut hati terbakar dan hangus kalau cerita dari awal), si timah ni ada penyakit "M". Besar punya M suda duduk itu dalam punya kapla...perangai mengalahkan diva...rasanya diva pun lagi bagus dari dia...apa tu M? Malas, mengada, memerintah, manja melampau, mereng, meroyan!

Nak kata anak orang kaya, bukan....nak kata kerja bagus sangat dulu sblm kawin pun bukan....entah....tak tau punca....kenapa dia perangai macamtu,...

Kerja rumah semua tak boleh buat....yang dia boleh buat cuma makan, tido, tgk tv....tu je....jgn suruh buat kerja lain..alamat perang dunia la jawabnya....

Punyala diva si timah ni, sampaikan nak minum pun telefon mak mentua suruh sediakan...ko agak2la timah....patutnya ko yg buatkan air utk mak ko tu...bukan dia sediakan utk ko..itu baru pasal minum...belum pasal benda2 lain lagi...

Si timah ni ada baby comel...ikut muka suami dia, memang comella..(errr dgr2 cerita dah preggy semula...huhu....alhamdulillah) lecehnya si timah ni, dia 'sayang' sangat kat baby tu hinggakan ada beberapa peraturan kalau nak pegang baby dia....antaranya,

-basuh tangan bersih2 dulu (langkah berjaga2 ni xnak baby kena jangkitan kuman ok), bagus2...kesian juga kat baby kalau sakit...nt diva tak boleh tgk tv pulak...

-kalau nak cium baby, jgn kuat2 ( ni mesti takut air liur kena kulit baby....busuk nt), pun bagus jugak (nanti kalau busuk, orang kata tak pandai jaga pulak)

-kalau ada budak2 xcomel dan xwangi, jgn suka2 nak kerumun baby timah....nt muka si timah terpampang jelas muka geli geleman....sape sakit hati nt? Haaa...pandai....tentu2lah mak ayah budak tu kan..? Timah....timah...

Sape tak sayang anak? Semua orang sayang anak dan taknak anak sakit...tapi langkah berjaga2 si timah ni agak over plak....yang herannya bawak anak pegi shopping kompleks, boleh pulak...tak takut pulak jangkitan kuman...

Terkini, mak mentua dia tak sihat....jalan guna tongkat...tapi disebabkan si timah ni diva, dia rasa dia tak boleh mencemar duli ziarah mak mentua dia...sebaliknya mak mentua dia kena menghadap dia sebab dia nak tengok keadaan mak mentua dia...adoiiiii timah camne tak dapat tittle anak hantu?

Bertuah badan ko timah....untung ko dapat mertua yang baik melayan kehendak ko, suami yang penyabar (walau penat balik kerja, sambung buat kerja rumah pulak..)

Baguslah timah ada yang rajin melayan ko...tapi jangan la melampau sangat timah...takut satu masa nanti orang tak tahan dah melayan perangai ko yang mengalahkan anak raja ni, masa tu....boleh jalan ar sama lu!

Ini bukan sebab jeles tau...xde masa nak jeles ngan timah...cuma tak puas hati perangai timah yang menjengkelkan tu...so annoying ok....eeeeuuuuu....where ur respect to olders? Kalau dah sampai mak sendiri pun naik menyampah dengan ko, what u aspect from others? Berubahlah timah....dah ramai bagi nasihat kan....? Jgn besarkan sangat kepala tu...nanti berat, susah nak jalan....dah tak dapat soping kat body shop...ngeeee

Oklah....tak pandai sangat nak olah ayat bagi menarik...just taip apa je terlintas kat kepala....

Pesanan untuk semua menantu, jangan tiru perangai timah....nt jadi ank hantu....

Adios!!

0 comments:

Bukan yang Pertama

October 08, 2014 Mohaz Sue 0 Comments

Haritu pinjam 3 novel dari kak ipar....tamak boleh tahan...macam la nak baca semua dlm 1 hari....huhu...kalau zaman remaja dulu ye...setakat novel 400 mukasurat, 2 buah novel blh baca dlm satu hari...eleh, macam banyak sgt..hahaha...tu je terdaya...

Malam tadi baru berkesempatan baca 1 novel ni....

"Bukan yang Pertama" karya Salina Ibrahim

Serius cakap, saya hanya baca novel...biodata penulis, nama penulis kemudian baru saya tengok...alasannya saya  tak mahu memilih penulis...sebaliknya apa yang ditulis...kalau menarik penulisannya, insyaAllah saya ikuti perkembangannya....

Ok berbalik pada novel "Bukan yang Pertama" ni.....

Saya nak ringkaskan cerita pun, belum habis baca...nak salin semula sinopsis, nanti kena saman pulak sebab langgar hakcipta terpelihara...tggu habis baca dululah. Nanti saya gtau best ke tak novel ni...setakat ni baru baca hingga mukasurat 54...menarik juga sebenarnya...tapi ada kerja lain menanti...so, gerak dulula la ye....nanti2 kita sambung lagi....daaaaaa.....

0 comments:

Penkek 4 keping

October 08, 2014 Mohaz Sue 0 Comments

Assalamualaikum....

Selamat pagi semua!!!!

Dah sarapan? Makan apa pagi ni? Pastikan ambil sarapan sebelum mulakan kerja ye....walau secawan air...melainkan kalau berpuasa....klu puasa pun, pastikan dah sahur....ingat, badan kita nak buat kerja, perut kena isi dulu supaya boleh jana tenaga ke selruh anggota ye...kang ada pulak yg tergigil-gigil buat keje sbb dah lapar...

Pagi ni saya cuma buat penkek aka lempeng je...kat rumah tinggal berdua dgn encik suami...anak2 dah sekolah...jadi xmo membazir, buat 4 keping je...


2 utk suami
Letak whiping cream dgn madu
Sedaaap....

0 comments:

Kawan

October 07, 2014 Mohaz Sue 0 Comments

Ramai kawan? Suka berkawan? Macamana cara layan kawan?

Berkawan biar beribu...tp hati2lah selalu....knp?

Sebab manusia tu lain2 sifatnya....lain hati budinya...makin ramai org kita kenal, semakin kita nampak perbezaannya...

Ada yg mcm lalang...depan lain, belakang lain...aduhaiiiii..boleh pening kepala layan org mcmni...

Ada plk yg suka berkroni....bila xde geng, pandai cari kita, jumpa geng dia, kita depan mata pun tak dipandang dah...ok xpe

Ada pulak yg memilih...bukan xbagus memilih...memang kena pilih kawan yang baik...untuk tujuan yang baik...tapi kalau pilih yg ada pengaruh je, yang popular je jadi kawan dgn harapan atau ada niat tersembunyi...ikhlas ke?

0 comments:

Sup tulang

October 07, 2014 Mohaz Sue 0 Comments

Sup tulang memang sedap...lagi2 klu yg fresh....harini dpt mkn sup tulang gear box fresh...mana x fresh, korban punya....mkn memang sedap...sampai berminyak mulut ngan tangan....

Sumsum tulang tu sedut plk ngan straw, curah sup dlm tu...aduhaiiiii...tak cukup satu! Dah la lemak2 keliling tulang tu lembut...kenyal je...emph....sedap...sgt sedap...

Habis makan, cuci tgn dan mulut...kenyang, alhamdulillah....

Cukup 10 minit lepas tu, hambik ko! Berpinar mata...kepala pening sudah....padan muka! Mkn xingat dunia...hahaha...xpe, ambik je limau nipis, perah dlm air suam...minum...lama2 hilang pening...

Nak resepi ke? Xpe meh nak share resepi arwah bak.....setakat ni hanya resepi dia yang sesuai ngan citarasa...power oooo sup dia...

SUP TULANG

Bahan2;

Tulang lembu
-cuci bersih2....masukkan dlm periuk besar. Masukkan air hingga penuh. Kalau ada periuk tekanan tggi, time camni sgt2la berguna...tp klu xde, kita guna je periuk biasa pun boleh....
-rebus tulang hingga daging n lemak2 sekelilingnya tu empuk dan lembut..

Rempah intuk tumis:
1btg Kayu manis
4 biji Cengkih
4 biji bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 inci halia-dikisar halus
1 inci lengkuas-dikisar halus
4 ulas bawang putih-dikisar halus
4 biji bawang merah-dikisar halus
2 btg serai - dititik
1 peket Rempah sup Adabi-bancuh dgn sedikit air

-tumis semua bahan kecuali rempah sup sehingga naik bau dan sedikit garing
-masukkan rempah sup..kacau sebati hingga pecah minyak
-Masukkan ke dalam periuk yg berisi tulang yg direbus td
-kacau sebati, masukkan garam dan perisa....siap

Bila nak makan, taburkan hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng....

0 comments:

Salam Aidiladha

October 05, 2014 Mohaz Sue 2 Comments


Assalamualaikum....

Alhamdulillah...

Raya dah....

Mohon ampun dan maaf pada semua andai ada terguris rasa selama ni...su hanya manusia biasa dan su sedar, su byk kelemahan dan kekurangan...itu semua kekhilafan dari su sendiri...yg selebihnya apa jua kelebihan yg ada pd diri ni, syukur...itulah kurniaan dari Illahi...

Pagi2 ni rasa pilu...sayu...su rindukan arwah bak dan kak long...juga mak dan ahli keluarga semua.....dulu kan, biasanya pg2 raya ni arwah kak long la yang paling sibuk tolong mak dan bak sediakan semua...kami2 ni jadi pak turut je...sedia menurut perintah....hmmmm

Suasana pg raya memang riuh dulu...masing2 berebut giliran nak masuk bilik air...bak paling awal keluar ke masjid...ahhh...indahnya kenangan kalau diimbas semula...

Tp tu dulu....skrg xlagi...nak berkumpul semua adk beradik dah susah...
Mak dah sakit...tak boleh bercakap dah....Ya...Allah....rindunya suara emas mak...sembuhkanlah dia Ya Allah....

Esh...cerita sedih plk...raya kan? Xmo sedih la....inikan sebahagian dari pengorbanan..apalah sangat jika nak dibandingkan dgn pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail...kan?

Sempena hari raya su sekeluarga dan semua ahli #kelabbloggerbenashaari seikhlas hati mengucapkan kepada semua umat Islam,

"Selamat Menyambut Aidil Adha"

2 comments:

Amalan yang Diangkat

October 04, 2014 Mohaz Sue 0 Comments

Assalamualaikum..



Dua tiga hari ni viral bab amalan2 pada hari arafah yang diangkat kecuali orang yang bermusuh..

Maka ramailah yang bermohon maaf sesama mereka supaya setiap amalan yang dilakukan tak sia2....

Harini dapat ilmu dari sahabat blogger juga...Kak Ieta...nak baca blog kak ieta blh klik sini byk ilmu Kak Ieta share...seronok baca tau...tq Kak Ieta. 

Nak olah ayat yang Kak Ieta share tu,  tak berapa nak pakar...jadi kita copy n paste jela ye....Kak Ieta jangan marah ek...kita pastekan terus kat sini...

"Ni sahabat akak beri smlm tp lupa nk share sini berkaitan apa yg dikatakn hadis maudhu' (palsu) tu

#shbt yg share
Yg dinyatakan dlm edaran tu bukan hadith.. ianya penipuan atas nama hadith tentang hari arafah. 

Sebenarnya amalan manusia ni diangkat dlm 3 keadaan iaitu :

1. Amalan harian diangkat pada setiap waktu tengahari dan malam. Hadith sahih Bukhari dan Muslim.

2. Amalan mingguan iaitu pada setiap hari Isnin dan Khamis. Sebab tu digalakkan puasa. Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad, Tirmizi dll..

3. Amalan tahunan iaitu pada bulan Sya'ban. Ni pun Nabi sebut baginda suka diangkat amalan baginda dlm keadaan baginda puasa.
Hadith riwayat Imam Ahmad dan Nasa'iy..
Yg khusus menyebut perihal hari Arafah ni, jawabnya tak de hadith seperti itu. Jadi ianya dihukumkan palsu. Istilah dlm ilmu hadith disebut  لا أصل له iaitu tiada asalnya..palsu la tu..

Tp perlu diingat bahawa dlm hadith berkaitan amalan hari Isnin dan Khamis yg diangkat tu, ada beberapa riwayat yg sebut bahawa amalan seseorang tu diangkat melainkan org yg bermusuh..yg ni ada..dlm riwayat tu dijelaskan lagi bahawa amalan org yg bermusuh ni dikemudiankan..kiranya dah last2 baru la kena hisab..maknanya tak comel laa nasib org yg  bermusuh ni..tp hadith ni hanya pada hari Isnin dan Khamis dan bukan pada hari Arafah..

Utk hari Arafah, memadai dengan hadith2 sahih yg lain, yg cukup banyak menerangkan fadhilatnya..

Sebaik2 petunjuk ad alah petunjuk Rasulullah صلى الله عليه وسلم.
Wallaahu a'lam#.

Haaa ada lg satu....yg ni kawan kat grup wasap plak share... Kami panggil omak...tq omak..ok jom baca yg ni jugak....

"Tidak ada satu amal sholeh yang lebih dicintai oleh Allah melebihi amal sholeh yang dilakukan pada hari-hari ini (yaitu 10 hari pertama bulan Dzul Hijjah).”

Para sahabat bertanya: “Tidak pula jihad di jalan Allah?”

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab: “Tidak pula jihad di jalan Allah, kecuali orang yang berangkat jihad dengan jiwa dan hartanya namun tidak ada yang kembali satupun.”

Jika puasa di sepuluh hari awal Dzulhijjah dikatakan utama, maka itu menunjukkan bahwa puasa pada hari-hari tersebut lebih utama dari puasa Senin-Kamis, puasa tiga hari setiap bulannya, bahkan lebih afdhol dari puasa yang diperbanyak oleh seseorang di bulan Muharram atau di bulan Sya’ban. Puasa di sepuluh hari pertama Dzulhijjah bisa dikatakan utama karena makna tekstual yang dipahami dari sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Yang menjadi dalil keutamaan puasa pada awal Dzulhijjah adalah hadits dari Hunaidah bin Kholid, dari istrinya, beberapa istri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan,
عَنْ بَعْضِ أَزْوَاجِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَصُومُ تِسْعَ ذِى الْحِجَّةِ وَيَوْمَ عَاشُورَاءَ وَثَلاَثَةَ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ أَوَّلَ اثْنَيْنِ مِنَ الشَّهْرِ وَالْخَمِيسَ.

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa berpuasa pada sembilan hari awal Dzulhijah, pada hari ‘Asyura’ (10 Muharram), berpuasa tiga hari setiap bulannya, …”
Kata Ibnu Rajab :

صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِى بَعْدَهُ وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ

“Puasa Arofah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa Asyuro (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.”

Hadits ini menunjukkan bahwa puasa Arofah lebih utama daripada puasa ‘Asyuro. Di antara alasannya, Puasa Asyuro berasal dari Nabi Musa, sedangkan puasa Arofah berasal dari Nabi kita Muhammad shallallahu ’alaihi wa sallam.

Keutamaan puasa Arofah adalah akan menghapuskan dosa selama dua tahun dan dosa yang dimaksudkan di sini adalah dosa-dosa kecil. Atau bisa pula yang dimaksudkan di sini adalah diringankannya dosa besar atau ditinggikannya derajat."

Ok....itulah serba sikit penjelasan berkenaan hal ni.....

Apapun, tak salah jadikan amalan minta maaf pada setiap masa...sebab kita cuma manusia biasa...kadang-kala ada ketikanya apa yg kita cakap, kita buat, samada sedar atau tak, ada mengguris hati orang lain...kita tak sempurna....

Moha sendiri mohon maaf pada semua....sedar bukan yang terbaik...namun cuba jadi yg terbaik...andai ada kesilapan yg dilakukan, tegurlah...walau pahit...akan ditelan....huhu

0 comments:

Ikhlaskah?

October 04, 2014 Mohaz Sue 0 Comments

Harini dah Sabtu...esok raya haji dah...dulu2 masa kecik, tak kira raya puasa atau raya haji, meriah sgt. Adik beradik berkumpul...makanan sedap2....tp bila ada yg dah berkawin, ada keluarga masing2, kemeriahan mula berkurang....mana taknya...kenala ikut giliran kan?

Yang kesian mestilah mak ngn bak...sepatutnya hari2 macamtu lah dapat kumpul semua anak2...tp bila ada yg tak balik, terkilan tu mesti ada...mak mcm biasa.... tetap cekal dan sgt memahami situasi tu...cuma su jela mcm xblh nk terima sikit....maklumlah, dulu bujang....belum kawin..jd xfaham situasi org bekeluarga macamana..eh, seronok tau berkumpul semua adk beradik...su ada 5 abang, 4 kakak...haaa...xmeriah ke kalau berkumpul...? Klu xde je salah sorang, memang rasa tak lengkap tau...tp tu dulu...

Sekarang su dah ada keluarga sendiri...alhamdulillah 11 tahun dah su berumahtangga...sejak berkahwin, memang byk yg perlu su korbankan....terutamanya perjumpaan bersama keluarga su...klu dulu su bebas kemana-mana..esh bukan merewang tak tentu hala...no no no...su dulu suka ziarah abg dan kakak su...mggu pertama n ketiga wajib blk tgk mak ngan bak...mggu kedua dan keempat samada umah kakak atau abang..

Tapi sejak kawin, su xboleh lagi buat macamtu...terkilan jugak...tapi mungkin inilah yang su kena terima...perempuan lepas kawin kena ikut suami...nak kemana2 kalau suami izinkan baru boleh pergi...bila dah duduk jauh dari keluarga ni, jarang sangat dah jumpa adk beradik yg lain...rindunya suasana dulu...

Skrg bak dah takde...kak long pun dah takde...Al-Fatihah utk keduanya...semoga Allah tempatkan mereka dalam golongan org yg beriman...aamiinnn.....dan rindu itu tak pernah hilang....mak pulak terlantar atas katil...xmampu bersuara..sesekali airmata mengalir di pipi tuanya...dan su? Hanya menahan sebak di dada....

Banyak yang terpaksa dikorbankan sejak berkahwin...ikhlas ke hati su ni?

0 comments:

Nasi Minyak Sempoi

April 25, 2014 Mohaz Sue 2 Comments

Assalamualaikum...

Lamanya tak update blog..tak bersemangat sebab line yg semput...kite guna line digi je wak...yang bayor RM30 sbulan tu...jadila dari takde..huhu...

Kelmarin masak nasi minyak...taktaula kenapa lately tekak ni teringin sangat2 nak makan nasi minyak..lauk tu tak kisah pon lauk apa..yang penting, nasi minyak...kemaruk punya pasal, pergilah ke tesco beli barang2..dgn semangat waja tak tunggu dah...ketung-ketangla kat dapo tu...

Resepinya ni hantam kromo je...tu pasal nama pon Nasi Minyak Sempoi...he3...tp rasa dia, alhamdulillah...sedappp...bukan nak puji diri sendiri...tp bila tgk anak2 makan dgn berselera, siap tambah 3-4 kali...maknanya mmg sedap la tu...sebab ank2  xbrpa suka makan nasi.

Okla tak nak buang masa beleter panjang2...ni ada resepinya...tapi cara Moha la ye.. cara korang mesti lagi sedap...kalau ikut resepi ni, senang sangat nak buat...

Nasi Minyak Sempoi

Bhn2
4 cwn beras (guna beras taj mahal faeza)
6 cwn air
2 sb minyak sapi
1 bj bawang besar*#
2 ulas bawang putih*#
1/2 inci halia*#
1/2 inci kayu manis#
1 bj bunga lawang#
3 bj buah pelaga#
3 sdk garam
1/2 sdk perisa
3 helai daun pandan disimpul
Sedikit pewarna makanan

Cara2
Cuci beras bersih2 dan tos airnya.
Hiris mayang bahan bertanda *
Dalam kuali, tumis bahan # dengan minyak sapi hingga  wangi dan kekuningan. Tuangkan dalam periuk nasi.

Masukkan beras, air, daun pandan, garam dan perisa. Gaul rata.
Bila nasi hampir masak (air dah kering), titik pewarna yg disukai. Jangan gaul dulu...tunggu hingga betul-betul dah masak.

Bila nasi dah masak, gaulkan perlahan....kaup dari bawah ke atas...hidangkan dalam pinggan dan taburkan hirisan daun sup, daun bawang, gajus dan bawang goreng. Siap.


2 comments: