ZAKAT PENGELUARAN WANG KWSP




Assalamualaikum....

Alhamdulillah, sejak pandemik ni, kerajaan dah meluluskan pengeluaran akaun KWSP melalui i-Lestari dan i-Sinar. Dapatlah juga menampung perbelanjaan bagi mereka yang terjejas pendapatannya disebabkan Corona-19 ni.


Cuma persoalannya, adakah diwajibkan zakat keatas pengeluaran wang KWSP ni? Hurmm...


Seperti yang kita maklum, wang KWSP ialah wang yang disimpan di dalam akaun simpanan pekerja hasil caruman pekerja dan majikan daripada pendapatan seseorang daripada pekerjaannya yang tertakluk di bawah akta KWSP.

Konsep wang simpanan di KWSP adalah sama seperti wang simpanan lain. Cuma tidak boleh dikeluarkan sesuka hati seperti akaun simpanan biasa. Oleh kerana konsepnya sama, maka zakat diwajibkan keatasnya.


Wang ini hanya boleh dikeluarkan sebahagiannya oleh pencarum apabila ia mencapai umur 50 dalam tempoh perkhidmatannya atau mengambil keseluruhannya apabila ia telah mencapai umur 55/60 iaitu umur pencen atau bersara. Selain daripada pengeluaran berdasarkan faktor umur, ianya juga boleh dikeluarkan setelah memenuhi syarat –syarat dibawah pelbagai Skim Pengeluaran KWSP.

Wang yang masih tersimpan di dalam akaun KWSP pencarum terlepas daripada kewajipan zakat kerana ia tidak mencukupi salah satu syarat wajib zakat iaitu syarat milik sempurna.

Errr.. Maksudnya apa ea?

Camni... Syarat milik sempurna tidak wujud kerana pencarum terikat dengan akta KWSP yang tidak membenarkan pencarum mengeluarkan simpanan melainkan dalam keadaan tertentu melalui skim yang disediakan oleh KWSP. Contohnya pengeluaran sebahagian atau sepenuhnya wang caruman selepas mencapai umur pencarum 50, 55 dan 60 tahun.



Apabila wang KWSP layak dikeluarkan, maka syarat milik sempurna wujud dan pengeluaran tersebut wajib dizakatkan. Pencarum yang mengeluarkan simpanan mereka sebelum umur 55 tahun, kaedah taksiran zakatnya perlu melihat kepada kewajipan zakat pendapatannya.

Kaedahnya sebagaimana berikut:

1. Jika ia adalah pembayar zakat pendapatan.

Pengeluaran KWSP wajib dizakat walaupun jumlah pengeluaran kurang daripada nisab.

2. Jika ia bukan pembayar zakat pendapatan. Jumlah pengeluaran zakat KWSP perlu dicampurkan dengan jumlah pendapatannya untuk dinilai samada melebihi nisab atau tidak.

ii. Jika melebihi nisab, ia wajib dizakat.
ii. Jika tidak melebihi nisab, zakat tidak wajib dikeluarkan.

Jadi persoalannya tadi, wajib tak bayar zakat dari pengeluaran i-Lestari dan i-Sinar atau pengeluaran wang simpanan yang menepati akta KWSP?

Ok macamni.... Jika pengeluar adalah termasuk dalam golongan yang menghadapi masalah kewangan dalam situasi wabak COVID seperti hilang pendapatan, dibuang kerja dan seumpamanya, dan perlu menggunakan wang pengeluaran tersebut untuk menampung keperluan hidup, maka ia terlepas dari kewajipan zakat. Jadi, tak payahlah bayar zakat dari pengeluaran wang KWSP tersebut.

Sebaliknya, jika pengeluaran dibuat dalam keadaan bukan terdesak (saja nak keluarkan dan simpan dalam akaun lain atau untuk memenuhi keperluan yang tidak begitu mendesak), kewajipan zakat adalah tertakluk sebagaimana dalam perkara 1 dan 2 di atas. Maksudnya, kenalah bayar zakat atas wang KWSP yang dikeluarkan tadi. Jelas tak?


Terdapat dua pandangan berkenaan zakat bagi KWSP.

*Sebelum mencapai umur 55 tahun (pemilikan belum sempurna)

2.5% dari jumlah pengeluaran KWSP adalah jumlah yang diwajibkan zakat. Jumlah pengeluaran tidak mengira samada mencapai nisab. Jika jumlah pengeluaran KWSP dibawah nisab, hendaklah dicampurkan bersama pendapatan lain.

* Setelah mencapai umur 55 tahun (pemilikan sempurna)

2.5% atas keseluruhan wang KWSP dizakatkan seperti kaedah zakat simpanan. Dengan itu, tiada lagi tolakan caruman KWSP pada taksiran zakat pendapatan untuk yang masih bekerja dan membuat caruman KWSP.


Dalil Wajib Zakat

Dalil Al-Quran:

وَٱلَّذِينَ يَكْنِزُونَ ٱلذَّهَبَ وَٱلْفِضَّةَ وَلَا يُنفِقُونَهَا فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍۢ ۝٣٤
يَوْمَ يُحْمَىٰ عَلَيْهَا فِى نَارِ جَهَنَّمَ فَتُكْوَىٰ بِهَا جِبَاهُهُمْ وَجُنُوبُهُمْ وَظُهُورُهُمْ ۖ هَٰذَا مَا كَنَزْتُمْ لِأَنفُسِكُمْ فَذُوقُوا۟ مَا كُنتُمْ تَكْنِزُونَ ۝٣٥

“Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): “Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.”
(Surah At-Taubah : Ayat 34-35)

“Saidina Ali telah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda:

“Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham. dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya, diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.”
(Hadis riwayat Abu Daud)

Jika masih kurang jelas, boleh terus rujuk di laman sesawang atau media sosial Zakat Selangor kat bawah ni ye. InsyaAllah segala keraguan akan dijelaskan oleh pihak mereka.

Instagram : @zakatselangor
Twitter : Zakat Selangor
Youtube : Zakat Selangor TV 


Laksam Mudah Gulung Tak Melekat Guna Tudung Bekas Bahulu

  

Assalamualaikum...


Memandangkan Moha dan anak-anak suka sangat makan laksam ni, harini Moha buatlah laksam untuk makan tengahari.

Resepi kalini mungkin lebih-kurang sama macam yang orang lain dah pernah kongsi. Cuma kalini Moha nak kongsi apa pekakas yang Moha guna masa nak kukus laksam tu.

Kat rumah ni, Moha takde penutup periuk yang leper tu. Penutup kaca adalah. Mana boleh guna! Loyang kek gulung pun kecil sangat saiz dia. Jenuhlah nak siap kukus laksam tu karang.. huhu..

Jadi, pilihan yang tinggal cuma 3. Samada nak guna pinggan kaca, pinggan plastik atau penutup bekas bahulu yang bulat tu. 


Hurm... Sebab nak puaskan hati, Moha cuba guna tiga-tiga jenis tu. Mula-mula guna pinggan kaca. Ketebalan laksam sama rata. Cuma masalah dia pinggan tu berat. Jadi bila nak keluarkan dari pengukus kena lebih hati-hati. Moha cungkil dengan sudip leper dan kepit tepi pinggan dengan playar. Laksam tetap melekat kat pinggan walaupun dah sapu minyak. 

Uish.. lecehlah nak kikis-kikis ni. So, Moha tukar dengan pinggan plastik pulak. Sapu minyak dan tuang adunan. Ala... Sama jugalah hasilnya... Melekat juga. Lastly Moha cuba guna penutup bekas bahulu.


Alhamdulillah, cantik kejadian dia. Nak gulung pun senang. Langsung tak melekat. Licin je bawah dia. Seronok betul rasa! Haha..

Cuma kelemahan dia, bila panas sangat, penutup tu jadi melengkung ke dalam sikit. Ketebalan laksam jadi tak sekata. Tebal kat tengah, nipis kat tepi. Tapi apa ada hal, sendiri yang nak makan kan.. penyelesaian masalah penutup melengkung, Moha gunakan 4 keping penutup bekas tu. Sempatlah penutup yang panas tu sejuk dan boleh digunapakai semula.

Eh, panjang pulak cerita.. jomlah tengok resepi laksam.



Laksam

Bahan-bahan :
Sepeket tepung beras
1 cawan (guna cawan kopi) tepung gandum
1 sudu kecil garam
10 cawan air (guna cawan sukat tepung gandum)

Cara membuatnya :

*Didihkan air dalam pengukus dulu. *Sapu minyak pada acuan laksam.
*Campur semua bahan dan gaul rata.
*Letak acuan (penutup bekas bahulu) ke dalam pengukus.
*Tuang 1 cawan adunan (yang guna untuk menyukat tadi).
*Kukus hingga laksam menggelembung. Angkat dan gulung bila dah sejuk sikit. Siap.
*Potong bila nak makan. 

Tips : Kalau laksam tak habis, masukkan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti ais. Kukus sekejap bila nak makan.

Kuah laksam yang Moha buat tadi macam ni..

Bahan-bahan :
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci belacan bakar
1 kg isi ikan mabong (rebus dengan 1 sdk garam dan asam jawa. Dah sejuk, buang tulang).
Kisar semua bahan kat atas ni.
3 sudu besar lada hitam - dikisar halus 
500ml Santan kotak Kara 
500ml air 
2 keping asam gelugur.  
Tambah garam dan tumix/ajinomoto. Tak nak letak ajinomoto, letaklah kiub ikan bilis/ayam. 

*Campur semua bahan dan gaul sentiasa hingga mendidih. Siap.

Sambal dia Moha buat simple je. 6 biji cili besar merah tu campur 5 biji cili api merah kisar halus dengan sikit air masak. Siap. Nak makan laksam nanti tambah la cili ni sesudu. Nak pedas lagi, tambahlah lagi.. senang je cara Moha ni kan? 

Ulam pulak, ikut sukalah nak guna sayur apa. Biasanya orang guna tauge mentah, kobis, timun dan kacang panjang. Tadi tauge tak ada. Jadi Moha ganti dengan daun salad. Tak kisahla.. sedap juga..hihi..




Ok, selamat mencuba ye.

Resepi Portugese Egg Tart

 Assalamualaikum...

Kali ni Moha nak kongsi resepi Portugese Egg Tart pulak. Resepi ni pun Kak Liz yang bagi. Moha cuma salin balik kat sini. Bila Moha nak buat? Uhuk... errrrrr... Bila eh? Hehe.. tunggulah... InsyaAllah.. heeee

Antara Potugese Egg Tart dengan Egg Tart biasa, sebenarnya Moha lagi suka Egg Tart yang biasa. Masa bujang dulu tiap-tiap hari beli. Sedap giler! Cuma nak buat sendiri, memang tak rajin! Padahal senang je kot nak buat dia. Tak macam Portugese Egg Tart ni. Agak renyah sikit. Tak caya? Jom tengok resepi..



PORTUGESE EGG TART

Bahan untuk pastri:

125gm butter
150gm tpung gandum
90ml susu segar atau full cream (nak yang sejuk dari peti ais)
Secubit garam

Bahan untuk filling:

250ml susu segar atau full cream
50ml whipping/heavy cream
40gm gula castor
2 bji kuning telur
1 sb tepung jagung
1 sk esen vanilaCara buat filling:

1. Campur semua sekali bahan untuk filling dalam 1 periuk. Kacau sebati dulu bagi tepung jagung hancur dan tak berketul.

2. Masak atas api sederhana. Sentiasa kacau supaya tak berketul. Biar adunan jadi sedikit pekat. Jangan terlalu pekat. Jangan terlalu cair. Kacau sampai tekstur macam kuah kastard. 

Cara buat pastri:

1. Butter tadi jadikan butter sheet. Maksudnya ambik 1 plastik 4 segi sama, leperkan butter dalam plastik tu, lepas tu balut kemas simpan dalam chiller. Bagi butter keras dan tak cair. Nak guna baru keluarkan.

2. Campurkan semua bahan untuk pastri kecuali butter sheet. Uli sampai jadi doh lembut dan tak melekat di tangan.

3. Lepas dah jadi doh, bulatkan lepas tu belah jadi 4, belah separuh je, jangan sampai putus 4. Pastu simpan dalam chiller 15-20 minit.

4. Lepas 20minit, keluarkan doh dan canaikan. Canai biar agak-agak muat untuk letak butter sheet nanti. Lepas tu balut buttersheet atas doh yang dicanai tadi. Balut biar tutup semua butter. Masuk balik dalam chiller 30minit.

5. Lepas 30minit, keluarkan dan canai lagi. Masa canai ni, tabur tepung sebab nanti doh akan makin menipis, dan mudah koyak. Lepas canai tu, lipat doh menjadi 3@4 lipatan arah sama. Lepas lipat simpan balik dalam chiller 30minit

6. Ulang langkah 4 lebih kurang 3-4 kali. Tapi pastikan tiap kali canai tabur tepung.

7. Bila dah siap langkah tadi, keluarkan doh. Canai lagi sekali untuk kali terakhir, lepas tu gulung. Masa ni kalau nak simpan dulu dalam chiller pun boleh. Nak guna terus pun boleh.

8. Potong gulungan doh tadi. Agak-agak dalam 2 inci ukurannya. 

9. Lepas potong ambik satu-satu dan canaikan sikit. Jagan nipis, agak-agak je. Kalau nipis nanti tart takde isi pastri. Kemudian masukkan dalam acuan.

10. Tuang adunan filling dalam pastri lepas tu bakar suhu 150-160°C. Bakar selama 30 minit. Ikut pada jenis oven masing-masing Guna api atas bawah.


Amacam? Boleh? Ala... Tak la susah cuma banyak step je.. Moha pun belum cuba buat lagi. Tapi Moha dah rasa dari yang Kak Liz buat.. memang sedap!! So, yang teringin nak rasa tat ni, boleh try resepi ni. 

Selamat Mencuba!!

TAWARAN KERJA DI iREHAB

 

Assalamualaikum...


Tak dinafikan sekarang ni ramai yang kehilangan punca sumber rezeki samada dari sektor pekerjaan mahupun perniagaan. Ye, pandemik banyak mempengaruhi keadaan ekonomi negara sekaligus menyebabkan ramai kehilangan punca pendapatan.

Namun demi tanggungjawab pada keluarga dan demi kelangsungan hidup, ramai yang berusaha mencari peluang kerja walaupun tidak berkaitan dengan kemahiran mahupun bidang yang diceburi sebelum ini. Yang penting kehidupan dapat diteruskan. 

Peka dengan situasi ini, iREHAB telah membuka peluang kerjaya sebagai caregiver atau penjaga terlatih kepada warga emas atau bekas pesakit strok bersama mereka. 

Paling bagus, pengalaman tidak diperlukan sama sekali. Pihak IREHAB akan memberikan kursus latihan penjagaan lengkap iaitu secara teori dan juga praktikal samada di iCenter atau di iHome. 

Bagi yang berminat untuk sertai kursus latihan sekaligus bekerja di iREHAB ini, korang cuma perlu bayar sebanyak RM70 sahaja untuk ikuti satu hari kursus latihan. Sehabis kursus, korang akan diberi peluang untuk bekerja bersama iREHAB. 

Nak tau lagi tentang hal ni, korang boleh hubungi 012-9061690 atau 017-988 0324 untuk membuat temujanji atau boleh juga baca di laman media sosial iREHAB yang Moha tuliskan kat bawah ni.


Web : https://irehab.com.my/

Fb : https://www.facebook.com/irehab.neurocare/

Ig : https://instagram.com/irehab.neurocare?igshid=19j8hbj6x7oit







YEAH!! 11.11 DOUBLE DIGIT SALES & KEMPEN BELI BARANGAN MALAYSIA DI PG MALL



Assalamualaikum...

Sebelum ni Moha ada kongsi pasal PG Mall kan.. masa tu ada kempen Love You 3000 PG Mall.

Bagi yang masih kurang jelas PG Mall tu apa, jangan susah hati. Sini Moha terangkan...


PG Mall ni kepunyaan Malaysia yang ditubuhkan sejak 2017. Merupakan satu-satunya platform e-dagang tempatan nombor 1 terkenal  di Malaysia di bawah pengurusan PG Group. Platform e-dagang ini telah berjaya berada di kedudukan 3 teratas dan menjadi pilihan ramai pembeli dan juga peniaga dengan platform pengiklanan yang terbaik bagi meluaskan perniagaan dan memasarkan produk tempatan yang terdiri daripada pelbagai produk seperti barangan kraftangan, fesyen (baju, beg, kasut dan aksesori), barangan kelengkapan rumah, makanan dan minuman, kelengkapan sukan, barangan bayi dan kanak-kanak, produk kesihatan dan kecantikkan, produk automotive, E-Vouchers dan banyak lagi. 

Bagi memudahkan pengguna, PG Mall menerima bayaran untuk setiap belian dalam semua cara bayaran perbankan dalam talian dan juga e-wallet. 


KEMPEN JUALAN 11.11!!

Kali ni Moha nak bagitau korang PG Mall ada buat kempen baru lagi!! Wow.. untung betul jadi pengguna PG Mall ni. Dorang selalu buat kempen yang best untuk pelanggan. 

Kempen kali ni dah tentulah tentang Jualan 11.11!! Haaa.. apa yang menarik dalam kempen kali ni? 

Eksklusifnya dalam kempen 11.11 ni, setiap belian minimum RM11, pembeli layak mendapat 11% diskaun  dan juga kiriman percuma sebanyak RM4 dengan menggunakan kod 1111.


KEMPEN BELI BARANGAN MALAYSIA

Bagi menggalakkan orang ramai membeli barangan buatan tempatan sekaligus membantu ekonomi negara, PG Mall melancarkan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) bermula dari Julai sehingga Disember 2020, bertemakan #BarangBaikBarangKita yang mana korang boleh dapat diskaun lumayan apabila membeli barangan keperluan  seperti barangan runcit, barangan keperluan bayi dan kanak-kanak, barangan kesihatan dan kecantikkan, barangan automotif dan sukan, perkakas rumah dan barangan electronik dan juga fesyen. Korang boleh tengok di sini https://pgmall.my/proudly-local-campaign untuk banyak lagi tawaran yang menarik.

Oh, ya!! Jangan lupa gunakan kod ni untuk dapatkan diskaun ketika berbelanja!!

* KBBM20 - diskaun RM20 
(belian minimum RM50)
* KBBM30 -diskaun RM30 
(belian minimum RM100)

Nah.. untuk memudahkan korang, Moha senaraikan kedai-kedai yang turut serta dalam kempen KBBM kalini:

•Hoe Hup Processing Sdn Bhd  (https://pgmall.my/Hoe-Hup-Processing-Sdn-Bhd)
•Coop Health and Beauty  (https://pgmall.my/Coop-Health-amp;-Beauty-1)
•Old Town White Coffee (https://pgmall.my/OLDTOWN-White-Coffee)
•888 Official Store (https://pgmall.my/888-Official-Store)
Dapatkan pelbagai minuman di Gold Choice

https://pgmall.my/Mizu-Official-Store



PG  MALL PAYWEEK BONANZA 


Jangan lepaskan peluang menjadi Peniaga di PG Mall dengan pembayaran penuh sebanyak RM3000 dengan menggunakan kod: KBBMND – Extra 1.5% OFF dan Peniaga Utama dengan pembayaran penuh sebanyak RM5000. Gunakan kod: KBBMPD – Extra 2% OFF bermula dari 25 Oktober sehingga 5 November 2020. Dapatkan juga kad purchase wealth sebanyak RM200.


TAWARAN ISTIMEWA TAI  FOOK


Promosi emas ni berlangsung dari 25 Oktober sehingga 5 November 2020.

Korang boleh gunakan kod  KBBM30 (RM30 OFF dengan pembelian minimum RM100).

Emas  di kedai ini dijual dengan  harga RM235/gram sahaja.  Emas yang dibeli akan dihantar secara percuma kepada pembeli. Senang kan? Tak payah nak pergi kedai emas dah. Betul tak? Korang klik je kat link ni https://pgmall.my/TaiFook.  Checkout sekarang ! 

LOKET DINAR SWAROVSKI BERLAPIS EMAS 24K


Berita baik untuk peminat Dinar Swarovski, pesanan untuk memilikinya telah pun dibuka sekarang. 

Hanya 500 pembeli pertama  yang terpantas yang dapat membeli loket berkenaan  di link ni  https://pgmall.my/index.php?route=product/product&product_id=710700 dengan harga RM648 sahaja. Jangan lepaskan peluang keemasan ni ye.  Terutama pada yang  sukakan koleksi cantik Swarovski ni.

Esh, cerita banyak pun buang masa je. Apa kata terus terjah https://pgmall.my/?Source=Blogger&BloggerID=683l, pilih-pilih barang masuk dalam cart dan beli sekarang!! Jom!!

Nak tau lagi lanjut pasal kempen kali ni, korang boleh buka link kat bawah ni ye. 

Website : 
Instagram : 
Telegram : 

Selamat membeli-belah!!

#PGMall 
#onlineshopping #shopping   
#MalaysiaNo1ecommerceplatform 
#ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline 
#ByMalaysiansToMalaysians #BarangBaikBarangKita 
#1111sales  #Bonanzapayweek  #Taifook #Stayathome

RESEPI NASI BRIYANI KAMBING (untuk 10 orang makan)

 

Assalamualaikum...

Dah malam-malam baru nak belek gambar dalam handphone ni haa.. sekali ternampak pulak gambar nasi briyani hasil masakan Kak Liz bulan lepas. Resepi pun Kak Liz dah bagi, bila ntah Moha nak buat.. hihi. Kumpul resepi kemain lagi. Buatnya tidak!! Haha..

Takpelah.. since Moha dah dapat resepi, Moha letak resepi tu kat sini dulu. Manalah tau satu hari nanti nak buat, tengok balik resepi kat sini. Kalau korang nak cuba resepi ni pun, silalah ye. Moha dah minta izin Kak Liz nak letak resepi ni kat sini.

RESEPI NASI BRIYANI KAMBING  (untuk 10 orang makan)

BAHAN-BAHANNYA :

600 daging kambing yang dipotong

1 kilo Beras brasmathi (jenis yg boleh direbus) 

2 biji bawang besar, belah 4

2 biji cili merah, belah 2 tapi tak putus

2 biji cili hijau, belah 2 tapi tak putus

2 camca besar bawang goreng

1 pokok daun ketumbar

1/2 cawan susu sejat } boleh pakai yogurt

1 biji limau nipis  

1 biji bawang besar, hiris

2 camca besar penuh rempah briyani (sebarang jenama)

Garam secukup rasa

2 camca besar minyak sapi

Hirisan daun ketumbar, untuk hiasan

Sedikit bawang goreng untuk hiasan

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :

6 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

1 inci halia

1 biji tomato yang masak ranum

3 biji cili hijau

BAHAN-BAHAN TUMIS :

1 batang kayu manis

1 kuntum bunga lawang

3 biji buah pelaga

5 kuntum bunga cengkih

CARA MEMBUATNYA

Daging kambing dicuci, kemudian gaul dengan 1 camca besar tepung gandum hingga rata dan perap 20 minit, cuci kembali hingga bersih dan toskan. 

Sementara itu bancuh rempah briyani dengan bahan-bahan kisar halus dan kacau hingga menjadi pes rempah. Gaul bersama yogurt atau susu cair yg di perah limau... perap sekurang-kurangnya 1/2 jam. Perap lebih lama lagi sedap...

Ketepikan.

Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan), masukkan minyak sapi dan biar cair. Tumis bawang besar hiris hingga layu, masukkan bahan2 tumis dan masak hingga harum. Masukkan daging yg di perap kacau dan masak hingga naik minyak. 

Masukkan daging kambing, daun ketumbar dan bawang goreng, gaul rata dan masak hingga daging kecut.

Tuang air secukupnya hingga daging tenggelam. Kacau rata dan biar mendidih, kemudian sederhanakan api. Masak hingga daging kambing empuk, tambah air panas jika kuah kering dan daging masih belum empuk. (Ini sekiranya masak secara manual).

Kalau masak menggunakan pressure cooker, masukkan semua bahan.

Sementara itu beras di rendam dlm 1/2 jam, kemudian panas air, campur kan bahan penumis, minyak sapi dan garam, biar air mendidih Baru masukkan beras. Rebus beras sehingga 70-80% masak, tos kan air.

Setelah daging empuk, susun lapisan beras kemudian daging dan ditaburkan daun ketumbar, daun pudina yang telah dihiris dan bawang goreng. Buat proses yg sama sampai nasi dan daging habis. Lapisan atas mesti nasi dan tuang sedikit susu cair yang ditambah sedikit air dalam 3/4 cawan dan di tabur daun pudina, daun ketumbar dan bawang goreng dan dititikkan pewarna kuning. Masak dengan api perlahan. Alas periuk nasi dgn tutup periuk agar nasi tidak hangus.

Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Biar 10 minit agar nasi lembut lagi. Kemudian gembur kan nasi sebelum di hidang. Hias dengan hirisan daun ketumbar dan bawang goreng. Di tambah dgn gajus goreng. Siap!!

Selamat mencuba!!

PAKEJ RAWATAN SUSULAN PESAKIT STROK DENGAN HARGA TERENDAH DI iREHAB


Assalamualaikum...

Entah kenapa tiba-tiba teringat pasal arwah mak yang terlantar atas katil selepas pembedahan memasang klip di gelembung angin kat saraf otak dia sebelumnya tu. Selepas pembedahan tu, arwah mak lumpuh separuh badan sebelah kiri. Mak tak boleh bercakap, tak boleh makan atau minum secara normal lagi dah. Semuanya hanya melalui tiub yang dimasukkan terus melalui hidung menuju ke perut. 

Disebabkan keadaan kewangan kami agak terbatas dan kedudukan mak yang masa tu dijaga arwah Kak Long jauh dari bandar, kami tak dapat berikan mak rawatan susulan selepas strok. Tiada fisioterapi yang dapat mak jalani memandangkan tiada perkhidmatan sebegitu di sana dan kekangan kewangan juga menjadi salah satu punca. Namun begitu, arwah Kak Long berusaha jaga arwah mak sebaik mungkin. Sesekali apabila kami balik kampung, kami pula ambil alih menjaga mak. 

Apabila teringat hal ni, terfikir juga.. alangkah bagusnya kalau di sana ada pusat rawatan susulan untuk pesakit-pesakit yang terkena strok macam arwah mak. Mungkin mak tak perlu terbaring saja sepanjang sisa hidupnya dulu. Ah, perkara dah berlalu.. tak baik diungkit lagi. Semoga perkara yang terjadi pada arwah mak tak berulang pada orang lain selepas ni.
 
Sebab tu harini Moha nak kongsikan pada korang tentang satu pusat pemulihan yang pakar dalam perkhidmatan pemulihan strok dan neurologi. Pusat pemulihan ini menawarkan perkhidmatan pesakit luar, perkhidmatan pengangkutan, rumah penjagaan, perkhidmatan perawatan dan pemulihan di rumah.

Nama pusat rawatan ini ialah iRehab. Ada yang dah tau? Ok, pada yang belum tau, Moha terangkan kat sini.


PUSAT PEMULIHAN FISIOTERAPI DAN STROK iREHAB

Bagi pesakit strok, rawatan susulan selepas terkena strok amat penting supaya mereka dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik. Ini kerana keaadaan selepas strok walaupun berbeza bagi setiap individu, tetapi turut menyukarkan pergerakan mereka. Ada diantaranya yang sukar bergerak, tidak boleh bangun sendiri, berjalan sendiri, tidak mampu menggerakkan anggota badan tertentu mahupun bercakap atau menyuap makanan ke mulut sendiri. 

Jika ahli keluarga tahu tentang ilmu fisioterapi, bolehla merawat sendiri ahli keluarga yang terkena strok. Tetapi jika tidak tahu bagaimana? Mungkin jadi macam kes kamilah. Sedih kan? 

Di iREHAB, mereka akan memastikan pesakit dapat meneruskan sesi rawatan seperti yang disyorkan kerana rehabilitasi adalah satu keperluan terutama selepas serangan stroke. 


Oleh kerana pandemik yang sedang berlaku sekarang ini, sudah pasti pesakit-pesakit menghadapi kesukaran untuk menghadiri sesi rawatan physiotherapy, occupational therapy dan speech therapy kerana semua hospital terutama hospital kerajaan perlu mengurangkan pesakit yang hadir untuk rawatan pada satu masa.

Prihatin atas masalah kesukaran tersebut, iREHAB menawarkan pakej rawatan dengan harga terendah supaya pesakit-pesakit masih boleh menghadiri sesi rawatan dengan kerap untuk membantu penyembuhan mereka. Jadi mereka masih dapat jalani rawatan dengan lebih teratur.

Apa yang perlu mereka lakukan hanya perlu tunjukkan kad temujanji hospital mereka dengan tarikh yang mereka hadiri atau perlu hadiri untuk mendapat harga diskaun yang ditawarkan oleh iREHAB pada masa ini. Temujanji boleh dibuat dengan menghubungi mereka di 012-9061690 atau 017-9880324 sekarang (tertakluk kepada terma dan syarat).

Korang boleh tengok maklumat lanjut di website diorang dan juga media sosial kat bawah ni :

Tiga Resepi Mudah yang Sihat dan Sedap dengan Minyak Zaitun

  

Assalamualaikum.....

Harini Moha nak kongsi resepi yang paling ringkas, mudah, sedap tapi menyihatkan. Resepi ni bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, malah untuk orang dewasa juga. 

Ok, Moha kongsikan resepinya dulu. Kemudian Moha kongsikan apa kelebihan bahan-bahan khas yang Moha gunakan dalam resepi ni ya.

Telur Dadar Tomato dengan Organic Extra Virgin Palestinian Olive Oil dan Pelestinian Za'atar Blend (Thyme)

Bahan-bahan (1 hidangan):

2 biji telur ayam gred A
1 biji tomato -potong dadu
1 tangkai daun sup – potong halus
1 sudu besar Pelestinian Za'atar Blend (Thyme)
2 sudu besar Organic Extra Virgin Palestinian Olive Oil

Cara-cara membuatnya :

1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk, kacau hingga sekata dan masukkan tomato dan daun sup.

2. Dengan api kecil, tuang dan ratakan Organic Extra Virgin Palestinian Olive Oil, ke keseluruhan permukaan kuali.

3. Tuangkan bancuhan telur tadi dan tabur rata  Pelestinian Za'atar Blend (Thyme) di atasnya.

4. Tutup kuali dan tunggu sehingga permukaan telur masak. 

5. Bila permukaan telur tu dah nampak pejal, maknanya dah masaklah tu. Bolehlah dihidang. 


Fried Mee with Organic Extra Virgin Palestinian Olive Oil

Bahan-bahan (1 hidangan):

1 cawan mi kuning
1 ketul ayam bahagian dada – hiris nipis
Beberapa hirisan daging salai
1 ulas bawang putih – hiris nipis
1 tangkai daun sup – potong halus
Beberapa helai daun bayam
½ biji tomato
1 sudu kecil Pelestinian Za'atar Blend (Thyme)
2 sudu besar Organic Extra Virgin Palestinian Olive Oil

Cara-cara membuatnya :

1. Tuang Organic Extra Virgin Palestinian Olive Oil ke dalam kuali.

2. Taburkan Pelestinian Za'atar Blend (Thyme) ke atas permukaan tomato dan bakar seketika sehingga permukaannya berwarna keperangan, angkat dan asingkan.

3.  Dalam kuali yang sama, tumis bawang putih sehingga kekuningan dan masukkan ayam beserta daging salai. Gaul sehingga ayam masak.

4. Masukkan mi kuning, daun bayam dan daun sup. Kacau sebati.

5. Siap. Bolehlah dihidang bersama tomato tadi. 


Grilled Eggplant & Lamb Shoulder with Organic Extra Virgin Palestinian Olive Oil

Bahan-bahan (1 hidangan):

1 Keping Lamb Shoulder
2 sudu besar Pelestinian Za'atar Blend (Thyme)
3 sudu besar Organic Extra Virgin Palestinian Olive Oil
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar madu
1 biji terung bulat – hiris bulat²

Cara-cara membuatnya :

1. Satukan semua bahan, gaul rata dan perap dalam 1 jam di dalam bekas bertutup dan di simpan dalam peti ais.

2.  Panaskan kuali, dengan api sederhana, bakar daging kambing sehingga kedua-dua belah nampak garing dan masak. Tetapi tidak terlalu kering. Angkat dan ketepikan.

3. Dalam kuali yang sama, bakar terung bulat dan balik-balikkan sehingga permukaannya berwarna keperangan.

4. Angkat dan hidangkan.

SELAMAT MENCUBA!!

Senang je kan???

Perasan tak dalam resepi-resepi ni Moha tak letak garam atau perisa? Eh, sedap ke makan macamtu? Tak tawar ke? 

Walaupun resepi ni sempoi je, macam tawar leweh je orang kata, tapi rasa dia sedap tau. Tak muak dimakan. Rahsia kesedapannya adalah dari hasil penambahan minyak zaitun dan Za'atar itulah. 

Haaa.. meh Moha kongsi kelebihan kedua-dua bahan istimewa ni.

Organic Extra Virgin Palestinian Olive Oil

“Ambil 2 sudu minyak zaitun setiap hari mampu mengurangkan risiko sakit jantung” sumber FDA & EFSA.

Minyak zaitun ini adalah hasil keluaran Syarikat Alard Palestinian Agri-Products di Nablus, Jenin & sekitar Tebing Barat Palestine. Dipetik dari pokok zaitun yang berusia hampir 500 tahun jenis Nabali, Roomy dan Souri hasil tanaman petani Palestine.

Diproses mengikut standard & piawaian International Olive Oil Council. Turut diiktiraf sebagai organik & Fairtrade, Extra Virgin (Perahan Pertama) & cold pressed. Dengan kandungan acidity rendah <0.8% yang mana di botol dicetak sebagai 0.8% Bacaan sebenarnya adalah dari Sijil yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertanian Palestine di antara 0.37% hingga 0.5% bergantung kepada Batch.



Dibotolkan dengan gas nitrogen ke dalam botol kaca gelap atau tin aluminium untuk mengelakkan kualiti minyak zaitun terjejas akibat terdedah kepada cahaya matahari dan bagi menjamin kesegarannya.

Segala maklumat yang berkaitan dengan penghasilan minyak dinyatakan di label botol seperti nutrisi, tarikh luput produk (tidak melebihi 24 bulan), maklumat pengeluar, negara asal produk dengan alamat yang lengkap, termasuklah berkenaan tarikh tuaian buah.



KEGUNAAN DAN KELEBIHAN MINYAK ZAITUN



  1. Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
  2. Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
  3. Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
  4. Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
  5. Antioksidan dan antikanser
  6. Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
  7. Membekal vitamin E
  8. Mencantikkan kulit dan rambut
  9. Kestabilan asid lemak
  10. Membekal pelbagai vitamin untuk antipenuaan.





Cara pengambilan:

  1. Minum 1 sudu besar (15ml) pagi sblm makan pagi & sebelum tidur 2 kali sehari
  2. Minyak zaitun perlu diminum ketika perut kosong secara kemam dulu 1/2 minit sebelum ditelan perlahan. Selepas 3 – 5 minit barulah minum air.
Minyak zaitun juga digunakan untuk menghilangkan parut bekas jerawat di muka dengan meratakan campuran 3 sudu teh minyak zaitun dengan 1 sudu teh minyak habbatus sauda pada muka, biarkan selama 3 jam sebelum dicuci bersih. 

Bagi menghilangkan parut pada anggota lain di badan, ratakan campuran 6 sudu teh minyak zaitun dengan 2 sudu teh minyak habbatus sauda pada anggota terlibat, biarkan selama 2 jam, dan kemudian dicuci bersih.

Premium Pelestinian Za'atar Blend (Thyme)

Za’atar adalah campuran herba yang terdiri daripada thyme, bijan  dan  garam asli yang merupakan amalan pemakanan harian berkurun lamanya oleh masyarakat Timur Tengah.


Keistimewaan Za'atar ini terletak pada thymenya yang ditanam di atas kawasan bukit Palestine mengikut amalan pertanian yang diwarisi secara turun-temurun bagi memastikan thyme yang terhasil adalah lebih segar dan bermutu tinggi selari dengan rasa terbaik di dunia.


Megandungi pelbagai jenis vitamin seperti Vitamin A, Vitamin B6, Vitamin C dan Riboflavin serta mineral seperti Iron, Manganese dan juga Kalsium yang dipercayai mampu menguatkan daya fikiran, mempunyai fungsi anti-kulat dan antioksidan, melancarkan peredaran darah, kesihatan jantung dan penglihatan, meningkatkan sistem imunisasi, mengurangkan keradangan dan tekanan, memberi tenaga, meningkatkan sistem metabolisme, menguatkan tulang, mencantikkan kulit dan turut membantu dalam kelancaran sistem pernafasan.
Terdapat pelbagai cara untuk menjadikan Za'atar sebahagian daripada hidangan enak. Antaranya dijadikan sebagai pencicah roti yang dicelupkan ke dalam minyak zaitun, dijadikan sebagai bahan perapan daging, ayam atau makanan laut, ditabur atas doh roti sebelum dibakar, digaul bersama salad segar atau apa sahaja cara yang dirasakan bersesuaian dengan citarasa kita. 


Macam yang Moha dah buat nilah, telur dadar tomato, terung dan kambing bakar serta mee goreng. Tanpa gunakan sebarang perisa tambahan dan garam pun rasa hidangan tu tetap sedap. Jangan lupa, dalam Za'atar kan dah ada garam asli.. jadi tak perlulah tambah garam lagi dah. Apatah lagi bila sesekali tergigit bijian bijan tu. Fuh, makin membangkitkan rasa asli hidangan tu sekaligus menjadikan rasanya bertambah unik dan istimewa. Tapi, kalau korang rasa nak tambah perisa lagi, boleh je... Moha tak marah pun.. hihihi..


Uish... Ada bonus laaa.. apa tu? 

Tadaaaaa.....


Ok ni satu lagi produk best Al'Ard yang korang boleh cuba...

Palestinian Blackseed Paste (Qizha)

Pes ini mengandungi Habatus Sauda dan Bijan yang berkualiti tinggi dan baik untuk kesihatan hasil tanaman dibumi Palestine. Terbuat dari biji nigella yang dihaluskan, memiliki rasa pahit yang tajam dengan sedikit rasa manis. 


Pes dihasilkan melalui proses tanpa pemanasan pada suhu tinggi. Biji Habatus Sauda dan Bijan dipilih dari ladang sekitar Nablus & Jenin, Tebing Barat Palestine hasil tanaman dari 200 orang petani Islam di 10 buah perkampungan.

Biasanya digunakan oleh warga Timur Tengah dan Afrika sebagai penambah rasa manis yang dicampur bersama madu, sirap atau gula juga ditambah bahan lain untuk menjadi hidangan yang enak seperti pai, roti, dan pemanis mulut yang lain.



Biji Habatus Sauda melalui pemprosesan menggunakan mesin dan teknologi terkini di kilang moden yang mematuhi Syarat & Standard Antarabangsa serta mempunyai Persijilan Halal dan ISO-22000.

Cara paling mudah untuk menggunakan Qizha ialah sebagai Sapuan/Spread dengan Roti, seperti jem. Ia akan memberikan rasa lemak lemak pahit. Kalau nak rasa lebih sedap, boleh dicampurkan dengan Madu. Boleh juga campurkan satu sudu teh Qizha bersama Kopi O dan tambah madu lebah secukup rasa.



Moha cuba tambah satu sudu kecil Qizha ni dalam 3 skop kecil aiskrim vanilla. 



Wow, boleh tahan jugalah rasa dia. Rasa aiskrim jadi bertambah lemak berkrim dan hujung-hujung rasa tu barulah terasa pahit sikit. Sikit je.. tak pahit sangat pun. Hurm.. next time boleh tambah dalam smootie atau bubur pulut hitam pulak. Mesti sedap!



MANA NAK BELI NI?

Bagi yang nak dapatkan lebih maklumat atau nak beli produk-produk Al' Ard ni, korang boleh hubungi nombor ni : 

013 747 6570 

atau boleh juga tengok di laman web dan media sosial Al'Ard sendiri.

Facebook: Al Ard Malaysia 
Instagram @alardmalaysia