Boleh tak belikan ubat untuk putih?- Amar

December 17, 2017 Mohaz Sue 6 Comments



"Kenapa?"

"Amar selalu kena ejek dekat sekolah. Diorang cakap Amar anak orang India. Jadi bila Amar dah putih, diorang dah tak boleh ejek Amar"

"Hmmmm..mana ada ubat putih untuk budak. Untuk orang dewasa adalah"

Bukan pertama kali. Tapi dah banyak kali. Kesian anak mama. Tau sangat mama rasa malu dan sedih sebab kena ejek tu. Tapi apa boleh buat? Kita tak boleh nak tutup mulut orang.

Memang antara 3 beradik, dia seorang yang agak gelap kulitnya. Haziq dan Amsyar dari lahir dah berkulit cerah sikit. 

"Ala, kalau macam tu belikan Amar mekap (foundation) untuk sapu kat muka tu. Biar muka nampak putih"

"Tak payahlah. Sabar jela. Biarkan je orang yang ejek-ejek tu. Layan diorang bukan dapat apa pun. Sakit hati lagi adalah. Amar belajar je rajin-rajin. Jadi orang pandai. Jadi orang yang berjaya."

"Mama tak faham. Bukan mama yang kena ejek"

Tak faham? Silap tu anak. Maka mama pun selongkarlah album lama. Gambar masa sekolah dulu dikeluarkan dan serah padanya.


"Cuba cari mana satu mama dalam gambar ni" 

Dia pun tekun mencari. Geleng kepala sebab tak jumpa. 

"Hahaha.. carilah betul-betul. Adalah mama dalam tu"

"Takde pun" 

"Nilah mama. Putih ke? Cantik ke? Tak kan?"

"Hahaha. Kelakarnya muka mama"

Tulah. Masa mama sekolah dulu, mama pun gelap juga. Dahlah pendek, comot pulak tu. Selalu kena ejek. Ketotlah, kelinglah, anak benggalilah. Macam-macam kawan ejek. Belum masuk bab ejek nama lagi. Tapi awal-awal mama tak lawan. Kalau lawan, benda tu tak habis. Sedih, marah tu memanglah ada. Balik rumah, mengadu juga dengan mak. Hihihi.. tapi mak ajar mudah je. 

"Kalau mak dah buat kuih cantik-cantik, rasa pun sedap, tapi orang tetap cakap kuih tu tak cantik dan tak sedap. Orang tu salah kan kuih ke salahkan mak?"

"Mak. Sebab mak yang buat"

"Kita siapa buat?"

"Allah"

"Jadi orang yang ejek tu, dia ejek siapa? Ejek Allah ke? Berdosa tau"

Selepas dari tu, bila kena ejek je, mama guna balik ayat mak. Olah sikit bagi sesuai..

"Ko ejek aku, maknanya ko ejek Tuhan. Sebab Tuhan yang cipta kita. Habislah kau masuk neraka"

Hahaha.. ayat budak-budak. Neraka aje. Tapi ayat tulah yang berkesan. Takde dah ejek-ejek. Aman hidup lepas tu. Terus jadi kawan.

Jadi Amar tak yah susah hati. Biarlah orang nak ejek pun. Pasal kulit tu jangan risau. Dah besar nanti siapa tau kulit jadi cerah? Kuasa Allah..kalau DIA kata jadi, maka jadilah. Jangan sesekali persoalkan ye.


You Might Also Like

6 comments:

  1. acik pun klit gelap dik..bapak sendiri pun pnggil anak india..haha

    ReplyDelete
  2. Samalah mcm Yaya pun..kulit skrng xmcm dedulu...dedulu lagi golap..huhu
    xpe,masa akan merubah seglanya..tu bebudak biasala kan.. =) kita ni sabo je la layan dan nasihat pe yg patut..

    ReplyDelete
  3. Kulit kita sekarang x macam dulu-dulu, mak kita selalu ejek kita hahahaha

    ReplyDelete
  4. Alolo...comel la dia. Masa sekolah je tuu... nanti tak sama dah bila besar.

    ReplyDelete
  5. alalaa kesian dia. Smala acik pon gelap selekeh sememeh je duluu

    ReplyDelete
  6. takpe..org laki kalo gelap. macho.lagipon takkisah lah lelaki hitam.. kan moha? suka ayat moha.. "ko ejek aku.. ko ejek tuhan"... ina pernah rasai..

    ReplyDelete