Advertisement

Pandai ke MasterChef Cilik Amar Masak Nasi Lemak?




Assalamualaikum...


UPSR kan dah habis.. sementara nak tunggu result tu, macam-macamlah aktiviti cikgu plan untuk murid-murid kat sekolah. 



Antara aktiviti yang menarik, Pertandingan Tulisan Khat Rik'ah, Pertandingan Roket Air Parasut, Pertandingan Master Chef Cilik dan Tepuk Anai-amai Challenge.


Balik je dari sekolah Jumaat lepas, Amar terus maklumkan yang dia masuk Pertandingan Roket Air Parasut dan Master Chef Cilik tu. Part nak buat kraftangan dan masak-memasak ni memang kesukaan dialah. Bersemangat betul dia nak bertanding!



"Ma.. malam nanti ajar Amar masak nasi lemak dengan sambal dia sekali ea. Esok Amar dengan team Amar masuk Pertandingan memasak kat sekolah ni". Pintanya.. 





Maka malam tu Moha ajarlah dia cara buat sambal tumis dari mula sampailah habis. Esok paginya barulah ajar cara masak nasi lemak pula. Masak terus untuk sarapan satu famili.



Sepanjang dia kat sekolah, Moha pulak yang berdebar-debar. Boleh ke Si Amar ni buat? Jadi ke taklah agaknya ea sambal dia tu? Harap-harap dia pandailah agak nak letak garam dan perasa semua tu.. esh.. risau...



Tapi syukur Alhamdulillah, tenang rasa hati bila cikgu Amar hantar gambar hasil masakan peserta di grup wasap. Allahu... kreatif anak-anak zaman sekarang. Umur 12 tahun dah pandai masak pelbagai menu. Moha masa umur ni main pondok-pondok lagi.. hahaha.. shhh.. jangan bagitau Amar eh.. malu mama!! 🤣🤣



Pasukan Amar (4 orang), menyediakan nasi lemak (dihidang bersama dengan ayam goreng, telur rebus, sambal tumis, timun dan ikan bilis goreng rangup), ayam popcorn, crispy cheese, dan jus buah naga susu. Hebat kan?? Semua diorang buat sendiri dari awal sampai siap terhidang. Kagum dan bangga rasanya. 


Bila cikgu hantar keputusan pemenang, terkedu mama sekejap. Ya Allah.. betul ke ni? Pasukan Amar jadi juara!! Alhamdulillah... Mesti Amar dengan kawan-kawan dia happy. Mesti dia tak sabar nak balik bagitau mama yang pasukan dia menang! Tahniah Amar!!



Betul tekaan Moha. Sampai saja kat rumah, terus dia sampaikan berita. 



"Ma.. team Amar menang nombor 1! Sambal Amar ramai yang cakap sedap! Sampai habis kawan-kawan Amar makan!"



Hehehe... Dia tak tau mama dia dah tau keputusan dari cikgu tadi. Apapun.. mama bangga dengan Amar. 


Inilah dia hidangan dari pasukan Amar. Juri tunjuk sambal tu nak bagitau sambal tu sedap!☺️



Post a Comment

1 Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete