Advertisement

Cubaan Scammer Nak Pinjam Duit Guna Wasap 01127686433


Assalamualaikum..

Moha nak kongsi kisah petang tadi supaya korang juga boleh alert lepas ni.


Sebelum ni asyik dengar tentang orang lain terkena. Tup-tup petang tadi suami Moha dapat wasap dari seorang kawan dia dari nombor telefon yang tak dikenali. Tapi gambar profile dan nama dia serupa betul dengan kawan suami tu. Cuma yang jadi musykil kenapa nak guna nombor lain sedangkan sebelum ni ok je berborak guna nombor satu lagi. Lebih-lebih lagi bila dia mula nak pinjam duit sebanyak RM3K.

Kami terus google no telefon dia (01127686433) sementara suami cuba wasap kawan dia guna nombor yang sebelum ni. Kawan suami juga terkejut dan maklumkan yang itu bukan dia. Hasil dari google juga mengesahkan. Banyak betul kisah pasal nombor telefon ni. Memang soheh SCAMMER!! Huhuhu... penipu betul!

Suami Moha bila dah tau itu penipu, makin rancak pula dia melayan. Nak tengok sejauh mana penipu tu cuba mengayat. Yang pastinya kuat mendesak. Asyik tanya dah transfer ke belum. Minta slip bayaran kalau sudah. Ceh.. senang betul kau cari duit!


Scammer sekarang ni boleh dapat pujian sebab rajin buat homework. Huhu.. mesti masa sekolah dulu best student ni. Mesti kerja sekolah yang cikgu bagi sentiasa siap. Kan? Hahaha...

Dia akan perhati fb kita dulu. Tengok dengan siapa kita selalu berbalas komen. Macamana kita dan kawan/famili bahasakan diri. Lepas dah dapat semua info, dia setting gambar profile dan nama wasap serupa dengan kenalan kita tu dan mula wasap kita. Target utama dia biasanya pada mereka yang ada buat iklan bisnes di fb.

Dia menyamar jadi salah seorang kenalan kita guna nombor telefon yang kita tak kenal yang kononnya itu nombor telefon baru atau nombor peribadi dia. Dia akan guna gaya bahasa lebih kurang sama macam kenalan kita tu. Bila dia rasa kita dah yakin yang dia tu kenalan kita, mulalah dia susun ayat minta tolong.. tolong apa?

Dia minta tolong dulukan duit kita bayarkan sejumlah duit untuk dia di akaun tertentu (bukan akaun dia). Alasan kononnya akaun bank dia dah capai limitlah.. konon dia di luar kawasan lah.. lepastu janji akan bayar balik secepat mungkin. Kalau kita balas beritahu tak cukup duit sebanyak yang dia nak, dia desak kita bagi berapa saja yang kita ada.

Apa jadi jika kita tak fikir panjang sebab kita  ingatkan dia tu betul-betul kenalan kita yang mengharap bantuan dari kita? Rasanya mungkin kita dah pindahkan duit ke akaun tu. Betul tak?

Jadi, bila dapat wasap atau mesej camni, cepat-cepatlah hubungi kenalan kita yang sebenar guna nombor telefon yang biasa kita guna untuk berhubung dengan dia.

Tanya samada dia benar-benar ada minta pinjaman dari kita atau tak. Jika jawapannya  tiada, sahlah yang mula-mula tadi tu ialah scammer atau tepatnya  SI PENIPU!!!.

Terus ceritakan hal sebenar supaya kenalan kita tu boleh ambil tindakan seterusnya. Tak risau ke orang guna identiti kita buat pinjaman duit dengan orang yang kita kenal? Tak pasal-pasal nama jadi "busuk" tau.

Semoga kita semua tak ditimpa musibah yang semacam ni. Penatnya kita cari duit.. senang je orang nak curi!!

So petang tadi cubaan dia tak berjaya. Suami gertak dia mengatakan lokasi dia berada sekarang dah dapat dikesan dan polis dalam perjalanan nak tangkap dia. Terus dia blok nombor telefon suami selepas meninggalkan perkataan.. "BODOH!"

Hahaha... Marah betul dia! Hilang terus ayat sopan-santun dia awal-awal tadi bila dia tau yang tipu helah dia dah kantoi😆😆😆

Post a Comment

2 Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. I know without a doubt that practically all web clients know about the scammers. In any case, certain individuals might know just a little with regards to it.Scam Recovery Companies

    ReplyDelete