Dia nak Iphone!



Assalamualaikum.....




Baru-baru ni Amar merungut. Katanya kami tak adil... Allah, tersentap juga dalam hati. Tak tahukah dia yang mama dan papa sedaya-upaya memenuhi kehendak mereka semampunya? Tapi mungkin di mata dia kadang-kadang ada ter'miss' dimana-mana.. 

"Tak adil apanya?" 

"Yelah, abang ada hanphone, adik ada handphone.. Amar takde pun" balasnya. 

Hurm.. betul juga. Beberapa tahun lepas, kami beli handphone baru sebab handphone sedia ada tak cukup space, letih asyik nak kena deleted gambar sebab memori memanjang penuh je. Bila dah ada handphone baru, handphone lama papanya diberi pada Haziq. Mama punya kepada Amsyar. Tak beri pada Amar sebab dia kan nak UPSR tahun ni. Kalau dia nak main sekejap, bolehlah kongsi dengan abang atau pinjam adik punya sekejap. 

"Sabarlah.. kan papa kata kalau result UPSR capai target, nanti papa belikanlah handphone Amar.." 

"Kan dah habis UPSR.. bosanlah takde apa nak buat. Kawan Amar semua ada handphone. Abang tu dapat je handphone.. adik tu tak buat apa pun dapat handphone" Berkerut keningnya, kemain panjang mulut dimuncungkan. Serius benar dia berkehendakkan sebiji handphone. 

"Tak baik berdengki.. tu rezeki diorang. Mana tau rezeki Amar nanti nak dapat yang lagi bagus?" 

"Okay, nanti Amar tak nak handphone 2nd. Amar nak Iphone!"

Wah... Demand!!!!! 

3 comments:

  1. Your way of describing everything in this
    post is truly fastidious, all be able to simply know it,
    Thanks a lot.

    ReplyDelete
  2. hahahahah iphone terussss,pengsannnnn hahahha

    ReplyDelete
  3. habislah kalau dah demand macam ni. hahaha

    ReplyDelete