Kenapa Mesti Pilih Nak Jadi Pengedar Nurraysa



Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, harini secara rasminya Moha jadi agen sah Nurraysa. Kenapa pilih Nurraysa? Hurm... Camni cerita dia...


Sebenarnya suami Moha ada cadangkan kami buat produk sendiri. So jenuh jugalah kami berdua ni buat research sana-sini tentang pelbagai perkara.. mengkaji baik dan buruknya bila ada produk sendiri ni.

Ada jugalah berhubung dengan beberapa pengurus kilang yang buat produk sendiri ni. Tapi... Hmmm.. entahlah. Rasa tak berapa yakin pula nak teruskan. Sebabnya ilmu meniaga tu masih kurang. Tak naklah nanti produk kitorang tu sudahnya jadi stok sesaja. Tak laku dijual!! Yelah, nak bersaing dengan produk-produk yang dah ada jenama kat luar tu bukan senang. Mereka dah ada nama, dah ada peminat tersendiri. Mestilah kitorang risau. Bukan sikit tu modal nak keluar.. ribu-ribu juga.. huhuhu..

Tambahan pula suami pun sibuk juga dengan hal kerja dia. Waktu kerja tak menentu macamana nak uruskan bisnes baru? Moha?? Macam Moha bagitau tadilah.. ilmu tak cukup lagi. Tak yakin lagi nak buat sendiri. Memang best jadi founder.. tapi susah-senang kerja belakang tabir tu kita sajalah yang nak hadapinya.

Tapi cita-cita tu tetap ada. Minat berniaga ni macam dah sebati orang kata. Macam-macam bisnes online dah cuba buat. Jual jubah lah, jual barangan kraftanganlah, jual suplimen la.. kuih rayalah.. Tapi nak buat produk sendiri ni Moha belum bersedia lagi. InsyaAllah siapa tahu satu masa nanti cita-cita nak ada produk sendiri ni tercapai juga.. aamiin.

Sedang Moha dan suami berbincang isu ni, tiba-tiba hati ni teringatkan Nurraysa. Rasanya ada terbaca di Facebook iklan untuk jadi ajen Nurraysa dibuka dengan pakej RM99 sahaja. Dalam pakej tu akan dapat :



1 pcs DD Moist Cake, 3 pcs Magic Lipstick, 5 pcs Flyers Product dan sebuah buku berjudul Berjaya gaya Jutawan.

Kebetulan pula yang mengiklankan tu sepupu Moha sendiri yang dahpun berjaya jadi stokis yang asalnya bermula dari dropship.

Lepas berbincang dengan suami, akhirnya suami izinkan Moha join Nurraysa. Dan bermulalah perjalanan baru Moha sebagai ajen Nurraysa.

Alang-alang bercerita ni, jomlah berkenalan dengan Nurraysa..

LATAR BELAKANG NURRAYSA

Diasaskan oleh Puan Nur Aini Zolkepeli yang berasal dari Terengganu dan beribu pejabat di Wisma Nurraysa, Kuantan, Pahang.

Makna nama NURRAYSA (produk) diambil sempena gabungan 3 nama ini:
👛 NUR ~ Nur Aini (pengasas)
👛 RAY ~ Rayyan (anak sulung)
👛 SA ~ Saiful (nama suami)

Produk-produk Nurraysa berasaskan bahan berkualiti tinggi daripada bahan-bahan semulajadi. Mesra wuduk (mudah dicuci) dan yang penting, tanpa silikon.

Antara produk rangkaian Nurraysa Beauty:

1.❤ Nurraysa Collagen Soap
2.❤ Set Trial Skincare
3.❤ Krim Uv Loose
4,❤ Treatment Serum Loose
5.❤ Miracle Whitening Spray Loose
6.❤ Pearl Magic Lipstick
7.❤ Instant Pearl Glow Lotion
8.❤ Shining Mineral Blusher
9.❤ Flawless Mineral Loose Powder
10.❤ Habbatussauda' Hair Shampoo
11.❤ Miracle Black Eyeliner
12.❤ Stemcell Feminine Wash
13.❤ Organic Body Wash
14.❤ Argan Whitening Moisturizer
15.❤ Nurraysa Collagen Powder
16.❤ Perfect Brow Shaping
17.❤ Glowing DD Moist Cake
18.❤ Perfect Long Lash Maskara
19.❤ Fast Clean Make Up Remover
20.❤ Japanese Sweet Cherry Perfume
21. ❤ Softening facial & body Jelly scrub
22. ❤ Jamu V Herb
23. ❤vitamin C
24. ❤ Berus Kabuki
25.❤vial perfume(3ml)
26.❤miracle slim coco
27.❤perfume inspired by floral
28.❤miracle two way cake powder
29.❤exclusive velvet lipmatte
30.❤luffa cleanser

Haa.. banyak kan? So, sesiapa yang nak beli produk Nurraysa tu bolehla roger Moha ea.. heee..

2 comments:

  1. Hello, just wanted to say, I enjoyed this post. It was practical.
    Keep on posting!

    ReplyDelete
  2. Why users still use to read news papers when in this technological world all is available on net?

    ReplyDelete