Advertisement

Selamat Hari Lahir Hero Mama Amar Zakwan


Assalamualaikum....



Alhamdulillah, harini genaplah usianya 12 tahun. Anak kedua Moha ni banyak sungguh menguji kesabaran kami sejak lahir hingga sekarang. Orang kata anak kedua memang lain sikit dari adik-beradik dia yang lain kan? Betullah tu.. huhuhu..

Amar lahir di Hospital Kajang 2 hari lewat dari due datenya. Tu pun selepas insiden Haziq meragam menangis sepanjang malam diganggu “nenek”. 

Waktu bersalin, Amar nyaris lemas sebab tali pusat dah terbelit di leher. Bayangkan tengah beriya mamanya meneran sekali kena suruh stop sebab leher dia dah terjerut tali pusat. Tergamam kejap mama dia kat situ.

Dah lahir, kena kuning pulak! Hampir seminggu juga berulang ke klinik cek darah. Selesai masalah kuning, dia menangis meragam pula tiap kali nak tidur pukul 9.00 malam sampailah habis waktu pantang. Macam-macam gaya mama dia ni buat nak bagi dia tidur lena. Setiap hari berbeza gaya. Kadang-kadang tidur sambil berdukung, berpangku, tidur atas dada mama, tidur atas riba, tidur atas kaki.. esh.. macam-macam gaya..hahaha.. Amar.. Amar... Setiap malam mama nervous tau!


Waktu kecil Amar dan Haziq kerap demam. Boleh dikatakan sebulan tu 2 kali diorang ni demam. Berjangkit-jangkit. Bila serentak dua-dua demam, mama memang tak cukup tangan. Dua-dua nak melekat dengan mama. Kalau diingat baliklah, rasa nak puji diri sendiri pulak.. wow, hebatnya mama masa tu.. multitasking sungguh!!! kihkihkih..


Satu hari ketika umurnya setahun setengah, dia demam. Mama ambil cuti lagi. Sepanjang malam mama tak tidur jaga dia. Bila menjelang pagi mama tengok demamnya dah reda dan dia tidur lena, mama tinggalkan sekejap nak sediakan sarapan. Tiba-tiba mama rasa tak sedap hati. Bergegas mama ke bilik. Sampai di bilik, sungguh mama terkejut bila nampak Amar dah tercungap-cungap. Muka dah biru, mulut dah berbuih dan tiba-tiba Amar tak bergerak dan tak bernafas!! Cepat-cepat mama dukung Amar dan spontan bawa ke sinki sambil jerit panggil papa. Kaki Amar mama biarkan kena jirusan air paip, muka Amar mama usap berulangkali dengan air hingga membasahi kepala. Sampailah Amar menangis semula.

Bergegas kami bawa Amar ke klinik terdekat. Doktor terus masukkan ubat bontot dan arah kami bawa dia ke hospital untuk rawatan selanjutnya. Papa pun apalagi, bawa kereta dah serupa bawa ambulan. Hon dibunyikan sepanjang jalan sampai ada yang bertanya. Papa jerit saja.. “Anak saya kena sawan tarik!! Nak bawa ke hospital cepat!”. 

Sampai di hospital, muka Amar dah kebiruan. Sekali lagi Amar tak sedarkan diri. Cuak dah mama. Tak tunggu lama, doktor dan nurse terus mandikan dia dengan air bercampur ketulan ais. Baju pun tak sempat buka. Tak lama lepas tu barulah Amar menangis semula. Allah... Lega rasa tak tau nak cerita macamana. Kesian pun ada tengok Amar masatu yang menggigil kesejukan. Kuat mama peluk dia sementara nak tunggu dapat bilik. 3 hari di wad, Amar sembuh sepenuhnya. Syukur Alhamdulillah.. kesian kat Haziq kena tinggal dengan pengasuh.. tak dapat jumpa mama dia.

Sekarang, Amar dah membesar dengan jayanya.. huhuhu.. kena diet ni Amar. Dah obes kamu ni. Mama harap Amar membesar dengan kesihatan yang baik. Jadilah anak, adik dan abang yang baik ye. Semoga dilimpah-ruahkan rezeki buatmu, dijauhkan dari sebarang musibah dan semoga berjaya dalam apa jua bidang yang Amar ceburi nanti.



Post a Comment

2 Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete