Mainan Ikonik McDonald's Muncul Kembali Dalam Edisi Terhad Surprise Happy Meal Sempena Ulangtahun Ke-40



Assalamualaikum...


Sempena ulangtahun Happy Meal yang ke-40, McDonald's berbesar hati melancarkan Edisi Terhad Suprise Happy Meal yang mana mainan yang akan diberikan kepada peminat Happy Meal merupakan mainan yang paling popular sejak 4 dekad yang lalu.


Wah, pasti anak-anak dan ibu bapa yang dulunya juga peminat Happy Meal rasa teruja kan? Mana taknya dapat mengimbau kembali kenangan bermain dengan mainan ikonik paling popular yang menjadi kegemaran ketika era 1980-an dan 1990-an ni.

Sesuai dengan nama Surprise Happy Meal, setiap satu Surprise Happy Meal akan disertakan satu mainan dari 14 mainan ikonik yang dibungkus dalam plastik putih dan diletakkan ke dalam kotak edisi khas ini.



Tiada siapa yang tahu mainan apa yang ada di dalam bungkusan tersebut melainkan pemiliknya. Haa... ada kejutan, keceriaan dan kegembiraan. Barulah rasa excited nak buka kan? Macam dapat hadiah gitu.


Antara mainan yang terdapat dalam edisi terhad kali ni seperti :
Cowboy McNugget (McDonald's): 1988
Fireman McNugget (McDonald's): 1988
McNugget Carrier Mail (McDonald's): 1988
Hamburger Changeable (McDonald's): 1989
Grimace (McDonald's): 1990
Dino Happy Meal Box Changeable (McDonald's): 1991
McDonald's Hot Wheels Thunderbird (Mattel): 1993
Hamburglar (McDonald's): 1995
Space Jam Bugs Bunny (Warner Brothers): 1996
Patti the Platypus (Ty Beanie Baby): 1997
Tamagotchi (Bandai): 1998
My Little Pony (Hasbro): 1998
Furby (Hasbro): 1999
Hello Kitty (Sanrio): 2013

Mainan ikonik popular ini boleh didapati restoran-restoran McDonald’s seluruh negara mulai 28 November ini, selagi stok masih ada.


Memandangkan mainan ini berkonsepkan kejutan, janganlah pula minta ditukar jika tak berminat dengan mainan tu nanti ye. Heee.. tak adillah untuk orang lain kan.


Di McDonald's juga selain tempat untuk menjamu selera, kita juga boleh mengadakan pelbagai parti sambutan  melalui Parties @McD seperti majlis hari jadi, majlis perjumpaan semula atau majlis perpisahan di restoran-restoran McDonald’s terpilih di seluruh negara.


Parti sambutan yang disambut di sini pastinya menimbulkan keseronokkan berkumpul bersama keluarga, sahabat dan orang tersayang mencipta kenangan terindah.


Bukan hanya itu, pelanggan juga boleh menggunakan restoran-restoran McDonald's sebagai tempat mengadakan mesyuarat di luar pejabat.

Bagi yang berminat untuk mengadakan majlis atau mesyuarat di restoran McDonald’s, boleh membuat tempahan  melalui aplikasi McDonald’s melalui Meetings @ McD, yang boleh dimuat turun di Play Store dan Apple Store, atau di laman web McDonald's Malaysia di www.mcdonalds.com.my.


9 comments:

  1. Bestnye mainan. Wajib gi beli mcd

    ReplyDelete
  2. wah best yer, semua mainan ikonik yg menarik!

    ReplyDelete
  3. jom2 collect...kalau dpt yg samakita tukar2 eh habaha

    ReplyDelete
  4. Memang iconic mainan tu sume. Lama betul happy meals ni dah wujud ye.

    ReplyDelete
  5. banyak mainan yang menarik yang mengimbau nostalgia..best2..nak grab

    ReplyDelete
  6. Comelnya mainan dia, beli kat anak² mesti happy ni!

    ReplyDelete