Bonnisan Himalaya Menambah Selera Makan Amsyar

February 28, 2018 Mohaz Sue 15 Comments


Assalamualaikum...

Daripada 11 kg jadi ke 9.4 kg dalam masa seminggu! Patutlah makin keding je! Bila berat badan dia turun mendadak ni, Moha dah susah hati. Risau macam-macam hal yang entah apa-apa. Sindrom mak-mak sangat! Manakan tidak? Dia dah lah susah nak makan. Sampai tak tau dah nak bagi makan apa. Betul-betul bergantung kat susu badan je. Kalau mama takde macamana? 

Boleh "berperang" tau kalau paksa makan. Serapat tidak dia kacip mulut dia tu tak nak makan punya pasal. Last-last siapa yang gemuk? Mama diaaaa juga! Haish! Memang gemukla sebab kena perabis makanan dia tu. Nak buang tak sampai hati pulak. Tak baikkan membazir. Lagi-lagi bila terkenang orang susah yang takde makanan tu. Dilema sungguh! Hurm..

Masa checkup haritu doktor nasihatkan bagi dia suplimen untuk tambahkan selera makan dia. Asyik menyusu je bimbang tak cukup nutrisi pula untuk tumbesaran yang sihat. 

Mujurlah Kak Dila perkenalkan dengan Bonnisan ni. Selain elok untuk menambah selera makan anak, Bonnisan ni elok juga untuk kesihatan terutama bahagian perut. Haa, memang bagus sangatlah ni. Teruja terus Moha nak cuba. Manalah tau kan? Mintak-mintak serasilah dengan Si Amsyar ni.

PERCUBAAN AWAL BAGI BONNISAN

Sebelum bagi dia minum, Moha cicip dulu Bonnisan tu. Rasa dia not bad pun. Sedap juga. Masam manis berangin macam rasa lemon campur madu campur daun pudina. Tapi tak kuat sangatlah rasa berangin tu. Hujung-hujung lidah je rasa dia. Amsyar ni bukan kategori susah makan ubat. Jadi nak bagi Bonnisan takdelah susah. Yang jadi susah bila dia nak suap sendiri. Nanti mau sebotol tu diteguknya. So cara paling selamat, Moha gunakan syrink.

BANYAK MANA NAK BAGI MINUM BONNISAN NI?

Sebotol Bonnisan mengandungi 120ml. Sukatan yang disyorkan:
Umur 1 tahun - 2 sudu kecil
Umur 2 tahun - 2 ke 3 sudu kecil
3 - 4 kali sehari.
Untuk Amsyar Moha bagi 2.5 ml 3 kali sehari. Mudah sangat dia minum Bonnisan tu. Siap mintak lagi! Jadi terpaksalah sorok botol Bonnisan tu. Bagusnya Bonnisan ni tak perlu letak dalam peti ais. Kalau tak, susah jugalah. Dia dah  pandai buka lock pintu peti ais. Memang tak "selamatlah" jawabnya simpan kat dalam tu.

BERKESAN TAK BONNISAN TU?


Hari pertama bagi tu belum nampak kesan yang ketara. Cuma dia adalah minta roti sapu nuttela tapi makan tak habis pun sekeping tu.


Masuk hari kedua, pagi-pagi lagi dia dah minta makan.

"Ma.. mam.. mam"

Wah! Macam tak percaya. Siap menangis tu tak sabar nak makan. Macam lapar sangat-sangat dah. Nasib baik ada roti masa tu. Nak sapu nutela nanti takut dia tak habis makan macam semalam. Nak cepat punya pasal, gorengkan telur dan curahkan kicap je buat geng dengan roti.  Dapat kat dia terus diam. Leka dia makan. Tau-tau 1 keping roti dengan sebiji telur mata habis dia makan sorang. Whoaaa! Amazing!

Tengahari tu dia ambil pinggan minta nasi pulak. Eh? Biar betul ni? Dalam pada tak percaya tu, cedok jugalah nasi setengah sendok. Letak sayur sikit, ayam sikit. Pun habis juga dia makan. Ya Allah.. sukanya rasa.. syukur alhamdulillah.


Ternyata semakin hari selera makan dia bertambah. Tak susah dah nak bagi makan. 


Sebelum ni, bila waktu makan je, Moha akan suap dia makan dulu sebab dia selalu makan tak habis. Jadi baki makanan tu Moha akan habiskan.

Sebenarnya tak puas  tau makan camni. Yelah, menu untuk Amsyar takde lauk yang pedas. Sedangkan Moha suka yang pedas. Bila dah makan bahagian dia, jadi kenyang pulak. Nak sambung makan lagi dah tak larat dah. 

Tapi sekarang dah tak perlu jadi "majlis daerah" dah. Dah boleh makan masing-masing punya bahagian. Dia makan dia punya, mama makan mama punya. Barulah syok makan sama-sama.


Jadi pada yang anak-anaknya ada masalah macam Amsyar ni, bolehlah cuba bagi dia minum Bonnisan Himalaya. InsyaAllah serasi. Ramai dah kawan-kawan Moha cuba Bonnisan ni dan akui keberkesanannya.

Muka tak sabar nak makan😄😄

DIMANA NAK CARI BONNISAN?

Korang boleh dapatkan Bonnisan dan pelbagai lagi produk Himalaya ni di mana-mana cawangan butik Himalaya atau farmasi terpilih seluruh Malaysia. Nak beli online atau ada sebarang pertanyaan, boleh ajukan di laman media Himalaya:

Instagram : Himalaya Malaysia



15 comments:

Bersyukurlah walau ujian berat yang datang

February 26, 2018 Mohaz Sue 0 Comments


Assalamualaikum...

Adakala bila tengok keadaan orang lain lebih baik dari kita, sikit sebanyak akan terbit rasa cemburu. Tengok orang ada kelebihan dari segi harta dan rupa, kita pun berharap dapat macamtu. Tengok kehidupan orang lain elok aman bahagia, baik dan sebagainya, kita pun harap macamtu. Yelah, siapa yang tak nak segala yang terbaik kan?

Namun hidup ni bukan cerita-cerita yang kita karang sendiri. Sentiasa bahagia, ceria, kaya dan segala yang terbaik saja. Tentula ada juga yang sebaliknya kan?

Maka ada baiknya kita mensyukuri segala yang telah Allah berikan pada kita. Andai kata masih ada keinginan yang belum tertunai, janganlah terus berputus asa. 

Yakinlah denganNYA. Syukurilah segalanya walaupun musibah yang melanda. InsyaAllah, sesuatu yang indah bakal muncul kemudiannya. Ibarat hadirnya pelangi sesudah hujan turun.. (pinjam gambar goggle..)




0 comments:

Kesan Pengambilan Shatavari Himalaya Asparagus Racemosus

February 22, 2018 Mohaz Sue 17 Comments


Assalamualaikum..

Alhamdulillah Amsyar dah sihat. Dah cergas semula. Senangnya rasa hati ni tak tau nak katalah. Sekarang tinggal nak usaha bagi dia selera makan je. Bulan depan nak checkup. Nanti timbang berat tak cukup, tak bestlah. Kang orang ingat mama tak bagi dia makan pulak. 

Padahal, kita ni naik pening dah fikir menu nak bagi dia selera makan. Masa suap dia makan, kecewanya rasa bila dia makan sikit je. Nanti bila dia dah lapar, mulalah dia cari mama. Bukan nak makan, tapi nak menyusu! Kalau selang 15 - 30 minit sekali menyusu, banyak mana sangatlah susu badan yang ada? Lainlah kalau bancuh susu formula tu kan? Tapi susu formula pun dia tak nak minum! Camne? Hmmm..

Sebab tulah Moha teruskan juga ambil Shatavari ni yang memang dah pernah ambil sebelum ni dan hasilnya ternyata seperti yang dikatakan. Memang susu jadi banyak dan lebih pekat dari biasa. 



Shatavari Himalaya


Shatavari, juga dikenali sebagai Asparagus Racemosus dikenali sebagai "Ratu Herba" kerana ia merupakan ramuan herba utama yang digunakan dalam ubat Ayurveda yang mempunyai pertalian istimewa dengan wanita, walaupun ia juga sangat baik untuk lelaki. 

Mengandungi prekursor hormon phyto-estrogen semulajadi yang membantu wanita mengekalkan sistem pembiakan yang sihat dan tenaga yang optimum. 

Shatavari kaya dengan unsur aktif seperti galaktosa, arabinose, steroid, glikosida dan saponin. Sebagai herba manis, berkhasiat, menyejukkan dan menenangkan, ia dianggap oleh pengamal perubatan kuno Siddha & Ayurvedic untuk keseimbangan energik yang sempurna bagi mengekalkan, menyuburkan dan menguatkan organ-organ pembiakan wanita dalam mengatasi masalah yang berkaitan seperti masalah kitaran haid dan mengawal kehilangan darah, simptom menopaus, mencegah osteoporosis dan sakit jantung, membantu mengimbangi hormon estrogen, mencegah keguguran, berpeluh malam, kehilangan ingatan, kebimbangan dan kekeringan air dalam tubuh. 

Ia juga boleh digunakan untuk mengoptimumkan kesuburan dan meningkatkan pengeluaran susu ibu dan membantu kesembuhan selepas bersalin.


Bagi lelaki ia adalah tonik pemakanan yang serupa dengan ginseng. Kerana Shatavari adalah herba lembut, bertindak sebagai tonik sistemik yang menenangkan.



Shatavari juga digunakan sebagai tonik untuk organ peredaran, pencernaan dan pernafasan, ulser, jangkitan bronkial, cirit-birit, penyakit sendi, kencing manis, ulser pendarahan, gastritis, disentri, batuk kering, sakit tekak, keradangan di paru-paru akibat kekeringan dan panas, kesuburan lelaki dan mati pucuk, membina jisim badan dan tisu otot, menyuburkan darah, sistem imun, menenangkan saraf, dan insomnia.

Selain menyuburkan badan dan minda, ia juga membina imuniti badan, dan menggalakkan kehidupan yang lebih sihat. Penggunaan Shatavari sebenarnya boleh mencegah kemerosotan dan proses penuaan sel, tisu dan organ. Tumbuhan ini adalah sumber mineral zink dan kalsium yang baik dan ia juga menyediakan vitamin B kompleks. Pengambilannya tidak mendatangkan kesan sampingan yang negatif dan menjadikan kehidupan yang lebih seimbang dan mudah, sebab itulah ia sering disebut "The Queen of Herbs."



Cara pengambilan Shatavari

Hanya ambil 2 biji kapsul sehari (1 biji pagi dan 1 biji malam) bersama segelas air suam, bukan susah pun kan? Langsung tak terasa di lidah rasa sebenar herba ni. Jadi tak usah risaulah. Yang pastinya Shatavari Himalaya dijamin HALAL. 


Nak beli di mana?

Bagi korang yang berminat nak cuba dan nak beli bole pergi ke mana-mana cawangan butik Himalaya atau farmasi terpilih yang terdekat, atau boleh juga beli secara online di laman media Himalaya Malaysia:

Instagram : 

Facebook : 

17 comments:

Resepi Ayam Bakar Lada Hitam Paling Senang Tapi Sedap

February 12, 2018 Mohaz Sue 6 Comments


Assalamualaikum..

Bukan sesekali, tapi banyak kali takde idea nak masak apa. Macam harini, Moha cuma buat sambal belacan mangga dan tomyam ayam je. Haritu, takde idea punya pasal, Moha lumurkan je ketulan ayam tu dengan bahan perapan yang paling simple dan bakar. 

Anak-anak Moha kalau lauk ayam je, memang kegemaran dioranglah. Kejap-kejap tanya ayam dah masak ke belum. 

Ok ni Moha share resepi mudah ni kat sini.



Resepi Ayam Bakar Lada Hitam

Bahan :

1/2 ekor Ayam (dipotong dan dibersihkan)
3 sudu besar kicap manis
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar lada hitam kisar
2 ulas bawang putih cincang
1 biji bawang holland potong 6
1 sudu besar cuka makan

Cara-cara :

Gaul semua bahan dengan sebati dan perap sekurang-kurangnya 2 jam di dalam peti ais. Kemudian panaskan oven dengan suhu 200°C selama 10 minit. Barulah masukkan ayam tadi termasuklah bawang holland dalam loyang dan bakar selama 20 minit. Siap.

Tapi kalau ayam je macam tak lengkap pulak rasa kan? Jadi Moha tumiskan je brokoli dengan ayam cincang tabur lada hitam sikit. 


Jadilah dua je menu untuk haritu. Nak masak banyak-banyak dengan menu yang renyah memang susah sikitlah sekarang. Amsyar baru je sihat. Dia punya mood kadang ok, kadang meragam. 

Tapi tiap kali nak masak tu memang dia nak berdukung jelah. Nak tengok kita masak. Letak kat kerusi tak nak pulak. Nak jugak dukung. Bila dia macamtu, sebolehnya Moha elak masak menu yang renyah. Takut minyak panas terpercik kat dia pulak nanti. Bahaya!

Oklah. Tu jelah nak kongsi. Terima kasih banyak pada yang nak cuba resepi ayam tu. Semoga serasi dengan citarasa korang sama macam kitaorang ni😄.

6 comments:

The Mohazs

February 12, 2018 Mohaz Sue 2 Comments


Assalamualaikum..

Kadang-kadang macam terlupa yang diri tu dah nak masuk 38 tahun. Macam baru je lagi habis ambil SPM. Masih muda remaja gitu. Ahaks! Tak agak-agak dia punya perasaan!

Padahal anak dah tiga tu! Hero semuanya. Pergi mana-mana je orang tanya.

"Lelaki ea semua?" Ye lelaki..

"Alhamdulillah.. kaya maknya" Erk..alhamdulillah..

"Takpe nanti dapatkan anak perempuan pulak" Ada jual ke? Uish, macam senang je bunyi tu..Kihkihkih...

Ala.. makcik tak kisah pun nak, anak lelaki ke anak perempuan ke, semua rezeki dari Allah. Dia tau mana yang terbaik.

Moha ni sengal sikit dulu-dulu. Moha ni hajatnya nak pilih gak nama yang terbaik. Siap rujuk buku lagi. Tapi.. haa mengada nak juga ada MOHA kat depan nama anak. Alasan tak boleh blah masa tu sebab nama ayah dah ada kat bin.. nama mak mana? Kahkahkah.. kesengalan apakah ini Moha oiii! 


Bila dah anak sulong ada nama Moha, berlanjutanlah sampai anak ketiga. Jadilah nama diorang : Mohaziq Razlan, Mohathmar Zakwan dan Mohazril Amsyar. Panjangnya nama! Sampai Haziq mintak buatkan cop nama untuk dia. Ngeee.. penat ea tulis nama? Maafkan mama nak.. huhuhu.  Tapi disebabkan nama tulah cikgu dan kawan-kawan mudah nak ingat korang tau.

Walaupun ramai je yang tersasul sebut Mohamad. Mohamad Haziq la, Mohamad Amar Zakwan laa.. ikut sukahatila.. janji kenal dah. Ala.. nama mama pun orang selalu salah sebut. Kadang Mohaliza la. Monaliza la.. susah nau nak nyebut nama kita bebetul tau. Hurm..

2 comments:

Gaya rambut baru Amsyar

February 08, 2018 Mohaz Sue 4 Comments


Assalamualaikum...

Semalamkan, Amsyar mengamuk tak tentu pasal. Mama terus dukung dia, pujuk-pujuk bawak dia masuk bilik air. Ajak main air. Simbah sabun kat lantai ajak dia berus lantai. Haha... senyap terus dia. Seronok agaknya nampak banyak buih.

Serabaikan?

Bila tengok rambut dia yang panjang tu, rimasnya.. dah alang-alang badan dia bersabun tu, teruslah siram satu badan dia. Mujur dia relakan je. Pastu capai gunting dengan sikat. Sikat rambut dia lurus-lurus masa basah tu, cekak dengan jari terus gunting. Pendek terus bahagian belakang. Tercengang sekejap dia. Hihihi.. dalam hati risau dia nak gunting tu je. Tak bagi nanti mengamuk lagi. Mujur dia tak nak. Tapi kena buat cepat ni sebelum dia bosan.

"Mama gunting rambut adik eh. Bagi hensem. Adik duduk diam-diam tau"

Terus dia berdiri tegak tak bergerak. Kira senanglah kerja nak menggunting sampai siap. Langsung tak mengelak dia. Alhamdulillah. Siap juga potong rambut dia yang panjang serabai tu!  Agaknya dia sendiri pun dah rimas dengan rambut dia tu. Itulah ajak gunting kat mamak aritu tak nak! Kan tak pasal mama jadi Ane Tukang Gunting Rambut!

Siap gunting rambut, syampu dan mandi, tunjuk imej baru dia kat cermin. Amboi, kemain sengeh! Jenuh jugalah mama puji dia hensem. Banyak kali juga mama dapat kiss. Hihi... suka sangatla tu agaknya. 

Terus hensem😄😄



4 comments:

Janganlah buat mama susah hati!

February 07, 2018 Mohaz Sue 2 Comments


Makin lama makin tak reti pulak nak handle anak yang tengah tantrum. Makin dipujuk, makin beriya dia mengamuk! Harap sangat-sangat dapat faham apa yang dia nak. Senang sikit kot.

Masa Haziq dulu rasanya takdelah macam ni sangat. Mudah betul nak uruskan Haziq. Cuma masa tu Haziq kerap demam. Mungkin tak serasi dengan susu atau kurang kasih-sayang. Mana taknya, siang mama papa sibuk kerja. Terpaksa hantar kat pengasuh. Untuk Haziq saja 5 orang pengasuh (bertukar-tukar) yang jaga dia. 

Yang pertama, berhenti jaga dia sebab dia mengandung. Yang kedua berhenti sebab pindah ke Kedah. Yang ketiga dan keempat Moha berhentikan sebab anak pengasuh suka pukul Haziq. Yang kelima barulah serasi.  Tapi dah sampai masa untuk mama pulak berhenti kerja dan tumpukan pada keluarga. Alhamdulillah lepas jaga sendiri, anak-anak dah kurang jatuh sakit. 

KENAPA AMSYAR??

Masuk umur 2 tahun ni perangai dia berubah betul. Dia dah tak seceria dulu. Asyik nak marah je. Lebih-lebih lagi sejak kes rumah sebelah terbakar tu. 

Sejak tu dia langsung tak nak tidur dalam bilik. Terpaksalah tidur di ruang tamu depan tv. Remote tv orang lain tak boleh pegang. Hanya dia je yang boleh pegang remote tu dan rancangan tv hanya cerita kartun dia. Kadang-kadang bukan dia tengok pun.

Bila-bila dia rasa ada yang tak kena, atau ada kehendak dia yang tak dapat, mulalah dia mengamuk. Habis kerusi ditumbangkan. Peti ais dibuka dan dicampak semua barang yang ada. 

Tak puas lagi, dia akan hantuk kepala kat dinding atau cakar muka sendiri. Ini kalau dia terlepas dari pelukan mama la. Kalau dalam pelukan, mama pulaklah mangsa dia. Nak memujuk bukan senang. Dahlah kita tak faham apa yang dia nak. Dia pun tak reti nak bagitau apa yang dia nak. 

Sebab tu sekarang mama tak sanggup nak kemana-mana. Risau kalau dia tiba-tiba naik angin. Dia bukan nak dengan orang lain pun. Dengan papa pun dia tak nak. Kalau kat rumah  ni mama boleh kawal lagi.  Paling tidak pun mandikan je. Perlahan-lahan nanti dia ok. Tapi kalau dekat luar? Jenuh aih. Tak sanggup. Cukuplah dia buat perangai kat Bangi Wonderland haritu. Seksanya mama je yang tau. Dia menagis sampai takde suara tu!

Bulan depan ada checkup di klinik sebab dia lambat bercakap. Harap-harap bukan masalah autisme walau ada sikit simptomnya. Nanti kita pergi jumpa ustazlah juga ye. Mana tau ada gangguan lain yang mama tak tau ke. Mama harap sangat Amsyar ceria balik macam dulu. Membesar dengan sihat dan gembira selalu. Aamiin..

2 comments:

Rentetan demam, batuk dan selsema yang berpanjangan.

February 07, 2018 Mohaz Sue 0 Comments


Rabu, 24 Jan. 2018

Entah macamana boleh tersedak. Sudahnya batuk tak berhenti pakej sekali  dengan selsema.

Samada kuman zaman sekarang terlalu kuat, atau antibodi sendiri yang lemah, akhirnya menjelang maghrib jatuh demam. Badan rasa sejuk yang amat. Takut pulak tengok diri sendiri. Dengan kulit dah kuning, kuku dah biru. Badan menggigil kuat walaupun dah berselubung selimut.

Makin malam, suhu badan makin panas, dalam mulut pun dah terasa kering je. Laa, ada ulser rupanya. Pedih masa nak makan tu usah cakaplah. Nak menitik air mata!

Dah demam camni barulah air masak laku. Segelas air habis diminum dengan jayanya. Lepas tu mintak lagi.. haus sungguh! Air manis tak lalu tekak nak telan. Wah! Ada baiknya juga bila demam camni. Ehhh...hihi

Bila suhu makin tinggi, terpaksalah telan pil demam lagi 2 biji. Setengah jam lepas tu mula berpeluh. Lega sebab tak menggigil lagi. Penat rupanya menggigil ni ea? Huhuhu

Khamis, 25 Jan. 2018

Si Amsyar pula demam. Sah berjangkit dari mama la ni. Aduhai! Dalam masih tak berapa kuat, nak menjaga sikecik yang demam juga ni memang satu hal yang terasa susah sangat-sangat. Dia asyik merengek je. Semua serba tak kena. Yang mama pulak, nak berdiri pun rasa nak tumbang semula. Huwaaa... papa takde pulak. Terpaksa keluar atas urusan kerja. 

Tinggal berdua ni terasa betul seksanya. Sangat mengharap ada orang lain yang boleh jaga kami disaat macamni. Tak jaga mama pun takpe. Tapi tolong jagakan Amsyar pun dah bersyukur sangat. Mama nak tidur je! Betul-betul tak larat!

Jumaat, 26 Jan. 2018

Ke klinik An-Nisa. Sejak papa dah berhenti, klinik panel pun dah takdelah kan. Jadi sendiri mau bayarlah. Haha. Berdua dengan Amsyar dapatlah ubat demam, batuk dan selsema setiap seorang cuma mama dapat extra antibiotik dengan jumlah bayaran RM96. Tu diaaa.. terus rasa macam dah sihat! 

Sabtu, 27 Jan. 2018

Demam dah baik. Masih tinggal batuk yang degil tak mau pergi. Amsyar, makin kuat pulak batuknya. Bila dia bernafas, nampaklah dada dia berombak kuat. Susah hati macamni. Tak tidur malam dibuatnya. Takut Amsyar kena sawan tarik macam Amar dulu. Jadi kenalah berjaga-jaga. 

Ahad, 28 Jan. 2018


Mama demam semula. Mungkin sebab kurang rehat. Amsyar pula semakin susut badannya. Sepanjang demam ni dia langsung tak nak makan. Sesudu bubur pun tak nak. Puas dihulur roti, biskut, dan macam-macam lagilah. Semua dia tolak. Mujur masih nak menyusu badan. Tapi tulah, mama sendiri pun tak selera nak makan. Jadi susu mama pun dah makin kurang. Kesian Amsyar tak puas menyusu. 

Isnin, 29 Jan. 2018

Mama dah macam nurse kat hospital. Cukup masa je bagi Amsyar ubat. Mujurlah Amsyar jenis mudah makan ubat. Takdelah nak berperang dengan dia. Tak macam Amar. Amar dulu tiap kali nak bagi ubat, kena bagi dalam bilik air. Senang kalau termuntah katanya. Ada-ada jelah alasan. Nak habiskan 3 ml ubat macam nak telan segelen lagaknya. 

Apa yang mama perasan, lepas badan dia berpeluh (kesan ubat demam), dia mesti meragam kaw-kaw punya. Huish, kalau tak sabar, tak taulah apa jadi kat budak kecik ni. Sanggup dia cakar muka sendiri tu! Entah apa dia nak pun tak tau. Sudahnya angkat bawak ke bilik air dan mandikan. Nangis pun nangislah. Dah mandi, barulah dia nak menyusu dan tertidur. 

Terus berhenti bagi ubat demam. Serik tengok keadaan dia selepas tu. Tapi sentiasa pantaulah keadaan dia. Penat tu penatlah. Tapi apa pilihan yang ada? 

Selasa, 30 Jan. 2018

Akhirnya TF yang mama order tu dah sampai. Apalagi? Terus buka 5 kapsul dan bancuh dengan 5ml air masak. Dengan syrink, mama suap Amsyar. Lepas 2 jam, suhu badan semakin tinggi. Mama lap-lap badan dan kepala dia dengan tuala lembab. Perlahan-lahan suhu menurun. Tidur pun lena je. Alhamdulillah. 

Rabu, 31 Jan. 2018

Nampak Amsyar dah sihat. Cuma batuk masih ada. Mama pulak batuk sesekali je. Tapi telinga pulak dah berdengung macam duduk dalam gua. Kurang pendengaran pulak dah. Jangan sampai jadi macam dulu dahla. Gegendang telinga hampir koyak dulu disebabkan jangkitan kuman. 

Tetap teruskan bagi TF 5 biji 2 kali sehari. Mama sendiri pun makan 3 biji.

Kesannya, Amsyar berak-berak dengan najis yang sangat cair dan berlendir. Kahak dia kot? Entahlah. Tapi dada dia dah tak berombak kuat macam haritu dah. Selsema pun dah takde. Demam pun dah baik. Cuma masih batuk dan suara dah serak!

Disebabkan harini cuti, papa bawak kami semua ke Bangi Wonderland. Haziq dengan Amar heboh nak pergi situ. Tak puas lagi katanya main slide. Harap-harap mood si Amsyar pun eloklah.

Mula-mula sampai, kemain lagi.. "Wow!" Excited dia!

Tapi sayang seribu kali sayang. Keseronokkan dia tak lama. Tak beriya pun dia main air. Cuaca pun panas terik. Mama sendiri tak tahan nak berjemur. Kulit mama pun dah kemerahan. Pedih macam kena air panas dah.


Jadi kami duduk jelah kat khemah yang ada tu. Itulah yang buat dia kebosanan! Dah belanja aiskrim 3 kali pun tak puas hati jugak lagi. Pergh! Dalam suara serak tu dia bantai meraung. Orang sekeliling perhati je. Puas pujuk tak jalan. Meronta-ronta dia dalam pelukan. Kalau dilepaskan, dia berguling kat lantai pulak. Argh.. stress! Dia tak happy, macamana mama nak happy?

Balik rumah terus sapu kulit dengan krim Cosmoderm. Alhamdulillah tak rasa perit dah. Sedar tak sedar kemerahan tu pun hilang. Baguslah krim ni! Nanti nak beli lagi.


Isnin, 5 Jan. 2018

Haziq pula tak sihat. Semalam dia muntah-muntah dan cirit-birit. Jadi harini tak ke sekolah. Papa dia pun sakit tekak. Tonsil bengkak semula.

Pagi-pagi kami berempat ke klinik kerajaan terus. Nak cek Amsyar sekali sebab dia langsung tak nak makan.

Terkejut bila tengok berat Amsyar turun banyak. Dari 11kg ke 9.4kg! Alahai.. kalau berat mama yang turun macam tu alangkah bahagianya..  huhu.. tapi berat mama mantain je walaupun demam berhari-hari. Liat betul ek lemak ni nak tanggal? Penternak lemak yang berjaya sungguh ni.. kahkahkah

Alhamdulillah hasil pemeriksaan, semua takde apa-apa yang serius. Doktor kata, tentang selera makan tu, selagi dia nak menyusu tu kira oklah. Just mama kena ikhtiarlah macamana nak tambah susu badan dan kena cari suplimen atau vitamin untuk tambah selera makan dia.

Mama harap semuanya cepat sembuh. Mama pun tak nak sakit. Banyak urusan terbengkalai bila sakit ni. 

0 comments: