Rentetan demam, batuk dan selsema yang berpanjangan.

February 07, 2018 Mohaz Sue 0 Comments


Rabu, 24 Jan. 2018

Entah macamana boleh tersedak. Sudahnya batuk tak berhenti pakej sekali  dengan selsema.

Samada kuman zaman sekarang terlalu kuat, atau antibodi sendiri yang lemah, akhirnya menjelang maghrib jatuh demam. Badan rasa sejuk yang amat. Takut pulak tengok diri sendiri. Dengan kulit dah kuning, kuku dah biru. Badan menggigil kuat walaupun dah berselubung selimut.

Makin malam, suhu badan makin panas, dalam mulut pun dah terasa kering je. Laa, ada ulser rupanya. Pedih masa nak makan tu usah cakaplah. Nak menitik air mata!

Dah demam camni barulah air masak laku. Segelas air habis diminum dengan jayanya. Lepas tu mintak lagi.. haus sungguh! Air manis tak lalu tekak nak telan. Wah! Ada baiknya juga bila demam camni. Ehhh...hihi

Bila suhu makin tinggi, terpaksalah telan pil demam lagi 2 biji. Setengah jam lepas tu mula berpeluh. Lega sebab tak menggigil lagi. Penat rupanya menggigil ni ea? Huhuhu

Khamis, 25 Jan. 2018

Si Amsyar pula demam. Sah berjangkit dari mama la ni. Aduhai! Dalam masih tak berapa kuat, nak menjaga sikecik yang demam juga ni memang satu hal yang terasa susah sangat-sangat. Dia asyik merengek je. Semua serba tak kena. Yang mama pulak, nak berdiri pun rasa nak tumbang semula. Huwaaa... papa takde pulak. Terpaksa keluar atas urusan kerja. 

Tinggal berdua ni terasa betul seksanya. Sangat mengharap ada orang lain yang boleh jaga kami disaat macamni. Tak jaga mama pun takpe. Tapi tolong jagakan Amsyar pun dah bersyukur sangat. Mama nak tidur je! Betul-betul tak larat!

Jumaat, 26 Jan. 2018

Ke klinik An-Nisa. Sejak papa dah berhenti, klinik panel pun dah takdelah kan. Jadi sendiri mau bayarlah. Haha. Berdua dengan Amsyar dapatlah ubat demam, batuk dan selsema setiap seorang cuma mama dapat extra antibiotik dengan jumlah bayaran RM96. Tu diaaa.. terus rasa macam dah sihat! 

Sabtu, 27 Jan. 2018

Demam dah baik. Masih tinggal batuk yang degil tak mau pergi. Amsyar, makin kuat pulak batuknya. Bila dia bernafas, nampaklah dada dia berombak kuat. Susah hati macamni. Tak tidur malam dibuatnya. Takut Amsyar kena sawan tarik macam Amar dulu. Jadi kenalah berjaga-jaga. 

Ahad, 28 Jan. 2018


Mama demam semula. Mungkin sebab kurang rehat. Amsyar pula semakin susut badannya. Sepanjang demam ni dia langsung tak nak makan. Sesudu bubur pun tak nak. Puas dihulur roti, biskut, dan macam-macam lagilah. Semua dia tolak. Mujur masih nak menyusu badan. Tapi tulah, mama sendiri pun tak selera nak makan. Jadi susu mama pun dah makin kurang. Kesian Amsyar tak puas menyusu. 

Isnin, 29 Jan. 2018

Mama dah macam nurse kat hospital. Cukup masa je bagi Amsyar ubat. Mujurlah Amsyar jenis mudah makan ubat. Takdelah nak berperang dengan dia. Tak macam Amar. Amar dulu tiap kali nak bagi ubat, kena bagi dalam bilik air. Senang kalau termuntah katanya. Ada-ada jelah alasan. Nak habiskan 3 ml ubat macam nak telan segelen lagaknya. 

Apa yang mama perasan, lepas badan dia berpeluh (kesan ubat demam), dia mesti meragam kaw-kaw punya. Huish, kalau tak sabar, tak taulah apa jadi kat budak kecik ni. Sanggup dia cakar muka sendiri tu! Entah apa dia nak pun tak tau. Sudahnya angkat bawak ke bilik air dan mandikan. Nangis pun nangislah. Dah mandi, barulah dia nak menyusu dan tertidur. 

Terus berhenti bagi ubat demam. Serik tengok keadaan dia selepas tu. Tapi sentiasa pantaulah keadaan dia. Penat tu penatlah. Tapi apa pilihan yang ada? 

Selasa, 30 Jan. 2018

Akhirnya TF yang mama order tu dah sampai. Apalagi? Terus buka 5 kapsul dan bancuh dengan 5ml air masak. Dengan syrink, mama suap Amsyar. Lepas 2 jam, suhu badan semakin tinggi. Mama lap-lap badan dan kepala dia dengan tuala lembab. Perlahan-lahan suhu menurun. Tidur pun lena je. Alhamdulillah. 

Rabu, 31 Jan. 2018

Nampak Amsyar dah sihat. Cuma batuk masih ada. Mama pulak batuk sesekali je. Tapi telinga pulak dah berdengung macam duduk dalam gua. Kurang pendengaran pulak dah. Jangan sampai jadi macam dulu dahla. Gegendang telinga hampir koyak dulu disebabkan jangkitan kuman. 

Tetap teruskan bagi TF 5 biji 2 kali sehari. Mama sendiri pun makan 3 biji.

Kesannya, Amsyar berak-berak dengan najis yang sangat cair dan berlendir. Kahak dia kot? Entahlah. Tapi dada dia dah tak berombak kuat macam haritu dah. Selsema pun dah takde. Demam pun dah baik. Cuma masih batuk dan suara dah serak!

Disebabkan harini cuti, papa bawak kami semua ke Bangi Wonderland. Haziq dengan Amar heboh nak pergi situ. Tak puas lagi katanya main slide. Harap-harap mood si Amsyar pun eloklah.

Mula-mula sampai, kemain lagi.. "Wow!" Excited dia!

Tapi sayang seribu kali sayang. Keseronokkan dia tak lama. Tak beriya pun dia main air. Cuaca pun panas terik. Mama sendiri tak tahan nak berjemur. Kulit mama pun dah kemerahan. Pedih macam kena air panas dah.


Jadi kami duduk jelah kat khemah yang ada tu. Itulah yang buat dia kebosanan! Dah belanja aiskrim 3 kali pun tak puas hati jugak lagi. Pergh! Dalam suara serak tu dia bantai meraung. Orang sekeliling perhati je. Puas pujuk tak jalan. Meronta-ronta dia dalam pelukan. Kalau dilepaskan, dia berguling kat lantai pulak. Argh.. stress! Dia tak happy, macamana mama nak happy?

Balik rumah terus sapu kulit dengan krim Cosmoderm. Alhamdulillah tak rasa perit dah. Sedar tak sedar kemerahan tu pun hilang. Baguslah krim ni! Nanti nak beli lagi.


Isnin, 5 Jan. 2018

Haziq pula tak sihat. Semalam dia muntah-muntah dan cirit-birit. Jadi harini tak ke sekolah. Papa dia pun sakit tekak. Tonsil bengkak semula.

Pagi-pagi kami berempat ke klinik kerajaan terus. Nak cek Amsyar sekali sebab dia langsung tak nak makan.

Terkejut bila tengok berat Amsyar turun banyak. Dari 11kg ke 9.4kg! Alahai.. kalau berat mama yang turun macam tu alangkah bahagianya..  huhu.. tapi berat mama mantain je walaupun demam berhari-hari. Liat betul ek lemak ni nak tanggal? Penternak lemak yang berjaya sungguh ni.. kahkahkah

Alhamdulillah hasil pemeriksaan, semua takde apa-apa yang serius. Doktor kata, tentang selera makan tu, selagi dia nak menyusu tu kira oklah. Just mama kena ikhtiarlah macamana nak tambah susu badan dan kena cari suplimen atau vitamin untuk tambah selera makan dia.

Mama harap semuanya cepat sembuh. Mama pun tak nak sakit. Banyak urusan terbengkalai bila sakit ni. 

You Might Also Like

0 comments: