Bonnisan Himalaya Menambah Selera Makan Amsyar

February 28, 2018 Mohaz Sue 15 Comments


Assalamualaikum...

Daripada 11 kg jadi ke 9.4 kg dalam masa seminggu! Patutlah makin keding je! Bila berat badan dia turun mendadak ni, Moha dah susah hati. Risau macam-macam hal yang entah apa-apa. Sindrom mak-mak sangat! Manakan tidak? Dia dah lah susah nak makan. Sampai tak tau dah nak bagi makan apa. Betul-betul bergantung kat susu badan je. Kalau mama takde macamana? 

Boleh "berperang" tau kalau paksa makan. Serapat tidak dia kacip mulut dia tu tak nak makan punya pasal. Last-last siapa yang gemuk? Mama diaaaa juga! Haish! Memang gemukla sebab kena perabis makanan dia tu. Nak buang tak sampai hati pulak. Tak baikkan membazir. Lagi-lagi bila terkenang orang susah yang takde makanan tu. Dilema sungguh! Hurm..

Masa checkup haritu doktor nasihatkan bagi dia suplimen untuk tambahkan selera makan dia. Asyik menyusu je bimbang tak cukup nutrisi pula untuk tumbesaran yang sihat. 

Mujurlah Kak Dila perkenalkan dengan Bonnisan ni. Selain elok untuk menambah selera makan anak, Bonnisan ni elok juga untuk kesihatan terutama bahagian perut. Haa, memang bagus sangatlah ni. Teruja terus Moha nak cuba. Manalah tau kan? Mintak-mintak serasilah dengan Si Amsyar ni.

PERCUBAAN AWAL BAGI BONNISAN

Sebelum bagi dia minum, Moha cicip dulu Bonnisan tu. Rasa dia not bad pun. Sedap juga. Masam manis berangin macam rasa lemon campur madu campur daun pudina. Tapi tak kuat sangatlah rasa berangin tu. Hujung-hujung lidah je rasa dia. Amsyar ni bukan kategori susah makan ubat. Jadi nak bagi Bonnisan takdelah susah. Yang jadi susah bila dia nak suap sendiri. Nanti mau sebotol tu diteguknya. So cara paling selamat, Moha gunakan syrink.

BANYAK MANA NAK BAGI MINUM BONNISAN NI?

Sebotol Bonnisan mengandungi 120ml. Sukatan yang disyorkan:
Umur 1 tahun - 2 sudu kecil
Umur 2 tahun - 2 ke 3 sudu kecil
3 - 4 kali sehari.
Untuk Amsyar Moha bagi 2.5 ml 3 kali sehari. Mudah sangat dia minum Bonnisan tu. Siap mintak lagi! Jadi terpaksalah sorok botol Bonnisan tu. Bagusnya Bonnisan ni tak perlu letak dalam peti ais. Kalau tak, susah jugalah. Dia dah  pandai buka lock pintu peti ais. Memang tak "selamatlah" jawabnya simpan kat dalam tu.

BERKESAN TAK BONNISAN TU?


Hari pertama bagi tu belum nampak kesan yang ketara. Cuma dia adalah minta roti sapu nuttela tapi makan tak habis pun sekeping tu.


Masuk hari kedua, pagi-pagi lagi dia dah minta makan.

"Ma.. mam.. mam"

Wah! Macam tak percaya. Siap menangis tu tak sabar nak makan. Macam lapar sangat-sangat dah. Nasib baik ada roti masa tu. Nak sapu nutela nanti takut dia tak habis makan macam semalam. Nak cepat punya pasal, gorengkan telur dan curahkan kicap je buat geng dengan roti.  Dapat kat dia terus diam. Leka dia makan. Tau-tau 1 keping roti dengan sebiji telur mata habis dia makan sorang. Whoaaa! Amazing!

Tengahari tu dia ambil pinggan minta nasi pulak. Eh? Biar betul ni? Dalam pada tak percaya tu, cedok jugalah nasi setengah sendok. Letak sayur sikit, ayam sikit. Pun habis juga dia makan. Ya Allah.. sukanya rasa.. syukur alhamdulillah.


Ternyata semakin hari selera makan dia bertambah. Tak susah dah nak bagi makan. 


Sebelum ni, bila waktu makan je, Moha akan suap dia makan dulu sebab dia selalu makan tak habis. Jadi baki makanan tu Moha akan habiskan.

Sebenarnya tak puas  tau makan camni. Yelah, menu untuk Amsyar takde lauk yang pedas. Sedangkan Moha suka yang pedas. Bila dah makan bahagian dia, jadi kenyang pulak. Nak sambung makan lagi dah tak larat dah. 

Tapi sekarang dah tak perlu jadi "majlis daerah" dah. Dah boleh makan masing-masing punya bahagian. Dia makan dia punya, mama makan mama punya. Barulah syok makan sama-sama.


Jadi pada yang anak-anaknya ada masalah macam Amsyar ni, bolehlah cuba bagi dia minum Bonnisan Himalaya. InsyaAllah serasi. Ramai dah kawan-kawan Moha cuba Bonnisan ni dan akui keberkesanannya.

Muka tak sabar nak makan😄😄

DIMANA NAK CARI BONNISAN?

Korang boleh dapatkan Bonnisan dan pelbagai lagi produk Himalaya ni di mana-mana cawangan butik Himalaya atau farmasi terpilih seluruh Malaysia. Nak beli online atau ada sebarang pertanyaan, boleh ajukan di laman media Himalaya:

Instagram : Himalaya Malaysia



You Might Also Like

15 comments:

  1. suka tengok amsyar makan.. dengan muka dia sekali ya.. heheehe..

    ReplyDelete
  2. huaaaa, nak try untuk qa'id jugak la macam ni, qa'id lately macam susah plak nak makan. huhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tryla bagi dia Bonnisan ni. InsyaAlla nanti sama cam Amsyar.

      Delete
  3. Wahhh bagus, berselera dah dia. Tak sabar nak cuba bagi kat anak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamdulillah Kak Mas. Lega sangat rasa sekarang ni. Harap-harap berat badan dia ada penambahan bulan depan.

      Delete
  4. Wah menarik..hai sy rabia singgah sini dan follow blog kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Rabia... Terima kasi sudi singgah. Nanti saya follow Rabia juga...

      Delete
  5. Lepas ni amsyar makin berselera ni...semalam abg Qi mkn nasi lemak rm1 tu dua bungkus...happy sgt2 dia mkn byk moha. ��

    Moha tq tau bg kredit dkt link blog juju...semoga anak moha semakin sihat dan kuat dgn latihan bonnisan. Amin

    ReplyDelete
  6. wahh bgus ni..tp klo budak jnis yg makan bnyk tp berat susah naik cmne pula..bole jgk amik??haha..ank buah yaya la..mkn kalah yaya ni tp keding gitu je dia..

    ReplyDelete
  7. Seronok tengok anak suka makan ni. Tapi memang betul menjadi bonnisan ni, anak kat umah tu macam macam orang tua..banyak..huhuu

    ReplyDelete
  8. seronok tengok hero dah mula makan kan...moga membesar dengan jayanya tau

    ReplyDelete
  9. Seleranya tengok Amsyar makan ..

    ReplyDelete
  10. wah..selera betul anak kak moha makan..memang bagus betul la kesan bonnisan ni..nak cuba juga lah

    ReplyDelete
  11. Anak kita pon dah nampak selera makan dia sejak.amalkan bonnisan ni..

    ReplyDelete