Resepi Ayam Bakar Lada Hitam Paling Senang Tapi Sedap

February 12, 2018 Mohaz Sue 4 Comments


Assalamualaikum..

Bukan sesekali, tapi banyak kali takde idea nak masak apa. Macam harini, Moha cuma buat sambal belacan mangga dan tomyam ayam je. Haritu, takde idea punya pasal, Moha lumurkan je ketulan ayam tu dengan bahan perapan yang paling simple dan bakar. 

Anak-anak Moha kalau lauk ayam je, memang kegemaran dioranglah. Kejap-kejap tanya ayam dah masak ke belum. 

Ok ni Moha share resepi mudah ni kat sini.



Resepi Ayam Bakar Lada Hitam

Bahan :

1/2 ekor Ayam (dipotong dan dibersihkan)
3 sudu besar kicap manis
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar lada hitam kisar
2 ulas bawang putih cincang
1 biji bawang holland potong 6
1 sudu besar cuka makan

Cara-cara :

Gaul semua bahan dengan sebati dan perap sekurang-kurangnya 2 jam di dalam peti ais. Kemudian panaskan oven dengan suhu 200°C selama 10 minit. Barulah masukkan ayam tadi termasuklah bawang holland dalam loyang dan bakar selama 20 minit. Siap.

Tapi kalau ayam je macam tak lengkap pulak rasa kan? Jadi Moha tumiskan je brokoli dengan ayam cincang tabur lada hitam sikit. 


Jadilah dua je menu untuk haritu. Nak masak banyak-banyak dengan menu yang renyah memang susah sikitlah sekarang. Amsyar baru je sihat. Dia punya mood kadang ok, kadang meragam. 

Tapi tiap kali nak masak tu memang dia nak berdukung jelah. Nak tengok kita masak. Letak kat kerusi tak nak pulak. Nak jugak dukung. Bila dia macamtu, sebolehnya Moha elak masak menu yang renyah. Takut minyak panas terpercik kat dia pulak nanti. Bahaya!

Oklah. Tu jelah nak kongsi. Terima kasih banyak pada yang nak cuba resepi ayam tu. Semoga serasi dengan citarasa korang sama macam kitaorang ni😄.

You Might Also Like

4 comments:

  1. sdap tu..mak mentua bila nak panggil menantu mkn kat umah..haha

    ReplyDelete
  2. sedap ni boleh jadi makanan diet. hehe. tapi miera takde oven. susahnya nak buat. huhu..kena grill jela

    ReplyDelete
  3. adeiiiii sedapnyaaaa,bukak peti ais ada ayam,blehtry ni hehehehe

    ReplyDelete
  4. Tukar dengan daging pun sedap jugak ni..maklumlah orang kat rumah tak suka ayam.

    ReplyDelete