Janganlah buat mama susah hati!

February 07, 2018 Mohaz Sue 2 Comments


Makin lama makin tak reti pulak nak handle anak yang tengah tantrum. Makin dipujuk, makin beriya dia mengamuk! Harap sangat-sangat dapat faham apa yang dia nak. Senang sikit kot.

Masa Haziq dulu rasanya takdelah macam ni sangat. Mudah betul nak uruskan Haziq. Cuma masa tu Haziq kerap demam. Mungkin tak serasi dengan susu atau kurang kasih-sayang. Mana taknya, siang mama papa sibuk kerja. Terpaksa hantar kat pengasuh. Untuk Haziq saja 5 orang pengasuh (bertukar-tukar) yang jaga dia. 

Yang pertama, berhenti jaga dia sebab dia mengandung. Yang kedua berhenti sebab pindah ke Kedah. Yang ketiga dan keempat Moha berhentikan sebab anak pengasuh suka pukul Haziq. Yang kelima barulah serasi.  Tapi dah sampai masa untuk mama pulak berhenti kerja dan tumpukan pada keluarga. Alhamdulillah lepas jaga sendiri, anak-anak dah kurang jatuh sakit. 

KENAPA AMSYAR??

Masuk umur 2 tahun ni perangai dia berubah betul. Dia dah tak seceria dulu. Asyik nak marah je. Lebih-lebih lagi sejak kes rumah sebelah terbakar tu. 

Sejak tu dia langsung tak nak tidur dalam bilik. Terpaksalah tidur di ruang tamu depan tv. Remote tv orang lain tak boleh pegang. Hanya dia je yang boleh pegang remote tu dan rancangan tv hanya cerita kartun dia. Kadang-kadang bukan dia tengok pun.

Bila-bila dia rasa ada yang tak kena, atau ada kehendak dia yang tak dapat, mulalah dia mengamuk. Habis kerusi ditumbangkan. Peti ais dibuka dan dicampak semua barang yang ada. 

Tak puas lagi, dia akan hantuk kepala kat dinding atau cakar muka sendiri. Ini kalau dia terlepas dari pelukan mama la. Kalau dalam pelukan, mama pulaklah mangsa dia. Nak memujuk bukan senang. Dahlah kita tak faham apa yang dia nak. Dia pun tak reti nak bagitau apa yang dia nak. 

Sebab tu sekarang mama tak sanggup nak kemana-mana. Risau kalau dia tiba-tiba naik angin. Dia bukan nak dengan orang lain pun. Dengan papa pun dia tak nak. Kalau kat rumah  ni mama boleh kawal lagi.  Paling tidak pun mandikan je. Perlahan-lahan nanti dia ok. Tapi kalau dekat luar? Jenuh aih. Tak sanggup. Cukuplah dia buat perangai kat Bangi Wonderland haritu. Seksanya mama je yang tau. Dia menagis sampai takde suara tu!

Bulan depan ada checkup di klinik sebab dia lambat bercakap. Harap-harap bukan masalah autisme walau ada sikit simptomnya. Nanti kita pergi jumpa ustazlah juga ye. Mana tau ada gangguan lain yang mama tak tau ke. Mama harap sangat Amsyar ceria balik macam dulu. Membesar dengan sihat dan gembira selalu. Aamiin..

You Might Also Like

2 comments:

  1. budak2 dah masuk 2tahun memang unexpected tantrum dia. kurang perhatian yer jugak. huhu

    ReplyDelete
  2. Sian mama n amsyar..maybe salah satu sebab dia masih fobia n trauma pasal rumah jiran terbakar tu kot..

    ReplyDelete