Terpukau dengan Hidangan di Pak John Steamboat & BBQ, IOI Mall, Putrajaya

October 23, 2018 Mohaz Sue 3 Comments



Assalamualaikum


Steamboat dan bbq memang ramai yang suka makan. Tapi nak cari yang betul-betul sedap dan memuaskan hati dari segala segi tu bukannya senang. Moha dah cuba beberapa tempat yang terdekat di rumah ni. Setakat ni belum ada yang menepati citarasa lagi. Tak dapat nak ulang lagi.

Kadang-kadang bila dah teringin sangat, Moha buat sendiri je kat rumah. Tapi tak berapa nak feel sebab buat sendiri ni, banyak bahan yang takde. Yelah, tak semua pasaraya ada bahan yang kita nak.

Sebab tu lebih senang pergi makan di restoran je. Badan pun tak penat nak menyediakan segala-galanya. Tinggal pilih-pilih je apa yang nak dimasak dan dimakan. Pilihan pun banyak. Ambill jelah nak makan apa asalkan tak membazir sudah. Yang penting, Moha nak yang boleh grill dan rebus. Baru best main masak-masak..heee.. (Amar suka sangatlah dapat masak-masak sendiri ni. Kat rumah mana dapat!)

Jadi harini Moha sekeluarga makan malam di Pak John Steamboat & BBQ di IOI Mall, Putrajaya. Rancangannya, lepas makan bolehlah jalan-jalan kat IOI tu. Restoran ni terletak di bahagian luar bangunan tu je. Sederet dengan restoran lain yang ada di sepanjang The Symphony Walk. Lawa dekorasi kat sini. Tapi terlupa pula nak ambil gambar. Sebab kami terus tuju restoran je. Sengaja tak nak lama-lama kat situ sebab ada kolam air. Nanti Si Amsyar ajak mandi kolam pulak. Naye ooo.. mana boleh mandi kat situ!

Restoran ni ada sediakan tempat makan di bahagian dalam dan juga di luar. Pada yang sukakan suasana open air, boleh duduk makan di luar. Kami duduk di bahagian dalam restoran. Dekat dengan stall bahan steamboat. Senang sikit nak ambil makanan dan minuman... kes malas nak jalan jauh-jauh pun ye.. hehehe.. 

Kat sini ada 5 jenis sup iaitu Tomyam Soup, Curry Soup, Miso Soup, Prawn Soup dan Chicken Soup. Dalam satu pakej, cuma boleh pilih satu sup je ye. Tapi kalau rasa nak tambah sup lain boleh juga.. hanya tambah RM10 saja. Kitorang masa tu berbelah bagi juga nak pilih sup apa. Rasa macam nak ambil kari, tapi Amar nak Tomyam.. jadi kami pilihlah Tomyam. Pergh!! Sedap la Tomyam dia. Memang secukup rasa! 

Kalau hirup sup sambil pejam mata, komfem boleh cakap tu kuah Tomyam (ni kes pengalaman sendiri, ada restoran lain bagi sup Tomyam tapi rasa tawar leweh!). Sup ni percuma je kalau nak refill banyak kali. Best kan?

Menu sedia untuk dimakan.

Kat sini juga ada menyediakan menu yang dah siap masak. Masa Moha pergi tu, ada nasi putih, nasi goreng udang, bihun goreng, mi goreng mamak, sambal sotong, ayam masak kicap, wantan goreng, sosej goreng, fillet ayam goreng, fish ball, cucur jagung, tauhu bergedil, kentang goreng, jagung kukus dan goreng pisang. "Penyelamat" Moha sebenarnya menu ni. Yelah, bawak anak kecil ni nak kena cepat layan dia sebelum dia meragam. Jadi cepat-cepat lah ambil nasi goreng dan menu bergoreng yang lain tu untuk dia makan dulu.

Premium food.

Premium food yang disediakan hanya bermula pada pukul 5 petang hingga 10 malam iaitu premium beef/lamb slice, abalone slice dan smoked duck. Moha repeat ambil lamb dan beef slice. 
Sedap bakar dan rebus lepas tu balut dengan daun salad, letak sos pencicah sikit, balut dan ngap! Haha.. terasa kerangupan daun salad bercampur dengan rasa manis daging dan pedas dari sos. Betul-betul menyegarkan!

Bahan untuk steamboat dan bbq.


Terdapat 160 jenis hidangan untuk dinikmati di sini. Ada ikan, ketam, udang, sotong, kepah, lala, kupang dan lain-lain lagi. Aneka jenis bebola ikan, bebola sotong, bebola udang, bebola daging dan daging/ayam yang telah diperap pun ada. Sayur-sayuran segar dan telur ayam juga disediakan. Begitu juga dengan mi segera, mi udon dan ramen. Wah.. mana satu nak ambil ni? 

Sos pencicah.

Ada banyak pilihan sos pencicah disediakan. Antaranya, Sos Belacan, Thai Green Chili, Sweet Sauce, Sweet & Sour Chili Sauce, Garlic Chili Sauce dan banyak lagi. Minyak dan butter untuk grill juga disediakan di bahagian yang sama.

Air minuman di sini percuma. Nak refill berapa kali pun boleh. Pilihan minuman pun banyak. Ada air oren, lemon tea, pepsi, 7up, mountain dew dan lain-lain lagi. Air panas pun ada juga disediakan. Layan diri okay.. ambil apa yang disukai.

Pencuci mulut.

Di bahagian depan ada 3 jenis kek (kek oren, kek coklat dan pandan), buah-buahan potong (betik, nenas dan tembikai), fruit cocktail, dadih, susu jelly sumi, sagu santan dan banyak lagi. Wafer, dim sum, pau, ais krim dan abc boleh ambil di bahagian belakang. Nak ambil berapa kali pun boleh. 

Layanan dan suasana restoran

Bahagian dalam restoran ni agak luas juga. Mudah nak bergerak ke satu-satu bahagian. Nak ambil makanan dan minuman pun senang. Rasa selesa dengan persekitaran yang disusun kemas dan rapi. 

Layanan yang diberikan oleh staff pun sangat bagus. Masuk je kawasan restoran dah disapa dengan senyuman dan dilayan mesra. Setiap soalan dijawab dengan  baik. Masing-masing komited dengan tugas yang dah ditetapkan. Sentiasa bertanya samada kita nak tambah sup atau nak tukar plate bbq untuk memastikan keselesaan kita makan. 

Apa yang Moha nampak, mereka sentiasa sibuk bekerja samada melayan pelanggan, menambah stok bahan ataupun yang memasak di bahagian dapur. Mungkin ini juga salah satu sebab kenapa pelanggan tak putus-putus mengunjungi restoran ni. Kagum Moha dengan diorang ni.

Senang cerita, kami memang puas hatilah makan kat sini. Dah balik rumah, tengok balik gambar semua, alahai.. menyesal pulak rasa bila tengok ada menu yang Moha tak ambil. Tengok gambar baru terasa nak makan! Huhu.. parah betul! Haaai.. kena pergi lagi nampaknya ni. 

Okay, ni Moha sertakan details Restoran ni untuk korang yang teringin nak pergi. 




Pak John Steamboat & BBQ
GE-11, Ground Floor
IOI City Mall
62502 Putrajaya
Wilayah Persekutuan Putrajaya

Website : Pak John 



No. Telefon : +6012-7050684




3 comments:

Incredibes 2 Koleksi Mainan Terbaru Kinder Joy

October 17, 2018 Mohaz Sue 6 Comments


Boleh dikatakan setiap hari dah Si Amsyar dapat Kinder Joy. Kalau bukan "menyalai" kat mama minta belikan tiap kali keluar, papa pula yang akan belikan setiap kali balik dari kerja. Hurm... Macam wajib pulak dah. Tak beli kang, mulalah dia buat  "konsert". Mainan Kinder Joy tu pun banyak dah hilang dibaling entah ke mana. Kalau dikumpul, dah boleh buat koleksi dah tu.


Oh, ya! Semalam terperasan ada Kinder Joy yang baru selain warna biru dan pink tu. Kali ni yang warna oren pula. Special edition kot untuk animasi Incredibles 2.

Haa.. yang ni nak cuba kumpul buat koleksi. Semalam dapat bapaknya. Harini dapat anaknya pula. Oklah tu.. takdelah dapat benda yang sama je. Harap-harap harga tak naik lagi. Jenuh aih nak beli..



6 comments:

Dah jumpa port asam pedas best!

October 16, 2018 Mohaz Sue 0 Comments



Tengah ralit skroll gambar kat phone di tangan, tiba-tiba Amsyar rampas dan menjerit dengan excitednya bila ternampak gambar set nasi ayam yang kitorang makan di Restoran D'Atom haritu.


"Wah..asik..edaap (nasi..sedap)"
"Wah..ayam..yummy" sambil menjilat bibirnya.

"Eleh, ye ye je! Mama order kenapa tak makan?"
"Anak ah..edash (Tak naklah. Pedas)" katanya dan berlalu pergi.
"Amboi... Selamber je ea letak phone mama kat lantai!"


Tengok pada excited nampak nasi, macamlah makan sangat. Bila dah order, last2 mama juga yang jadi tukang perabis. Kalau taulah dia tak nak makan nasi ayam tu, komfem dah pilih Nasi + Asam Pedas Claypot tu. Sedapnya lahai..tak puas merasa set Asam Pedas Ikan Pari yang Amar punya order haritu. Pedas giler tapi sedap oiii!! Sambal belacan dia pun padu! Sampai terlupa nak ambil gambar..heeee. Lain kalilah pergi lagi.

0 comments:

100% mmmmm Susu Fernleaf dari New Zealand

October 14, 2018 Mohaz Sue 1 Comments



Assalamualaikum

Lepas keluar dari bilik bedah haritu, dekat seminggu juga selera makan Amsyar jatuh. Susah betul nak bagi dia makan. Suap nasi tak nak, ayam tak nak. Bubur tak nak, mi pun tak nak. Kalau dia makan pun, adalah sesuap dua. Memang susah hati betul masa tu. Berat badan dia pun banyak juga turun. Makin melidi dah. Mama dia pulak yang   bertambah berat. Mana taknya. Semua makanan yang disediakan pihak hospital, mama yang tukang perabis. Huhuhu... 

Mujurlah dia nak juga minum susu UHT. Yelah, kalau nak harapkan susu badan je bukannya cukup pun.  Legalah sikit rasa di hati bila dia nak minum susu tu. Sekurang-kurangnya adalah juga benda berkhasiat yang masuk ke perut dia. 


Antara susu UHT yang kami bagi dia minum adalah susu UHT Fernleaf. Sebab susu ni yang paling dia suka minum. Eh, bukan dia je suka minum. Kami satu keluarga suka! Tengoklah Si Haziq dengan papanya ni. Kemain lagi bergaya minum susu dengan spek baru. 




Jenama Fernleaf ni memang antara jenama yang jadi pilihan sejak dulu lagi. Moha yakin susu dari New Zealand adalah susu terbaik di dunia. 


Bebas Ragut Rumput Segar di Ladang
Di ladang New Zealand, lembu diberikan kebebasan 90% untuk meragut rumput berkualiti yang tumbuh segar di tanahnya. Ini menjadikan lembu tenusu lebih sihat dan kurang tekanan emosi yang akhirnya mampu menghasilkan lebih banyak susu yang berkualiti dan kaya dengan nutrisi.

Kebebasan yang diberikan kepada lembu untuk meragut rumput segar yang berkualiti tinggi pada hari yang cerah, secara tidak langsung dapat memberikan lembu tenusu vitamin D. Sekaligus menjadikan susu yang terhasil darinya mengandungi vitamin D yang lebih tinggi berbanding susu yang dihasilkan oleh lembu tenusu yang dipelihara di kandang.

Rumput Segar Berkualiti Tinggi
Rumput hidup subur di tanah ladang New Zealand berpunca daripada kadar hujan yang baik dan cahaya matahari yang banyak. Itulah yang menjadikannya salah satu tempat terbaik di dunia untuk menghasilkan susu lembu yang berkualiti tinggi.



Penghasilan Susu Secara Semulajadi
Lembu tenusu yang diberikan kebebasan makan rumput yang segar dan berkualiti mampu menghasilkan susu secara semulajadi dan lebih bermutu tinggi yang mengandungi lebih  banyak nutrien penting seperti protein yang berkualiti tinggi, vitamin A dan juga vitamin D. 

Pakar Susu Segar
Fernleaf telah menerajui bidang tenusu ini di New Zealand berdekad lamanya dengan memberi lembu makan rumput dan diurus rapi pada setiap langkah penjagaan seperti tuntutan alam semulajadi. Semestinya susu yang berkualiti datang daripada sumber yang dipercayai. Lembu-lembu yang dijaga rapi kesihatannya yang diberikan rumput segar New Zealand sepanjang tahun pastinya menghasilkan susu yang penuh dengan khasiat semula jadi.

Fernleaf amat menitikberatkan kualiti susu yang dihasilkan dengan piawaian yang tinggi dari segi keselamatan makanan dan kualiti untuk 100% kebaikan yang dipercayai, sememangnya menjadikan rasa susu Fernleaf adalah 100% Mmmm. Rasa enak dan sedap hingga ke titisan terakhir.

Susu UHT Fernleaf diperbuat dengan 100% susu lembu dari New Zealand yang mengandungi protein, kalsium, vitamin A dan D dalam setiap pek 200ml dan 1L. Terdapat 3 perisa iaitu Coklat, Penuh Krim dan Rendah Lemak.

Nak buat kek coklat sedap tak? Gunalah susu UHT Fernleaf perisa coklat. Kek lebih gebu, lembab dan lagi sedap dari biasa. Boleh rujuk resepi ni kalau nak cuba. Cuma ganti part susu cair tu je..selamat mencubašŸ˜‰













1 comments: