Cara masak nasi kukus

July 28, 2018 Mohaz Sue 2 Comments

Assalamualaikum..

Sekarang ni papa cakap dia nak diet. Nak kurangkan makan nasi dan lebihkan makan sayur dan bijirin. Oleh sebab dia tak berapa laju nak telan oat, jadi kita gantikan dengan nestum. Bancuh satu mug setiap pagi sebagai sarapan bersama sandwich atau apa-apa menu sampingan yang lain. Kalau mood mama rajin tahap 7 bintang dan tak terlalu sibuk dengan kerja lain, InsyaAllah menu sedap sikitlah. Tapi kalau tiba-tiba dia jadi kakak tiri bawang merah, pastu si kecil pulak meragam berpaut kat  kaki bagai, huh.. Makan jelah apa yang ado..hahaha!

Masak nasi secawan sorang je sudah!

Oklah.. kalau dah itu yang dipinta, mama tunaikan. Sebelum ni masing-masing salahkan mama sebab masak banyak dan sedap-sedap (goreng telur mata letak kicap pun sedap..heeeee). Konon itulah puncanya diorang bambam sekarang. Amboiiii.. dah sendiri yang makan banyak, kita pulak yang salah ye? Baikkkk....

Disebabkan itu, seminggu lepas lagi mama dah mula buat cara ni. Tupun sejak viral orang masak nasi dalam mug kat rice cooker tu. Wow! Mama kagum! Menarik juga cara ni. Nak basuh periuk tu pun senang lepas ni. 

Jadi mama pun ikutlah cara tu. Awal-awal tu guna rice cooker tapi masalahnya kalau dibiarkan suiznya on sentiasa, air kat dalam tu akan kering dan bimbang rice cooker jadi rosak pulak nanti.

Nilah rupa Food Steamer yang bertuah tu.
Risau rice cooker rosak punya pasal, mama tukar style. Mama guna FOOD STEAMER ELBA (hadiah cabutan bertuah 4Life). Seronok sangatlah sebab senang betul guna prngukus ni. Dalam tu ngam-ngam muat 4 biji cawan dan sebiji acuan apam (yang ni untuk Amsyar sebab dia tak makan banyak). Jadi untuk sekali hidangan, sorang makan nasi secawan saja. Sedap tak sedap masakan haritu, banyak tu jelah sukatan nasi untuk sehari. Kalau nak kukus sayur ke, ikan ke, ayam ke, boleh letak satu bekas lagi kat atas tu. Sekali jalan terus masak nasi dengan lauk. Malam nanti menu lain pulak. Yang ringan pastinya. Gemuk juga lepas ni, not my fault ok! Ngeh ngeh ngeh..

Nasi yang dah masak.
So, pada yang nak cuba cara ni, senang je. Caranya sama je tak kiralah samada guna rice cooker atau pengukus. 

1. Sukat beras dulu (4 sudu besar membukit untuk satu cawan tahan panas tu).

2. Basuh beras bersih-bersih dan toskan.

3. Isikan 4 sudu besar membukit beras tadi ke dalam cawan.

Paras beras sebelum letak air
4. Tuang air 3/4 penuh cawan. Kalau tak suka nasi lembut sangat, boleh kurangkan air.

Paras air 3/4 penuh cawan
5. Kalau guna rice cooker, susun cawan dalam periuk dan tuang air separuh paras cawan. Masak hingga 20 minit. 

6. Kalau guna pengukus, tuang air secukupnyalah. Cawan susun kat bekas pengukus tu. Kukus selama 20 minit.

Senang cara ni. Nasi pun lambat basi. Ye memang tak basilah sebab dah habis makan seorang secawan kan? Hihi...



You Might Also Like

2 comments:

  1. cik nor pernah buat dalm rice cooker..hitam periuk..may b mug tu luntur kaler kot..haha

    ReplyDelete
  2. Wow first time tengok masak nasi dalam mug :D

    ReplyDelete