Advertisement

MADU TUALANG ACEH GRED A YANG PALING SEDAP!


Sebelum ni Moha bukanlah penggemar madu. Jadi memang jarang sangat Moha beli madu. Kalau beli pun selalunya beli yang ada di pasaraya je. Itupun sebab madu tu diperlukan untuk bahan perapan daging kambing dan ayam. Itu saja. Memang takdelah Moha nak makan sesaja madu tu atau makan dengan penkek. Tak tau kenapa, Moha tak suka dengan rasanya. Tapi sejak batuk dan selesema yang berpanjangan ni, selera makan pun takde, badan Moha jadi lesu tak bertenaga. Tak sanggup macamtu selamanya, Moha mula cari alternatif lain untuk kesihatan Moha.

Memang Moha tahu madu ni banyak khasiatnya serta bagus untuk kesihatan dan kecergasan badan. Tapi mana nak cari madu yang betulbetul asli dan dijual didalam kuantiti yang sedikit atau dalam botol yang kecil? Selalunya Moha nampak orang jual dalam botol besar dan harganya pun boleh tahan juga mahalnya. Moha faham harganya tinggi sebab proses nak dapatkan madu asli ni bukan mudah. Cuma Moha risau kalau dah beli botol besar dan Moha seisi keluarga tak sukakan rasanya, entah bilalah madu tu nak habis.

Akhirnya jumpa juga Madu Tualang Aceh yang dijual di shopee dalambotol kecil dengan berat 300gram. Harga pun berbaloi dan dapat review positif dari pembeli. Tak tunggu lama, terus Moha order sebotol. Dah rancang dalam hati, kalau madu ni ok dan Moha boleh terima rasa dia, madu ni habis je nanti bolehlah beli lagi. Gitulah perancangannya.

Menurut penjual, Madu Tualang Aceh ini diimport khas daripada Aceh, Indonesia dan merupakan madu hutan asli yang diambil di dahan pokok Tualang daripada hutan tropika pergunungan tinggi di Aceh. Tanpa bahan pengawet dan tanpa gula tambahan.


TEKSTUR MADU TUALANG ACEH 

Madu ini mempunyai kepekatan yang sederhana. Tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Warnanya perang cerah dan mempunyai rasa yang paling unik, sangat sedap tanpa rasa gas yang tajam, tidak pahit, tidak masam, mudah ditelan dan sangat licin. Memberikan rasa madu tualang mentah dan rasa asas perisa buah anggur kismis yang diminati oleh ramai orang samada kanak-kanak mahupun yang dewasa. Khasiat lebih tinggi berbanding madu-madu yang dipelihara di tanah rendah kerana lebah yang terbang tinggi di kawasan hutan berbukit lebih tahan lasak dan menghasilkan madu yang lebih kuat.


KEBAIKAN MADU TUALANG ACEH 

  • Mendapat manfaat pelbagai pohon buah dan herba hutan 
  • Kadar kandungan fruktosa yang rendah 
  • Tidak masam, tidak likat dan mudah larut
  • Baik untuk masalah batuk berkahak, selesem dan demam 
  • Tidak mengakibatkan kadar gula naik 
  • Membantu menguatkan imuniti tubuh badan
  • Menaikkan semangat dalaman tubuh 
  • Memberi tenaga yang berpanjangan 
  • Menghilangkan rasa letih, lemah dan lesu 
  • Memberi rasa ceria dan gembira


CARA-CARA PENGAMBILAN MADU TUALANG ACEH: 

  1. Untuk tingkatkan imuniti, bancuh dua sudu besar madu ke dalam secawan air putih dan minum dua kali sehari sebelum sarapan dan sebelum makan malam. 
  2. Untuk masalah letih, lemah, lesu, boleh ambil 3 sudu besar madu ini dan bancuh ke dalam secawan air suam beserta secubit garam bukit Himalaya. Kacau hingga sebati dan terus minum, InsyaAllah tubuh badan akan berasa lebih segar. 
  3. Jika mengalami batuk, selesema dan demam, ambil 4 sudu besar madu dan campurkan sedikit perahan limau nipis beserta hirisan halia. Boleh juga dicampur sedikit daun pudina, dikacau kemudian minum begitu sahaja. InsyaAllah mujarab. 
  4. Boleh diberi kepada anak kecil sebagai minuman harian mereka. Ambil satu sudu besar madu ini dicampur dengan secawan air putih, kemudian beri minum. 


CARA PENYIMPANAN 

  • Simpan pada tempat suhu bilik, jauhkan daripada suhu panas, cahaya matahari atau kelembapan tinggi. 
  • Jauhkan daripada kanak-kanak. 
  • TIDAK PERLU simpan di dalam peti ais.


MANFAAT MADU TUALANG ACEH 

Madu tualang telah lama digunakan sebagai ubat tradisional. Bahan semulajadi dan rasa manis madu mengandungi unsur-unsur sihat yang tidak ada pada madu yang telah diproses. Madu tualang telah terbukti dapat memberikan pelbagai manfaat kepada kesihatan. Madu tualang yang datang terus dari sarang lebah mengandungi debunga lebah, propolis lebah dan antioksidan yang bagus untuk kesihatan berbanding madu biasa. Madu ini mengandungi khasiat istimewa secara semulajadi yang mengandungi sejumlah kecil vitamin dan mineral seperti Niasin, Riboflavin, Asid Pantothenik, Kalsium, Magnesium, Mangan, Potasium, Fosfor dan Zink. 

ANTIBAKTERIA 

Madu adalah agen bakteria dan antimikro semulajadi. Selain itu ia juga mengandungi hidrogen peroksida dan glukosa oksidase serta mempunyai tahap pH yang rendah yang mampu membunuh bakteria dan kulat berbahaya kerana ia mempunyai komposisi kimia yang unik, madu tidak akan membenarkan kulat atau bakteria tumbuh di dalam badan. 

MAMPU MENYEMBUHKAN LUKA 

Penyelidikan menunjukkan bahawa madu hutan boleh digunakan sebagai penyembuh luka kerana sifat antibakteria, anti-radang dan antioksidannya. Selain itu, madu bersifat berasid yang membantu membebaskan oksigen daripada luka dan mempercepatkan penyembuhan luka dengan menyapunya terus pada luka kecil dan kesan melecur. 

MELEGAKAN BATUK 

Sesetengah kajian mencadangkan bahawa madu mungkin sama atau lebih berkesan daripada beberapa ubat batuk. Memandangkan banyak ubat batuk tidak selamat untuk dimakan oleh kanak-kanak kecil, madu hutan boleh menjadi alternatif untuk kanak-kanak berumur lebih dari satu tahun. 


MERAWAT CIRIT-BIRIT 

Madu hutan mungkin mempunyai kesan menenangkan pada pencernaan dan dengan itu membantu merawat gejala cirit-birit. Untuk membantu merawat cirit-birit ringan, minum satu sudu teh madu hutan atau campurkan madu dengan air. Elakkan mengambil madu terlalu banyak, kerana gula berlebihan boleh memburukkan cirit-birit

Post a Comment

0 Comments