Novel Tanah Andriyana



Apa guna pasir setambun,

Kalau tidak setinggi duduk,

Apa guna kasih setahun,

Kalau tidak seumur hidup

-Yana

Apa khabar nasi di daun,

Nasi di talam bagai nak basi,

Apa khabar tinggal setahun,

Tinggal semalam bagai nak mati.

-Ku Fitri


Pantun ini adalah sinopsis di belakang novel TANAH ANDRIYANA. 


Bait pantun itulah yang menarik perhatian Moha membeli novel ini suatu masa dulu dan akhirnya menjadi novel kegemaran Moha. Banyak kali baca pun tak jemu-jemu.

Mengisahkan persengketaan sebuah keluarga yang diwarisi sejak turun-temurun. 

Tapi yang menarik perhatian Moha adalah tentang kisah hidup Andriyana, moyang Aliya dan suaminya Ku Fitri. Kisah yang penuh tragis, realistik dan sungguh menyayat hati. 

Membaca kisah yang ditulis oleh penulis Noor Suraya ini membawa Moha ke zaman Andriyana dan juga zaman Aliya. Bagaimana tabahnya Andriyana menempuh dugaan hidup dan kesungguhan Aliya dan Hadi berusaha menyatu-padukan semula keluarga mereka.

Susunan cerita ditambah gabungan adat dan budaya Melayu berserta rangkap pantun yang teratur serta dalam maksudnya sememangnya tak jemu dibaca. Novel yang sarat dengan pengajaran. 

Betapa cekalnya Andriyana mengharungi dugaan hidup, mulia sungguh hatinya... sedikitpun tidak menyimpan dendam terhadap orang yang menganiaya dirinya, sebaliknya mengharapkan penyatuan semula dua buah keluarga. 

Penamat kisah ini terbaik bagi Moha dan tidak mengecewakan langsung. Tak rugi beli novel ni😄

Nah.. Moha share sikit part best yang Moha suka baca dalam novel ni😁


Hinggap di daun si burung merpati,

Mati ditimpa ranting meranti,

Seratus tahun sanggup menanti,

Tuan tak pernah luput di hati.


Asap api embun berderai,

Patah galah haluan perahu,

Niat di hati tak mahu bercerai,

Kuasa Allah siapalah yang tahu.


“Kerana hidup di dunia adalah sementara, jangan bawa dendam kesumat ke liang lahad.

Yang teraniaya aku, bukannya kamu semua…..” Andriyana.


Sellection Branded Handbags by Rafidah

 Assalamualaikum...

Baru-baru ni Moha ternampakla ramai geng blogger KBBA9 tunjuk handbag yang diorang beli dari Sellection di Wangsa Maju. Cantik-cantik oii begnya. Ada jugaklah yang Moha berkenan.. 

Yang menariknya handbag kat kedai ni beg berjenama yang original tau. Haa bukan auta.. ni betul-betul asli! So, kalau kita beli tu memang puas hati punyalah. Orang takkan kata tu beg klon ke apa dah.. bukan apa.. Moha pernahlah terbaca kat satu post di fb dulu pasal sorang artis ni kena kecam sebab pakai beg klon jenama terkemuka. Hurmm.. tang mana dorang detect pun tak taulah.. 

Jadi kalau beli handbag dari Sellection ni, insyaAllah takkan adalah yang berani nak hentam camtu. Sori sikit eh... ni beg ori dari USA tau!!! Semua latest design beg berjenama ada kat sini. 

Yang menariknya pasal butik Sellection ni, start dari founder, Puan Rafidah sampailah ke staf dia.. semuanya ramah-mesra dan akan layan apa je yang kita tanya pasal produk tu. Tak kisahlah masa tu kita ni mampu beli atau tak. Takde pilih kasih kat sini. Semua orang dilayan sama rata. Mampu beli, boleh terus beli.. tak mampu, takpe.. cuci mata dulu... Nanti dah cukup bajet, boleh datang lagi dan terus beli. Nak bayar secara ansuran pun boleh.. 

Rambang mata sampai tak tau nak pilih beg yang mana? Takpe... Diorang akan tolong rekemenkan mana yang sesuai dengan kehendak kita. Try lah pakai banyak kali pun.. takdenya dorang nak marah. Lagi diorang suruh cuba pakai adalah.. beleklah beg tu sepuas hati. Dorang takde nak jeling-jeling marah punya. Kepuasan hati pelanggan tu memang dorang jaga sangat-sangat. 


Eh, Moha tak pergi butik lagi camne boleh tau? Mestilah Moha tau.. geng-geng blogger Moha yang dah pergi sana ada kongsi pengalaman diorang.. kita yang tak pergi lagi ni tak senang duduk rasanya.. dah lah beg cantik-cantik. Koleksi untuk lelaki pun ada! 

Sebenarnya boleh je kalau nak beli online. Pilih je mana yang berkenan. Pastu bayar.. nanti dorang poslah. Tapi kalau dapat pilih secara fizikal lagi puas hati. Kannnn??


Oh ye! Dorang ada refferal program tau. Kalau kita rekomen kat kawan-kawan datang beli beg kat sini selepas kita jadi ahli, bukan setakat dapat pulangan tunai 2% je, tapi dapat bonus lagi. Best ke best??? Confirm lah best!!

Moha ni dah lama tak beli handbag sebab jarang guna. Lebih-lebih lagi sejak pendemik ni tak keluar ke mana-mana kan.. so takdelah keperluan nak pakai handbag ni. Tapi raya tak lama lagi ni, takkan tak nak pakai handbag? Ala... tak bergayalah camni.. heee..

Since cik abang ada tanya nak beli mekap ke tak, kita tukarlah.. ai tak nak mekap, ai nak handbag. Boleh? Jomlah kita pi shopping raya.. beli branded handbags.. kita beli satu sorang. Nak? Hihihi...


Gambar-gambar ni semua Moha ambil dari fb page Branded Handbags by Rafidah ye. Korang boleh tengok koleksi dorang kat sana juga.




MAC YANG PILU

 Assalamualaikum...

Kalau baca tajuk, mungkin korang tertanya-tanya.. apa yang memilukan tu? Allahu.... baru nak taip, air mata dah mengalir laju.. 

Kebetulan yang juga suratan, bulan ini menggamit memori pemergian insan-insan yang paling Moha sayangi.

Pada 4/3/2013, arwah ayah Moha, Bak menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat sakit tua di rumah Kak Long kami..

16/3/2013, tak sampai pun 2 minggu Bak pergi, Kak Long pula menyusul arwah bak.. sukarnya nak terima hakikat waktu tu, hanya Allah yang tau. Meraung Moha terjelepuk di birai pintu tatkala menerima panggilan dari abang yang menyampai berita. Lebih menyayat hati bila Moha cuma dapat menatap wajah arwah buat kali terakhir hanya di liang lahatnya. Tiada sentuhan, tiada ciuman akhir dapat Moha berikan lagi.. sungguh terkilan..

Dan semalam, 15/3/2021, abang Moha (anak kedua) pula meninggalkan kami.. Ya Allah.. satu persatu Allah ambil.. kini kami tinggal berlapan dari sepuluh adik-beradik. Tiada lagi senyuman manis abang.. tiada lagi kata-kata mesra dan belaian manja.. 

Tak apalah.. suatu hari nanti adik pun akan menyusul juga.. selamat jalan abang.. adik doakan Allah terima semua amalan dan kebaikan yang abang lakukan selama di dunia ni.. abang orang yang baik, suami dan ayah yang hebat! Semoga Allah tempatkan abang di Syurga bersama Bak, Mak, Kak Long dan Faizal..aamiin..


Resepi Kek Belimbing Buluh

Assalamualaikum...

Korang pernah makan kek belimbing buluh? Moha belum pernah lagi. Tapi harini ternampak ada yang share resepi ni dalam grup wasap. So, apalagi.. Moha simpan la dalam ni. Nanti kalau cukup bahannya, bolehlah cuba buat...

RESEPI KEK BELIMBING BULUH

BAHAN A 
4biji telur 
1cawan minyak 
1cawan gula 
Secubit garam 
12biji belimbing buluh  

BAHAN B 1 
1/2cawan tepung gandum 
1sudu teh baking powder 
1sudu teh baking soda  

CARA 
1. Kisar bahan A menggunakan blender. 
2. Ayak bahan B. 
3. Masukkn bahan B ke dalam bahan A. 
4. Gaul rata. 
5. Bakar suhu 160©️ selama 50minit/ sehingga masak.  

Resepi Bihun Goreng Seafood

Assalamualaikum...

Siapa penggemar bihun goreng kat sini? Kat rumah Moha ni ada sorang tu suka bihun goreng. Tapi sayangnya Moha ni tak berapa pandai masak bihun goreng. Tak berapa sedap rasanya.

Jadi Moha carilah resepi yang nampak sedap tapi mudah nak buatnya. Kebetulan kat grup wasap ada yang share resepi ni. So, Moha letaklah kat sini. Nanti boleh rujuk semula bila perlu.

Bihun Goreng Seafood

Bahan-bahan

1 paket bihun (400 gm) ~ rendam sehingga lembut dan toskan

200 gm udang ~ buang kepala & kulit

200 gm sotong ~ dihiris

1 mangkuk hirisan kubis

1 mangkuk potongan kubis bunga (cauliflower)

¼ biji cili capsicum merah ~ didadu

¼ biji cili capsicum hijau ~ didadu

1 cawan air

minyak secukupnya

3 sudu besar cili kisar

4 ulas bawang merah*

3 ulas bawang putih* (tumbuk bahan2 bertanda*)

2 sudu besar sos tiram

2 sudu besar sos cili

Garam secukup rasa


Cara Menyediakan

1. Panaskan minyak dan tumiskan cili kisar & bahan tumbuk sehingga wangi.

2. Masukkan udang & sotong. Masukkan air, sos tiram, sos cili dan garam secukup rasa.. (boleh rasa sikit samada dah cukup garam) kacau rata.

3. Masukkan sayuran (kecuali cili capsicum) kacau & biar sayur layu. Masukkan bihun dan kacau rata. Akhir sekali masukkan cili capsicum & kacau sebentar.

4. Bila bihun dah lembut bolehlah diangkat dan taburkan dengan daun sup, daun bawang, hirisan cili & juga tauhu goreng.


*Olahan semula Zura*