Resepi Bihun Goreng Seafood


Assalamualaikum...

Siapa penggemar bihun goreng kat sini? Kat rumah Moha ni ada sorang tu suka bihun goreng. Tapi sayangnya Moha ni tak berapa pandai masak bihun goreng. Tak berapa sedap rasanya.

Jadi Moha carilah resepi yang nampak sedap tapi mudah nak buatnya. Kebetulan kat grup wasap ada yang share resepi ni. So, Moha letaklah kat sini. Nanti boleh rujuk semula bila perlu.

Bihun Goreng Seafood

Bahan-bahan

1 paket bihun (400 gm) ~ rendam sehingga lembut dan toskan

200 gm udang ~ buang kepala & kulit

200 gm sotong ~ dihiris

1 mangkuk hirisan kubis

1 mangkuk potongan kubis bunga (cauliflower)

¼ biji cili capsicum merah ~ didadu

¼ biji cili capsicum hijau ~ didadu

1 cawan air

minyak secukupnya

3 sudu besar cili kisar

4 ulas bawang merah*

3 ulas bawang putih* (tumbuk bahan2 bertanda*)

2 sudu besar sos tiram

2 sudu besar sos cili

Garam secukup rasa


Cara Menyediakan

1. Panaskan minyak dan tumiskan cili kisar & bahan tumbuk sehingga wangi.

2. Masukkan udang & sotong. Masukkan air, sos tiram, sos cili dan garam secukup rasa.. (boleh rasa sikit samada dah cukup garam) kacau rata.

3. Masukkan sayuran (kecuali cili capsicum) kacau & biar sayur layu. Masukkan bihun dan kacau rata. Akhir sekali masukkan cili capsicum & kacau sebentar.

4. Bila bihun dah lembut bolehlah diangkat dan taburkan dengan daun sup, daun bawang, hirisan cili & juga tauhu goreng.


*Olahan semula Zura*

No comments