MAC YANG PILU


 Assalamualaikum...

Kalau baca tajuk, mungkin korang tertanya-tanya.. apa yang memilukan tu? Allahu.... baru nak taip, air mata dah mengalir laju.. 

Kebetulan yang juga suratan, bulan ini menggamit memori pemergian insan-insan yang paling Moha sayangi.

Pada 4/3/2013, arwah ayah Moha, Bak menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat sakit tua di rumah Kak Long kami..

16/3/2013, tak sampai pun 2 minggu Bak pergi, Kak Long pula menyusul arwah bak.. sukarnya nak terima hakikat waktu tu, hanya Allah yang tau. Meraung Moha terjelepuk di birai pintu tatkala menerima panggilan dari abang yang menyampai berita. Lebih menyayat hati bila Moha cuma dapat menatap wajah arwah buat kali terakhir hanya di liang lahatnya. Tiada sentuhan, tiada ciuman akhir dapat Moha berikan lagi.. sungguh terkilan..

Dan semalam, 15/3/2021, abang Moha (anak kedua) pula meninggalkan kami.. Ya Allah.. satu persatu Allah ambil.. kini kami tinggal berlapan dari sepuluh adik-beradik. Tiada lagi senyuman manis abang.. tiada lagi kata-kata mesra dan belaian manja.. 

Tak apalah.. suatu hari nanti adik pun akan menyusul juga.. selamat jalan abang.. adik doakan Allah terima semua amalan dan kebaikan yang abang lakukan selama di dunia ni.. abang orang yang baik, suami dan ayah yang hebat! Semoga Allah tempatkan abang di Syurga bersama Bak, Mak, Kak Long dan Faizal..aamiin..


No comments