RESEPI NASI BRIYANI KAMBING (untuk 10 orang makan)


 

Assalamualaikum...

Dah malam-malam baru nak belek gambar dalam handphone ni haa.. sekali ternampak pulak gambar nasi briyani hasil masakan Kak Liz bulan lepas. Resepi pun Kak Liz dah bagi, bila ntah Moha nak buat.. hihi. Kumpul resepi kemain lagi. Buatnya tidak!! Haha..

Takpelah.. since Moha dah dapat resepi, Moha letak resepi tu kat sini dulu. Manalah tau satu hari nanti nak buat, tengok balik resepi kat sini. Kalau korang nak cuba resepi ni pun, silalah ye. Moha dah minta izin Kak Liz nak letak resepi ni kat sini.

RESEPI NASI BRIYANI KAMBING  (untuk 10 orang makan)

BAHAN-BAHANNYA :

600 daging kambing yang dipotong

1 kilo Beras brasmathi (jenis yg boleh direbus) 

2 biji bawang besar, belah 4

2 biji cili merah, belah 2 tapi tak putus

2 biji cili hijau, belah 2 tapi tak putus

2 camca besar bawang goreng

1 pokok daun ketumbar

1/2 cawan susu sejat } boleh pakai yogurt

1 biji limau nipis  

1 biji bawang besar, hiris

2 camca besar penuh rempah briyani (sebarang jenama)

Garam secukup rasa

2 camca besar minyak sapi

Hirisan daun ketumbar, untuk hiasan

Sedikit bawang goreng untuk hiasan

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :

6 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

1 inci halia

1 biji tomato yang masak ranum

3 biji cili hijau

BAHAN-BAHAN TUMIS :

1 batang kayu manis

1 kuntum bunga lawang

3 biji buah pelaga

5 kuntum bunga cengkih

CARA MEMBUATNYA

Daging kambing dicuci, kemudian gaul dengan 1 camca besar tepung gandum hingga rata dan perap 20 minit, cuci kembali hingga bersih dan toskan. 

Sementara itu bancuh rempah briyani dengan bahan-bahan kisar halus dan kacau hingga menjadi pes rempah. Gaul bersama yogurt atau susu cair yg di perah limau... perap sekurang-kurangnya 1/2 jam. Perap lebih lama lagi sedap...

Ketepikan.

Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan), masukkan minyak sapi dan biar cair. Tumis bawang besar hiris hingga layu, masukkan bahan2 tumis dan masak hingga harum. Masukkan daging yg di perap kacau dan masak hingga naik minyak. 

Masukkan daging kambing, daun ketumbar dan bawang goreng, gaul rata dan masak hingga daging kecut.

Tuang air secukupnya hingga daging tenggelam. Kacau rata dan biar mendidih, kemudian sederhanakan api. Masak hingga daging kambing empuk, tambah air panas jika kuah kering dan daging masih belum empuk. (Ini sekiranya masak secara manual).

Kalau masak menggunakan pressure cooker, masukkan semua bahan.

Sementara itu beras di rendam dlm 1/2 jam, kemudian panas air, campur kan bahan penumis, minyak sapi dan garam, biar air mendidih Baru masukkan beras. Rebus beras sehingga 70-80% masak, tos kan air.

Setelah daging empuk, susun lapisan beras kemudian daging dan ditaburkan daun ketumbar, daun pudina yang telah dihiris dan bawang goreng. Buat proses yg sama sampai nasi dan daging habis. Lapisan atas mesti nasi dan tuang sedikit susu cair yang ditambah sedikit air dalam 3/4 cawan dan di tabur daun pudina, daun ketumbar dan bawang goreng dan dititikkan pewarna kuning. Masak dengan api perlahan. Alas periuk nasi dgn tutup periuk agar nasi tidak hangus.

Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Biar 10 minit agar nasi lembut lagi. Kemudian gembur kan nasi sebelum di hidang. Hias dengan hirisan daun ketumbar dan bawang goreng. Di tambah dgn gajus goreng. Siap!!

Selamat mencuba!!

3 comments:

  1. bestnya ada tak yg blh hntr siap kerumah hehehe

    ReplyDelete
  2. Fav husband kalau kambing-kambing ni.

    ReplyDelete
  3. Fuyooo suami ngan anak2 lelaki kita suka gak ni. Tapi kita ngan anak perempuan tak makan kambing ..

    ReplyDelete