Tiga Resepi Mudah yang Sihat dan Sedap dengan Minyak Zaitun


  

Assalamualaikum.....

Harini Moha nak kongsi resepi yang paling ringkas, mudah, sedap tapi menyihatkan. Resepi ni bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, malah untuk orang dewasa juga. 

Ok, Moha kongsikan resepinya dulu. Kemudian Moha kongsikan apa kelebihan bahan-bahan khas yang Moha gunakan dalam resepi ni ya.

Telur Dadar Tomato dengan Organic Extra Virgin Palestinian Olive Oil dan Pelestinian Za'atar Blend (Thyme)

Bahan-bahan (1 hidangan):

2 biji telur ayam gred A
1 biji tomato -potong dadu
1 tangkai daun sup – potong halus
1 sudu besar Pelestinian Za'atar Blend (Thyme)
2 sudu besar Organic Extra Virgin Palestinian Olive Oil

Cara-cara membuatnya :

1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk, kacau hingga sekata dan masukkan tomato dan daun sup.

2. Dengan api kecil, tuang dan ratakan Organic Extra Virgin Palestinian Olive Oil, ke keseluruhan permukaan kuali.

3. Tuangkan bancuhan telur tadi dan tabur rata  Pelestinian Za'atar Blend (Thyme) di atasnya.

4. Tutup kuali dan tunggu sehingga permukaan telur masak. 

5. Bila permukaan telur tu dah nampak pejal, maknanya dah masaklah tu. Bolehlah dihidang. 


Fried Mee with Organic Extra Virgin Palestinian Olive Oil

Bahan-bahan (1 hidangan):

1 cawan mi kuning
1 ketul ayam bahagian dada – hiris nipis
Beberapa hirisan daging salai
1 ulas bawang putih – hiris nipis
1 tangkai daun sup – potong halus
Beberapa helai daun bayam
½ biji tomato
1 sudu kecil Pelestinian Za'atar Blend (Thyme)
2 sudu besar Organic Extra Virgin Palestinian Olive Oil

Cara-cara membuatnya :

1. Tuang Organic Extra Virgin Palestinian Olive Oil ke dalam kuali.

2. Taburkan Pelestinian Za'atar Blend (Thyme) ke atas permukaan tomato dan bakar seketika sehingga permukaannya berwarna keperangan, angkat dan asingkan.

3.  Dalam kuali yang sama, tumis bawang putih sehingga kekuningan dan masukkan ayam beserta daging salai. Gaul sehingga ayam masak.

4. Masukkan mi kuning, daun bayam dan daun sup. Kacau sebati.

5. Siap. Bolehlah dihidang bersama tomato tadi. 


Grilled Eggplant & Lamb Shoulder with Organic Extra Virgin Palestinian Olive Oil

Bahan-bahan (1 hidangan):

1 Keping Lamb Shoulder
2 sudu besar Pelestinian Za'atar Blend (Thyme)
3 sudu besar Organic Extra Virgin Palestinian Olive Oil
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar madu
1 biji terung bulat – hiris bulat²

Cara-cara membuatnya :

1. Satukan semua bahan, gaul rata dan perap dalam 1 jam di dalam bekas bertutup dan di simpan dalam peti ais.

2.  Panaskan kuali, dengan api sederhana, bakar daging kambing sehingga kedua-dua belah nampak garing dan masak. Tetapi tidak terlalu kering. Angkat dan ketepikan.

3. Dalam kuali yang sama, bakar terung bulat dan balik-balikkan sehingga permukaannya berwarna keperangan.

4. Angkat dan hidangkan.

SELAMAT MENCUBA!!

Senang je kan???

Perasan tak dalam resepi-resepi ni Moha tak letak garam atau perisa? Eh, sedap ke makan macamtu? Tak tawar ke? 

Walaupun resepi ni sempoi je, macam tawar leweh je orang kata, tapi rasa dia sedap tau. Tak muak dimakan. Rahsia kesedapannya adalah dari hasil penambahan minyak zaitun dan Za'atar itulah. 

Haaa.. meh Moha kongsi kelebihan kedua-dua bahan istimewa ni.

Organic Extra Virgin Palestinian Olive Oil

“Ambil 2 sudu minyak zaitun setiap hari mampu mengurangkan risiko sakit jantung” sumber FDA & EFSA.

Minyak zaitun ini adalah hasil keluaran Syarikat Alard Palestinian Agri-Products di Nablus, Jenin & sekitar Tebing Barat Palestine. Dipetik dari pokok zaitun yang berusia hampir 500 tahun jenis Nabali, Roomy dan Souri hasil tanaman petani Palestine.

Diproses mengikut standard & piawaian International Olive Oil Council. Turut diiktiraf sebagai organik & Fairtrade, Extra Virgin (Perahan Pertama) & cold pressed. Dengan kandungan acidity rendah <0.8% yang mana di botol dicetak sebagai 0.8% Bacaan sebenarnya adalah dari Sijil yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertanian Palestine di antara 0.37% hingga 0.5% bergantung kepada Batch.



Dibotolkan dengan gas nitrogen ke dalam botol kaca gelap atau tin aluminium untuk mengelakkan kualiti minyak zaitun terjejas akibat terdedah kepada cahaya matahari dan bagi menjamin kesegarannya.

Segala maklumat yang berkaitan dengan penghasilan minyak dinyatakan di label botol seperti nutrisi, tarikh luput produk (tidak melebihi 24 bulan), maklumat pengeluar, negara asal produk dengan alamat yang lengkap, termasuklah berkenaan tarikh tuaian buah.



KEGUNAAN DAN KELEBIHAN MINYAK ZAITUN



  1. Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
  2. Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
  3. Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
  4. Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
  5. Antioksidan dan antikanser
  6. Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
  7. Membekal vitamin E
  8. Mencantikkan kulit dan rambut
  9. Kestabilan asid lemak
  10. Membekal pelbagai vitamin untuk antipenuaan.





Cara pengambilan:

  1. Minum 1 sudu besar (15ml) pagi sblm makan pagi & sebelum tidur 2 kali sehari
  2. Minyak zaitun perlu diminum ketika perut kosong secara kemam dulu 1/2 minit sebelum ditelan perlahan. Selepas 3 – 5 minit barulah minum air.
Minyak zaitun juga digunakan untuk menghilangkan parut bekas jerawat di muka dengan meratakan campuran 3 sudu teh minyak zaitun dengan 1 sudu teh minyak habbatus sauda pada muka, biarkan selama 3 jam sebelum dicuci bersih. 

Bagi menghilangkan parut pada anggota lain di badan, ratakan campuran 6 sudu teh minyak zaitun dengan 2 sudu teh minyak habbatus sauda pada anggota terlibat, biarkan selama 2 jam, dan kemudian dicuci bersih.

Premium Pelestinian Za'atar Blend (Thyme)

Za’atar adalah campuran herba yang terdiri daripada thyme, bijan  dan  garam asli yang merupakan amalan pemakanan harian berkurun lamanya oleh masyarakat Timur Tengah.


Keistimewaan Za'atar ini terletak pada thymenya yang ditanam di atas kawasan bukit Palestine mengikut amalan pertanian yang diwarisi secara turun-temurun bagi memastikan thyme yang terhasil adalah lebih segar dan bermutu tinggi selari dengan rasa terbaik di dunia.


Megandungi pelbagai jenis vitamin seperti Vitamin A, Vitamin B6, Vitamin C dan Riboflavin serta mineral seperti Iron, Manganese dan juga Kalsium yang dipercayai mampu menguatkan daya fikiran, mempunyai fungsi anti-kulat dan antioksidan, melancarkan peredaran darah, kesihatan jantung dan penglihatan, meningkatkan sistem imunisasi, mengurangkan keradangan dan tekanan, memberi tenaga, meningkatkan sistem metabolisme, menguatkan tulang, mencantikkan kulit dan turut membantu dalam kelancaran sistem pernafasan.
Terdapat pelbagai cara untuk menjadikan Za'atar sebahagian daripada hidangan enak. Antaranya dijadikan sebagai pencicah roti yang dicelupkan ke dalam minyak zaitun, dijadikan sebagai bahan perapan daging, ayam atau makanan laut, ditabur atas doh roti sebelum dibakar, digaul bersama salad segar atau apa sahaja cara yang dirasakan bersesuaian dengan citarasa kita. 


Macam yang Moha dah buat nilah, telur dadar tomato, terung dan kambing bakar serta mee goreng. Tanpa gunakan sebarang perisa tambahan dan garam pun rasa hidangan tu tetap sedap. Jangan lupa, dalam Za'atar kan dah ada garam asli.. jadi tak perlulah tambah garam lagi dah. Apatah lagi bila sesekali tergigit bijian bijan tu. Fuh, makin membangkitkan rasa asli hidangan tu sekaligus menjadikan rasanya bertambah unik dan istimewa. Tapi, kalau korang rasa nak tambah perisa lagi, boleh je... Moha tak marah pun.. hihihi..


Uish... Ada bonus laaa.. apa tu? 

Tadaaaaa.....


Ok ni satu lagi produk best Al'Ard yang korang boleh cuba...

Palestinian Blackseed Paste (Qizha)

Pes ini mengandungi Habatus Sauda dan Bijan yang berkualiti tinggi dan baik untuk kesihatan hasil tanaman dibumi Palestine. Terbuat dari biji nigella yang dihaluskan, memiliki rasa pahit yang tajam dengan sedikit rasa manis. 


Pes dihasilkan melalui proses tanpa pemanasan pada suhu tinggi. Biji Habatus Sauda dan Bijan dipilih dari ladang sekitar Nablus & Jenin, Tebing Barat Palestine hasil tanaman dari 200 orang petani Islam di 10 buah perkampungan.

Biasanya digunakan oleh warga Timur Tengah dan Afrika sebagai penambah rasa manis yang dicampur bersama madu, sirap atau gula juga ditambah bahan lain untuk menjadi hidangan yang enak seperti pai, roti, dan pemanis mulut yang lain.



Biji Habatus Sauda melalui pemprosesan menggunakan mesin dan teknologi terkini di kilang moden yang mematuhi Syarat & Standard Antarabangsa serta mempunyai Persijilan Halal dan ISO-22000.

Cara paling mudah untuk menggunakan Qizha ialah sebagai Sapuan/Spread dengan Roti, seperti jem. Ia akan memberikan rasa lemak lemak pahit. Kalau nak rasa lebih sedap, boleh dicampurkan dengan Madu. Boleh juga campurkan satu sudu teh Qizha bersama Kopi O dan tambah madu lebah secukup rasa.



Moha cuba tambah satu sudu kecil Qizha ni dalam 3 skop kecil aiskrim vanilla. 



Wow, boleh tahan jugalah rasa dia. Rasa aiskrim jadi bertambah lemak berkrim dan hujung-hujung rasa tu barulah terasa pahit sikit. Sikit je.. tak pahit sangat pun. Hurm.. next time boleh tambah dalam smootie atau bubur pulut hitam pulak. Mesti sedap!



MANA NAK BELI NI?

Bagi yang nak dapatkan lebih maklumat atau nak beli produk-produk Al' Ard ni, korang boleh hubungi nombor ni : 

013 747 6570 

atau boleh juga tengok di laman web dan media sosial Al'Ard sendiri.

Facebook: Al Ard Malaysia 
Instagram @alardmalaysia

10 comments:

  1. Sedapnya Grilled Lamb shoulder tuu... Yup, olive oil bagus untuk kesihatan

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap! I selalu guna olive oil bila masak spaghetti.

    ReplyDelete
  3. Menarikla ice cream tu...Sal nak try jugak la. Nampak sedap !

    ReplyDelete
  4. Wahhh memnariknya resepi, boleh cuba ni!

    ReplyDelete
  5. lisa rasanya pernah guna minyak zaitun tuk masak. hahaa

    ReplyDelete
  6. ehh bagus ni. boleh terai minyak zaitun jenis ni pulak

    ReplyDelete
  7. Sedap2 nya. Telur dadar tu ai ingatkan pizza tau.

    ReplyDelete
  8. sedapnyaaaaa resepi n menu,nak tiru ye kak,sue memang akan pastikan stok olive oil kat rumah memang ada.

    ReplyDelete