Cara masak nasi kukus

July 28, 2018 Mohaz Sue 3 Comments

Assalamualaikum..

Sekarang ni papa cakap dia nak diet. Nak kurangkan makan nasi dan lebihkan makan sayur dan bijirin. Oleh sebab dia tak berapa laju nak telan oat, jadi kita gantikan dengan nestum. Bancuh satu mug setiap pagi sebagai sarapan bersama sandwich atau apa-apa menu sampingan yang lain. Kalau mood mama rajin tahap 7 bintang dan tak terlalu sibuk dengan kerja lain, InsyaAllah menu sedap sikitlah. Tapi kalau tiba-tiba dia jadi kakak tiri bawang merah, pastu si kecil pulak meragam berpaut kat  kaki bagai, huh.. Makan jelah apa yang ado..hahaha!

Masak nasi secawan sorang je sudah!

Oklah.. kalau dah itu yang dipinta, mama tunaikan. Sebelum ni masing-masing salahkan mama sebab masak banyak dan sedap-sedap (goreng telur mata letak kicap pun sedap..heeeee). Konon itulah puncanya diorang bambam sekarang. Amboiiii.. dah sendiri yang makan banyak, kita pulak yang salah ye? Baikkkk....

Disebabkan itu, seminggu lepas lagi mama dah mula buat cara ni. Tupun sejak viral orang masak nasi dalam mug kat rice cooker tu. Wow! Mama kagum! Menarik juga cara ni. Nak basuh periuk tu pun senang lepas ni. 

Jadi mama pun ikutlah cara tu. Awal-awal tu guna rice cooker tapi masalahnya kalau dibiarkan suiznya on sentiasa, air kat dalam tu akan kering dan bimbang rice cooker jadi rosak pulak nanti.

Nilah rupa Food Steamer yang bertuah tu.
Risau rice cooker rosak punya pasal, mama tukar style. Mama guna FOOD STEAMER ELBA (hadiah cabutan bertuah 4Life). Seronok sangatlah sebab senang betul guna prngukus ni. Dalam tu ngam-ngam muat 4 biji cawan dan sebiji acuan apam (yang ni untuk Amsyar sebab dia tak makan banyak). Jadi untuk sekali hidangan, sorang makan nasi secawan saja. Sedap tak sedap masakan haritu, banyak tu jelah sukatan nasi untuk sehari. Kalau nak kukus sayur ke, ikan ke, ayam ke, boleh letak satu bekas lagi kat atas tu. Sekali jalan terus masak nasi dengan lauk. Malam nanti menu lain pulak. Yang ringan pastinya. Gemuk juga lepas ni, not my fault ok! Ngeh ngeh ngeh..

Nasi yang dah masak.
So, pada yang nak cuba cara ni, senang je. Caranya sama je tak kiralah samada guna rice cooker atau pengukus. 

1. Sukat beras dulu (4 sudu besar membukit untuk satu cawan tahan panas tu).

2. Basuh beras bersih-bersih dan toskan.

3. Isikan 4 sudu besar membukit beras tadi ke dalam cawan.

Paras beras sebelum letak air
4. Tuang air 3/4 penuh cawan. Kalau tak suka nasi lembut sangat, boleh kurangkan air.

Paras air 3/4 penuh cawan
5. Kalau guna rice cooker, susun cawan dalam periuk dan tuang air separuh paras cawan. Masak hingga 20 minit. 

6. Kalau guna pengukus, tuang air secukupnyalah. Cawan susun kat bekas pengukus tu. Kukus selama 20 minit.

Senang cara ni. Nasi pun lambat basi. Ye memang tak basilah sebab dah habis makan seorang secawan kan? Hihi...



3 comments:

Amsyar kena demam campak

July 25, 2018 Mohaz Sue 0 Comments



Pukul 5 pagi Amsyar merengek. Gatal katanya sambil tergaru-garu belakang badan. Dengan lampu handphone, mama tengok takde pulak tanda-tanda bintat merah kena gigit nyamuk atau apa. Tapi mama sapukan juga vicks kat bahagian yang dia tunjuk gatal tu. Kemudian, dia tidur semula. 

Tak sampai pun sejam lena, dia merengek lagi. Kali ni tergaru-garu satu badan. Ah, sudah! Apa yang gatal? Sekali tengok, merah-merah badan dia. Pelik! Apa ni? 

Nak tak nak, terpaksa juga mandikan dia subuh tu. Dia pun merelakan je dimandikan. Mungkin rasa lega agaknya badan kena air. 


Lepas mandi dan lap kering badan dengan tuala, semakin jelas kelihatan tanda-tanda merah tu. Banyak sangat! Macam ruam pun ye cuma takde biji-biji halus tu je lagi. Dalam hati ni dah mula syak HFMD je ni. Maka habislah segala pelusuk badan dia mama telek. Tapak kaki, tapak tangan, dalam mulut pun mama suluh. Bimbang ada biji-biji berair tu. Doa sungguh-sungguh janganlah ada. Alhamdulillah, takde. Tapi yang merah-merah ni apa?

Untuk sementara waktu, mama sapukan satu badan dia dengan krim Cosmoderm. Taklah dia rasa gatal sangat nanti. Kalau tengahari nanti makin melarat, mama wajib bawak ke klinik.

Menjelang tengahari, dia makin rimas. Sekejap-sekejap datang kat mama minta tolong garukan badan dia. Yup.. masa ni dah muncul biji-biji halus ruam tu. Merah macam apa dah badan dia. Terus mandikan dan siap-siap pergi klinik.


Sampai kat klinik, doktor sendiri terkejut tengok badan Amsyar. Yang buat mama lega, doktor sahkan Amsyar bukan kena HFMD. Alhamdulillah.. awalnya doktor cuma syak Amsyar alergi je. Tapi lepas cek dalam mulut, barulah nampak ada bintik-bintik putih macam ulser dalam mulut dia. Jadi memang sahlah Amsyar kena demam campak. Allah.. mama harap sangat janganlah campak ni seteruk Haziq dulu. Teruk sampai berdarah mulut jadinya. Nak buka mulut pun tak boleh. Susah hati mama jadinya. Doktor pun ada pesan, kalau Amsyar semakin teruk dan tak mahu makan dan minum, cepat-cepatlah bawa ke hospital.

Masa ni barulah rasa menyesal sikit sebab dah lama skip bagi Amsyar makan TF. Bukan apa, ingat dia dah sihat tu tak payahlah bagi. Nak jimat kononnya. Esh.. silap! Sepatutnya dah tau musim ramai budak-budak kena demam campak, chicken pox dan HFMD nilah kena bagi setiap hari! Hurm.. balik nanti terus bagi.


Sepanjang kena demam campak ni, kenalah kuarantin. Nanti tak pasal-pasal jadi penyebar wabak kat semua orang pulak. Takpe, mama tak kisah pun. Janji Amsyar cepat sihat. Tu je!

Alhamdulillah, walaupun kena demam campak, demam Amsyar taklah teruk sampai tak lalu makan dan minum. Dia cuma tak lalu nak telan ubat yang doktor bagi tu je (huh...dah pandai keluarkan balik ubat yang dibagi!!). Mujur dia nak makan TF tu. Yelah benda sedap. Bukan rasa pelik macam ubat tu pun. Rasa macam susu tepung campur kuning telur je (memang dibuat dari extrak kolustrum susu lembu dan kuning telur pun). Amsyar ni pulak memang suka makan telur. So, no big deal lah!!! Sebotol TF tu pun dia boleh habiskan. 


Wina Calamine Lotion yang doktor bagi tu, setiap kali lepas mandi memang mama sapu sentiasa kat area yang merah-merah tu. Dapat kurangkan gatal-gatal merenyam tu. Bila dia dah mula berpeluh dan rasa rimas, terus ajak mandi dan sapu balik lotion ni. Kalau tak buat macamni nanti dia asyik tergaru-garu je. Kang luka pulak badan tu. Lagi lambat nak baik. Memandangkan dia tak nak makan ubat, mama bagi je dia TF tu 2 biji pagi, 2 biji malam. Sambil main-main tu dia kunyah TF. 

"Erm dap" senyum lebar dia tiap kali dapat TF haha.. makanlah dik. Biar sihat..



Alhamdulillah, ruam tu tak merebak kat bahagian badan yang lain. Semakin hari semakin berkurangan merah-merah kat badan dia tu. Masa ni mama stop sapu lotion tu tapi gantikan dengan Chiriszen Aloe Vera pula untuk lembabkan kulit dia. Risau kalau kulit kering, nanti dia rasa gatal pulak. Dah menggaru je kerjanya. So, lepas sapu gel lidah buaya ni, takdelah dia tergaru-garu lagi.

Sepanjang demam ni Amsyar aktif macam biasa, selera makan pun makin bertambah. Tak sampai seminggu pun dia kena demam campak ni. Setiap malam pun tidur lena je. Syukur sangat-sangat.. 


0 comments:

3 Tips Penting Perlu Diketahui Sebelum Membuat Produk Kosmetik Jenama Sendiri

July 15, 2018 Mohaz Sue 9 Comments

Assalamualaikum

Perasan tak sekarang ni ramai yang dah keluarkan produk jenama sendiri? Ada di antara produk kosmetik ini menjadi fenomena, terkenal dan mendapat permintaan yang tinggi. Semua ini tak mustahil jika kita tahu bagaimana caranya   dari awal hingga ke penjualan produk yang telah kita hasilkan.

Bila dah buat keputusan nak buat produk sendiri, terutama produk kosmetik berwarna seperti lipstik, foundation, blusher dan sebagainya, ada beberapa perkara yang perlu kita ambil tahu tentang kilang yang akan buatkan produk kita tu. Antaranya:

1. LATAR  BELAKANG KILANG


Ini penting, pastikan dulu lokasi kilang itu di mana. Sebaiknya cari kilang yang benar-benar wujud dan kita boleh lawati di bahagian produksi nya.  Yelah, kita nak buat produk kecantikan yang sepatutnya mencantikkan rupa pengguna bukan sebaliknya. 


Kena tengok juga tahap kebersihan dan peralatan  yang digunakan. Lagi bagus kalau kita kenal siapa pemilik kilang atau wakil sah kilang tu. Penting ni tau. Manalah tau, silap-silap kita berurusniaga dengan "penyamun tarbus". Haaa... Tak pasal-pasal duit habis, barang nan hado!!

2. LESEN DAN AKREDITASI KILANG


Siapa yang tak nak pengeluaran produknya semakin bertambah bagi memenuhi permintaan yang tinggi? Siapa tak nak produknya dikenali ramai, muncul di kaca tv dan media sosial yang lain kan? Tapi nak sampai tahap ni, dah tentulah  ada syarat-syaratnya. Untuk itu, pastikan kilang tersebut memiliki sijil KKM, GMP, MESTI, ISO, HACCP, HALAL dan sebagainya. Inilah salah satu faktor yang akan memudahkan produk kita dijual dan mendapat kepercayaan pengguna.

3. TRACK RECORD KEJAYAAN PRODUK SEBELUMNYA

Carilah kilang yang telah berjaya menghasilkan produk-produk yang popular dan  sentiasa ada dalam carta TOP 10 di pasaran. Ini juga menjadi salah satu faktor yang akan menjadi rujukan pengguna sebelum membeli produk kita. Sekiranya dah jumpa kilang yang telah menghasilkan produk-produk yang menjadi fenomena ini, bermakna kita dah jumpa kilang yang tepat.

Bagi yang berminat nak buat produk kosmetik jenama sendiri, korang boleh dapatkan khidmat daripada kilang ZY PHYTO TECH INDUSTRIES SDN BHD.


ZY PHYTO TECH INDUSTRIES SDN BHD adalah KILANG JENAMA SENDIRI, syarikat 100% bumiputera yang membantu banyak usahawan untuk mengeluarkan produk-produk kesihatan dan juga kecantikan yang turut dikenali sebagai KING Of OEM. Mempunyai 9 buah anak syarikat iaitu:


1. Zy Phyto Tech Industries Sdn. Bhd.
2. Zy Phyto Cosmetic Sdn. Bhd.
3. Zy Phyto Herbal Science Sdn. Bhd.
4. Zy Academy Sdn. Bhd.
5. Zy Printpack Sdn. Bhd.
6. Zy Phyto Marketing Sdn. BHd.
7. Zy Phyto East Coast Sdn. BHd.
8. Yayasan Qaseh Zy Phyto
9.  Emily's Cattery.


Zy Phyto mempunyai segala yang diperlukan untuk menghasilkan produk kosmetik yang kita inginkan. Antaranya:

* Sudah lebih 10 tahun berada di pasaran
* Berjaya menghasilkan banyak produk fenomena 
* Tegas dalam campuran bahan (tidak membenarkan campuran bahan-bahan terlarang yang mengancam kesihatan pengguna dalam produk yang dihasilkan)
* ZY mempunyai ramai client yang telah berjaya
* Menggunakan bahan-bahan yang efektif, selamat dan cepat berkesan
* Menghasilkan produk berasaskan makanan kesihatan dan kosmetik
* Mempunyai pensijilan GMP, Mesti, HALAL, ISO
* Membuat pembungkusan yang menarik
* Memberikan khidmat design
* Menyediakan servis percetakkan
* Memenangi banyak anugerah kejayaan 
* Mampu menghasilkan  produk dalam skala yang besar dalam satu masa 
* Menawarkan modal rendah untuk permulaan
   - Serendah RM5000 untuk OEM
  - Serendah RM2000 untuk produk siap iaitu pakej Chomey
* R&D menggunakan formula terkini
* Microb Lab – penyelidikan bagi setiap produk yang dikeluarkan dengan kerjasama universiti tempatan seperti Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM). 
* Boleh berurusan secara langsung  dengan kilang tentang : 
   - informasi dan bahan-bahan yang digunakan secara telus
   - Majikan dan kakitangannya yang mesra
* Kilang yang serba lengkap dari segi raw material, R&D, Design dan lain-lain.
* Menawarkan khidmat nasihat pemasaran ke peringkat yang lebih tinggi.


LANGKAH-LANGKAH PENGHASILAN PRODUK KOSMETIK BERWARNA



Bagi menghasilkan produk kosmetik berwarna seperti lipstik, blusher matte lip cream, foundation dan lain-lain lagi, kita boleh memilih samada Pakej Chomey (produk siap yang disediakan dengan modal serendah RM3000) atau pun Pakej RM5000 (produk baru yang kita sendiri  boleh tentukan bahannya).

Sebelum menghasilkan produk, rundingan bersama pihak Zy Phyto Tech Industries (Kontrak Pengilangan OEM) akan dimulakan terlebih dahulu bagi mengenalpasti  produk yang kita inginkan. Kemudian,  sebut harga akan dikeluarkan mengikut persetujuan semasa rundingan tersebut. Selepas pembayaran deposit,   rundingan dibuat sekali lagi mengenai produk dan pemilihan  pembungkusan pula dilakukan. 

Setelah produk siap, sample produk itu akan dihantar ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk  mendapatkan kelulusan. Pada tahap ini, 60% bayaran perlu dijelaskan.

Tempoh penghasilan produk siap sepenuhnya memakan masa 4 ke 5 minggu selepas kelulusan KKM diterima.

Sekiranya setelah produk siap sepenuhnya dan kita tidak tahu cara memasarkan produk tersebut, pihak  Zy Phyto juga menawarkan khidmat seterusnya berkaitan pemasaran produk tersebut pula supaya produk kita dikenali dan sentiasa mendapat permintaan tinggi. Jadi takdelah masalah produk kita sangkut di tengah jalan dan berakhir di situ saja. 

Untuk mendapatkan khidmat nasihat dan perkhidmatan mereka, boleh terus hubungi mereka di sini:

Telefon
+603 60388898 / 6898 / 7898


Fax
+603 60388798


Website 



Alamat 
No 10A, Jalan TIAJ 2/9, 
Taman Industri Alam Jaya, 
42300 Bandar Puncak Alam, Selangor


Atau boleh terus klik link whatsapp ini untuk respon pantas dari wakil sah Zy Phyto.



9 comments:

Teringin nak keluarkan produk kosmetik jenama sendiri?

July 14, 2018 Mohaz Sue 0 Comments

Assalamualaikum...



Sejak dulu lagi masa kami suami isteri bekerja sendiri, teringin sangat nak hasilkan produk sendiri macam produk-produk keluaran Bumiputra yang sedia ada dalam pasaran sekarang ni. Tapi sayang masa tu modal dan ilmu dalam perniagaan tak banyak mana. Tak tahu nak buat produk sendiri di mana dan macamana nak cari supplier bahan-bahan. Ah, macam-macam nak difikirkan kalau nak buat produk sendiri ni. Dari bahan, cara pembuatan, r&d, pembungkusan, pemasaran dan banyak lagilah.

Akhirnya, disebabkan tak tahu dan salah faham (orang cakap kena banyak modal baru boleh buat produk sendiri), kami mengalah. Baik buka kedai makan saja. Allahuakbar, cabarannya hanya DIA yang tau. Betapa seksanya nak dapatkan pusingan modal. Tu baru modal, untung jangan cerita.

Dari sewa kedai makan, beralih meniaga depan rumah, bertukar bisnes bakeri pulak dengan bantuan jabatan pertanian tapi disebabkan  beberapa masalah, perniagaan bakeri dihentikan dan balik semula meniaga makanan depan rumah. Macam-macam usaha upgrade menu dan cuba  upah pekerja bagi meningkatkan produksi. Tapi masih tak berjaya juga, akhirnya duit simpanan yang ada makin susut dan terpaksa jual aset yang ada.

Tapi cita-cita yang satu ni tak pernah terkubur. Memang teringin sangat-sangat nak buat produk sendiri. Terutama produk kosmetik seperti foundation, compac powder, lipstick, eyeliner dan yang seangkatan dengannya tu. Mesti seronok kan mekap muka guna produk sendiri.



Rupanya senang je nak buat produk sendiri ni. Yang penting kena tau dengan siapa kita nak buat. Jangan sampai tertipu dengan orang tengah yang kerjanya mengaut keuntungan atas angin. Nanti apa-apa hal jadi berkaitan produk kita, siapa nak tanggung? Kita juga!!
Haaa.. kat mana tempat yang paling diyakini nak buat produk ni? Ni Moha ada  kongsikan kat sini.

0 comments: