Umrah 2018 dengan JuaraTravel & Tours Sdn Bhd

June 25, 2018 Mohaz Sue 3 Comments


Assalamualaikum.....

Keinginan menunaikan haji atau umrah itu memang ada pada setiap umat Islam. Tak kiralah siapapun, demi menunaikan rukun islam yang ke lima ini, dah tentu kita amat berharap agar segala urusan kat sana sepanjang mengerjakan ibadah umrah nanti dipermudahkan. Jadi kita dengan sepenuh hati meletakkan kepercayaan sepenuhnya pada agensi travel untuk menguruskannya.

Sedihnya, setiap tahun pasti ada saja agensi yang mengambil kesempatan menipu dan mencuri impian suci ini dengan menawarkan pakej umrah yang menarik tapi akhirnya janji tinggal janji. Macam-macam kes penipuan dah dilaporkan. Ramai jugalah yang dah tertipu dan menjadi mangsa penipuan diorang ni! Sedihnya! Penat cari duit nak buat umrah..hurmm..


Sebab itulah kita kena cari agensi yang betul-betul boleh dipercayai, mempunyai Lesen Khas Umrah yang sah dan mempunyai banyak pengalaman dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan umrah seperti Juara Travel ni. Yelah, kalau kita nak uruskan sendiri dari A-Z, pening kepala juga. Bukan semua benda kita tau. Jadi biarlah agensi yang berpengalaman yang uruskan supaya kita tak hadapi sebarang masalah semasa di sana nanti. 

JUARA TRAVEL & TOURS SDN BHD


Juara Travel & Tours Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat agensi pelancongan berlesen dan berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia (No. KPK/LN 2819) semenjak tahun 1994 dan merupakan ahli Malaysian Association of Tour and Travel Agents (MATTA) dan BUMITRA MALAYSIA. 

Bermula sebagai sebuah syarikat kecil seramai 3 orang kakitangan, Juara Travel & Tours Sdn Bhd telah berkembang maju dan telah membuka peluang pekerjaan dengan penubuhan cawangannya di Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Perak dan Sarawak. Amat berpengalaman dalam bidang pengurusan umrah selama lebih kurang 10 tahun, Juara Travel & Tours Sdn Bhd telah mengendalikan lebih 30,000 jemaah sehingga sekarang.


TIADA CAJ TERSEMBUNYI!!

Bukan hanya menawarkan pakej pelancongan domestik dan luar negara, tetapi juga pakej umrah dan haji tanpa caj-caj tersembunyi.

Segala urusan dilakukan secara profesional dan telus yang pastinya  menarik dan menawan hati.

DAPATKAN POTONGAN HARGA PAKEJ  UMRAH BERSAMA JUARA TRAVEL

Diskaun sehingga RM100/seorang menanti kepada yang mendaftar cepat. (Bergantung kepada pakej umrah yang dipilih). Kena cepat tau sebab DISKAUN ni BERAKHIR PADA 13 JULAI 2018!! 


InsyaAllah, pada bulan Oktober, November dan Disember 2018 ini nanti ada tawaran menarik kepada semua bakal tetamu rumah Allah yang disediakan oleh Juara Travel seperti di bawah ni:

✅ Pakej bermula dari RM6290
✅Pakej termasuk: Tiket penerbangan Etihad/ Oman/ Saudi/ Malaysia Airlines. (Bergantung kepada tarikh yang dipilih).
✅ Penginapan hotel 3/4/5 bintang
✅ Barang kelengkapan seperti beg Juara Travel 1 set ada 4 jenis (beg besar, luggage beg, beg telekung dan sling beg utk pakej selain pakej ekonomi)
✅ Penyediaan kursus umrah secara berjadual sebelum berangkat
✅ Mempunyai muassasah sendiri dengan mengeluarkan visa umrah
✅ Mutawwif/ Pembimbing Umrah Yang Berilmu
✅ Program kuliah di tanah suci
✅ Jadual penerbangan yang 'CONFIRM' terbang, InsyaAllah
✅Penggunaan alat bantuan komunikasi 'RECEIVER' semasa pelaksanaan ibadah umrah yang 'PERTAMA'
✅ Jarak hotel yang dekat/sederhana
✅ Mempunyai barisan staf di madinah dan makkah yang professional


Menarikkan? So, pada yang berminat dan nak tau lebih lanjut atau nak mendapatkan diskaun yang ditawarkan tu, boleh terus hubungi Juara Travel atau layari website dan media sosial diorang yang Moha dah listkan kat bawah ni.


Pejabat: 03-9226710 atau 03-92267105

Whatsapp: 

💻 Website : www.juaratravel.com.my



3 comments:

Hari Raya Aidilfitri 2018

June 15, 2018 Mohaz Sue 0 Comments

Assalamualaikum

Raya tahun ni lebih kurang je macam raya sebelum ni. Walaupun ada keseronokkannya, tapi tetap rasa pilu menanggung rindu. 3 orang penting, orang yang paling sibuk menguruskan segala-galanya dalam keluarga dah takde. Pemergian Bak, Mak dan Kak Long memang amat-amat merubah segalanya. Al-Fatihah untuk semuanya. Semoga Allah merahmati roh mereka dan tempatkan mereka bersama golongan orang yang beriman. Aamiin..


Hari raya pertama, lepas solat raya tu.. kami makan ketupat palas dengan rendang kerutuk daging yang Abang Nal masak. Memang sedap! Adik dia tukang makan je..haha pemalas punya adik..well, tu salah satu cara adik bermanja dengan abang kalau nak tau. Ngeh ngeh ngeh..alasan je lebey!! Punya syok makan, gambar menu pun tak teringat nak ambik (tepuk dahi sendiri!).


Tahun ni memang betul-betul Moha tak buat kuih atau kek langsung tau. Punyalah dahsyat kesibukkan seketul Moha tu. Entah apa yang sibuk pun tak taulah! Mujur dapat kakak ipar dari yang terer buat kek lapis. Dapatlah hidang kek lapis original Sarawak hari raya ni. Again, Moha jadi tukang makan!! Ngeee.. seronok juga jadi adik bongsu ni..hahaha!



Adik-beradik, ipar-duai, anak-anak..mana yang ada jelah....

So, raya kalini beraya di Mersing, Teriang dan Tenggaroh. Sempat juga berkelah di pantai Kem Sri Pantai. Aktiviti yang arwah bertiga suka buat bila ramai berkumpul dulu. Balik Beranang, sambung beraya di Padang Jawa dan Jalan Kebun. Ada juga penuhi jemputan saudara-mara dan sahabat ke rumah terbuka mereka. Selebihnya, di rumah sajalah. Tahun depan, InsyaAllah panjang umur dan murah rezeki, giliran beraya di Beranang dulu kemudian raya kedua barulah balik Mersing. InsyaAllah....







0 comments:

Balik kampung

June 14, 2018 Mohaz Sue 2 Comments


Assalamualaikum

Alhamdulillah, hari yang ditunggu pun dah tiba. Moha pun dah sampai ke Mersing. Perjalanan kali ni terasa lebih cepat dari tahun-tahun sebelumnya sebab kalini tak tempuh jem, tak lalu jalan jauh. Rupanya kalau ikut jalan Beranang-Kuala Klawang-Simpang Pertang-Muadzam-Rompin ni lebih cepat sampai ke Mersing. Lepas ni memang komfemlah suruh abang ikut jalan ni je. Tak sabar weh duduk lama dalam kereta..

Sampai Mersing, tak sah kalau tak round ke Pantai Mersing dulu. Pusing keliling bandar melepaskan rasa rindu. Maklumlah dah setahun tak balik. Mestilah rindu tempat membesar.


Cuma seiring dengan waktu, banyak perubahan dah berlaku kat sini. Kedai-kedai yang dulunya jadi port persinggahan lepas balik sekolah, banyak yang dah tutup. Tapi restoran ayam goreng Chicken Delight, masih lagi beroperasi macam biasa. Best ayam goreng kat sini. Mi kari dia pun mabeles jugak. Salah satu tempat lepak bila ada duit lebih masa sekolah dulu..huhu..




2 comments:

Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan, Pelengkap Mandian Si Jejaka

June 13, 2018 Mohaz Sue 2 Comments


Assalamualaikum..
Dalam kehidupan dunia yang semakin mencabar  jejaka sentiasa berikhtiar  untuk memudahkan urusan agar dapat menikmati kehidupan sepenuhnya termasuk dalam rutin penjagaan harian. Dengan pelbagai  produk mandian di pasaran, pilihan menjadi semakin sukar. Jangan risau! Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan terbaru untuk si jejaka dengan formulasi yang  direka khas untuk membersihkan muka dan badan sekali gus!



Amalan rutin kebersihan harian dapat mengekalkan kebersihan dan meningkatkan keyakinan diri. Produk mandian yang unggul  dapat menghasilkan kulit yang bersih dan licin dengan membuka liang pori dan menyingkirkan toksin. Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan memberikan kebersihan menyeluruh ini serta kesegaran berpanjangan untuk muka dan badan tanpa iritasi.

Kaum lelaki moden zaman sekarang mengambil berat tentang penjagaan diri. Membersihkan muka dan badan sebelum menghadapi hari yang mencabar dapat memberikan kesegaran serta menghalang pengeluaran minyak muka yang berlebihan. Manakala membersihkan wajah dan badan pada waktu malam pula akan menyingkirkan semua kotoran yang melekat pada kulit akibat daripada pencemaran, kelembapan dan habuk.

Oleh itu, untuk menjadikan proses pembersihan muka dan badan lebih mudah dan berkesan, DASHING melancarkan produk paling sesuai iaitu, buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan. Pembersih wajah dan badan ini tersedia (hadir) dalam pek pam bersaiz 700-gram. Dirumus khas untuk wajah dan badan lelaki (si jejaka) agar kekal hidrat dan juga mencerahkan kulit. Selain itu, mandian khas ini padat dengan ramuan untuk menyingkirkan kotoran di kulit dan memberikan pembersihan muka yang mendalam dari muka hingga ke tapak kaki agar anda kelihatan bersih dan segar sepanjang hari.

DASHING 2 in 1 Muka & Badan terdapat dalam 4 variasi; Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick. Diformulasi  dengan pewangi  DASHING eau de toilette (EDT), ia memberikan kesegaran serta haruman maskulin kekal lama untuk lelaki.

COOL- Khas untuk jejaka kontemporari yang berpesonaliti relak, gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan serta menghadapi kehidupan dengan tenang. Haruman penuh maskulin ini melambangkan identiti dan daya tarikan maskulin lelaki. Haruman maskulin ini dilengkapi dengan gabungan wangian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan Musk sebagai nota asas. Haruman ini direka untuk menyerlahkan personaliti lelaki yang cool dan maskulin.
  
ACTIVE- Pelengkap si jejaka yang bergaya lasak  dan  menikmati kehidupan aktif.
Haruman ini adalah gabungan nuansa Fougére dengan Citrus, Lavender, Muguet Heart dan Amber. Wangian ini dicipta untuk memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin yang luar biasa.

ULTIMATE KICK- Wangian sebenar seorang juara. Ultimate Kick menyerlahkan ciri-ciri lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan modennya. Ultimate Kick mempunyai haruman yang menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran Cardamom serta disulami nota asas aroma Vanilla dan Musk.

HATTRICK- Simbol kemenangan unggul buat setiap lelaki DASHING, aroma misteri Hattrick membara  semangat dan keghairahan untuk mencapai  impian. Hattrick merupakan gabungan unik kesegaran Epal dan Citrus, berserta  dengan  haruman Amber.   

Variasi Cool dand Hattrick buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan  mempunyai formula dwi-aksi dengan tiga kali ganda agen pemutihan yang lembut dan berkesan untuk membersihkan wajah serta memberikan anda tona kulit rata untuk tampil lebih cerah. Pada tubuh pula, formulasi penghidratan yang mengandungi mineral mikro membantu mempertingkatkan kadar lembapan kulit serta menguatkan sistem pertahanan kulit, agar lebih sihat dan segar.

Untuk variasi Active dan Ultimate Kick pula, kotoran dan minyak berlebihan pada wajah dapat dihapuskan agar kelihatan bersih dan tidak berkilat. Dengan ciri-ciri detox dan pembersihan yang mendalam, ia membantu kulit untuk mengatasi  sebarang habuk dan kotoran harian, serta memberikan anda pengalaman mandian yang hebat dan menyegarkan.

Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan boleh didapati pada harga RM17.90 untuk pek bersaiz 700 ml. Buih mandian ini mempunyai harga yang sangat berpatutan dan berbaloi kerana memberikan anda manfaat 2 dalam 1 pada kulit dan tubuh badan.  







2 comments:

Lega projek d.i.y sarung sofa, sarung kerusi dan langsir dah siap!

June 12, 2018 Mohaz Sue 1 Comments

Assalamualaikum..

Setiap kali raya, kita mesti nak rumah kita kelihatan cantik, bersih, kemas dan tersusun rapi kan? Kalau kaya-raya, duit berjuta-juta, tak payah nak pening kepala. Tukar baru je semua! Amboi..hahaha kemain lagi.. sakan raya gitu! Kalau banyak duit sekalipun, janganlah membazir. Melainkan jika memang perlu. 

Moha macam biasalah. Selagi elok dan boleh guna, gunalah sebaiknya. Kalau ada yang perlu perbaiki tu, cuba buat sendiri dulu. Kalau dah tak boleh sangat, barulah tukar baru.

Macam sofa Moha nilah. Dah 15 tahun umurnya. Kalau tak dipakaikan "baju", ngeri jugalah tengok keaadaan dia. Dah macam kes dera pun ada. Hahaha.. mana taknya, kena cakar kucingla, bolos la..huhu. Tahun lepas buat pertama kalinya Moha beranikan diri jahit sendiri sarung sofa ni guna kain warna biru. Kononnya nak sedondonkan dengan langsir 5 tahun lepas punya tu🤭. Bila dah siap jahit dan pakaikan pada sofa, barulah nampak "segak" sikit sofa tu. 


Percubaan pertama ni memang kurang kemas hasilnya. Sakit jugalah mata memandang. Tapi bila fikirkan balik betapa renyahnya nak menyiapkan satu-satu tu, huh.. buat dek jelah..pejam mata kata orang. Haha.. susah juga nak buat ni. Patutla orang caj mahal kalau nak repair sofa..dan patutlah orang lebih rela beli baru dari membaikpulih..huhuhu..

Tapi tahun ni, bukan setakat sofa, kerusi meja makan pun mintak "nyawa" juga. Meja makan kukuh lagi. Tapi kerusi pulak yang dah lusuh terutama bahagian kusyen tu. 

Tak boleh jadi ni.. dah seminggu puasa. Takkan nak bagi tetamu yang datang duduk atas kerusi macam ni? Akhirnya Moha ambil kain yang dah beli untuk buat cadar tu, potong dan jahit untuk jadikan sarung kerusi-kerusi ni. Makan masa 3 hari jugalah nak siap 4 sarung kerusi dengan alas meja makan ni. Pulun pagi petang siang malam menjahit sambil buat kerja rutin yang lain siap dengan selingan Si Amsyar punya ragam😅. Adeh!!


Siap jahit je terus sarung kat kerusi tu. "Wah.. macam kerusi kat hotel lah!" Kata Si Amar. Bila tengok yang bahagian ni dah siap, mata tu dok menjeling jugalah kat sofa dan langsir tu. Tak matching la pulak (masa tu langsir biru tu jugaklah tergantung kat situ). 

Sekali papa kata nanti cari kainlah buat sarung baru sekali dengan langsir. Ler..ingatkan dia nak belikan sofa baru tadi. Wakaka..mengharap juga ea rupanya? Hahaha...macamtulah manusia. Sentiasa ada keinginan yang pelbagai..nak baru je! 🤣🤣

Nak masuk minggu ketiga baru berkesempatan pergi Jakel Bandar Baru Bangi beli kain untuk sofa dan langsir. Cari kain murah-murah je dah lah.. janji ada sudah. Untuk langsir ni, Moha pilih kain JC warna putih dan coklat gelap. Planning nya nak jahit langsir yang simple je. Untuk sofa pulak, Moha pilih kain yang tebal dan sesuai untuk sofa dan pilih kaler hitam.



Alhamdulillah, akhirnya siap juga. 2 hari untuk sarung sofa dan masuk minggu keempat puasa barulah siap jahit langsir. Pergh!! Mujur sempat. Kuih raya? Haaa..yang ni kita tunjuk- tunjuklah yang mana berkenan ye.. hihihi..kalau nak buat, tak larat lah. Nak mengemas rumah pulak ni. 


Lega bila dah siap. Abaikan bunga yang kejung tu. Haha..memang tak reti gubah bunga😂😂





1 comments:

Berbuka puasa di Hype Motorsports Hotel

June 10, 2018 Mohaz Sue 0 Comments


Assalamualaikum..

Dah hujung-hujung puasa ni tentu ramai yang sibuk keluar cari barang dan keperluan raya kan? Samalah kami pun..hihi..ada je benda yang nak dibeli tu..

Bila dah sibuk keluar tu, lambatlah balik rumah. Kalau balik cepat pun, mesti dah penat. Mana nak kemas barang-barang yang dah beli, nak layan kerenah anak lagi, pastu nak masak pulak.. bukan tak boleh..tapi letih jugakan? So, apakata berbuka di luar je? Pilihan terbaik mestilah bufet. Banyak pilihan makanan yang sedap-sedap dengan harga yang berbaloi.

Bufet Ramadan di Hype Motorsports Hotel


Macam semalam, kami berbuka puasa di Hype Motorsports Hotel, Seri Kembangan yang dulunya dikenali sebagai Hotel Nouvelle. Hype Motorsports Hotel telah beroperasi di sini selama lebih kurang setahun lebih dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari pengunjung.

Bufet Ramadan sini yang bertemakan Cahaya Ramadan menawarkan harga yang sangat berbaloi-baloi! Macam tak percaya pulak. Tapi itulah hakikatnya. Hanya RM58 untuk dewasa dan RM28 untuk kanak-kanak yang berumur 5 hingga 12 tahun. Pilihan menu pulak, semua yang sedap-sedap dan menarik. 



Nasi Bukhari dan Kambing Panggang merupakan menu istimewa di sini di samping menu yang lain seperti masakan melayu dan masakan barat seperti Mee Rebus, Kway Teow GorengKurma Kambing, Lala Tumis Air, Gulai Cili Api Udang dan Ketam, Ayam Panggang, Patin Tempoyak, Sup Ekor dan Tulang Lembu, Tauhu Sing Kong, Kari Sayur, Bendi Asam Rebus,  pelbagai jenis kerabu, ikan masin, ulam-ulaman, pecal, nasi impit kuah kacang, roti canai kuah dhal, Pasta, Sup Cendawan dengan Roti dan banyak lagi menu lain. Banyak menu sebenarnya. Korang takkan rasa rugi punyalah berbuka di sini.





Aneka jenis buah-buahan dan macam-macam jenis kuih dan pastri turut disediakan. Tak lupa hidangan untuk kanak-kanak, sate buah bersama sirap coklat, jajan, aneka jenis keropok, aiskrim dan juga ABC.






Selepas berbuka, boleh terus solat Maghrib di surau hotel ni. Suraunya pun selesa dan bersih. Jadi jangan lepaskan peluang berbuka di sini ok? Masih sempat lagi ni. Sebaiknya telefon dulu 03-8939555 / 017-3831034 untuk buat tempahan. Manalah tau kan? Hujung-hujung ni biasanya orang memang ramai. Nanti tak cukup tempat pula.





0 comments:

Cuba Masakan Cina Muslim, Restoran Mohd Chan, Bangi.

June 05, 2018 Mohaz Sue 1 Comments

Assalamualaikum..

3 hari lepas, kami ke Bangi. Tujuannya nak cari kain untuk sarung sofa dan langsir di Jakel. Tapi memandangkan keluar dari rumah pun dah pukul 6 petang, kami buat keputusan untuk cari tempat untuk berbuka puasa dulu. Lepas tu barulah ke Jakel. Anak-anak pun takdelah meragam sangat sebab perut dah kenyang. Senang sikit mama nak memilih kain nanti.

Restoran Mohd Chan jadi pilihan kami kali ni. Tak pernah cuba pun sebelum ni. Sajalah kali ni nak cuba masakan cina muslim pulak. Asyik masakan Thai dan masakan melayu je, sesekali ubah pulaklah citarasa. Mana tau kot-kot sesuai dengan selera? Kan? Heee...

Masuk-masuk je, hampir penuh restoran ni dengan pengunjung. Mujur ada lagi meja kosong. Dapatlah kami berbuka di sini. Disebabkan pelayan agak sibuk, jadi kami tulis sendiri kod menu yang kami nak. 


Dim Sum ni memang sedap. Lebih-lebih lagi bila dicicah dengan sos yang disediakan tu. Rata-rata setiap meja yang dipenuhi pelanggan, ada dim sum ni. 


Yang ni pilihan Amar. Nasi putih dengan daging masak lada hitam. Moha suka rasa daging ni. Daging empuk dengan rasa lada hitam yang sebati. Tak muak walaupun makan banyak. Patutlah ramai yang order menu ni. Memang sedap!


Ini pula nasi putih dengan ayam masak masam manis pilihan Haziq. Yang ni Moha sejak dulu lagi tak berapa gemar masakan camni. Punca tak berapa nak minat  tu sebab rasa manis. Tapi taklah manis sangat. Licin jugalah Si Haxiq makan.. alaa..nama pun masam manis kan? Memang camtulah rasanya. Huhuhu.. 


Haa..ni pulak, Nasi Goreng Istimewa. Rasa nasi goreng tu macam nasi goreng cina yang biasa kita makan tu la. Cuma ditambah sotong, kupang, udang dan kepah di tepinya. 


Char Kway Teow Penang ni pilihan Moha. Sebenarnya tak tau nak makan apa. Jadi pilih jelah yang ni. Tak habis pun Moha makan. Kenyang minum air cincau barangkali. 

Bagusnya restoran ni, tandas dan surau disediakan bagi memudahkan pengunjung solat maghrib selepas berbuka puasa.

InsyaAllah murah rezeki, kami ke sini lagi cuba menu lain pulak..


1 comments:

5 Tips Bersahur Agar Kekal Bertenaga Sepanjang Bulan Puasa dengan Quaker Oats

June 02, 2018 Mohaz Sue 7 Comments


Assalamualaikum...

Alhamdulillah, sepanjang berpuasa kali ni, tak seharipun kami sekeluarga terlepas waktu bersahur. Moha akan bangun seawal 4 pagi dan siapkan juadah untuk bersahur. Menu sahur kami bukanlah jenis yang terlalu berat dan banyak menu pun sebab masing-masing kurang berselera nak makan pada waktu macamtu. Tapi kalau tak bersahur, bimbang tak  larat pula anak-anak nak berpuasa nanti. Jadi Moha cuba sediakan suatu hidangan yang mudah namun mengenyangkan malah berkhasiat dan memberi tenaga kepada tubuh badan sepanjang tempoh berpuasa.

Sebenarnya pemilihan menu sahur yang betul amat penting bagi memastikan bekalan kalori dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan mencukupi sepanjang masa berpuasa. Ini antara tips yang Moha nak kongsikan dengan korang.

Tips Penyediaan Makanan Bersahur Agar Kekal Bertenaga

1.  Menyediakan makanan yang seimbang dan berkhasiat yang mengandungi protein, kalsium, zat besi, vitamin A, C dan E seperti ; 
  1. Nasi beserta lauk ( daging/ayam/ikan/telur) dan sayur  juga buah-buahan
  2. Bubur nasi/bubur ayam
  3. Pasta seperti spageti atau makaroni
  4. Sandwich
  5. Aneka jenis sup (Sup sayur, ayam, daging atau sup campur)
  6. Bijirin sarapan dengan susu
2. Sebaiknya sediakan makanan yang baru dimasak dan bukannya digoreng semula. Ini kerana makanan yang digoreng semula akan menyerap minyak yang berlebihan dan menambahkan kalori dalam makanan.

3. Banyakkan pengambilan air suam atau susu  dan kurangkan  pengambilan gula, susu pekat mahupun krimer manis. Elakkan minum tea atau kopi kerana tea dan kopi mengandungi kafein yang akan membuatkan badan kekurangan air melalui pembuangan air kecil. 

4. Elakkan makan makanan yang telah dihidang  dan terdedah pada suhu bilik melebihi 4 jam kerana ianya telah dicemari kuman dalam udara dan tidak selamat untuk dimakan.

5. Boleh hidangkan semula lebihan makanan sewaktu berbuka tadi sekiranya makanan tersebut disimpan dengan baik dan selamat. 



Kebiasaannya Moha sediakan minuman Quaker Oats yang dibancuh dengan susu dan sedikit gula ataupun Moha bancuh je Quaker Oat Matcha Green Tea 3 dalam 1 dengan air panas. Rasa Quaker Oat Matcha Green Tea ni memang sedap! Tak  perlu nak tambah apa-apa dah 1 sachet tu melainkan 1 mug air panas. Memang best! Rasa sama macam green tea yang biasa beli di luar cuma yang ni ditambah oat.

Selain minuman oat, Moha tambah hidangan ringkas lain yang mudah disediakan seperti sandwich, nasi goreng, mi goreng atau lebihan makanan berbuka yang dipanaskan semula. Moha pilih oat sebab oat dapat membantu mengurangkan rasa lapar sehingga 4 jam. 



Oat adalah sajian yang mengenyangkan kerana mengandungi 9.4g serat dalam setiap 100g dan protein yang lebih tinggi daripada beras perang, barli dan tepung gandum. Kandungan khasiatnya yang tinggi menjadikan ia lambat dicerna serta dapat membekalkan tenaga melalui pembebasan glukosa ke dalam salur darah. 

Oat dianggap sebagai ‘Super Grain’ yang turut membekalkan nutrisi yang penting untuk kesihatan. Quaker Oats mengekalkan khasiat asli oat dengan menggunakan bijirin penuh seperti bran (lapisan paling luar) yang tinggi dengan Beta-Glukan dan vitamin B, endosperma oat yang tinggi dengan karbohidrat dan protein, serta lapisan germa oat yang juga tinggi dengan vitamin B, vitamin E, mineral dan fitokimia.
Sebenarnya Quaker Oat ni macam-macam resepi kita boleh buat untuk menghasilkan hidangan yang sedap. Macam yang Moha buat ni haa.. Dahlah senang, cepat siap, sedap pulak tu! Eh, terpuji diri sendiri pulak..huhu.. tapi serius memang sedap sebab anak-anak pun makan habis waktu sahur walaupun mata diorang masih mengantuk. Jadi, Moha kongsikan resepinya jika korang nak cuba.

Resepi Penkek Oat Dengan Daging

1/2 cawan oat (Moha gunakan Instant Oat)
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 cawan susu UHT Dutch Lady
1/2 sudu kecil Tumix / serbuk pati ayam
2 sudu besar butter yang dicairkan
1 biji telur

Cara-cara membuat penkek

Campurkan semua bahan di atas dan gaul sehingga sebati. Kemudian sapukan sedikit butter di kuali leper (dengan api kecil) dan tuangkan sesenduk adunan tadi dan biarkan seketika. Moha tuangkan adunan ke dalam cutter ni untuk dapatkan bentuk bulat. Tak nak guna cutter pun boleh je..kita buat dia kan?😁.


Bila permukaan penkek sudah masak, terbalikkan dan biarkan sedikit garing. Kemudian angkat dan mulakan proses awal hingga adunan habis.

Cara penyediaan Penkek Oat dengan daging



Moha gunakan daging burger Ramly dalam resepi ni. Nak cepat kan? Jadi gunakan bahan yang dah siap tapi sedap. Hihihi...Ok caranya, gorengkan daging atas kuali leper tanpa minyak hingga masak.  Ketepikan.


Kemudian, sapukan permukaan penkek oat tadi dengan mayonis dan sos cili. Letakkan daging burger, salad, timun, bawang besar dan tomato yang dihiris.


Akhir sekali lapis atasnya dengan sekeping penkek lagi. Siap! Senang, cepat, sedap tapi berkhasiat! Selamat mencuba!!😊😊

Rebut Peluang Menang Sesi Bersama  Chef Selebriti Anis Nabilah 

Haa! Sebelum terlupa.. bagi peminat Chef  Selebriti Terkenal Anis Nabila, korang sertai lah peraduan 'Resipi Oatsome bersama Quaker’! dengan membeli satu pek Quaker Multigrain Cereal 400g, kemudian ‘suka’ laman Facebook Quaker Malaysia, dan tuliskan komen mengapa Quaker Multigrain Cereal adalah bahan paling serasi dalam resipi biskut. 

15 pemenang bertuah akan dipilih untuk menyertai bengkel masakan eksklusif dan Majlis Jamuan Teh bersama chef selebriti Anis Nabilah. 150 pemenang sagu hati pula akan menerima produk Quaker Oats bernilai RM50! Senang je kan?

Untuk maklumat lanjut tentang kebaikan oat serta promosi, acara dan resepi Ramadan/Raya terkini, bolehlah layari facebook Quaker Malaysia atau website www.quaker.com.my

7 comments: