Balik kampung

June 14, 2018 Mohaz Sue 2 Comments


Assalamualaikum

Alhamdulillah, hari yang ditunggu pun dah tiba. Moha pun dah sampai ke Mersing. Perjalanan kali ni terasa lebih cepat dari tahun-tahun sebelumnya sebab kalini tak tempuh jem, tak lalu jalan jauh. Rupanya kalau ikut jalan Beranang-Kuala Klawang-Simpang Pertang-Muadzam-Rompin ni lebih cepat sampai ke Mersing. Lepas ni memang komfemlah suruh abang ikut jalan ni je. Tak sabar weh duduk lama dalam kereta..

Sampai Mersing, tak sah kalau tak round ke Pantai Mersing dulu. Pusing keliling bandar melepaskan rasa rindu. Maklumlah dah setahun tak balik. Mestilah rindu tempat membesar.


Cuma seiring dengan waktu, banyak perubahan dah berlaku kat sini. Kedai-kedai yang dulunya jadi port persinggahan lepas balik sekolah, banyak yang dah tutup. Tapi restoran ayam goreng Chicken Delight, masih lagi beroperasi macam biasa. Best ayam goreng kat sini. Mi kari dia pun mabeles jugak. Salah satu tempat lepak bila ada duit lebih masa sekolah dulu..huhu..




You Might Also Like

2 comments:

  1. pernah sekali sampai Mersing sebab nak pergi Tioman. tempat jatuh lagikan dikenang apa lagi tempat yang menyimpan banyak memori kan =)

    ReplyDelete