Lega projek d.i.y sarung sofa, sarung kerusi dan langsir dah siap!

June 12, 2018 Mohaz Sue 1 Comments

Assalamualaikum..

Setiap kali raya, kita mesti nak rumah kita kelihatan cantik, bersih, kemas dan tersusun rapi kan? Kalau kaya-raya, duit berjuta-juta, tak payah nak pening kepala. Tukar baru je semua! Amboi..hahaha kemain lagi.. sakan raya gitu! Kalau banyak duit sekalipun, janganlah membazir. Melainkan jika memang perlu. 

Moha macam biasalah. Selagi elok dan boleh guna, gunalah sebaiknya. Kalau ada yang perlu perbaiki tu, cuba buat sendiri dulu. Kalau dah tak boleh sangat, barulah tukar baru.

Macam sofa Moha nilah. Dah 15 tahun umurnya. Kalau tak dipakaikan "baju", ngeri jugalah tengok keaadaan dia. Dah macam kes dera pun ada. Hahaha.. mana taknya, kena cakar kucingla, bolos la..huhu. Tahun lepas buat pertama kalinya Moha beranikan diri jahit sendiri sarung sofa ni guna kain warna biru. Kononnya nak sedondonkan dengan langsir 5 tahun lepas punya tu🤭. Bila dah siap jahit dan pakaikan pada sofa, barulah nampak "segak" sikit sofa tu. 


Percubaan pertama ni memang kurang kemas hasilnya. Sakit jugalah mata memandang. Tapi bila fikirkan balik betapa renyahnya nak menyiapkan satu-satu tu, huh.. buat dek jelah..pejam mata kata orang. Haha.. susah juga nak buat ni. Patutla orang caj mahal kalau nak repair sofa..dan patutlah orang lebih rela beli baru dari membaikpulih..huhuhu..

Tapi tahun ni, bukan setakat sofa, kerusi meja makan pun mintak "nyawa" juga. Meja makan kukuh lagi. Tapi kerusi pulak yang dah lusuh terutama bahagian kusyen tu. 

Tak boleh jadi ni.. dah seminggu puasa. Takkan nak bagi tetamu yang datang duduk atas kerusi macam ni? Akhirnya Moha ambil kain yang dah beli untuk buat cadar tu, potong dan jahit untuk jadikan sarung kerusi-kerusi ni. Makan masa 3 hari jugalah nak siap 4 sarung kerusi dengan alas meja makan ni. Pulun pagi petang siang malam menjahit sambil buat kerja rutin yang lain siap dengan selingan Si Amsyar punya ragam😅. Adeh!!


Siap jahit je terus sarung kat kerusi tu. "Wah.. macam kerusi kat hotel lah!" Kata Si Amar. Bila tengok yang bahagian ni dah siap, mata tu dok menjeling jugalah kat sofa dan langsir tu. Tak matching la pulak (masa tu langsir biru tu jugaklah tergantung kat situ). 

Sekali papa kata nanti cari kainlah buat sarung baru sekali dengan langsir. Ler..ingatkan dia nak belikan sofa baru tadi. Wakaka..mengharap juga ea rupanya? Hahaha...macamtulah manusia. Sentiasa ada keinginan yang pelbagai..nak baru je! 🤣🤣

Nak masuk minggu ketiga baru berkesempatan pergi Jakel Bandar Baru Bangi beli kain untuk sofa dan langsir. Cari kain murah-murah je dah lah.. janji ada sudah. Untuk langsir ni, Moha pilih kain JC warna putih dan coklat gelap. Planning nya nak jahit langsir yang simple je. Untuk sofa pulak, Moha pilih kain yang tebal dan sesuai untuk sofa dan pilih kaler hitam.



Alhamdulillah, akhirnya siap juga. 2 hari untuk sarung sofa dan masuk minggu keempat puasa barulah siap jahit langsir. Pergh!! Mujur sempat. Kuih raya? Haaa..yang ni kita tunjuk- tunjuklah yang mana berkenan ye.. hihihi..kalau nak buat, tak larat lah. Nak mengemas rumah pulak ni. 


Lega bila dah siap. Abaikan bunga yang kejung tu. Haha..memang tak reti gubah bunga😂😂





You Might Also Like

1 comment: