Resepi Sambal Tempoyak dan Nasi Goreng Tempoyak

January 22, 2018 Mohaz Sue 5 Comments


Semalam dah buat sambal tempoyak pedas berapi!. Power betul cili api kampung. Letak tak sampai segenggam pun. Dia punya pedas.. berdesing telinga, keluar air mata.


Camne buat? Ala.. sempoi je cara Moha.. camni ha..

Sambal Tempoyak Sempoi

BAHAN

Ikan bilis bersih segenggam - basuh dan rendam kejap
Cili api - ikut sukalah nak banyak mana
Tempoyak 3 sudu besar
Secubit garam
1/2 sudu kecil gula



Tumbuk cili, garam dan gula. Dah lumat tu masuklah tempoyak. Tumbuk-tumbuk sekejap. Lepas tu masukkan ikan bilis. Tumbuk kasi pecah je ikan bilis tu. Tak nak lumat sangat. Haaa.. dah siap!

Semalam buat lebih sikit. Senang harini kononnya nak sarapan pagi dengan nasi sejuk. Sekali boleh pulak terlupa. Pi goreng bihun dengan kuetiaw. Hmm.. tak jadilah rancangan tu. Simpan jelah nasi tu dalam peti ais. 

Tengahari pulak, tak masak sebab masing-masing kenyang lagi. Bila dah petang, tinggal berdua je dengan si Amsyar. Uish... lapar lah pulak! Teringat ada nasi sejuk semalam dengan sambal tempoyak. Hah, apa lagi.. terus cincang lumat bawang putih, hiris nipis kacang botol.

Tumis garing bawang putih, masuk kacang botol, pecah telur sebiji. Kacau-kacau. Masuk pulak tempoyak. Dah naik bau, masuklah nasi sejuk tu. Tambah tumix sikit. Gaul-gaul, wallaaaa! Dah siap!


Letak dalam pinggan. Teringat ada petai yang dah kopek semalam. Ambikla 4 biji. Ngap ngap depan tv sambil tengok kartun dak Amsyar. Tau-tau habis sepinggan. Hahaha.. sedap rupanya nasi goreng tempoyak ni. Kihkihkih. Habis diet!

5 comments:

Tantrum yang semakin menjadi-jadi

January 19, 2018 Mohaz Sue 3 Comments



Assalamualaikum..

Dah lewat malam barulah dapat melayan handphone. Kebelakangan ni Amsyar punya tantrum makin dasyatlah. Ya Allah.. setiap pagi hati tak aman. Risau tersilap cara, dia pun mula mengamuk. Menangis tak henti-henti, hempas-hempas badan, hantuk kepala kat dinding! Arghhh! Stress mama macamni! Kalau tak sebab sakit buat camtu, nak juga join hantuk kepala! Ngeee

Sekarang ni dia suka tengok cerita Big Hero 6 dan Trolls. Mesti kena teman pulak tu. Dari pagi sampailah ke malam cerita itu jela yang terpasang kat tv. Tak boleh tukar siaran langsung. Kecuali bila dia dah tidur. Tu pun tak boleh kuatkan suara. Kalau dia terjaga, habislah! Bila dah pasang cerita febret dia tu, bukan dia tengok sangat pun. Cuma fokus kat scene yang dia minat je. Pastu dia buat kerja lain. Tapi jangan haraplah dapat tukar siaran masa dia tak tengok tu. Kalau nak tengok dia mengamuk, tukarlah! Yang jadi mangsa mama dia jugak. Kena gigit, tarik rambut, lepuk-lepak semua dah rasa dah. Dah jadi punching bag dia dah mama ni. Boleh tahan jugalah budak kecik ni menguji kesabaran mama dia. Aish.. janganlah kesabaran tu hilang..

Saja edit gambar ni. Gambar asal garang nau mukanya..hihi

Haritu pernah Moha cuba pasang movie febret dia tu kat handphone ni. Konon-konon dapatla kitorang tengok tv pulak kan lepas dia tengok movie kat handphone tu. Huh, sikit pun dia tak layan! Nak tengok kat tv jugak.Tak syok tengok kat skrin kecik kot. Pandainya la demand sekarang. Isk isk isk..Hmm...

Yang terbaru, pantang pintu terbuka. Sebelum ni ok je dapat main kat laman rumah. Sekarang dah pandai ajak jalan-jalan kat luar terus! Lagi jauh lagi suka. Dengan orang lain tak nak. Mama juga kena bawak! Grrrrr.. sabarlah hati!

Seronok giler dapat bawak basikal main kat luar

Handphone ni dah berapa kali kena baling. Berapa kali dah kena tukar screen protector sebab retak. Semua kerja dia. Punyalah tak bagi mama layan gajet. Layan dia je takpe. Itu yang dia suka. Huwaa.. kenapalah macam ni? Bertabahla hati oiii. Harap-harap semua ni sekejap je. Moga tak berlanjutan sampai besar. 

3 comments:

Punca kebakaran dan tips elak kebakaran berlaku

January 16, 2018 Mohaz Sue 1 Comments



Assalamualaikum...

Entah macamana nak mulakan.. baru je balik dari Hospital Kajang ziarah jiran Moha yang ditimpa musibah awal pagi tadi.

Sebak!

Masa Moha sampai di wad kanak-kanak, si abang dah tidur. Si adik dalam pelukan ayahnya. Merengek menahan kesakitan. Walaupun dah diberi ubat tahan sakit, pastinya trauma diorang masih ada. Ketakutan jelas terbayang di wajah mereka. Tak lama, si adik tertidur juga akhirnya.

Apa yang paling Moha sayu hati bila tengok keadaan diorang. Kaki berbungkus disebabkan tapak kaki yang halus mulus tu melecur habis sebab lantai yang dipijak ibarat bara api yang panas gila! Dapat bayangkan tak seksa sakitnya budak 4-7 tahun nak tanggung? Tu baru part kaki! Part lain? Cuba letak diri sendiri kat tempat diorang sekarang ni. Waktu dia tidur tu pun sekejap-sekejap badan dia kejang. Tersentak-sentak. Air mata masih mengalir dalam lena yang "dipaksa".

Si ayah paling kerap menangis. Siapa yang mampu tahan perasaan bila tengok keadaan anak macamtukan? Siapa? Lebih-lebih lagi jika dia sendiri sejak anak tu baby lagi tak pernah dimarahi lagikan disakiti! Tiba-tiba waktu yang ditinggalkan sekejap tulah kejadian tak diingini macamni terjadi.

Si ibu diasingkan wad tapi dah dibenarkan keluar atas permintaannya sendiri. Walaupun kedua-dua belah tangan melecur, tapak kaki luka terbelah, badan masih sakit, biarlah anak-anak tu dia uruskan sendiri katanya. Ternyata dia ibu yang sangat tabah.

Memandangkan Hospital Kajang takde rawatan rapi untuk kebakaran, maka esok mereka akan dipindahkan ke HKL. Disebabkan luka agak teruk, berkemungkinan mereka akan lama "berkampung" di sana. Takpelah. Yang penting sembuh.

Rumah macamana? 

Rosak teruk juga. Fasiliti di ruang tamu di tingkat bawah boleh dikatakan 100% habis musnah. Sofa hangus rentung, kipas siling, set tv, air-cond, petiais, handphone habis cair, siling runtuh, mentol lampu, cermin dinding, kaca sliding pecah berderai, dan banyak lagilah yang rosak. Barang persekolahan pun terbakar juga.

Mujur api tak sempat merebak ke bahagian dapur. Kalau tak, mau meletop tong gas tu. Dan kalau api sempat merebak ke ruang atas, rasanya sederet rumah teres ni rermasuk rumah Moha akan terbakar sama. Allah.. tak sanggup nak bayangkan.

Siasatan Awal

Siasatan awal dari forensik yang datang, katanya kebakaran berpunca dari wayar sambungan. Mungkin wayar tu terhimpit oleh sofa yang ada di dinding dan menyebabkan penebatnya pecah. Jadi litar pintas yang terjadi tu lah yang menyebabkan percikan api menyambar sofa dan menjadi api besar. Lebih-lebih lagi sofa jenis pvc dan foam ni kan, memang mudah sangat-sangat nak terbakar.

Tips elak kebakaran

Ini sedikit tips yang pegawai forensik tu sempat berikan pada kami yang datang melawat sewaktu dia buat kerja tadi.

1. Pastikan cabut setiap kepala plug yang tak diguna.

2. Jangan guna penyambung wayar yang rosak ataupun yang tiada cop dari sirim lebih-lebih lagi yang tiruan (murah dan ada cop pun elakkan) sebab kita tak tau berapa tenaga elektrik yang penyambung tu mampu tahan. Lebih-lebih lagi kalau nampak kepala plug tu cair lepas di guna. Terlalu panas! Buang jela terus. Jangan sebab sayang benda tu, beribu pulak yang rugi nanti.

3. Cable usb cajer handphone tu pun kalau dah koyak dan nampak dawai tu, buang jelah. Jangan di gunakan lagi. Benda tu pun murah je.

4. Kalau guna powerbank pun hati-hati sebab powerbank dah ada limit dia. Kalau overdose guna pun risiko meletop tu ada.

5. Nak cas handphone sebaiknya offkan handphone tu dulu. Dah penuh nanti on la balik. Jangan masa cas masa tu jugaklah nak main phone. Pernah dengar viral handpbone meletop masa cas kan? Ingat tak? Haa..jaga-jaga!

6. Paling penting, panggillah tukang elektrik yang bertauliah datang cek sistem pendawaian elektrik kat rumah kita. Manalah tau wayar-wayar yang ada tu dah rosak ke apa. Perbaiki cepat sebelum terjadi hal yang tak diingini macamni.

7. Jarakkan peti ais dan mesin basuh sekurang-kurangnya 10 sentimeter dari dinding untuk memudahkan pengaliran haba.

Gitulah lebih kurang yang sempat dengar. Boleh cuba google tips-tips lain untuk langkah keselamatan kita ye. Banyak lagi sebenarnya yang kita selalu buat dan selalu terlepas pandang/cuai yang boleh akibatkan kemudaratan kepada diri sendiri dan orang lain.

Semoga kita semua lebih berhati-hati dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Aamiin..

1 comments:

Kebakaran disangka kecurian

January 16, 2018 Mohaz Sue 0 Comments


Ya Allah.. seumur hidup inilah pertama kali berhadapan situasi macam ni. 

Mujur waktu kejadian (12 lebih), Moha dan suami baru je naik ke tingkat atas tiba-tiba terdengar pintu gril jiran (selang sebuah rumah) digegar kuat disusuli jeritan isterinya. Masa tu cuma terfikir perompak je. Cepat-cepat kami jenguk keluar tingkap.

Ternampaklah jiran-jiran lelaki yang berkawal di pondok keselamatan berkejaran ke rumah yang dah dijilat api. Suara budak-budak menangis nyaring mula kedengaran. 

Allah.. berdegup laju terus rasa jantung ni. Terus suami suruh turun sementara dia kejutkan anak-anak yang tidur di bilik sebelah. Bimbang api melarat ke sini pula atau kelemasan dek asap yang dah mula terhidu ni. 

Bekalan elektrik di rumah juga tak semena-mena terputus. Jadi memang tak perlu nak tunggu dalam rumah lagilah. Mengundang bala namanya!

Syukur alhamdulillah, mujur ramai yang berkawal malam ni. Tindakan pantas diorang setidaknya dapat membantu keluarkan mangsa, dan memadamkan api dengan menyiram air dan menggunakan pemadam api sementara tunggu bomba sampai. 


Lepas api dah padam barulah 2 buah pasukan bomba dan 1 kereta polis sampai. Namun mereka tetap masuk untuk pastikan kebakaran dah padam sepenuhnya.

Tergamam tak tau nak buat apa!

Waktu kejadian, cuma si isteri dan 2 anak kecil saja yang berada di rumah dan sedang tidur di ruang tamu. Suaminya baru je keluar sekejap jumpa nak isi minyak kereta. 

Menurut cerita jiran yang selamatkan si abang tu, katanya lepas nampak kakak tu keluar cuma dengan si adik, diorang terus tanya mana yang lain. Kakak tu cuma tunjuk arah rumah tak mampu cakap apa lagi dah. Terus salah seorang dari yang berkawal tu terjah masuk dan selamatkan si abang yang kaku berdiri tak berganjak. Dia takut!

Mungkin sebab terlalu lama terdedah dengan bahang haba yang panas tulah jadi punca kulitnya yang nipis tu melecur teruk. 

Sementara tunggu pemeriksaan bomba dan polis selesai, kami pergi ke klinik 24 jam tengok keadaan kakak tu dan 2 anaknya. Luluh hati ni tengok keadaan diorang. Anak-anaknya melecur agak teruk juga. Yang sulong (7 tahun) 60%, bongsu 40% dan kakak tu 20%. 

Yang bongsu tu jiran kami dukung, Moha pula dukung yang sulung dan cuba tenteramkan dia. Masa tu memang tak sanggup tengok kepayahan dia menahan sakit. 

"Api! Tolonglah... sakit" katanya. 

Bila tengok anak-anak ni meraung kesakitan dan ketakutan macamtu, lagi hati ni tak tertahan. Sambil tahan air mata, Moha tiup-tiupkan tempat yang melecur tu. Terutama kat kedua-dua cuping telinga dia. tiap kali dia cakap api, Moha jawab api dah padam. Dah takde apa-apa. Jangan takut lagi.. dia diam sekejap. Tapi lepas tu meraung lagi. Huwaaaa.. rasa nak nangis jugak!

Bayangkan kita yang melecur sikit pun dah pedih, dia lagilah.. sampai terkopek kulit! Kulit yang gelembung sana-sini pun ada.. kedua-dua tangan kaki berbalut melecur habis, kuping telinga melecur, kulit badan terkopek. Allah.. sakitnya! 

Yang bongsu tak berhenti menangis nak didukung mamanya. Tapi mana boleh. Tangan mama dia pun melecur. Badan pun sakit-sakit! 😭😭 Waktu macam nilah harap sangat ada kuasa magic yang boleh hilangkan rasa sakit tu semua. Ya Allah, kurangkanlah penderitaan sakit diorang ni. 

Forensik buat siasatan

0 comments:

2018 yang mendebarkan dan perancangan yang dibuat

January 11, 2018 Mohaz Sue 6 Comments


Assalamualaikum..

Baru dapat mengarang harini. Kebelakangan ni asyik sakit kepala je. Malas nak pergi klinik. Dulu dah cek, takde penyakit apa pun. Mungkin sebab kurang rehat je. Lagipun ubat kat rumah ni banyak lagi. Dah boleh bukak farmasi Haziq cakap. Huhu.. semua tu ubat papa dia  masa MC. Dikumpul-kumpul jadi banyak terus! Ada macam-macam jenis ubat. Paling banyak Paracetamol. So dok telan yang tu jela bila sakit kepala menjengah.

Minggu lepas masa papa diorang buat cermin mata, ada juga ambik peluang cek mata. Adalah rabun sikit kat mata kanan tu. Selebihnya silau. Mungkin tu juga penyumbang pada sakit kepala kot? Entahlah.. bukan doktor.. so tak usah memandai.. eheheh..

Ataupun disebabkan stress? Boleh jadi juga kan? Memang stress sikit awal-awal tahun ni. Banyak duit habis. Hahaha... aduhai.. baru 2 orang je ni yang sekolah. Kakak Moha ada 5 orang anak yang masih belajar. 1 belajar di kolej, 3 sekolah menengah, 1 sekolah khas (OKU). Lagilah  'sakit'. Terkenangkan yang tu, tak jadi nak mengeluh. Hmm.. ada ramai lagi yang lagi susah.


PAPA DAH KERJA SENDIRI

Ini cabaran tahun baru. Apakah kewangan selepas ini lebih baik dari tahun sebelumnya atau semakin teruk. Allah saja yang tau. Keputusan ni terpaksa diambil memandangkan kesihatannya dah tak macam dulu. Penyakit OSA  yang dihidapi tu mengurangkan prestasi kerja (sampai habislah kuota MC setahun!) Tambahan dengan tekanan kerja, bimbang lagi memudaratkan. Lagi-lagi dengan politik pejabat yang boleh sakit jiwa dibuatnya kalau dihadap setiap hari.

Dari dapat rezeki tak berkat sebab kondem kerja (tak ikhlas gitu) setiap hari, baiklah berhenti dan ikhtiar cari rezeki cara lain pulak. Semoga Allah permudahkan dan berkati usaha kami suami isteri kalini. Aamiin...

Tahun lepas ada juga Moha buat sandwich burger bagi Haziq dan Amar jual kat sekolah agama diorang. Alhamdulillah, lepaslah buat bayar yuran dan buat belanja sekolah diorang. Mujur ustazah kat sekolah izinkan. Kadang-kadang ustazah pun ada beli. Hihi..terima kasih ustazah.

Rasanya tahun ni nak sambung buat lagi. Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan sikit beban. Dan kalau Si Amsyar ni dah ok (dah tak paut kaki mama dia lagi bila mama buat kerja), ingat nak mula baking semula. Tapi nak kena kaji juga apa produk yang nak dijual dan dimana nak jual.


Atau mulakan balik projek kraft? Haish..banyak sangat plan dok joget-joget dalam kepala.


Tapi kalau tak buat, takde maknanya juga! Kan? Apapun jangan putus asa, doa dan usaha sedaya-upaya. Life must go on!


6 comments:

Delete akaun Adsense yang tak aktif

January 06, 2018 Mohaz Sue 7 Comments


Assalamualaikum...

Macam tak percaya blog dah ada iklan. Dulu kalau singgah blog orang, jaki jugaklah kalau blog tu tayang iklan dulu. Kena pulak blog yang lambat naw nak muncul tu, lagilah geram je rasa. Silap haribulan, tekan "X" terusπŸ˜₯πŸ˜₯

7 comments:

3 tahun berniqab

January 03, 2018 Mohaz Sue 8 Comments


Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. sedar tak sedar dah masuk 3 tahun Moha berniqab. Masih baru dan masih dalam peringkat perbaiki lagi dan lagi.  Doakan Moha istiqomah ye.

Tengah aim nak beli yang ni pulak

Dugaan Berniqab

Bagi orang lain mungkin tiada masalah. Tapi bagi Moha ada juga dugaan nak kena tempuhi. Terutama berperang dengan perasaan sendiri.

Kadangkala rasa malas nak pakai tu datang juga. Rasa segan orang pandang semacam muka bertutup. Dah jadi ninja kata orang. Kalau niqab jenis tebal dan cuaca panas, mulalah rasa rimas dek berpeluh dan sukar bernafas. Lepas tu tak boleh nak mekap lawa-lawa. Ok ni mengada-mengada! Ahaks..πŸ˜„πŸ˜„ Moha pakai je mekap simple-simple macam foundation, lipstik, celak.. tapi lepastu pakai la purdah macam biasa balik. Asalkan tak berlebihan sudahlah. Kan... pandai-pandailah dik!




Mula-mula pakai niqab dulu, susah nak makan minum depan umum. Kekok sungguhlah! Kalau dulu cukup guna tangan kanan je. Sesambil tangan kiri buat benda lain. Sekarang tangan kiri kena hati-hati selak purdah bila nak makan. Tangan kanan pulak menyuap makanan ke mulut. Dua-dua tangan amat diperlukan dalam satu masa.. adakala bila tak nampak makanan yang disuap, bersepah makanan jatuh.. sayangnya.. huhu.. tu belum masuk part niqab kena sambal atau kuah lagi tu.. kalau tak bawak niqab spare, boleh kematu hidung sedut bau tu sepanjang masa. 

Bila dukung Si Amsyar pulak, jangan haraplah dapat melawa niqab tu terletak elok kat muka. Mesti senget-benget jadinya. Puaslah pulak sekejap-sekejap membetulkan niqab atau purdah. Kena nasib tak baik, purdah terlucut dari muka (pernah terjadi baru-baru ni kat Giant. Amsyar tarik sebab marah tak lepaskan dia). Aduh! Kelam-kabut nak pakai balik.

Indahnya bila berniqab

Tapi tu semua dugaan kecil je. Alah bisa tegal biasa kata orang tua-tua. Mula-mula kekok, sekarang sikit-sikit dah mula biasa. 


Kalau nak makan tu, sambil pangku dan pegang anak pun boleh je makan. Tapi taklah sepantas dulu. Positifnya kat sini melatih kita dan orang yang teman kita makan tu bersabar.. haha.. sila sabar menanti Moha habis makan ye.. terima kasih..  gitu.. πŸ˜„πŸ˜„

Dah berniqab ni lagi bersopan-santun pulak rasanya. Yelah, dulu agak mafia sikit perangai. Hahaha.. sambil berdiri pun selamba badak je makan minum (terutama kalau beli kudap-kudapan di pasar malam). Sekarang ni diri sendiri pulak rasa tak elok buat macamtu. Sebolehnya cari juga tempat duduk kalau nak makan. Melainkan bila dah terpaksa. 

Macam garang kan? Padahal dah senyum tu

Bila pakai niqab ni, orang tak perasan sangat ekspresi muka. Kalau senyum beriya barulah nampak mata pun senyum. Kalau senyum simpul-simpul malu macam anak dara kena pinang tu, tetap camtu jelah memek muka. Macam garang pun ye, macam menyombong pun ada. Eh, Moha tak sombong tau. Cuma mungkin pendiam sikit je. Mehla sembang-sembang. Kalau kena gaya, non-stop juga boraknya.. hihihi. 

Yang ni tengah senyum ke sengeh?




8 comments:

Tambang bas 20 sen

January 02, 2018 Mohaz Sue 3 Comments


Assalamualaikum..

Harap belum terlewat nak ucap Selamat Tahun Baru 2018. Semoga tahun baru ni, apa yang kita semua impikan tercapai. 

Habis dah cuti sekolah. Haziq dah masuk sekolah menengah. Amar pulak masih di sekolah rendah. Mujur sekolah diorang ni sebelah-menyebelah je. Senang sikit urusan pergi-balik sekolah tu.

Teringat zaman Moha sekolah dulu. Masuk je tingkatan 4, Moha dah mula naik bas sekolah. Masa tu konsepnya bayar masa naik. Maknanya tak perlu nak bayar secara bulanan. 

Bagus konsep ni. Sebab masing-masing tak terikat. Boleh pilih bas mana-mana pun nak naik. Tak kena marah punya.



Yang tak bestnya bila terlewat balik sekolah. Selalunya lewat ni pasal study group. Masa tu bas sekolah dah takde. Nak balik terpaksalah jalan kaki ke stesen bas yang ada kat pasar Mersing tu (sekarang takde dah pasar tu). Bukan dekat tau. Jauh giler. Macam nak pengsan berjalan kaki.

Cuma yang bagusnya sepanjang jalan tu adalah deretan kedai. Kalau terasa penat, kepanasan dek bahang cuaca panas, berhenti masuk kedai yang ada aircond sekejap. Sejukkan badan. Hihi.. agaknya marah tak tokey kedai?

Tempat paling popular nak menyinggah masa tu kat Parkson la. Best betul window shopping. Leka tengok barang-barang yang dijual. Sedar tak sedar sejam dua juga kat dalam tu. Bukan beli apa pun. Kalau nak beli bukannya ada duit. Duit yang ada ngam-ngam nak bayar tambang je. Cukup-cukup 20 sen. Huhuhu.. sehari belanja cuma seringgit. Tambang bas pergi balik 40 sen. Tinggal 60 sen. Masa rehat beli nasi lemak 50 sen, air 10 sen. Tapi kalau tiba-tiba pulak nak beli buku, tak makanlah masa rehat tu jawabnya. Lagi sadis kalau langsung takde duit waktu balik. Nah! Menapaklah jawabnya sampai ke rumah. Jauh ooo..

Sepanjang jalan kaki tu, sekejap-sekejap toleh ke belakang. Manalah tau kalau-kalau ada orang nak berhenti tumpangkan kita sampai rumah ke. Penatnya kaki berjalan. Masa tu langsung tak terlintas kat kepala pasal culik-culik ni. Yang ada cuma nak cepat sampai rumah je. Haus.. nak minum! Lapar.. nak makan! 

Kenapa takde orang ambil dan hantar? Sebab masa tingkatan 4 dan 5 Moha cuma tinggal berdua dengan abang di rumah. Arwah mak dan arwah bak meniaga di Penyabong. Seminggu sekali diorang balik. Abang Moha nak hantar pun takde kenderaan masa tu. Sebab tu pandai-pandailah urus sendiri. Nak mintak duit belanja lebih, tak sampai hati. Kesian mak dengan bak. Penat membanting tulang 4 kerat cari rezeki. Jadi berapa pun jumlah duit yang diorang tinggalkan untuk belanja harian, guna je dengan jimat.

Itu kisah dulu. Kisah yang sayu hati bila terkenang. Sekarang cuba sediakan kemudahan yang termampu supaya anak-anak tak lalui kepayahan yang sama. Semoga diorang berjaya di masa hadapan. Aamiin..


3 comments: