Resepi Sambal Tempoyak dan Nasi Goreng Tempoyak

January 22, 2018 Mohaz Sue 5 Comments


Semalam dah buat sambal tempoyak pedas berapi!. Power betul cili api kampung. Letak tak sampai segenggam pun. Dia punya pedas.. berdesing telinga, keluar air mata.


Camne buat? Ala.. sempoi je cara Moha.. camni ha..

Sambal Tempoyak Sempoi

BAHAN

Ikan bilis bersih segenggam - basuh dan rendam kejap
Cili api - ikut sukalah nak banyak mana
Tempoyak 3 sudu besar
Secubit garam
1/2 sudu kecil gula



Tumbuk cili, garam dan gula. Dah lumat tu masuklah tempoyak. Tumbuk-tumbuk sekejap. Lepas tu masukkan ikan bilis. Tumbuk kasi pecah je ikan bilis tu. Tak nak lumat sangat. Haaa.. dah siap!

Semalam buat lebih sikit. Senang harini kononnya nak sarapan pagi dengan nasi sejuk. Sekali boleh pulak terlupa. Pi goreng bihun dengan kuetiaw. Hmm.. tak jadilah rancangan tu. Simpan jelah nasi tu dalam peti ais. 

Tengahari pulak, tak masak sebab masing-masing kenyang lagi. Bila dah petang, tinggal berdua je dengan si Amsyar. Uish... lapar lah pulak! Teringat ada nasi sejuk semalam dengan sambal tempoyak. Hah, apa lagi.. terus cincang lumat bawang putih, hiris nipis kacang botol.

Tumis garing bawang putih, masuk kacang botol, pecah telur sebiji. Kacau-kacau. Masuk pulak tempoyak. Dah naik bau, masuklah nasi sejuk tu. Tambah tumix sikit. Gaul-gaul, wallaaaa! Dah siap!


Letak dalam pinggan. Teringat ada petai yang dah kopek semalam. Ambikla 4 biji. Ngap ngap depan tv sambil tengok kartun dak Amsyar. Tau-tau habis sepinggan. Hahaha.. sedap rupanya nasi goreng tempoyak ni. Kihkihkih. Habis diet!

You Might Also Like

5 comments:

  1. perghh..mmg bertambahla klu mcm ni..:)

    ReplyDelete
  2. kalau ada petai tambah pula dengan tempoyak memang membangkitkan selera betul. Cuba lah try buat sambal ikan bilis letak tempoyak. Itu makan dengan nasi panas memang bertambah-tambah

    ReplyDelete
  3. tak pernah dgr nasi goreng tempoyak hehehehe....buleh try buat

    ReplyDelete
  4. Sedap klu buat makan malam ni.. berselera, mmg bertambah2 makan :)

    ReplyDelete