Assalamualaikum...
Alhamdulillah.. sedar tak sedar dah masuk 3 tahun Moha berniqab. Masih baru dan masih dalam peringkat perbaiki lagi dan lagi. Doakan Moha istiqomah ye.
Dugaan Berniqab
Bagi orang lain mungkin tiada masalah. Tapi bagi Moha ada juga dugaan nak kena tempuhi. Terutama berperang dengan perasaan sendiri.
Kadangkala rasa malas nak pakai tu datang juga. Rasa segan orang pandang semacam muka bertutup. Dah jadi ninja kata orang. Kalau niqab jenis tebal dan cuaca panas, mulalah rasa rimas dek berpeluh dan sukar bernafas. Lepas tu tak boleh nak mekap lawa-lawa. Ok ni mengada-mengada! Ahaks..😄😄 Moha pakai je mekap simple-simple macam foundation, lipstik, celak.. tapi lepastu pakai la purdah macam biasa balik. Asalkan tak berlebihan sudahlah. Kan... pandai-pandailah dik!
Kadangkala rasa malas nak pakai tu datang juga. Rasa segan orang pandang semacam muka bertutup. Dah jadi ninja kata orang. Kalau niqab jenis tebal dan cuaca panas, mulalah rasa rimas dek berpeluh dan sukar bernafas. Lepas tu tak boleh nak mekap lawa-lawa. Ok ni mengada-mengada! Ahaks..😄😄 Moha pakai je mekap simple-simple macam foundation, lipstik, celak.. tapi lepastu pakai la purdah macam biasa balik. Asalkan tak berlebihan sudahlah. Kan... pandai-pandailah dik!
Mula-mula pakai niqab dulu, susah nak makan minum depan umum. Kekok sungguhlah! Kalau dulu cukup guna tangan kanan je. Sesambil tangan kiri buat benda lain. Sekarang tangan kiri kena hati-hati selak purdah bila nak makan. Tangan kanan pulak menyuap makanan ke mulut. Dua-dua tangan amat diperlukan dalam satu masa.. adakala bila tak nampak makanan yang disuap, bersepah makanan jatuh.. sayangnya.. huhu.. tu belum masuk part niqab kena sambal atau kuah lagi tu.. kalau tak bawak niqab spare, boleh kematu hidung sedut bau tu sepanjang masa.
Bila dukung Si Amsyar pulak, jangan haraplah dapat melawa niqab tu terletak elok kat muka. Mesti senget-benget jadinya. Puaslah pulak sekejap-sekejap membetulkan niqab atau purdah. Kena nasib tak baik, purdah terlucut dari muka (pernah terjadi baru-baru ni kat Giant. Amsyar tarik sebab marah tak lepaskan dia). Aduh! Kelam-kabut nak pakai balik.
Indahnya bila berniqab
Tapi tu semua dugaan kecil je. Alah bisa tegal biasa kata orang tua-tua. Mula-mula kekok, sekarang sikit-sikit dah mula biasa.
Kalau nak makan tu, sambil pangku dan pegang anak pun boleh je makan. Tapi taklah sepantas dulu. Positifnya kat sini melatih kita dan orang yang teman kita makan tu bersabar.. haha.. sila sabar menanti Moha habis makan ye.. terima kasih.. gitu.. 😄😄
Dah berniqab ni lagi bersopan-santun pulak rasanya. Yelah, dulu agak mafia sikit perangai. Hahaha.. sambil berdiri pun selamba badak je makan minum (terutama kalau beli kudap-kudapan di pasar malam). Sekarang ni diri sendiri pulak rasa tak elok buat macamtu. Sebolehnya cari juga tempat duduk kalau nak makan. Melainkan bila dah terpaksa.
Macam garang kan? Padahal dah senyum tu |
Bila pakai niqab ni, orang tak perasan sangat ekspresi muka. Kalau senyum beriya barulah nampak mata pun senyum. Kalau senyum simpul-simpul malu macam anak dara kena pinang tu, tetap camtu jelah memek muka. Macam garang pun ye, macam menyombong pun ada. Eh, Moha tak sombong tau. Cuma mungkin pendiam sikit je. Mehla sembang-sembang. Kalau kena gaya, non-stop juga boraknya.. hihihi.
Yang ni tengah senyum ke sengeh? |
8 Comments
Suka tgk kak Moha.. semoga 1 hari digerakkan hati sy. Pernah dulu terniat tapi bila bersangkutan dengan kerja ni.. payah pula. Suami pun galakkan. insha Allah 1 hari. Mungkin boleh minta tunjuk ajar ni
ReplyDeleteInshaAllah..aamiin😊😊
DeleteKagum dengan sahabat-sahabat yang berniqab ni.. Semoga Allah beri kekuatan pada kak Ti dan mampu istiqomah untuk jadi lebih baik juga..
ReplyDeletetu pun sengeh or senyum tu gelak tu hahahahah
ReplyDeletesuka tengok org berniqab ni. nampak lg cantik.ermm.. moga satu hari ina pon bole macam moha.
ReplyDeletekagum dengan Moha, dulu ada niat juga, tapi masih tak kuat nak berhijrah.
ReplyDeletealhamdulillah..sabarnya moha.. doakan cik nor utk jadi macm moha jgk...aamiin
ReplyDeletesuka tengok kak moha, biarpun berniqab, tetap aktif.
ReplyDeleteitu menyenggiihhh..hehee