Delete akaun Adsense yang tak aktif

January 06, 2018 Mohaz Sue 6 Comments


Assalamualaikum...

Macam tak percaya blog dah ada iklan. Dulu kalau singgah blog orang, jaki jugaklah kalau blog tu tayang iklan dulu. Kena pulak blog yang lambat naw nak muncul tu, lagilah geram je rasa. Silap haribulan, tekan "X" terus😥😥

Orang ada blog, Moha pun nak ada blog juga. Nak ada pembaca ramai-ramai. Juta-juta gitu (macamlah popular ek?😅😅). Jadi buat jugalah blog.

Kalau tak silap, blog pertama Moha pada 2009 tapi kosong takde rupa blog pun. Ayat semua skema! Haha. Tak reti plus takut nak setting. Sudahnya karam terus! Lepas tu buat lagi pada 2012 pasal bisnes dulu. SKMeals. Tapi sebab tak cun, pastu tak reti nak cerita apa punya pasal, pergi buat satu lagi. Sempoi Kitchen Meals pulak. 1 post je ada dalam blog kedua tu. Haha..lagi sekali tak tau nak cerita apa dalam tu, maka terbiar je sampai terlupa email dan passwordnya.

Lepas tu buat yang satu lagi untuk biznes. Siap upah kawan buatkan bagi cun. Dah cun elok, tapi Moha pulak tak update sampai betul-betul terlupa apa nama blog tu. Jenuh dah cuba ingat balik tapi gagal. Cuba cari kawan yang buatkan dulupun tak jumpa juga. Hmm... biarlah.. dah lupa, nak buat camne? Move on.

Kemudian, tahun 2013, buat lagi yang ni pulak untuk personal punya. Tapi lepas 1 post, terus setahun juga tak update. Jangankan sawang, habuk pun dah tebal berapa inci..huhuhu.. aduihaiii.

Maklumlah.. tak faham lagi kan? Pelan-pelan belajar. Tanya kawan, tanya google, sampailah jadi blog yang ada ni.

Bila dah ada blog sendiri ni, mulalah nak ada macam yang orang lain ada. Dulu nama blog tang hujung ada "blogspot.com". Tertanya-tanya juga bila tengok orang lain cuma ".com" takde blogspot pun? Macamana buat? Tanya punya tanya, oooo beli domain rupanya. Sebab nak juga ".com" tu, maka belilah.

Tak fikir pun pasal lain-lain. Fikir nak ".com" je. Hahaha... eh, betullah! Tak tipu. Tapi sebab tak tau dan tak komfiden nak beli katne, hasrat tu tertunda. Sampailah Moha join KBBA. Dari situ pelan-pelan belajar dari kawan-kawan yang sporting. Dan akhirnya Moha beli domain dengan GB Network.

Dah beli domain, sikit-sikit Moha belajar. Try and error. Kejap template tu, kejap template ni. Pastu tengok ada part earning pulak. Eh, boleh dapat duit ke ni? Kihkihkih.. cuba nasib, try apply adsense. TAK LULUS!

Tanya lagi dengan kawan-kawan macama nak buat. Terima kasih banyak-banyak kat semua terutama Cik Nor sebab sudi bagi banyak tips kat Moha.

Moha cuba pratikkan ikut tips yang ada. Tapi tetap juga tak lulus. Memandai-mandailah pi gatal tangan try apply lagi sekali tapi guna email backup pulak. Dah tak pasal dapat email lagi sekali.



Dah tu camne? Nak setting pun tak boleh. Part setting tu dah kena lock! Give up juga. Sebab tak tau nak buat camne lagi dah. Geng-geng syorkan semak brokenlink. Ok, terus buat. Bagusnya dorang ni. Tak kedekut ilmu.

Bila Ben Ashaari dan kawan-kawan bagi galakan pasang adsense, barulah bersemangat balik beriya-iya cari info dan cara. Gigih google cara nak delete akaun adsense, lepastu cuba buat sampai jadi.

Rupa-rupanya kena delete dulu akaun yang baru tu, barulah setting akaun lama tu dibuka semula. Bila dah nampak part setting tu dah aktif, terus cepat-cepat delete pulak akaun yang lama dan submit permohonan baru. Tapi guna email yang sama. Masa ni banyak kali cek brokenlink. Kalau ada je cepat-cepat betulkan.

Barulah Adsense hantar email bagi code soh letak kat template. Tak lama pastu LULUS! Alhamdulillah... harap-harap iklan yang muncul dalam setiap post Moha tu, iklan yang dicari dan beri manfaat pada yang membaca. Jangan marah-marah kalau terklik iklan tu ye.. nama pun terrrr... huhuhu.

You Might Also Like

6 comments:

  1. aah, benda yang sama la berlaku dekat IQ, IQ dah lulus tapi bila tukar domain, trus dia hold, tapi IQ gatal pergi buat multiple account, dah kena disapproval terus~! Kena delete dulu ek akaun baru tu? Ok, IQ nak cuba. huhu, terima kasih kak moha,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama😊. Hope kali ni IQ punya terus lulus.

      Delete
  2. alhamdulillah.. yayyy. 2018 dengan adsense moha. ina Da lanje klik iklan

    ReplyDelete
  3. Still tak jumpa cara nak delete akaun. Nak try google lagi

    ReplyDelete