2018 yang mendebarkan dan perancangan yang dibuat

January 11, 2018 Mohaz Sue 6 Comments


Assalamualaikum..

Baru dapat mengarang harini. Kebelakangan ni asyik sakit kepala je. Malas nak pergi klinik. Dulu dah cek, takde penyakit apa pun. Mungkin sebab kurang rehat je. Lagipun ubat kat rumah ni banyak lagi. Dah boleh bukak farmasi Haziq cakap. Huhu.. semua tu ubat papa dia  masa MC. Dikumpul-kumpul jadi banyak terus! Ada macam-macam jenis ubat. Paling banyak Paracetamol. So dok telan yang tu jela bila sakit kepala menjengah.

Minggu lepas masa papa diorang buat cermin mata, ada juga ambik peluang cek mata. Adalah rabun sikit kat mata kanan tu. Selebihnya silau. Mungkin tu juga penyumbang pada sakit kepala kot? Entahlah.. bukan doktor.. so tak usah memandai.. eheheh..

Ataupun disebabkan stress? Boleh jadi juga kan? Memang stress sikit awal-awal tahun ni. Banyak duit habis. Hahaha... aduhai.. baru 2 orang je ni yang sekolah. Kakak Moha ada 5 orang anak yang masih belajar. 1 belajar di kolej, 3 sekolah menengah, 1 sekolah khas (OKU). Lagilah  'sakit'. Terkenangkan yang tu, tak jadi nak mengeluh. Hmm.. ada ramai lagi yang lagi susah.


PAPA DAH KERJA SENDIRI

Ini cabaran tahun baru. Apakah kewangan selepas ini lebih baik dari tahun sebelumnya atau semakin teruk. Allah saja yang tau. Keputusan ni terpaksa diambil memandangkan kesihatannya dah tak macam dulu. Penyakit OSA  yang dihidapi tu mengurangkan prestasi kerja (sampai habislah kuota MC setahun!) Tambahan dengan tekanan kerja, bimbang lagi memudaratkan. Lagi-lagi dengan politik pejabat yang boleh sakit jiwa dibuatnya kalau dihadap setiap hari.

Dari dapat rezeki tak berkat sebab kondem kerja (tak ikhlas gitu) setiap hari, baiklah berhenti dan ikhtiar cari rezeki cara lain pulak. Semoga Allah permudahkan dan berkati usaha kami suami isteri kalini. Aamiin...

Tahun lepas ada juga Moha buat sandwich burger bagi Haziq dan Amar jual kat sekolah agama diorang. Alhamdulillah, lepaslah buat bayar yuran dan buat belanja sekolah diorang. Mujur ustazah kat sekolah izinkan. Kadang-kadang ustazah pun ada beli. Hihi..terima kasih ustazah.

Rasanya tahun ni nak sambung buat lagi. Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan sikit beban. Dan kalau Si Amsyar ni dah ok (dah tak paut kaki mama dia lagi bila mama buat kerja), ingat nak mula baking semula. Tapi nak kena kaji juga apa produk yang nak dijual dan dimana nak jual.


Atau mulakan balik projek kraft? Haish..banyak sangat plan dok joget-joget dalam kepala.


Tapi kalau tak buat, takde maknanya juga! Kan? Apapun jangan putus asa, doa dan usaha sedaya-upaya. Life must go on!


You Might Also Like

6 comments:

  1. berbakat la moha ni..serba blh..klau dkt i dh pnjam amsyar bwk blik..hihi

    ReplyDelete
  2. salam moha..
    kek,baulu tu semua buat sdri ke?
    cam sedap je tgok tu..kraft tu pun nmpk cantik..smbung la buat..kembangkan lagi business tu..skrng kan ade kami team kbba9 ni...hehe semua kaki viral =p
    InsyaAllah.semoga tahun ni menjadi tahun yang diberkati yang dilimpahkan rezeki buat kita semua.aminnn ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam... ye Yaya.. semua dalam gambar tu buat sendiri. Projek tergendala..huhu

      Delete