Advertisement

Cara Nak Buat Bayaran Guna Sistem Hasil Laut Hutan Melintang Abang Omel

 Assalamualaikum…..


Sebelum ni Moha ada kongsikan tempat yang Moha selalu beli hasil laut secara online kan? Kalau tak perasan, boleh baca kat sini.

Harini Moha nak kongsikan cara nak buat bayaran kalau beli di Hasil Laut Hutan Melintang Abang Omel (HLHMAO) dengan menggunakan sistem. Ala, yang kita order guna kod tu la.. A1+?, A2+?…. Haaa, yang tu…. 

Lepas kita taip kod tu, jika stok masih ada, kita akan dapat mesej di messenger fb macam kat bawah ni.

Tekan je shopping cart tu nanti automatik keluar website HLHMAO. Macam ni..



Tekan button Checkout. Masa ni masukkanlah details penghantaran kita tu macam nama, alamat dan no telefon. Pastikan kira betul-betul semua jumlah order kita termasuk kos penghantaran (ikut kawasan masing-masing). Kalau masa order tu ada free delivery, klik kat ruangan free delivery. 


Jika ada tambahan item manual (tak guna kod), masukkan detailsnya kat ruangan
Remarkes tu. Lepas tu buat payment terus samada secara online atau cash deposit. Gambar screenshot order manual bersama slip bayaran tu attached kat ruangan yang disediakan. Kalau takde order secara manual, cukup slip bayaran sahaja.

Settled semua, tunggu jelah admin prosess.  Kalau ada masalah, admin akan call kita. Kalau takde, InsyaAllah sampailah order kita tu keesokan harinya. . Simple je kan?

Andaikata masih tak faham juga, dan segan nak wasap admin, wasap je mana-mana antara 3 orang ejen HLHMAO, Ainazatul, Rina Riduan dan Hana Azreen.  Minta tolong mereka uruskan dan transfer je bayaran tu kat diorang. Jangan risau, takde extra charge. 


Walaupun sekarang dah boleh kemana-mana, tapi Moha tetap pilih nak beli kat online juga. Kenapa? Sebab Moha malas nak keluar.. lagipun seriau rasanya bila dah menyopping ni.. selalu sangat over bajet.. ada je benda yang nak dibeli.. padahal takde pun tulis dalam senarai. Lagi selamat beli online. Beli apa yang memang perlu sahaja.

Moha ada juga bandingkan kualiti rasa antara ikan HLHMAO dengan ikan di pasaraya, memang ada perbezaan rasa. Sebab tulah Moha terus beli secara online je sekarang. Harga masih berbaloi malah lebih murah lagi kalau nak dibandingkan dengan pasaraya. Siap ada freegift lagi! Kalau nak belikan untuk keluarga pun boleh. Bagi jelah alamat, nanti penghantaran terus sampai ke rumah diorang. Harini beli, esoknya dah sampai.

Kalau tak sibuk, Moha selalu tengok live diorang. Seronok tengok gelagat AO suami isteri meniaga. Kadang-kadang ada juga scene yang menyentuh hati apabila AO atau ada pelanggan setia yang bermurah hati membeli untuk bersedekah kepada badan kebajikan malah ada juga yang tawarkan diri nak bayarkan kos penghantaran. 

Ada juga scene bilamana AO menjual dengan harga murah tak masuk akal khas untuk mereka yang betul-betul memerlukan dan bagusnya pelanggan lain tanpa disuruh, masing-masing sepakat memberi ruang dan tak berebut nak membeli. Semoga bertambah-tambah rezeki mereka semua yang pemurah dan baik hati ni.


Post a Comment

0 Comments