Advertisement

Puas hati pergi Expo Halal Malaysia 2019



Assalamualaikum…

Malaysia Halal Expo 2019 telah dirasmikan semalam oleh Menteri Pembangunan Keusahawanan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof. Turut hadir bersama ialah Kedutaan Jepun ke Malaysia dan  Pengarah Bahagian Pasific dan Asia Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Pelaburan Jepun. 

Tak nak ketinggalan, seawal 9 pagi Moha dah gerak ke Kuala Lumpur Convention Centre. Alhamdulillah, sepanjang jalan tak jem jadi cepatlah kitorang sampai. 

Sampai je di sana, tengok ramai yang dah berkerumun depan pintu hall. Rupa-rupanya diorang tengah mendaftar untuk dapatkan pass masuk guna handphone.  


Pendaftaran sekarang dah makin canggih tau. Tak payah nak tulis-tulis nama atas buku lagi dah. Cukup ada handphone dan line internet. Kalau ada aplikasi barcode scanner lagi bagus. Imbas je QR code yang ada kat board tu nanti automatik skrin telefon masuk ke bahagian pendaftaran. Kalau takde aplikasi tu, login masuk kat mhe.1reg.my je dan ikuti arahan seterusnya.

Isilah kategori korang datang sebagai pengunjung biasa ke, usahawan ke atau wakil media. Isi semua maklumat yang diperlukan dan hantar. Sekejap je nanti korang akan terima email pengesahan dan kod QR untuk cetak pass masuk di kiosk yang disediakan. Untuk pass anak-anak, tak perlu daftar ye.. ada kaunter khas disediakan untuk dapatkan pass yang sama. Kalau tak faham, jangan risau. Ada ramai staff yang akan bantu. 

Eh, tak payah bayarlah! Masuk adalah PERCUMA! Daftar tu cuma untuk rekod expo sahaja ye. Haaa.. tampallah pass tu kat baju, tudung atau mana-mana bahagian yang mudah dilihat. Dah boleh masuk dan merondalah sampai pukul 6.00 petang.

Fuh, rambang mata bila dah masuk ke dalam. Ada banyak booth yang diatur kemas, bersih dan tersusun dengan lorong laluan yang lebar, mudah kita nak cari dengan pelbagai jenis produk makanan dan minuman termasuk booth selebriti. 

Semuanya sedap-sedap dan ada diantaranya produk yang unik dan baru di pasaran. Pastikan sebelum masuk tu korang dah sediakan duit secukupnya ye. Kang menyesal tak cukup duit nak beli barang..huhu..

Booth-booth untuk membantu usahawan seperti institusi kewangan dan SME Corp Malaysia pun ada. Masa inilah kalau korang nak ambil peluang untuk mulakan perniagaan atau kembangkan lagi perniagaan korang. Rajin-rajinlah bertanya sebab ada peluang usahasama untuk jadi agen atau stokis produk mereka, atau hasilkan produk korang sendiri dengan tunjuk ajar dari mereka berdasarkan pengalaman mereka sehingga berjaya ke tahap sekarang ni. 

Pengunjung yang datang ke sini bukan hanya dari warga Malaysia, malah ada juga wakil dari luar negara. Jadi tema expo kali ni iaitu  'Malaysia ke Jepun untuk Olimpik 2020', sangat bagus dan boleh diibaratkan sebagai memberi peluang kepada pengusaha  tempatan samada kecil mahupun sederhana bagi mengetengahkan produk mereka ke peringkat pasaran antarabangsa. 

Esok expo akan berakhir ye. Jadi pastikan korang tak lepaskan peluang keemasan ni ea. 

Post a Comment

26 Comments

  1. Salam, best tu pergi ke halal expo. Nampak banyak juga produk yang dipamerkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. ye expo ni memang best sangat. Memang berbaloi pergi.

      Delete
  2. memang puas hati dan puas poket hahahahha tapi bagus la expo gini bantu usahawan pasarkan produk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann.. kalau expo ni sebelah rumah, mau ulang pergi banyak kali😂

      Delete
  3. memang puas hati datang sini.. banyak produk halal ade dekt sini ye... Menarik sangat... Patut bbuat lgi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju! Kena buat selalu dan banyakkan lokasi. Biar ramai dapat pergi

      Delete
  4. Replies
    1. Ramai.. tapi tak terlalu sesak sebab susunan booth teratur.. masih selesa

      Delete
  5. Memang puas hati sangat datang MHE 2019 ni.. Kalau tak takdelah kak Ti stay dari pagi sampai petang.. hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. oklah tu. Memang tak sedar masa berlalu bila dah lepak dalam expo tu

      Delete
  6. Bestnya moha dapat pergi. Saya tak dpt pergi hari tu. Rasa rugi sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. harap-harap expo camni akan dibuat lagi. Tak puas sebenarnya pergi haritu.. ada barang tak dapat beli..huhuhu

      Delete
  7. Buat lagi please ... semoga produk Halal Malaysia berkembang hingga ke peringkat antarabangsa !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin... Harap-harap ada lagi.. kalau boleh buat kat banyak lokasi especially kat sini..hihihi

      Delete
  8. Rugi x dpt pergi ekspo ni...Jauh..Macam2 produk halal jual kt situ plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erm.. ramai juga yang tak dapat pergi sebab lokasi jauh. Harap ada lagi akan dtg kat tempat berhampiran kita ye..

      Delete
  9. Yanie puji dengan pgurusan expo ni.. Bagus tak yah bratur dan tersusun je. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..layanan dari yang terlibat pun sangat mesra. Seronok rasa

      Delete
  10. nampak kemas je expo ni,maksudnya takdelah mcm sesetengah tu orang duk komplen pelbagai.Tapi expo ni boleh puji.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kemas teratur. Walaupun ramai yang datang, tetap rasa selesa nak stay lama kat situ

      Delete
  11. best sebab boleh membeli belah tanpa rasa ragu!

    ReplyDelete
  12. Best sgt dtg sini! Harap next year ada lagii

    ReplyDelete
  13. saya suka pegi expo mcm ni. macam2 ada yg takda jual di mall. heheh

    ReplyDelete
  14. bestnya dapat join expo macam ni... minat gak expo2 ni tapi nak pergi tak berpeluang

    ReplyDelete