Advertisement

Kenapa mama asyik tengok orang jual ikan je?

Assalamualaikum…..


Rupa-rupanya hobi terbaru mama ada budak perasanlah! Hahaha… Kebelakangan ni memang tak dinafikan Moha asyik tengok fb live Hasil Laut Hutan Melintang Abang Omel (HLHMAO). Asalnya masa Moha tengah skroll fb, tiba-tiba ternampak diorang live pilih ikan yang baru naik dari bot. Ralit betul Moha tengok hasil laut yang segar-segar tanpa pengawet tu. Dari situlah Moha tau kita boleh terus order ikan atau hidupan laut apa yang kita nak melalui ruangan komen. Mereka akan carikan dan kalau ada, mereka akan ambilkan untuk kita jika kita setuju dengan harganya. 


Selesai sesi memilih, mereka akan membuat persiapan untuk sesi jualan pula. Kali ni jika kita tak sempat membuat belian di bot, kita boleh pilih ikan yang dinaikkan di pelantar pula. Haaa.. pilihlah nak yang mana satu. Abang Omel (AO) akan timbang ikan/sotong/udang/ketam dan sertakan harganya sekali. Ada ikan Jenahak, ikan Merah, ikan Tenggiri, ikan Kerapu dan banyak lagilah. Ikan Salmon Trout dari Norway pun ada! 



Gulai Cili Api Udang Galah dengan Nenas, Ikan Salmon Grill, Kari Ikan Jenahak

Selain ikan, ada juga sotong dan udang dari pelbagai jenis. Kalau dulu Moha cuma tau sotong biasa, sotong katak dan kurita je.. tapi sejak tengok live HLHMAO, eh.. ada lagi rupanya spesis sotong yang Moha tak tau iaitu Yuhu. Teringin nak rasa, Moha belilah sotong Yuhu tu sekilo. Rupa dia ni macam sotong katak cuma tulang dia takde pelampong macam tulang sotong katak. Isi dia pula lebih tebal dari sotong biasa dan lebih lembut dari sotong katak. Tak liatlah senang cerita…


Sotong Bakar


Udang ada banyak jenis dan gred yang berbeza.. ada udang Tohe, udang Mohe, udang Putih, udang Harimau, udang Lipan, udang Galah.. oh Lobster pun ada ye! Ketam dan seafood lain macam siput sedut, siput gonggong, pepahat, kerang, telur sotong, set fishball dan lain-lain ada juga. Memang sesuai sangat nama Hasil Laut! Semua ada kat situ.


Ikan Merah Bakar Bersambal, Gulai Cili Api Siput Sedut, Gulai Cili Api Ketam, Sotong Celup Tepung


Sejak kali pertama tengok live diorang sampailah sekarang ni, beberapa kali jugalah Moha dah membeli. Cara membeli pun mudah je. Kita boleh pilih nak berurusan dengan admin atau dengan ejen. Macam Moha, Moha lebih selesa deal dengan ejen je. Submit je kat ejen order yang kita dah buat masa live tu beserta pesanan nak siang atau tak, lepastu buat bayaran pada ejen nanti mereka uruskan dengan admin. Berapa lama Moha nak dapat barang? 


Beli harini, esoknya sampailah Mr. Siew depan rumah hantar kotak ikan. Cepat kan? Walaupun dari Perak ke Beranang. Jadi tak risau ikan tu hilang kesegaran ke apa.. nak merancang menu nak masak pun senang. 


Kotlah tetiba dapat info ada famili ke sedara-mara ke kenalan rapat ke nak datang rumah esok lusa, sempatlah prepare bahan basah ni kan? Atau nak belikan untuk orang lain sebagai hadiah pun boleh. Nak sedekah kat sesiapa ke.. yang penting bayar siap-siap kemudian beri alamat lengkap dan no telefon penerima. Pihak HLHMAO akan uruskan hal selebihnya. 


Packaging ikan memang tiptop. Kemas berbungkus dalam plastik yang divacum. Ais pun ada lagi tu ha.. Kotak ikan langsung tak bocor. Takdelah nak mengemop satu rumah dek air menitik sepanjang mengangkat kotak ikan masuk ke rumah nanti.



Setiap kali tengok live memang geram tengok kesegaran ikan dan seafood... geram tengok harga pun ye. Murah dan sangat berbaloi. Tu belum AO buat lelong lagi! Aduuuuu… kalau tak kenang freezer yang dah penuh, mau juga ku borong lagi!


Alhamdulillah sejak beli ikan dari AO, Moha dah tak beli dari tempat lain. Kalau sebelum ni Moha beli dari pasaraya, ada sajalah yang tak kena. Masa beli ikan kemain elok rupa parasnya. Bila nak masak, alahai.. kecewa betul. Ikan dah lembek, kadang tu berbau.. hurmmm… sayangnya duit. Rugi!



Terbaru ni alhamdulillah Moha berpeluang beli 8kg hasil laut dengan separuh harga. Ada pelbagai jenis udang dan pelbagai jenis sotong. Haaa.. puas hati sungguh! Cantik semuanya.


Kacang Botol dengan Sotong Sambal Cili Api, Ikan Tanda Bakar Bersambal, Bawal Cermin Masam Manis, Kangkong Goreng Belacan


Sekarang ni mood memasak pun luar biasa rajinnya. Hahaha.. ada jelah yang nak dimasak sebab nak clearkan ruang dalam freezer. Dah beli barang takkan nak biarkan pula kan? Kenalah masak. Baru puas makan lauk-pauk yang segar tanpa pengawet dan masih terasa kemanisan isinya tu.


Cucur Udang, Asam Pedas Pari Tuka, Tenggiri Masak Kicap



Post a Comment

1 Comments

  1. Subhanallah...terima kasih. Ya Allah Hanya Allah sahaja yang membalas budi baik tuan Dan puan sekeluarga. Amin..

    ReplyDelete