Persiapan Hari Raya Yang Menghidupkan Kenangan
Dah masuk bulan Ramadan, perkara yang paling mengimbau kenangan tentulah persiapan Hari Raya. Masa kecil dulu, yang paling buat Moha teruja bila tiba hari raya sebab dapat pakai baju raya baru.
Masa kecil dulu, setiap kali nak raya, arwah mak akan ambil ukuran badan dan kaki setiap anak dengan tali rafia. Satu demi satu. Kemudian, dia dan arwah bak akan ke bandar cari baju raya untuk semua. Ada juga pakaian yang ditempah khas, selain yang dibeli siap di kedai. Yang pasti setiap seorang pasti ada bahagiannya.
Untuk Moha, mesti ada sepasang baju kurung, dua helai gaun dan sepasang kasut baru. Yang paling ditunggu tentulah gaun yang cantik dengan kain kembangnya tu. Bila pakai gaun dengan kasut baru, rasa macam cantik sangat. Gembiranya hati tak tahu nak gambarkan macamana.
Sekarang bila Moha dah jadi ibu, baru benar-benar faham betapa besarnya usaha ibu bapa dalam menyediakan persiapan hari raya untuk anak-anak.
Kini Giliran Moha Urus Persiapan Hari Raya Anak-Anak
Setiap kali Ramadan tiba, Moha pula yang mula fikir bajet dan kelengkapan hari raya. Rasa sayu bila teringat kenangan dulu, lebih-lebih lagi kenangan bersama ahli keluarga yang telah tiada.
Moha cuba wujudkan pengalaman persiapan hari raya yang sama untuk anak-anak. Supaya mereka juga merasai keseronokan memilih baju raya dan menikmati suasana membeli-belah bersama keluarga.
Tempat Beli Kelengkapan Hari Raya Lengkap Untuk Seisi Keluarga
Beberapa tahun kebelakangan ini, memang sudah jadi rutin untuk Moha dan suami bawa anak-anak ke Pusat Pakaian Hari-Hari setiap kali nak beli kelengkapan Hari Raya.
Kenapa pilih di sini?
Sebab semuanya ada dalam satu tempat termasuklah Koleksi Hari-Hari Raya 2026.
Pilihan warna baju raya memang buat rambang mata. Dari tona lembut yang manis dan sopan, sampailah warna-warna terang yang lebih menyerlah. Rekaan untuk wanita moden tetapi masih sopan. Paling seronok bila ibu dan anak perempuan boleh pakai baju sedondon.
Untuk lelaki pula lengkap dengan baju melayu, songkok, sampin dan aksesori tambahan. Tak perlu dah ke kedai lain untuk cukupkan set raya satu keluarga.
Yang Moha suka, kualiti kainnya selesa dipakai dan harga masih dalam kategori berpatutan.
Buat Persiapan Hari Raya Lebih Awal, Lebih Tenang
Kelengkapan Hari Raya sebenarnya sudah pun disediakan lebih awal sebelum Ramadan lagi di Hari-Hari.
Ini memang sangat membantu pelanggan yang mahu membuat persiapan lebih awal tanpa perlu bersesak di saat akhir.
Bila dekat raya nanti:
- Tempat parking penuh
- Saiz dah habis
- Warna pilihan tinggal satu dua sahaja
- Barisan panjang di kaunter
Sebab itu Moha lebih suka beli awal. Boleh pilih dengan tenang, semak bajet elok-elok dan tak rasa tertekan.
Promosi & Hadiah Percuma Menarik
Selain pilihan yang lengkap, ada juga ganjaran menarik untuk pelanggan bermula pada 21 Februari 2026 :
✨ Pembelian RM120 ke atas dapat sampul raya eksklusif percuma.
✨ Belian melebihi RM200 dapat woven bag percuma. Memang praktikal dan boleh digunakan semula.
Jualan Penghabisan Stok Baju Raya Serendah RM5
Moha juga nak kongsikan berita baik. Bertepatan sangat dengan tagline mereka kalini, “Raya Macam Dulu-dulu, Hari-Hari Sentiasa di Sisi”.
Sekarang ni tengah ada jualan penghabisan stok baju raya dengan harga serendah RM5 hingga RM25 sahaja.
Harga macam ni memang jarang sangat nak jumpa lebih-lebih lagi bila musim raya semakin hampir.
Moha tahu tak semua keluarga ada rezeki lebih untuk menyediakan persiapan hari raya yang lengkap. Kadang-kadang ibu ayah sanggup ketepikan keperluan lain demi memastikan anak-anak tetap ada baju baru pagi Syawal.
Sekurang-kurangnya dengan jualan ini, dapatlah meringankan sedikit beban. Harga bukan ukuran untuk mencipta rasa bahagia. Cukup sekadar ada sepasang baju bersih dan kemas dipakai pada pagi Syawal, hati anak-anak dah cukup bahagia.
Kerana pada akhirnya, raya bukan tentang siapa paling bergaya atau paling mahal pakaiannya. Raya adalah tentang kebersamaan. Tentang rasa dihargai. Tentang memori indah yang tercipta bersama keluarga. Dan itulah yang paling mahal nilainya.







0 Comments