Menang Hadiah Sekotak Ikan

 Assalamualaikum…..




Memandangkan semalam takde buat apa-apa, Moha ambil masa sikit mengemas almari baju sambil tengok live fb. Disebabkan line tak berapa stabil kat bilik tingkat atas ni, siaran live jadi sangkut-sangkut. Moha pula tengah asyik dengan kerja, tak dapat tumpukan perhatian kat siaran tu.




Tiba-tiba dapat whatsapp dari Aina beritahu yang Moha menang hadiah. Kita yang tengah leka dengan kain-baju ni terpinga-pinga sekejap. Hadiah apa ea? Rasanya takde masuk contest pun….



Pupa-rupanya posting haritu terpilih menang hadiah sekotak ikan dari Hasil Laut Hutan Melintang Abang Omel (HLHMAO). Ya Allah… syukur alhamdulillah.. sungguh betul-betul tak sangka.. 





Tujuan asal Moha review cuma nak berkongsi rasa puas hati dengan pembungkusan, penghantaran dan kualiti barang setelah beberapa kali Moha buat pembelian dari mereka. 





Dengan harapan melalui posting tu biar lebih ramai orang yang tahu dan lebih ramai yang yakin untuk membeli dan menikmati hasil laut yang betul-betul segar tanpa bahan pengawet dari HLHMAO dengan harga yang murah. 





Moha ni tak naklah untung sorang-sorang.. kan orang bijak pandai dah pesan, benda bagus kena beritahu semua.. yang tak bagus kita info kat peniaga je supaya mereka dapat memperbaikinya nanti… Betul tak?




Buat Abang Omel, Hajah Mama, Aina dan semua warga HLHMAO, Moha ucapkan terima kasih banyak-banyak atas hadiah yang terbaik ni. Semoga diberikan kesihatan yang berpanjangan, dilimpahruahkan rezeki dan maju jaya dalam apa jua yang dilakukan… aamiin…








2 comments

  1. Terima kasih sayang...muahhhh😘😘😘😘

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah,,tahniah moha..:)

    ReplyDelete