Advertisement

Guna Cili Kering Imperia Asia Agro Farm Masak Asam Rebus Ikan Bulan

 Assalamualaikum…..



Buka freezer nampak ikan Bulan hadiah percuma yang dapat dari pembelian sebelum ni. (Lupa nak ambik gambar sebelum masak). Sebenarnya tak pernah masak atau makan pun ikan ni. Tapi sebab dah dapat, kita cubalah masak dan rasa.. 


Katanya ikan ni macam ikan Terubuk. Isi lembut tapi banyak tulang. Jadi kalau nak senang makan Moha rasa eloklah masak yang berkuah. Senang nak asingkan tulang dia berbanding kalau digoreng.



Fikir punya fikir, ermm sedap juga kalau masak asam rebus dengan bendi. Kebetulan cili kering yang Moha beli dari Imperia Asia Agro Farm (IAAF) dah sampai. Bolehlah cuba kepedasan cili tu nanti. 


Bukan takde cili kering lain. Ada.. Moha beli kat Lotus haritu order kat Foodpanda. Tapi pedas dia tak boleh bawak bincang. Huhuhu.. pedas menyengat betul! Tu sebab beli kat IAAF pula. Kalau ok, nanti boleh beli lagi..


Cantik cili dia. 


Cili kering ni bau dia wangi ye. Eh, bukan bau macam minyak wangi.. camne nak cakap ea? Bau dia segar tak macam bau cili kering biasa. Selalunya bau cili kering yang beli kat luar tu agak menyengat kat hidung sampai rasa nak terbersin. 


Tapi cili kering IAAF ni tak menyakitkan hidung pun. Saiz cilinya (jumbo XL) seragam je cantik bersusun dalam plastik. Harga sebungkus ni RM12 tak termasuk pos. Ada pakej jimat yang berbaloi kalau nak beli banyak. 










Antara sebab kenapa pilih cili ni..

  • Mengunakan cili merah gred A yang fresh untuk dijadikan cili kering 🌶️
  • Cili kering sangat berkualiti, tiada bau, tidak berhabuk, bersih & HALAL 🌶️
  • Buatan tempatan, tiada bahan pengawet, gred premium keluaran BMF 💯 Bumiputra
  • Kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas juga boleh makan, tiada lagi rasa pedas 🌶️
  • Cili kering boleh tahan 4 - 5 bulan ( SIMPAN DALAM PETI SEJUK ) 🌶️
  • Ladang cili berada di TELUK INTAN, PERAK dan memproses sendiri di WISMA IMPERIA ASIA AGRO FARM 🌶️



Berwap tu sebab letak kat peti ais

Untuk menu ni Moha cuma gunakan 5 tangkai cili kering sahaja sebab cili tu besar. Selesai potong, Moha rebus sekejap sebelum dikisar halus bersama bawang kecil, bawang putih dan halia.


Kemudian masukkan bahan kisar bersama daun kesum, air asam jawa, bendi dan ikan. Masukkan air secukupnya bersama garam dan ajinomoto sikit. Tutup api bila ikan dan bendi dah masak. Siap! Senang je kan? 



Rasa dia? Sedaplah pada Moha.. ikan pulak segar lagi. Masih terasa kemanisan isi dia bergabung pula dengan kuah yang masam masin dan tak berapa nak pedas tu… so yummy.. cuma kena lebih berhati-hatilah masa makan. Tulang ikan memang banyak.  Patutlah orang panggil klon ikan Terubuk. 


Ok, Moha kongsikan resepi Asam Rebus Ikan Bulan dengan Bendi kat bawah ni kalau awak nak try ye. 


Bahan-bahan

1 ekor ikan Bulan

1 biji bawang besar *

2 ulas bawang kecil*

1 inci halia*

5 tangkai cili kering*

3 tangkai daun kesum

Air asam jawa

Garam

Ajinomoto

Air secukupnya

Bendi


Cara-cara memasak

Kisar semua bahan bertanda (*).

Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan tunggu mendidih. Matikan api bila ikan dan bendi dah masak. Boleh tambah tomato atau nenas jika suka. Siap….


Selamat mencuba!


Kalau nak tau lebih lagi pasal cili kering ni atau nak beli boleh klik link ni..

https://www.facebook.com/ImperiaAsiaAgroFarm/


Kalau nak beli ikan Bulan segar tanpa pengawet, klik 

https://www.facebook.com/Hasil-Laut-Hutan-Melintang-Abang-Omel-100500071868723/


Post a Comment

1 Comments