Advertisement

NASI GORENG IKAN MASIN DENGAN CENDAWAN TIRAM


Assalamualaikum... 



Macam biasa, setiap kali nak masak je, termenung dulu depan peti ais. Apalah nak masak pagini? Nak buat sarapan ke nak masak untuk makan tengahari terus?

Hurm.. menung punya menung, masak sup cendawan pastu goreng ikan tamban masak sambal cili api jelah.. 

Sekali baru teringat nasi semalam banyak lagi dalam periuk. Ahhh... Masak nasi goreng ikan masin dengan cendawan pun sedap ni... 

Alhamdulillah... inilah hasilnya untuk sarapan pagini.


Nah, Moha kongsikan resepinya Nasi Goreng Ikan Masin dengan Cendawan Tiram cara Moha..

NASI GORENG IKAN MASIN DENGAN CENDAWAN TIRAM

Bahan-bahannya:

Nasi sejuk

Sepotong ikan tenggiri jeruk – dipotong kecil-kecil

Telur ayam sebiji

Sepokok kailan - hiris kecil-kecil

½ batang lobak merah - hiris halus

Cendawan tiram secukupnya - koyak-koyakkan

2 ulas bawang putih – dicincang

1 biji bawang kecil – dihiris

6 biji cili api – hiris halus

Garam, ajinomoto, minyak masak secukupnya


Cara masak:

Goreng ikan masin hingga garing, masukkan bawang kecil, bawang putih dan cili api dan kacau selalu hingga naik bau. Pecahkan telur dan gaul sebati. 

Masukkan lobak merah, kailan dan cendawan. Kemudian masukkan garam dan ajinomoto secukupnya.

Gaul rata semua bahan dan masukkan nasi sejuk. Gaul semua hingga sebati. Rasa sikit dengan sudu. Kalau masih tawar, tambahlah garam atau boleh juga masukkan perisa tambahan seperti Tumix, Secukup Rasa ataupun Pasti Sedap. Tak kisahlah mana-mana yang korang suka. Haa... Kalau dah ngam rasa dia, matikanlah api... Dah siaaaap!!!!! 

Nak hidang tu taburlah bawang goreng sikit atas dia. Kalau ada daun sup, hiris halus-halus, tabur juga sekali.. Moha takde stok daun sup.. bawang goreng pun jadilah.. kalau takde bawang goreng pun takpe. Tak yah susah hati. Janji nasi goreng tu sedap!! Hihihi...

Ok.. selamat mencuba!!!




Post a Comment

2 Comments

  1. Sama macam Rawlins. Jika ada nasi sejuk, memang akan digoreng dengan apa sahaja yang ada di dalam fridge. Sejenis tekak yang makan apa sahaja hahaha

    ReplyDelete
  2. Sedapnya kak.. Boleh cuba ni.. Laki saya mesti suk.. Dia hantu ikan masin. Nasi pun ada lebih ni.. Hehehe

    ReplyDelete