Advertisement

PAKEJ RAWATAN SUSULAN PESAKIT STROK DENGAN HARGA TERENDAH DI iREHAB


Assalamualaikum...

Entah kenapa tiba-tiba teringat pasal arwah mak yang terlantar atas katil selepas pembedahan memasang klip di gelembung angin kat saraf otak dia sebelumnya tu. Selepas pembedahan tu, arwah mak lumpuh separuh badan sebelah kiri. Mak tak boleh bercakap, tak boleh makan atau minum secara normal lagi dah. Semuanya hanya melalui tiub yang dimasukkan terus melalui hidung menuju ke perut. 

Disebabkan keadaan kewangan kami agak terbatas dan kedudukan mak yang masa tu dijaga arwah Kak Long jauh dari bandar, kami tak dapat berikan mak rawatan susulan selepas strok. Tiada fisioterapi yang dapat mak jalani memandangkan tiada perkhidmatan sebegitu di sana dan kekangan kewangan juga menjadi salah satu punca. Namun begitu, arwah Kak Long berusaha jaga arwah mak sebaik mungkin. Sesekali apabila kami balik kampung, kami pula ambil alih menjaga mak. 

Apabila teringat hal ni, terfikir juga.. alangkah bagusnya kalau di sana ada pusat rawatan susulan untuk pesakit-pesakit yang terkena strok macam arwah mak. Mungkin mak tak perlu terbaring saja sepanjang sisa hidupnya dulu. Ah, perkara dah berlalu.. tak baik diungkit lagi. Semoga perkara yang terjadi pada arwah mak tak berulang pada orang lain selepas ni.
 
Sebab tu harini Moha nak kongsikan pada korang tentang satu pusat pemulihan yang pakar dalam perkhidmatan pemulihan strok dan neurologi. Pusat pemulihan ini menawarkan perkhidmatan pesakit luar, perkhidmatan pengangkutan, rumah penjagaan, perkhidmatan perawatan dan pemulihan di rumah.

Nama pusat rawatan ini ialah iRehab. Ada yang dah tau? Ok, pada yang belum tau, Moha terangkan kat sini.


PUSAT PEMULIHAN FISIOTERAPI DAN STROK iREHAB

Bagi pesakit strok, rawatan susulan selepas terkena strok amat penting supaya mereka dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik. Ini kerana keaadaan selepas strok walaupun berbeza bagi setiap individu, tetapi turut menyukarkan pergerakan mereka. Ada diantaranya yang sukar bergerak, tidak boleh bangun sendiri, berjalan sendiri, tidak mampu menggerakkan anggota badan tertentu mahupun bercakap atau menyuap makanan ke mulut sendiri. 

Jika ahli keluarga tahu tentang ilmu fisioterapi, bolehla merawat sendiri ahli keluarga yang terkena strok. Tetapi jika tidak tahu bagaimana? Mungkin jadi macam kes kamilah. Sedih kan? 

Di iREHAB, mereka akan memastikan pesakit dapat meneruskan sesi rawatan seperti yang disyorkan kerana rehabilitasi adalah satu keperluan terutama selepas serangan stroke. 


Oleh kerana pandemik yang sedang berlaku sekarang ini, sudah pasti pesakit-pesakit menghadapi kesukaran untuk menghadiri sesi rawatan physiotherapy, occupational therapy dan speech therapy kerana semua hospital terutama hospital kerajaan perlu mengurangkan pesakit yang hadir untuk rawatan pada satu masa.

Prihatin atas masalah kesukaran tersebut, iREHAB menawarkan pakej rawatan dengan harga terendah supaya pesakit-pesakit masih boleh menghadiri sesi rawatan dengan kerap untuk membantu penyembuhan mereka. Jadi mereka masih dapat jalani rawatan dengan lebih teratur.

Apa yang perlu mereka lakukan hanya perlu tunjukkan kad temujanji hospital mereka dengan tarikh yang mereka hadiri atau perlu hadiri untuk mendapat harga diskaun yang ditawarkan oleh iREHAB pada masa ini. Temujanji boleh dibuat dengan menghubungi mereka di 012-9061690 atau 017-9880324 sekarang (tertakluk kepada terma dan syarat).

Korang boleh tengok maklumat lanjut di website diorang dan juga media sosial kat bawah ni :

Post a Comment

7 Comments

  1. Bagusnya dorang offer harga murah...

    ReplyDelete
  2. Kan, risau mana diaorg nak buat rawatan. Nasib ade irehab ni.. Nad tengok tempat dia selesa

    ReplyDelete
  3. mudahnya ada pusat terapi mcm ni..semoga mereka yang mencari akan jumpa jalan penyelesaian untuk teruskan rawatan semasa PKP ini. Tahniah iREHAB membuka ruang kepada masalah pesakit dan masyarakat.

    ReplyDelete
  4. Bagus ada service macam ni. Tak banyak tempat ada.

    ReplyDelete
  5. kalau tak strok boleh buat gak tak ?

    ReplyDelete
  6. Moga2 dgn carra ni dapat bagi kemudahan pada yang sedang dalam rawatan mencari alternatif seperti mengunjungi iREHAB untuk rawatan.

    ReplyDelete
  7. Selain daripada strok, rawatan apa yang ada kat irehab?

    ReplyDelete