Advertisement

Seronoknya Kembali Ke Sekolah 2026 Bersama Hari-Hari


Setiap kali musim kembali ke sekolah, banyak jugalah barang keperluan sekolah nak disediakan. 
Maklumlah dah digunapakai sejak awal sekolah hingga akhir sesi kan? Mestilah ada yang rosak, tak muat dan sebagainya. Nak tak nak, kenalah beli yang baru ganti mana yang perlu. 

Persiapan sekolah untuk sesi 2026 ni, sama macam tahun-tahun sebelum ni, Moha pilih untuk buat persiapan sekolah di Hari-Hari juga. Moha suka buat awal sebab tak nak kelam-kabut dan tak nak membazir.  Beli awal-awal ni mudah. Saiz baju masih banyak stok, orang pun tak ramai. Takdelah bersesak dalam kedai dan semua urusan membeli jadi lancar. Andai kata ada lagi barang yang terlupa beli, tak perlu rasa kalut sebab ada masa lagi untuk buat belian. 

Cuba kalau last minute? Sekali pergi kedai, barang yang kita nak tu takde. Dah tu bersesak pula dengan pelanggan lain. Satu hal terkejar-kejar masa nak cari merata kedai. Esh.. boleh stress dibuatnya. Silap-silap terbeli pula barang yang tak diperlukan. Yelah, dah kalut punya pasal! 


Harga Berpatutan, Rasa Lega Masa Membeli

Walaupun tahun ni beli keperluan sekolah untuk Amsyar seorang je, harga tetap jadi perkara yang Moha ambil kira. Biar barang yang dibeli tu rasa berbaloi dengan harga yang dibayar. 

Di Hari-Hari, harga memang mampu milik dan barangnya pun berkualiti. Kalau tak puas hati, Moha takkan ulang ke sini setiap tahun. Kat sini nak membeli pun rasa tenang, menepati bajet yang dah disediakan. 



Semua Keperluan Sekolah Ada

Moha ni jenis tak suka pusing banyak kedai. Kalau boleh nak settle semua sekali kat satu kedai je. Di Hari-Hari ni, hampir semua keperluan sekolah ada. Uniform sekolah rendah dan menengah, baju sukan, kasut sekolah, stokin, beg sekolah, alatulis, dan macam-macam lagilah. Tak perlu ulang-alik, tak perlu buang masa. Cepat siap, hati pun senang.


Ada Free Gift, Rasa Lebih Best

Biasanya bila beli persiapan sekolah di Hari-Hari, akan dapat free gift. Kali ni hadiahnya kalender dan tuala. Walaupun simple, dua-dua ni memang barang yang berguna. Terutamanya kalender. Senang nak tengok bila tarikh penting dan bila cuti sekolah. Hihi... mak-mak sangat! 
Betullah, Moha ni bukan sentiasa ingat tarikh. Ada kalender ni sangat membantu sebenarnya. Senang nak rancang aktiviti dan jadual sekolah. Tuala pula memang sentiasa ada kegunaannya di rumah.



Nak Datang Kedai Boleh, Nak Beli Online Pun Mudah

Hari-Hari sekarang ni ada lebih 120 outlet di seluruh Malaysia, jadi senang nak singgah bila-bila masa. Moha sendiri suka tengok kualiti barang depan mata, senang nak pilih saiz dan rasa kualiti kain.



Tapi kalau rasa malas keluar rumah atau memang sibuk tak sempat nak ke kedai, boleh juga beli secara online di ehari.comTambahan pula ada diskaun 10%, memang sesuai untuk yang nak beli dengan lebih mudah.


Kualiti Yang Buat Mak Yakin

Uniform sekolah dipakai hampir setiap hari, jadi kain kena selesa dan tahan lasak. Berdasarkan pengalaman sebelum ni, produk di Hari-Hari ni Moha rasa sesuai untuk pemakaian harian. Material tak panas, tak mudah rosak, dan selesa untuk anak bergerak aktif. 


Jenama Tempatan Yang Dah Lama Dipercayai

Hari-Hari bukan jenama baru. Mereka dah lebih 35 tahun dalam industri fesyen runcit dan merupakan jenama tempatan Malaysia. Dengan pengalaman yang lama ni, tak hairanlah mereka faham apa yang ibu bapa perlukan. Lebih praktikal, harga berpatutan dan mudah didapati.


Persiapan Sekolah Yang Tenang & Tersusun

Bagi Moha, persiapan kembali ke sekolah tak perlu jadi sesuatu yang memenatkan atau membebankan. Bila jumpa tempat yang lengkap dan senang, semuanya jadi lebih teratur. Untuk Kembali Ke Sekolah 2026, Hari-Hari memang buat Moha rasa persiapan ni lebih mudah, selesa dan menyeronokkan. 



Semoga anak-anak kita melangkah ke sekolah dengan semangat baru, dan kita sebagai mak pun boleh buat persiapan dengan hati yang lebih tenang.


Post a Comment

0 Comments